Anda di halaman 1dari 31

Neurolinguistik dan Afasiologi:

Satu Kewujudan Kerjasama


Yang Saling Menguntungkan
DAYANA BINTI NAYAN
TGB130048
Pengenalan
Kerjasama di antara dua disiplin iaitu neurolinguistik dan afasiologi
sudah wujud sejak sekian lama.
Kedua-dua bidang ini mengkaji penyakit bertutur tetapi dari sudut
pandangan yang berlainan.
Neurolinguistik cenderung kepada mengkaji hubungan antara otak
dan bahasa.
Afasiologi mengkaji penyakit bertutur dengan tujuan untuk
mengubatinya.
Persoalan Pokok
Apakah aspek kerjasama bidang neurolinguistik dan
afasiologi?
Apakah faedah yang diperolehi hasil daripada
kerjasama ini?
Apakah implikasi penemuan-penemuan
neurolinguistik yang disokong oleh afasiologi terhadap
kemajuan bidang pengubatan penyakit bertutur dan
pengajaran bahasa yang lebih berkesan serta lain-lain?




Objektif

1. Apakah faedah-faedah yang diperolehi daripada
kerjasama antara bidang neurolinguistik dan afasiologi
yang dapat menyumbang kepada perkembangan
kedua-dua bidang ini sendiri?
2. Apakah faedah-faedah yang diperolehi oleh bidang-
bidang lain hasil daripada kerjasama antara bidang
neurolinguistik dan afasiologi?

Rujukan
1. Penemuan Neurolinguistik Klasik oleh Broca dan
Wernicke
2. Penemuan Neorolinguistik Moden
3. Sudut Teori Linguistik oleh Lichtheim dan Geschwind
4. Teori Bagaimana Bahasa Diproses Oleh Otak
(Wernicke, Lichtheim dan Geschwind)
5. Penemuan oleh Luria (1958), Jakobson (1964),
Goldstein (1948) dan Brain (1971)




1. Penemuan neurolinguistik klasik oleh Broca dan
Wernicke
Merumuskan:
bagaimana bahasa disimpan dan
diproses dalam otak
bagaimana bahasa ini berkembang
diilhamkan daripada kajian mengenai
penyakit-penyakit afasia.




2. Penemuan Neurolinguistik Moden



Bahagian-bahagian lain korteks terutama subkorteks turut
berfungsi dalam proses-proses kebahasaan.
Subkorteks yang berwarna kelabu terutama Ganglia Dasar
memainkan peranan penting dalam organisasi penerbitan bahasa
dan pemahamannya.
Penemuan ini dibuktikan oleh A.R. Damasio dan H. Damasio dalam
kajian mereka yang menyatakan bahawa kerosakan yang
menimbulkan pendarahan pada Gnglia Dasar hemisfera kiri
menimbulkan afasia.
Sistem Limbik (terletak di bahagian dalam permukaan korteks
mengandungi hipokamus) mempunyai peranan dalam
pemerolehan dan pemelajaran bahasa.

Medan Broca bukan sahaja mengandungi rumus-rumus fonologi
tetapi juga proses-proses morfologi terikat.
Kerosakan pada Korteks Inti Perisilvia juga menyebabkan Afasia
Konduksi.
Medan Wernicke tidak terlibat dalam pemprosesan sintaksis.
Hemisfera kanan mempunyai fungsi komunikasi kebahasaan yang
penting: mengendalikan aspek-aspek intonasi atau prosodi
(fonem supraseqmental) dan tona suara, ekspresi muka dan
gerak geri badan waktu bercakap dan makna perumpamaan
dan ungkapan-ungkapan idiomatic (mengendalikan makna-
makna tersirat). Oleh itu, pemahaman akan terganggu apabila
hemisfera kanan mengalami kerosakan.
Hemisfera kiri mengendalikan kata-kata yang membawa maksud
tersurat.






3. Sudut teori Linguistik oleh Lichtheim dan
Geschwind





a) Teori Lateralisasi
b) Teori Lokalisasi
c) Penemuan-penemuan lain oleh
Lichtheim dan Geschwind

A) TEORI LATERALISASI

Kalimat-kalimat bahasa disimpan dan diproses di hemisfera
kiri manusia.
Ini dibuktikan oleh teknologi moden seperti CT Scan, PET,
Resonansi Magnetik dan SPECT.



B) Teori Lokalisasi


Kalimat-kalimat difahami melalui Hemisfera Kiri Korteks
otak manusia (Medan Wernicke korteks belahan kiri).
Kalimat- kalimat ini diproduksikan melalui Medan
Broca korteks tersebut.
Ini telah disokong oleh teknologi moden sama seperti di
atas.
Penemuan ini juga disokong oleh kajian yang dibuat
oleh Penfield dan Roberts (1959) dengan cara stimulasi
elektrik bahagian-bahagian korteks.


C) PENEMUAN LAIN OLEH LICHTHEIM
DAN GESCHWIND
Ketika proses pemprosesan bahasa, Medan Wernicke dihubungkan ke
Medan Broca oleh Fasikulus Busur.
Girus Angular pula menyimpan representasi visual daripada huruf-huruf
dan kata-kata. Oleh itu, Girus Angular mengatur fungsi-fungsi yang
berkaitan dengan proses membaca dan menulis.
Korteks motor membantu Medan Broca menukar kalimat-kalimat menjadi
bunyi setelah menerima arahan-arahan dari Medan Wernicke yang
menyimpan rumus-rumus fonologi bahasa. Kalimat-kalimat dikirim dari
Medan Wernicke ke Medan Broca melalui Fasikulus Busur.
Kesimpulan:
Medan Broca berfungsi menerbitkan ucapan dan menyimpan representasi
ucapan.
Medan Wernicke mengandungi representasi ingatan pendengaran bentuk
kata-kata yang berfungsi mengamati dan menerima ucapan.

Teori bagaimana bahasa diproses oleh otak
(Wernicke, Lichtheim dan Geschwind)
Medan Broca Mengandungi rumus-rumus fonologi
Medan Wernicke Menyimpan rumus-rumus morfologi (struktur
ayat), semantic (makna) dan leksikon
Bagaimana satu kalimat dihasilkan:
Lichtheim membuat hipotesis bahawa adanya Medan Konsep yang
tersebar di otak di sekitar Medan Wernicke, sekitar Medan
Broca, sekitar Fasikulus Busur dan sekitar korteks Motor serta
Girus Angular.
Agar dapat dikomunikasikan, pusat konsep harus diikat oleh
sintaksis.

Konsep
Medan Broca
Medan Wernicke
Kalimat ditukar
menjadi ayat yang
bermakna
Medan Broca
Menerbitkan kalimat
dengan representasi
fonetik
Melalui Fasikulus Busur
Menukarkan menjadi bunyi dengan
menerapkan rumus-rumus fonologi
Ditolong oleh korteks motor
Penemuan oleh Luria (1958), Jakobson
(1964), Goldstein (1948) dan Brain
(1971)
Mengusulkan agar hanya dua penyakit afasia diterima iaitu Afasia
Broca dan Afasia Wernicke untuk mengurangkan kerumitan dalam
kajian berkenaan afasia. Kedua-dua jenis afasia ini paling penting
kerana penyakit afasia lain dapat diterangkan berdasarkan kedua-dua
penyakit afasia ini.
Pembahagian yang dicadangkan:

Brocas Disorders Wernicke Disorders
1. Dynamic
2. Efferent Motor
3. Afferent Motor
1. Amnestic
2. Sensory
3. Semantic
Kaedah penyelidikan
Tidak terdapat di dalam artikel
Analisis dan perbincangan
1. Kritikan terhadap penemuan Neurolinguistik
klasik
2. Sumbangan Neurolinguistik kepada Afasiologi

1. Kritikan terhadap penemuan
neurolinguistik klasik
Terlalu memfokuskan kepada Medan Broca dan Medan Wernicke
dalam aspek pemprosesan bahasa.
Kerosakan pada Fasikulus Busur merupakan satu-satunya punca
Afasia Konduksi
Hemisfera kanan tidak mempunyai proses kebahasaan.


2. Sumbangan Neurolinguistik kepada
Afasiologi

Terdapat beberapa masalah yang dikaji dengan kerjasama antara kedua-dua
bidang afasiologi dan neurolinguistik:
a) Adakah penyakit bertutur tertentu hanya melibatkan jenis struktur bahasa
tertentu?
Contoh: Adakah penyakit tertentu menjejaskan fungsi fonologi
tetapi tidak merosakkan sintaksis?
Implikasi kerjasama kedua-dua bidang:
Neurolinguistik dapat memberi maklumat kepada afasiologi
mengenai bahagian-bahagian otak dan fungsi setiap bahagian
dalam pemprosesan bahasa. Dengan adanya maklumat daripada
neurolinguistik ini, afasiologi dapat mengesan bahagian otak pesakit
yang mengalami kerosakan berdasarkan symptom-simptom
penyakit bertutur mereka.

b) Adakah kerosakan bahasa menyerupai perkembangan bahasa
dengan urutan yang terbalik? Ini kerana dalam situasi di mana
terdapat elemen-elemen bahasa yang masih berfungsi secara
normal sedangkan terdapat aspek lain yang terganggu
disebabkan kerosakan otak, elemen-elemen bahasa yang masih
normal ini selalunya adalah elemen bahasa yang diperolehi lebih
lambat.
Implikasi kerjasama kedua-dua bidang:
Neurolinguistik terutama neuropsikolinguistik dapat memberi
makumat tentang teori pemerolehan bahasa kepada afasiologi.
Seterusnya, afasiologi dapat menggunakan teori ini untuk
menjelaskan kenapa terdapat urutan atau corak tertentu dalam
kerosakan bahasa yang dialami oleh pesakit afasia.

c) Masalah berkaitan dengan hubungan di antara
bahagian otak yang rosak dengan komponen bahasa
yang normal. Apabila hubungan ini diketahui, maka
pemulihan dan pengubatan lebih mudah dilakukan.

Implikasi kerjasama kedua-dua bidang:
Neurolinguistik dapat memberikan maklumat yang terperinci
mengenai komponen-komponen bahasa kepada afasiologi.
Dengan adanya maklumat ini, afasiologi dapat mereka kaedah
rawatan atau pemulihan yang sesuai dengan pesakit afasia.
Sebagai contoh, neurolinguistik telah berjaya membuktikan bahawa
unsur bunyi bahasa yang terkecil bukan fonem tetapi fitur distingtif.
Oleh itu, pesakit afasia berkaitan komponen fonologi lebih berkesan
dipulihkan dengan menerapkan teori fitur distingtif.


Kesimpulan
Kesalingbergantungan bidang afasiologi dan bidang neurolinguistik telah
membawa keuntungan kepada kemajuan kedua-dua bidang.
Kajian yang dijalankan ke atas simptom-simptom kerosakan bahasa yang
dialami oleh pesakit afasia (afasiologi) telah memberi input kepada
bidang neurolinguistik tentang hubungan antara bahagian-bahagian otak
dengan fungsi bahagian tersebut dalam pemprosesan bahasa.
Maklumat dan data yang dibangunkan oleh neurolinguistik mengenai
bidang-bidang bahasa telah membantu bidang afasiologi untuk
menjelaskan dan mencari punca penyakit bertutur yang dialami oleh
pesakit afasia.
Dengan ini, kaedah rawatan dan pemulihan yang lebih efektif dapat
diberi kepada pesakit.

Kritikan artikel
Artikel menerangkan secara terperinci mengenai bagaimana
kedua-dua bidang afasiologi dan neurolinguistik bekerjasama
untuk memajukan bidang masing-masing serta bagaimana
kerjasama ini memberi keuntungan kepada kedua-dua
disiplin tersebut. Oleh itu, ini menepati objektif pertama
artikel ini ditulis.

Walaubagaimanapun, perbincangan tidak menyentuh
mengenai apakah keuntungan yang diperolehi oleh bidang-
bidang lain selain afasiologi dan neurolinguistik. Dengan itu,
objektif kedua penulisan ini tidak dipenuhi.


Pada bahagian perbincangan, artikel ini telah berjaya
mengupas dan menjelaskan sumbangan yang diberi oleh
bidang neurolinguistik kepada afasiologi.
Walaubagaimanapun, sumbangan afasiologi terhadap
neurolinguistik tidak disentuh sedangkan tujuan
penulisan artikel ini adalah untuk mengupas persoalan
mengenai kesalingbergantungan kedua-dua bidang dan
keuntungan yang diperolehi oleh kedua-dua bidang hasil
daripada kerjasama mereka.

Pada pendapat saya, secara umumnya, penjelasan
mengenai sumbangan yang diberi oleh neurolinguistik
kepada afasiologi lebih ketara dalam perbincangan
keseluruhan dalam artikel ini berbanding sebaliknya.


Penemuan baru/maklumat terkini
berkaitan persoalan pokok
1. Potensi bidang neurolinguistik dalam memberi sumbangan yang besar
terhadap afasiologi telah menarik minat pakar linguistic untuk
membuat kajian yang lebih mendalam terhadap bidang tersebut
(Blumstein, 2010).

2. Oleh itu, terdapat semakin banyak Makmal Penyelidikan
Neurolinguistik dan Afasia ditubuhkan (Neurolinguistik and Aphasia
Research Lab). Antaranya ialah:
Neurolinguistics and Aphasia Research Lab, University of Illinois at Urbana-
Champaign
Aphasia and Neurolinguistics Research Laboratory, Center for the
Neurobiology of Language Recovery, NorthWestern University School of
Communication

Rawatan dan latihan untuk pesakit
aphasia
Hasil kerjasama antara bidang neurolinguistik dan aphasiologi, terdapat
beberapa rawatan moden yang telah direka untuk merawat afasia. Antaranya:
Reading treatment
Rawatan untuk menigkatkan kebolehan decoding dan kefahaman
terhadap penulisan.
Syntax treatment
Rawatan untuk membaiki struktur tatabahasa dalam pertuturan.
Treatment of underlying forms
Rawatan berdasarkan teori linguistik yang direka untuk membaiki
kebolehan menghasilkan kalimat/ayat dengan memberi latihan yang
melibatkan struktur kalimat/ayat yang kompleks.
Sumber: American Speech-Language-Hearing Association
http://www.asha.org/PRPSpecificTopic.aspx?folderid=8589934663&section=Treatment


Verb network strengthening treatment
A) Latihan yang direka untuk word retrieval dalam ayat/kalimat yang
mudah. Penggunaan kata kerja dilatih bersama penggunaan kata nama
yang berkaitan untuk membaiki kebolehan menghasilkan ayat/kalmat
yang betul.

B) Terdapat dua jenis latihan iaitu:
CHAINING (FORWARD AND REVERSE)kaedah yang
memecahkan perkataan/ayat kepada bahagian kecil dan latihan
diberi dengan mengajar permulaan atau pengakhiran bahagian
dahulu.
SENTENCE PRODUCTION PROGRAM FOR APHASIAkaedah
rawatan untuk melatih pesakit menghasilkan jeni-jenis ayat tertentu.

Writing treatment
Latihan bagi membaiki kebolehan mengekspresi melalui tulisan.

Sumber: American Speech-Language-Hearing Association
http://www.asha.org/PRPSpecificTopic.aspx?folderid=8589934663&section=Treatment

Word finding treatment
A) Rawatan untuk melatih pesakit mencari perkataan yang sesuai ketika
berada dalam dalam komunikasi spontan.
B) Antara latihan yang diberi ialah:
WORD RETRIEVAL CUEING STRATEGIES (SEMANTIC AND CUEING
VERBS)Latihan yang membekalkan maklumat tambahan seperti
bunyi awal perkataan dan contextual cues untuk membantu word
recall.
GESTURAL FACILITATION OF NAMING Latihan yang melibatkan
penggunaan bahasa tubuh untuk membantu pertuturan.
RESPONSE ELABORATION TRAINING Latihan untuk membaiki
kebolehan word finding dan meningkatkan kosa kata yang
digunakan oleh pesakit afasia.
SEMANTIC FEATURE ANALYSIS TREATMENT Latihan word retrieval
di mana pesakit afasia mengenal pasti ciri semantic sesuatu
perkataan. Contohnya, dengan mengaitkan perkataan
perpustakaan dengan banguan, buku dan senyap.


The Cognitive Neuropsychological Model
A) Wujud hasil kerjasama psycholinguistics, single-case method and
the information processing model, dan penyelidikan berdasarkan
teori dan ujian hipotesis.
B) Model ini terkenal dengan konsep box-and-arrow diagram yang
digunakan untuk menjelaskan konsep pemprosesan bahasa dan
mengenalpasti peringkat dan laluan yang terlibat dalam aktiviti seperti
membaca perkataan tunggal, menulis perkataan dan mengenalpasti
objek.
C) Model ini berfungsi untuk mengenalpasti bahagian bahasa yang
mengalami kecacatan dan bahagian mana yang tidak terjejas
menggunakan ujian hipotesis terperinci (detailed hypothesis-testing)
dalam ujian psycholinguitic terkawal (controlled psycholinguitic tests).

Sumber: Code, C. (n.d.). Significant landmarks in the history of Aphasia and its therapy.
Teori terkini mengenai keberkesanan rawatan
untuk pesakit afasia
1. Hipotesis yang diperoleh berdasarkan tinjauan servay yang dijalankan
oleh Katz. et al (2000) di mana data dikumpul dari Clinical Aphasia
Department dari Australia, Kanada, United Kingdom dan America:
Terapi intensif, walaupun dalam masa yang singkat, dapat meningkatkan
keberkesanan rawatan ke atas pesakit afasia pada peringkat awal
pemulihan.
Terapi intensif yang singkat tetapi kerap lebih berkesan dan menjimatkan
kos berbanding terapi bukan intensif yang mengambil masa 2 kali
ganda lebih lama untuk setiap sesi.
2. Walaupun kaedah rawatan untuk pesakit afasia semakin maju, namun
masih terdapat jurang yang besar antara teori pengetahuan tentang
keberkesanan rawatan dengan rawatan sebenar yang dijalankan ke atas
pesakit.

Sumber: Code, C. (n.d.). Significant landmarks in the history of Aphasia and its therapy.
Referens
American Speech-Language-Hearing Association (2014). Clinical topics:
Aphasia. Retrieved March 3, 2014 from
http://www.asha.org/PRPSpecificTopic.aspx?folderid=8589934663&
section=Treatment
Blumstein, S. (2010). Neurolinguistics: an overview of languagebrain
relations in aphasia. Cambridge: Cambridge University Press.
Code, C. (n.d.). Significant landmarks in the history of Aphasia and its
therapy. Retrieved March 4, 2014 from
http://samples.jbpub.com/9780763771003/71003_CH01_FINAL.pdf

Anda mungkin juga menyukai