Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan
digunakan secara praktikal.
FAHAMI KITARAN HAID
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak
paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara
puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25
hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar.
Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa
ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan
tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda
ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda
beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa
follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk
persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam
bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan
terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis
hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak
disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia
akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
1
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari
sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya
(corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah
progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka
dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan
mengalami kitaran semula pada hari 1.
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari -
14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30
hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14.
Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah
berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur
adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period
anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda.
Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu
subur.
2
sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau
siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period
untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda
datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini
adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama
anda.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada
kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan
adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa
menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat
dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan
tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu
yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada
bersama.
,_._,___