Anda di halaman 1dari 33

ISU 1- KERUNTUHAN AKHLAK

Gejala Dekadensi* Moral


Pelbagai isu berkaitan masalah keruntuhan moral
dikalangan remaja telah muncul. Setelah dikejutkan
dengan isu keganasan para pelajar sekolah yang
bertindak membakar sekolah isu ini semakin hangat
diperkatakan. Masalah ini muncul disebabkan oleh
pelbagai punca yang akan dibincangkan serta
cadangan yang boleh dilaksanakan ke arah
mengatasinya.
* kemerosotan (nilai, mutu dsb) atau kemunduran berbanding dgn
keadaan sebelumnya (bkn tamadun, kesenian, dsb).

Akhlak
Akhlak merupakan perkataan Arab yang beerti sifat,
perangai atau kelakuan seseorang.
Akhlak menceritakan mengenai sikap atau kelakuan
seseorang berkaitan hubungannya dengan Tuhan,
hubungan sesama manusia dan hubungan dengan
alam sekitar dan binatang.
Akhlak muslim yang baik haruslah baik hubungannya
dengan Allah bahkan juga dengan manusia, binatang
dan alam sekitar.

Perkara-perkara Yang Wajib dijaga
Dalam Islam
Islam telah menetapkan supaya kita menjaga kebajikan diri
dan masyarakat daripada sebarang kebinasaan sama ada
berbentuk fizikal mahupun spiritual. Antara perkara yang
wajib dijaga ialah :
i. Memelihara agama : Ini bermaksud menjaga diri
daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan
imannya. Seorang muslim haruslah mempertahankan
Islam dan syiar-syiarnya.
ii. Menjaga nyawa : Ini perlu dipelihara dengan
memelihara diri daripada perkara yang boleh
menyebabkan kematian seperti memakan sesuatu yang
boleh membunuh atau membahayakan diri sendiri atau
yang boleh mendatangkan penyakit.
Samb
iii. Memelihara keselamatan badan : Tubuh badan
manusia perlu dipelihara dari melakukan perkara
yang boleh merosakkan tubuh badan dan akal sama
ada diri sendiri atau diri orang lain.
iv. Memelihara keturunan/maruah : Individu muslim
perlulah memastikan keturunannya atau maruah
dirinya dipelihara dari perkara yang boleh
membinasakan atau menjatuhkan maruahnya.
Perkara-perkara seperti zina, khalwat,
berkesedudukan antara contohnya seorang Muslim
yang tidak memelihara maruah.

v. Memelihara harta : Dalam pemeliharaan harta,
Islam menggariskan pemeliharaan harta ke atas
harta muslim atau bukan Islam. Justeru, mencuri,
merompak perlu dijauhkan.

Samb
Perilaku Keruntuhan Akhlak
Terdapat beberapa perkara yang termasuk dalam perilaku
keruntuhan akhlak yang hebat diperkatakan oleh
masyarakat akhir-akhir ini antaranya :
i) Kerenggangan Dalam Keluarga
Perkara ini amat membimbangkan dan boleh berlaku
perpecahan dalam keluarga. Sebagai contohnya ibu dan
bapa selalu bergaduh, isteri tidak lagi mentaati dan
menghormati suami, anak-anak tidak mendengar nasihat
dan melawan cakap ibu bapa dan sebagainya. Semua ini
boleh mengundang kepada keruntuhan akhlak dan jauh
dari rahmat dan hidayat Allah SWT. Perkara-perkara
sedemikian sepatutnya tidak berlaku terutama kepada
umat Islam yang sepatutnya mencontohi tauladan
Rasulullah SAW yang sangat mulia.
ii) Penyalahgunaan Dadah
Dewasa ini masalah penyalahgunaan dadah dikalangan pelbagai
masyarakat amat membimbangkan khususnya umat Islam.
Perkara ini telah menjadi satu masalah besar kepada negara.
Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang
masih menagih tidak pula berkurangan atau sembuh. Pihak
kerajaan telah berusaha keras untuk menanggani masalah ini yang
kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk
membasminya. Berhubungan dengan itu kita juga telah dikejutkan
dengan kesan buruk pengambilan dadah iaitu HIV. Kita tahu
bahawa musuh-musuh Islam tidak suka melihat perkembangan
Islam yang telah maju kehadapan dalam banyak segi. Mereka
sentiasa mencari pelbagai cara bagi menjatuhkan Islam dan cara
yang paling berkesan ialah melemahkan kekuatan umat Islam itu
sendiri. Penggunaan dadah sudah diketahui umum cukup berjaya
dan inilah yang di bawa oleh musuh-musuh Islam. Dalam
keghairahan kita mengejar kemewahan, kadangkala kita terlupa
tentang jerat yang menanti kita.
Samb
iii) Seks Bebas
Seks bebas yang dilakukan oleh remaja hari ini disebabkan
mereka terlalu bebas melihat perlakuan itu di majalah,
menonton video lucah dan internet. Masalah seks bebas yang
bukan saja berlaku terhadap individu daripada keluarga
berpendapatan rendah, malah sebahagiannya berlaku di
kalangan orang berada dan keluarga yang mempunyai latar
belakang baik. Selain itu perlakuan ini bukan sahaja berlaku
kepada keluarga miskin tetapi zaman `dunia tanpa sempadan'
tidak mengira miskin atau kaya, remaja perempuan berumur 9
tahun pun sudah ada perasaan terhadap seks.
Dalam pada itu, mengikut kajian Pensyarah Psikologi, universiti
tempatan, R Ismail, pengaruh sosial seperti masyarakat
sekeliling dan media merupakan punca yang menyebabkan
remaja mudah terjerumus dalam seks bebas. Kajian beliau
menjelaskan, apabila golongan remaja berkawan dengan orang
yang tidak mempunyai akhlak dan tingkah laku yang baik,
sudah pasti mereka akan terikut perbuatan orang itu.
Samb
Kawan sebaya merupakan pengaruh yang paling kuat dan
boleh merubah corak kehidupan seorang remaja yang
boleh mengatasi pengaruh dan kuasa ibu bapa. Masyarakat
yang celik terhadap teknologi maklumat memang bagus
tetapi konsep itu telah disalahgunakan oleh para remaja.
Oleh itu peranan Islam adalah satu cara untuk menghalang
dari perbuatan terkutuk itu.

iv) Sumbang Mahram
Sejak sedekad ini, isu sumbang mahram merupakan isu yang telah
banyak diperbincangkan dalam pelbagai peringkat seperti seminar,
forum, simposium bahkan sehingga ke kabinet. Perbagai langkah
juga mula dilaksanakan dengan begitu drastik sehingga Kabinet
telah meluluskan hukuman maksimum 20 tahun penjara ke 30
tahun penjara bagi penjenayah rogol sumbang Mahram ini di
samping hukuman sebatan sekalipun berumur atas 50 tahun
(Berita Harian, 28 Jun 2003).

Sumbang mahram adalah merupakan hubungan seks yang
melibatkan ahli keluarga yang haram dikahwini sama ada yang
berbentuk paksaan seperti rogol atau berbentuk kerelaan seperti
perzinaan. (Al-Islam, Januari 1996). Gejala sosial sumbang mahram
ini merupakan salah satu daripada berjenis-jenis gejala sosial yang
selari dengan yang lainnya.Bezanya gejala ini dianggap besar
kerana melampaui batas-batas kemanusiaan dan keinsanan sama
ada daripada kacamata manusia mahupun agama.
Antara faktor-faktor Sumbang Mahram ialah :
a) Tahap Iman Yang Lemah
Secara umumnya, kebanyakan pelaku sumbang mahram
mengetahui dosa perlakuan tersebut. Disebabkan oleh
kelemahan iman menyebabkannya dalam keadaan-
keaadaan tertentu nafsunya mengatasi kewarasan.
Godaan nafsu seperti ini sentiasa berlaku dan dorongan
faktor-faktor luaran yang mengarahkan kepada dosa
tersebut menggalakkan lagi dorongan tersebut.
Hal godaan nafsu ini pernah diperingatkan oleh Allah
S.W.T. dalam firman-Nya yang bermaksud:
"sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh
melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah
diberi rahmat oleh Tuhan.

b) Kegagalan Isteri Memenuhi Keperluan Suami
Sewaktu awal perkahwinan, isteri mesti menunaikan
kewajipan melayan suaminya ini dengan sempurna. Apabila
telah sampai peringkat 40-an apatah lagi jika isteri
berkahwin semula dengan lelaki yang lebih muda, tahap
layanan ini berkurangan atas sebab-sebab biologi mereka.
Ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan antara
keperluan suami dan kegagalan isteri. Sebagai contoh,
seorang suami mempunyai keinginan terhadap isterinya
tetapi isteri tidak mampu melayan kerana penat dan sakit-
sakit.
Kelemahan iman dan kurangnya pengetahuan agama
menyebabkan suami bertindak memuaskan nafsu terhadap
anaknya.
c) Batas Pergaulan dan Hubungan Dalam Keluarga
Islam telah mengajar batasan bagi anak-anak untuk tidak
boleh masuk ke bilik ibu bapa mereka sesuka hati apabila
telah mumayyiz apatahlagi setelah baligh. Larangan ini
berkait rapat dengan penjagaan aurat dan penjagaan rahsia
sulit perkahwinan di antara ibu bapa dan anak-anak.
Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam firman Allah S.W.T.
yang ertinya: Wahai orang-orang yang beriman,
hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang
belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada
kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa;
(iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu
membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan
sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu
(yang biasanya terdedah aurat kamu padanya).

v) Individualistik
Masyarakat yang mementingkan sikap individualistik turut
dilihat sebagai punca golongan belia luntur pegangan nilai-
nilai murni mereka.
Ini kerana dalam kehidupan bermasyarakat, nilai-nilai yang
murni dalam kehidupan secara berkelompok seperti tolong-
menolong, hormat-menghormati, nasihat-menasihati dan
sebagainya tidak ditonjol atau didedahkan kepada golongan
belia. Mereka lebih gemar melakukan kerja-kerja secara
bersendirian atau menghabiskan sedikit wang ringgit untuk
menyelesaikan sesuatu perkara yang sepatutnya boleh
dilakukan bersama-sama dalam masyarakat.
contohnya aktiviti gotong royong membersihkan masjid,
surau, balairaya dan sebagainya. Akibatnya belia jarang
duduk bersama dan berbincang mencari jalan penyelesaian
sesuatu masalah. Sikap ramah mesra, muhibah dan kasih
sayang tidak wujud dalam diri individu tersebut, sedangkan
dalam Islam menggalakkan hubungan silaturrahim.
vi) Materialistik
Apabila sebut perkataan materialisme, maka apa yang
difahamkan oleh masyarakat ialah sifat kebendaan dari segi
mengutamakan soal-soal kekayaan harta benda. Justeru,
sifat materialistik merujuk pada soal-soal kewangan.
Maknanya pertimbangan yang diutamakan dalam
kehidupan ialah wang dan harta benda. Tetapi hakikatnya
ialah ada satu lagi makna materialisme iaitu yang berkaitan
dengan falsafah pemikiran moden.
Materialisme yang dimaksudkan ialah fahaman bahawa
kewujudan hanyalah dalam bentuk benda. Menurut
fahaman ini, tidak ada kewujudan lain daripada benda.
Justeru, tidak ada roh atau perkara-perkara ghaib seperti
dosa, pahala, syurga, neraka, malaikat, syaitan, iblis, jin dan
seumpamanya.
Pemikiran moden Barat berasaskan pada materialisme baik yang lahir
dalam bentuk sains fizikal atau sains sosial. Maka muncul konsep
materialisme dialektik yang menjadi asas pemikiran sosial sains kiri.
Kedua-dua konsep materialisme ini dapat dilihat bertentangan dengan
pemikiran Islam. Dalam Islam, seseorang tidak boleh bersifat
materialistik. Konsep-konsep seperti zakat, sedekah, korban, akikah,
haji, rezeki, halal dan haram menunjukkan bahawa keutamaan dalam
kehidupan Islam bukannya harta benda tetapi adalah jiwa. Maknanya
dengan memperoleh harta, seseorang mesti melepaskannya dalam
bentuk zakat, sedekah, korban, akikah dan haji. Rezeki pula hendaklah
bersih dan halal. Maknanya, sifat materialistik harus ditundukkan
kepada tuntutan Islam dalam bentuk fiqh dan tasawuf.
Ini bermakna sifat materialistik dalam Islam adalah bersyarat. Begitu
juga dengan fahaman materialisme. Dalam Islam, roh, malaikat, jin,
syaitan, dosa, pahala, syurga dan neraka memainkan peranan dalam
pemikiran dan kehidupan seseorang Muslim. Maknanya, seseorang
Muslim tidak boleh berpegang pada fahaman falsafah materialisme
kerana ia menafikan unsur-unsur ghaib yang penting dalam ilmu Islam.
Sungguhpun begitu, umat Islam perlu mengenal pasti perbezaan antara
dua jenis kewujudan. Soal-soal yang zahir tidak wajar dicampur
adukkan dengan yang ghaib. Dua zon mesti dipisahkan untuk
memudahkan urusan kehidupan.

v) Rasuah
Rasuah memang satu penyakit dalam masyarakat seumpama
bahayanya barah dalam tubuh manusia. Penyakit barah
sebenar yang memenuhi ciri-cirinya adalah suatu keadaan
perubatan yang menggerunkan serta penanda noktah kepada
hayat pengidapnya kecuali beberapa jenis sekiranya dikesan
awal. Begitu juga dengan pengamalan rasuah. Ia pasti akan
memusnahkan ekonomi sesebuah Negara. Amalan keji itu
melibatkan dua golongan satunya adalah penerima manakala
yang satu lagi adalah penyuapnya.
Biasanya ia melibatkan perlanggaran atau demi mengelak
dari diambil hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan.
Dalam kebanyakan kes, negara secara amnya mengalami
kerugian besar perolehan hasil ekoran daripada perlakuan
yang sering dimulakan oleh pihak penguasa sendiri. Pesalah
hanya akan menawar ia sebagai jalan keluar sekiranya tiada
peluang budi bicara digunakan.
Semakin banyak undang-undang yang dicipta serta Akta yang
dipinda, semakin luas dan mewah pula perlakuan rasuah.
Sedarkah kita bagaimana jenayah yang dilakukan kaum
bukan Islam kerap kali berakhir di balai polis sahaja tanpa
perlu dihadapkan ke mahkamah untuk menegakkan keadilan.
Tentu sahaja wang sehingga ribuan ringgit berpindah tangan
mengikut kadar jenayah yang dilakukan.
Allah swt telah berfirman:
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang
lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula
kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada
hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)
sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,
padahal kamu mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah: ayat 188)
Pelbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan
perbuatan jenayah rasuah. Antaranya disebabkan oleh:
i. Di mana seseorang ingin hidup mewah ingin cepat
kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira
halal haram.
Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material,
dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai yang
diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban.
Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung
bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah,
penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia
telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan
hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan
kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

ii. sikap hidup yang suka bermegah-megah dan
bermewah-mewah menjadi amalan. Perbelanjaan
hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa
berhutang di sana sini. Malah ada yang sanggup
berhutang dengan chettiar dan loan sharks. Akhirnya,
akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan.
iii. Kurang penghayatan ilmu agama.
Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan,
kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan
hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi
antara faktor yang menyebabkan seseorang itu
bergelumang dalam jenayah rasuah.
Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang
tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang
baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai
suci dalam agama mendorong seseorang itu
melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah.
Justeru itu, individu seperti ini akan
memperhambakan dirinya kepada nafsu yang
mengongkong kehidupannya.

iv. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan
Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya
penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-
mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang
tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu
untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa
dan rasuah.
Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti
ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan berlakunya
perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya
pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular,
menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. Terlalu
banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak
oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak
ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa.
v. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan
Kerja.
Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan
kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja
itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan /
Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan -
perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan
penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan
kakitangannya.
Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan
sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua
kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara
kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat
penting.

Faktor Keruntuhan Akhlak
Gejala keruntuhan akhlak yang berlaku dalam
masyarakat hari ini berpunca daripada pelbagai faktor.
Faktor ini bolehlah dihuraikan seperti berikut :
1. Iman yang lemah. Punca yang paling asas dalam
permasalahan ini adalah kelemahan iman dan
kurangnya keyakinan terhadap Allah. Kurangnya
kefahaman agama dan gambaran sebenar tentang syiar
Islam menyumbang kepada masalah moral.
2. Nilai dan budaya kuning dan Barat. Budaya dan
pengaruh yang tidak bersesuaian dengan Islam seperti
sekularisme, liberalisme dan lain-lain pengaruh telah
berjaya mempengaruhi umat Islam.
Budaya hedonisma dan materialisme. Kemunculan
pelbagai pengaruh berseronok mengikut hawa nafsu
dan inginkan kemewahan dunia semata-mata
menggalakkan lagi masalah ini. Remaja khususnya
hanya akan memikirkan keseronokan tanpa
mempedulikan ajaran agama yang sebenar.

Sikap ibu bapa yang kurang prihatin. Kesibukan
ibubapa dengan tugasan harian terutamanya yang
bekerja telah mengakibatkan ramai anak-anak yang
terkontang-kanting tanpa kawalan. Bahkan ada ibubapa
yang tidak mempedulikan tingkah laku anak-anak
dengan melimpahkan kemewahan kepada mereka.
5. Pergaulan bebas. Percampuran bebas antara lelaki
dan perempuan juga membawa kepada masalah
sosial yang teruk. Tiada batasan dalam hubungan
boleh mengakibatkan terjadinya masalah akhlak
yang teruk.

Langkah Ke Arah Mengatasi
Tiada masalah yang tiada penyelesaian kerana Rasulullah saw
telah bersabda yang bermaksud Bagi setiap penyakit ada
ubatnya . justeru bagi mengatasi masalah gejala keruntuhan
akhlak dikalangan remaja Islam kita perlulah memberi
perhatian kepada perkara berikut :

1. Memberi didikan Islam yang sebenar. Pendidikan agama
merupakan asas yang paling penting bagi membentuk
jatidiri muslim yang sebenar. Kefahaman agama yang
sebenar dan keyakinan terhadap Allah akan menanamkan
dalam diri insan sifat taqwa kepada Allah. Dan taqwalah
yang akan membezakan antara setiap muslim.

2. Tanggungjawab ibubapa. Ibubapa perlulah memberikan
perhatian yang sewajarnya kepada anak mereka. Walau sibuk
dengan tugasan harian tanggungjawab mendidik anak tidak
boleh diabaikan sesuai dengan apa yang telah digariskan oleh
Islam.

3. Sikap Prihatin masyarakat. Masyarakat Islam yang baik
adalah masyarakat yang akan memastikan setiap anggota
masyarakatnya tidak terlibat dengan gejala keruntuhan moral.
Ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud
Barangsiapa antara kamu yang melihat kemungkaran
hendaklah ia mencegahnya dengan tangannya, sekiranya ia
tidak mampu cegahlah dengan lisannya dan sekiranya masih
tidak mampu maka cegahlah di dalam hatinya ..dan itu adalah
selemah-lemah iman .
4. Mengawal media massa. Pelbagai alat sebaran yang
muncul hari ini seperti televisyen, suratkhabar, majalah
boleh menjadi agen yang paling berpengaruh ke arah
keruntuhan akhlak. Namun ia juga boleh menjadi agen
dakwah yang paling berkesan. Oleh itu, pengawalan yang
sewajarnya perlulah ke arah memastikan akhlak remaja
dapat dikawal.
Masalah keruntuhan akhlak remaja tidak akan dapat
diatasi tanpa sokongan dan kerjasama dari semua pihak.
Setiap individu dalam masyarakat mempunyai peranan
masing-masing. Ianya dapat diatasi dengan penuh hikmah
.

Implikasi Keruntuhan Akhlak
Gejala keruntuhan moral yang muncul hari ini boleh
membawa kepada pelbagai implikasi akhlak dan masalah
lain. Sebagai contohnya, penawar bagi penyakit AIDS masih
belum ditemui dengan jayanya.

Demikian juga dengan penagihan dadah, ia merupakan satu
malapetaka besar yang menimpa masyarakat Islam yang
mana ia telah melumpuhkan sama sekali remaja yang sangat
diperlukan oleh negara. Begitu juga dengan vandalisme yang
melibatkan harta benda awam yang besar nilainya.

Sumbang mahram pula, selain dari mengancam keselamatan
keturunan ia juga menyebabkan kehancuran rumahtangga.
Rumahtangga menjadi tidak selamat untuk didiami. Dengan
berlakunya sumbang mahram, kerukunan, kebahagiaan dan
kedamaian rumahtangga terjejas dengan teruknya dan
institusi keluarga berada di dalam keruntuhan.

Demikian juga dengan bersekududukan, ini juga mengancam
keselamatan keturunan. Contohnya orang yang
bersekedudukan hingga melahirkan anak dan anak-anak ini
tidak sah hubungan dengan bapanya. Sekiranya orang yang
bersekedudukan itu tidak mahukan anak sedangkan dia telah
mengandung maka akan timbul pula masalah lain, antaranya
pengguguran.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai