Anda di halaman 1dari 20

44 TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI

Topik
3
Kanak-kanak
Bermasalah
Komunikasi

HASI L PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan defnisi dan konsep masalah komunikasi;
2. Menghuraikan perkembangan pertuturan kanak-kanak;
3. Menghuraikan masalah bertutur dan masalah bahasa;
4. Menjelaskan keperluan pendidikan kanak-kanak masalah komunikasi;
dan
5. Menghuraikan bentuk perkhidmatan sokongan yang diperlukan oleh
kanak-kanak masalah komunikasi.
PENGENALAN
Secara umumnya manusia berkomunikasi antara satu sama lain melalui bahasa
dan pertuturan. Manusia perlu berkomunikasi untuk menyatakan fkiran dan
berhubung antara satu sama lain dalam menjalani aktiviti-aktiviti kehidupan.
Bayangkan apabila seseorang itu tidak dapat berkomunikasi dengan ibu bapa,
ahli keluarga, dan rakan sebaya akibat daripada masalah pertuturan atau
bahasa yang dihadapinya. Mereka mungkin mempunyai idea atau perkara yang
hendak disampaikan tetapi tidak dapat menyampaikannya kerana masalah
pertuturan yang dihadapi seperti gagap, sengau, sebutan tidak jelas, dan juga
disebabkan penguasaan bahasa mereka amat terhad. Masalah pertuturan dan
masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak adalah dalam bentuk dan tahap
yang berbeza-beza.
TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI 45
Topik ini akan membincangkan tentang defnisi dan konsep masalah komunikasi
yang meliputi masalah pertuturan dan masalah bahasa, perkembangan pertuturan
dan bahasa kanak-kanak, masalah pertuturan, masalah bahasa, kelewatan bertutur,
keperluan pendidikan, dan khidmat sokongan untuk kanak-kanak masalah
komunikasi.
3.1 DEFINISI MASALAH KOMUNIKASI
Kita selalu mendengar perkataan komunkasi, malah kita juga secara praktiknya
berkomunikasi setiap hari. Jadi, apakah yang anda faham tentang komunikasi?
Secara ringkas dapat dijelaskan bahawa komunikasi adalah satu proses menghantar
atau menerima maklumat/idea. Komunikasi juga adalah satu proses yang aktif yang
melibatkan pengirim (penutur) dan penerima (pendengar).
Model komunikasi pada Rajah 3.1 diharap dapat membantu anda memahami
maksud komunikasi dengan lebih baik lagi.
Masalah komunikasi merangkumi dua kategori iaitu masalah pertuturan dan
masalah bahasa. Untuk memahami istilah ini, anda perlu melihat kepada kedua-dua
kategori itu secara berasingan sebelum menghuraikan kedua-duanya sebagai satu
masalah kerana kedua-dua kategori ini saling berkait. Menurut Gargiulo R. M. (2003)
masalah komunikasi juga dirujuk sebagai masalah pertuturan dan bahasa. Walau
bagaimanapun, masalah komunikasi dimasukkan juga cabaran-cabaran komunikasi
yang berkaitan dengan masalah pendengaran.
Rajah 3.1: Model proses komunikasi
Idea
BERTUTUR
MENULIS
MENDENGAR
MEMBACA
Kem. menyampaikan
mesej
Kem. mentafsir
mesej
gelombang
bunyi
gelombang
cahaya
Idea
A
(pengirim)
(penutur)
B
(penerima)
(pendengar)
46 TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI
Apakah yang dimaksudkan dengan masalah bahasa dan pertuturan atau masalah
komunikasi?
Definisi di atas terlalu umum dan seperti yang disebutkan sebelum ini anda
hendaklah memahami defnisi masalah pertuturan dan juga masalah bahasa secara
berasingan.
(a) Defnisi Masalah Pertuturan
Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), USA, telah mendefnisikan
masalah pertuturan dan bahasa sebagai:
..suatu masalah komunikasi seperti gagap, masalah penyebutan,
masalah bahasa, atau masalah suara yang memberi kesan yang kurang
baik terhadap pencapaian dalam pelajaran.
Corak pertuturan yang disampaikan sangat berbeza daripada kebiasaan yang
didengar dan dapat menarik perhatian kepada tingkah laku pertuturan tersebut.
Oleh itu perhatian pendengar akan lari daripada memahami mesej yang hendak
disampaikan. Kelainan pertuturan sebegini akan memberi kesan yang negatif kepada
pendengar dan juga penyampai itu sendiri.
(b) Defnisi Masalah Bahasa
Masalah pertuturan merupakan kecacatan suara, penyebutan bunyi-
bunyi pertuturan, dan/atau kelancaran. Kecacatan ini dapat dilihat dalam
penyampaian dan penggunaan simbol-simbol lisan.
Masalah bahasa adalah kelemahan dalam pemahaman, lisan, dan tulisan.
Masalah ini mungkin melibatkan kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan
bahasa, dan pragmatik bahasa.
Kelemahan-kelemahan ini mungkin terjadi dalam satu atau lebih komponen
bahasa disebabkan bahasa adalah satu set tingkah laku yang paling rencam yang
ditunjukkan oleh manusia. Bahasa melibatkan ingatan, pembelajaran, menerima
dan memproses mesej, dan juga kemahiran melahirkan pemikiran.
TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI 47
Diharap anda dapat memahami defnisi masalah pertuturan dan masalah bahasa
yang diberikan di atas. Selepas ini akan dibincangkan masalah peruturan dan
masalah bahasa dengan terperinci.
3.2 PERKEMBANGAN PERTUTURAN DAN
BAHASA KANAK-KANAK
Perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak dipengaruhi oleh perkembangqan
intelek, umur, pengaruh persekitaran, dan juga kematangan alat pertuturan. Apabila
sampai pada peringkat umur tertentu kanak-kanak sudah boleh menuturkan
perkataan-perkataan, frasa, atau ayat mengikut tahap penguasaan bahasa
mereka. Masalah perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak boleh
diketahui dengan membuat perbandingan dengan perkembangan kanak-kanak
normal.
Menurut Marilyn Friend (2005), masa yang paling kritikal dalam perkembangan
bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah peringkat awal kanak-kanak. Beliau
telah memberikan beberapa petunjuk penting perkembangan kanak-kanak
normal.
Jadual 3.1: Petunjuk Perkembangan Pertuturan dan Bahasa Kanak-kanak
Bagaimanakah corak pertuturan yang boleh memberi kesan yang kurang
sesuai kepada komunikasi antara individu?
LATIHAN 3.1
Umur Petunjuk Perkembangan
1 Mengenal nama.
Sudah boleh menyebut dua hingga tiga perkataan tambahan
kepadamama dan papa.
Faham arahan mudah.
12 Faham perkataan tidak/no.
Guna sepuluh hingga dua puluh perkataan, termasuk nama.
Menggabungkan dua perkataan Mak. Makan.
Meniru bunyi binatang yang sudah biasa seperti lembu.
Melambai-lambai selamat jalan.
48 TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI
Berdasarkan petunjuk-petunjuk penting perkembangan pertuturan dan bahasa
kanak-kanak normal anda dapat mengetahui kelainan yang dimiliki oleh kanak-
kanak yang mempunyai masalah pertuturan dan bahasa.
Apakah perbezaan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak yang mengalami
pertuturan berbanding kanak-kanak normal?
LATIHAN 3.2
23 Mengenal anggota badan.
Guna dua perkataan dalam frasa negatif tak mau, no want.
Memahami konsep masa yang mudah esok, semalam.
Selesai masalah dengan bercakap, bukanya secara memukul atau
menangis.
Menyesuaikan tiga atau empat warna, tahu tentang kecil dan
besar.
34 Sudah boleh bercerita.
Menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan.
Memahami makna kelmarin, makan tengah hari.
Mula menurut arahan/perminatan Letak kasut di luar.
45 Menguasai lebih kurang 1,500 patah perkataan.
Mengenal pasti bentuk segi tiga, bulatan, atau segi empat.
Boleh bercakap angan-angan saya harap ..
Banyak menyoal, termasuk Mengapa..?
56 Menguasai lebih kurang 2,000 patah perkataan.
Memahami hubungan ruang seperti atas dan belakang.
Tahu alamat sendiri.
Tahu perkataan antonim mudah seperti kecil besar.
Membezakan tangan kanan dan kiri tanpa bantuan.
Menggunakan berbagai jenis ayat.
3.3 KANAK-KANAK MASALAH PERTUTURAN
Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan
koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan
TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI 49
simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal bertujuan
untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fkiran.
3.3.1 Unsur-unsur Pertuturan
Pertuturan mempunyai empat unsur, iaitu suara, bunyi atau talun (resonance),
artikulasi, dan kelancaran.
(a) Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu:
(i) pitch yang merujuk kepada tinggi rendah nada suara;
(ii) kekuatan, atau kenyaringan suara; dan
(iii) kualiti suara.
(b) Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya
dianggap sebagai sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai
suara yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu
nyaring.
(c) Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, dan pergerakan lidah untuk
mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
(d) Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat
yang boleh mengganggu komunikasi.
3.3.2 Kategori Masalah Pertuturan
Apakah yang Dikatakan Pertuturan Normal?
Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi
bahasa melalui mulut, dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi,
rentak dan kadar yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi
sesuai dengan peringkat umur.
Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah
artikulasi, masalah suara, dan masalah kelancaran.
(a) Masalah Artikulasi
Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi
pertuturan yang abnormal, sehinga menyebabkan percakapan menjadi tidak
tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada
perkara-perkara berikut:
(i) Penggantian;
(ii) Penguguran;
50 TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI
(iii) Pengubahan; dan
(iv) Penambahan.
Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan
digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya malan untuk makan wabbit
untuk rabbit. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih
belum matang.
Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu
bunyi konsonan. Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau
akhiran perkataan, misalnya idung untuk hidung, besa untuk besar,
dan lain-lain.
Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh
menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa
Inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip. Sekiranya untuk
perkataan susah, konsonsn s disebut dengan hembusan angin yang
kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya
sssyusyah.
Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti
bawa disebut bawah atau bawuah, animal disebut ammanimal atau
ammaminal.
Punca Masalah Artikulasi/Pertuturan
Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan
gangguan artikulasi. Di antaranya adalah seperti sumbing bibir atau sumbing
lelangit, kecacatan lidah, penyakit ataupun kecacatan pada hidung atau tekak,
kelumpuhan otak, peniruan pertuturan yang salah ketika mula belajar bercakap
sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor persekitaran.
Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut,
tisu lembut, dan struktur bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran
udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau.
Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain
damage) yang mengawal sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat
pertuturan. Kanak-kanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan
bunyi atau suara yang betul.
Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan
orang dewasa. Kebiasaannya, sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi
memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut
perkataan dengan pelat, misalnya nacik untuk nasi, be ak untuk berak
dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-
kanak tersebut akan mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul.
Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak
TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI 51
misalnya persekitaran keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan
dua atau lebih bahasa, tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa
bimbingan orang dewasa sebagai model.
(b) Masalah Suara
Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang
tidak normal atau luar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap.
Semua suara berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara dihasilkan.
Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau
garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang
berkesan.
Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar
melalui rongga mulut telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap.
Keadaan ini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat. Oleh itu
kanak-kanak sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau
kecuali bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan n, m, dan ng .
Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat
sementara dan akan pulih apabila tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan
dikurangkan.
(c) Masalah Kelancaran
Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar
dan kelicinan pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran
pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut
sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot
tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada
penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara
berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran
dan ketegangan otot pertuturan.
Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap. Di antaranya adalah:
(i) Gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (24 tahun),
tetapi akan beransur-ansur pulih setelah melalui pengalaman interaksi
dengan persekitaran,
(ii) Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita, dan
(iii) Gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga.
Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu pertuturannya.
Namun dari segi fzikal individu yang gagap tidak ada perbezaan dengan
individu normal. Di antara ciri individu yang gagap adalah seperti berikut:
(i) Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang
menyebut perkataan dan pemanjangan bunyi perkataan.
52 TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI
(ii) Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang
sama.
(iii) Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi.
(iv) Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan
kadar pertuturan, memejamkan mata, mengulang suku kata, perkataan
atau frasa, dan menggerakkan tangan semasa bertutur.
Punca Masalah Gagap
Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap.
Berdasarkan pendapat daripada beberapa penulis, punca masalah gagap
dapatlah dirumuskan seperti berikut.
(i) Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika
peringkat awal kanak-kanak. Ketika kanak-kanak sudah mula mahu
bercakap, otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil.
Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan
berulang-ulang.
(ii) Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya
persekitaran rumah yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta
hubungan emosi yang tidak cukup antara anak dan ibu bapa.
(iii) Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan
mempunyai masalah kesihatan.
(iv) Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang
terutamanya ibu atau bapa, pengalaman yang menakutkan, dan
menghidap sesuatu penyakit.
(v) Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur.
(vi) Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan
masalah gagap akan diturunkan kepada anak-anak mereka.
(vii) Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa
menggunakan tangan kanan untuk menulis atau membuat sebarang
kerja.
Panduan Mengurangkan Masalah Gagap
Morley M. E. (1972) telah memberikan lima prinsip rawatan untuk membantu
individu gagap mengatasi masalah mereka.
(i) Menyesuaikan Diri dengan Gagap
Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada
orang lain hasil daripada pengalaman-pengalaman dan reaksi orang
lain terhadap pertuturan mereka yang gagap. Sedarkan mereka bahawa
ramai orang yang kononnya tidak gagap sebenarnya mengalami masalah
bercakap tersekat-sekat dan mungkin gagap pada masa-masa tertentu.
TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI 53
Mereka perlu mengakui yang mereka gagap dan menerima hakikat ini
secara positif tanpa rasa takut dan beremosi.
(ii) Terapi Mengurangkan Ketegangan (Relaxation Therapy)
Rawatan terapi mengurangkan ketegangan ini akan mengurangkan
ketegangan fizikal dan mental. Sekiranya diamalkan selalu akan
meningkatkan kelesaan dan ketenangan mental yang akan mneningkatkan
kecekapan dan keayakinan untuk menjalani kehidupan tanpa tekanan.
(iii) Latihan-latihan yang Membantu ke Arah Mengawal Petunjuk-petunjuk
Gagap
Latihan hendaklah yang boleh menyumbang ke arah pengalaman
pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka mengawal
kegagapan ketika ianya terjadi.
(iv) Perbincangan, Cadangan, dan Tugasan
Pada setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan.
Misalnya yang berkaitan dengan penggunaan telefon, membeli tiket bas,
dan berbagai-bagai masalah dan situasi lagi. Cadangan diberi bagaimana
individu itu mengatasi masalah yang dihadapinya dan menjadikan situasi
gagap sebagai latihan untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang
diberi.
(v) Terapi Kumpulan
Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi
secara berkumpulan. Di sini dia akan bertemu dengan orang lain yang
menghadapi masalah yang sama dan berkongsi pengalaman masing-
masing.
Intervensi untuk memulihkan masalah gagap perlulah dimulai pada peringkat awal
masalah gagap ditunjukkan sebelum menjadi lebih teruk.
3.3.3 Kelewatan bertutur
Kelewatan bertutur adalah kekurangan dalam keupayaan bertutur yang berlaku
dalam kadar yang lambat dari normal iaitu pertuturan yang tidak sesuai dengan
peringkat umur. Kanak-kanak yang lewat bertutur akan bertutur seperti kanak-
kanak yang jauh lebih muda daripadanya. Mereka kerap dianggap sebagai keanak-
Adakah masalah gagap boleh diatasi atau dikurangkan? Bincangkan
cara yang boleh membantu individu gagap supaya lebih yakin untuk
bercakap dengan orang lain.
LATIHAN 3.3
54 TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI
3.4 MASALAH BAHASA
3.4.1 Definisi Bahasa
Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa?
Bahasa adalah suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang dipersetujui
oleh sesuatu kelompok manusia dan digunakan sebagai alat untuk
berkomunikasi.
anakan dan sukar bergaul dengan rakan sebaya. Kelewatan bertutur juga sering
dikaitkan dengan ketidak upayaan lain seperti masalah pendengaran, terencat akal,
gangguan emosi, dan kerosakan otak.
Kelewatan bertutur disebabkan oleh beberapa faktor berikut:
(a) Kecerdasan (IQ) yang rendah menyebabkan kanak-kanak tidak berupaya belajar
bercakap dengan rakan-rakan sebaya di samping mempunyai perbendaharaan
kata yang rendah.
(b) Sikap ibu bapa yang suka anak mereka bercakap keanak-anakan kerana
dianggap seronok dan jenaka.
(c) Peluang bertutur yang terhad di rumah.
(d) Ibu bapa gagal merangsang anak untuk bertutur.
(e) Kurang motivasi ibu bapa memikirkan anak mereka akan dapat bercakap
secara semula jadi apabila sampai masanya dan tidak perlu diberi galakan atau
motivasi.
Masalah pertuturan memberi kesan yang besar ke atas perkembangan dan
penyesuaian sosial serta pembentukan peribadi kanak-kanak. Kekecewaan yang
mereka hadapi menyebabkan mereka menyisihkan diri dari rakan sebaya, kurang
keyakinan, dan mempunyai konsep kendiri yang rendah. Kanak-kanak bermasalah
pertuturan boleh dibantu melalui intervensi terapi pertuturan, psikoanalisis, dan
latihan-latihan khas untuk mengatasi masalah pertuturan.
Bincangkan bagaimanakah caranya ibu bapa dapat merangsang anak
mereka bertutur?
LATIHAN 3.4
TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI 55
Defnisi bahasa di atas dengan jelas menyatakan bahawa bahasa adalah merupakan
alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu sebarang kecacatan berbahasa akan
memberi kesan negatif terhadap proses komunikasi.
Masalah pertuturan kanak-kanak juga berkait rapat dengan masalah bahasa kerana
kedua-duanya merupakan alat untuk berkomunikasi. Namun anda perlu ingat
bahawa kanak-kanak normal juga mengalami masalah bahasa dalam aspek-aspek
tertentu atau pada ketika dan situasi tertentu.
The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996),
USA telah mendefnisikan masalah bahasa sebagai;
an impairment in the ability to understand and/or use words in context,
both verbally and nonverbally. Some characteristics of languange disorders
include improper use of words and their meanings, inability to express ideas,
inappropriate grammatical patterns, reduced vocabolary, and an inability
to follow directions.
3.4.2 Komponen Bahasa
Kanak-kanak di katakan sebagai mempunyai masalah bahasa apabila gagal
menguasai satu atau lebih komponen bahasa. Ahli-ahli bahasa telah membahagikan
bahasa kepada lima komponen, iaitu:
(a) Fonologi yang merujuk kepada penggunaan bunyi-bunyi untuk menghasilkan
suku kata dan perkataan.
(b) Morfologi adalah proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang
paling asas (morfem).
(c) Sintaksis adalah susunan perkataan yang membentuk ayat.
(d) Semantik (makna) merujuk kepada cara perkataan-perkataan digunakan secara
bermakna dalam komunikasi.
(e) Pragmatik adalah penggunaan kemahiran berkomunikasi dalam konteks sosial
atau cara bahasa digunakan.
Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi masalah untuk
memahami bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi
dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink untuk drink.
Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang
luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang salah (bahasa
Inggeris).
56 TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI
Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan tatabahasa
yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan pendapat yang
kompleks.
Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata yang
lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak berupaya
memahami makna perkataan.
Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidak upayaan kanak-kanak memahami
atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang
berbeza.
Berikan dua contoh masalah bagi setiap komponen bahasa di atas
sehingga boleh menjejaskan komunikasi?
LATIHAN 3.5
3.4.3 Masalah Bahasa Reseptif dan Ekspresif
Masalah bahasa juga ditunjukkan melalui bahasa reseptif dan bahasa ekspresif.
Seorang guru yang peka akan dapat mengesan masalah bahasa reseptif dan
ekspresif pelajarnya melalui pemerhatian sewaktu aktiviti pembelajaran dalam
kelas, aktiviti luar kelas, ketika bermain, dan sebagainya. Berikut adalah beberapa
tingkah laku yang menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah bahasa reseptif
dan ekspresif.
Tingkah laku yang menunjukkan masalah bahasa reseptif:
(a) Bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi atau percakapan;
(b) Mempunyai tumpuan singkat walaupun terhadap perkara yang diminati;
(c) Kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang reaksi (blank) ketika orang lain
bercakap dengannya;
(d) Sukar memahami konsep yang abstrak;
(e) Mudah tertarik dengan bunyi-bunyi luaran ketika bercakap dengannya;
(f) Ada masalah dengan perkataan banyak makna;
(g) Bermasalah mengenal hubungan perkataan dengan idea;
(h) Kerap memberi jawapan yang tidak sesuai;
(i) Sukar mempelajari makna perkataan baru;
TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI 57
(j) Bermasalah dalam urutan peristiwa (contoh: hari dalam seminggu); atau
(k) Kerap mengulangi soalan daripada memberi jawapan kepada soalan itu.
Tingkah laku yang menunjukkan masalah bahasa ekspresif:
(a) Seorang pendiam;
(b) Tidak mengambil bahagian dalam perbincangan kelas;
(c) Kerap salah menggunakan perkataan;
(d) Menggunakan perkataan dengan susunan yang salah dalam ayat;
(e) Lesu dan tidak bersemangat ketika bercakap;
(f) Banyak menggunakan gerakan fzikal daripada ekspresi verbal;
(g) Tidak dapat mencari perkataan-perkataan untuk penerangan dalam perbualan
atau menulis;
(h) Sentiasa menggunakan ayat-ayat pendek;
(i) Berjalan-jalan bila diajukan soalan atau mendengar cerita;
(j) Menggunakan perkataan secara berlebihan untuk menjelaskan idea yang
konkrit;
(k) Gagal memahami petunjuk (kiu) yang menandakan dia perlu berhenti bercakap;
atau
(l) Sangat sukar mengingat.
Masalah gangguan bahasa dapat diklasifkasikan kepada tiga jenis dan klasifkasi
ini juga dirujuk sebagai di antara punca masalah bahasa.
(a) Kelewatan Bahasa
Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya.
Sesetengah kanak-kanak akan dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat
daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak yang tidak menunjukkan
perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.
(b) Aphasia
Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat kerosakan otak. Bagi kanak-
kanak kerosakan otak berpunca akibat kecederaan otak semasa lahir atau
ketumbuhan (tumor) otak. Aphasia termasuklah kesukaran menggunakan
bahasa sama ada reseptif atau ekspresif.
(c) Gangguan Proses Auditori Pusat (Central Auditory Processing Disorders /
CAPD)
Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori
(pendengaran) dan menterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD
58 TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI
Jelaskan maksud bahasa reseptif dan bahasa ekspresif dengan
memberikan contoh yang sesuai.
LATIHAN 3.6
tidak mengalami masalah pendengaran (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak
tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima daripada telinga
dengan baik.
Setakat ini anda diharap sudah dapat memahami tentang masalah bahasa secara
am. Anda perlu membuat bacaan tambahan untuk menambahkan lagi maklumat
dan pengetahuan anda tentang topik ini.
3.5 KEPERLUAN PENDIDIKAN KANAK-
KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI
Kanak-kanak masalah komunikasi menerima pendidikan yang paling sesuai untuk
mereka berdasarkan keperluan khas mereka. Misalnya, jika kanak-kanak itu hanya
mempunyai masalah pertuturan atau masalah bahasa sahaja, dia akan ditempatkan
di kelas normal bersama-sama rakan sebayanya. Sekiranya masalah komunikasi
ini disertai oleh ketidak upayaan lain, maka penempatan pendidikannya akan
ditentukan oleh jawatankuasa pelbagai disiplin.
3.5.1 Pendidikan Awal Kanak-kanak
Peringkat awal kanak-kanak adalah masa yang paling kritikal dalam perkembangan
pertuturan dan bahasa. Rasional bagi intervensi pertuturan dan bahasa yang intensif
adalah:
(a) Apabila masalah dikesan, intervensi awal akan membantu mengurangkan
masalah dengan berkesan.
(b) Apabila menjalani intervensi awal, perkhidmatan dapat diberi secara intensif
seperti terapi pertuturan atau terapi bahasa.
(c) Sekiranya kanak-kanak berjaya mengatasi atau mengurangkan masalah
pertuturan atau masalah bahasanya, mereka akan dapat mengekalkan
pencapaiannya itu melalui sokongan berterusan yang diberikan di sepanjang
program intervensi.
TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI 59
3.5.2 Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah
Hampir semua kanak-kanak bermasalah komunikasi ditempatkan di sekolah biasa.
Cara perkhidmatan diberi bagi masalah bertutur dan masalah bahasa bergantung
kepada bentuk ketidak upayaan murid itu. Misalnya, sekiranya murid ini perlu
menjalani terapi pertuturan dua kali seminggu, maka sesi terapi akan dijalankan
di bilik lain oleh ahli terapi pertuturan.
Murid-murid bermasalah komunikasi juga mungkin diinklusifkan ke kelas biasa
supaya dia belajar bahasa dan pertuturan di situ dengan rakan-rakan sebayanya.
3.5.3 Transisi dan Alam Dewasa
Individu bermasalah komunikasi juga memerlukan masa transisi dari zaman kanak-
kanak ke alam dewasa. Mereka perlu dilatih untuk membantu diri sendiri, membuat
pilihan pendidikan, pilihan kerjaya, dan kemahiran untuk berfungsi dalam bidang
pekerjaan. Ada antara mereka yang perlu membina keyakinan diri yang tinggi.
Dalam semua peringkat di atas, individu yang mengalami masalah komunikasi
memerlukan sokongan dan bantuan semua pihak, terutamanya rakan sebaya, guru,
dan ibu bapa. Mereka perlu diberi peluang untuk berkomunikasi dan melahirkan
pendapat tanpa rasa malu-malu atau takut kerana mereka tahu orang di sekeliling
sentiasa mahu membantu.
Kanak-kanak bermasalah komunikasi mungkin diinklusifkan di kelas
biasa bersama-sama rakan sebayanya. Jelaskan bentuk-bentuk inklusif
yang boleh diberikan kepada kanak-kanak ini?
LATIHAN 3.7
3.6 KHIDMAT SOKONGAN UNTUK KANAK-
KANAK MASALAH KOMUNIKASI
Keperluan pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah komunikasi di peringkat awal
kanak-kanak, sekolah rendah dan menengah hinggalah ke peringkat transisi selepas
tamat sekolah menengah memerlukan perkhidmatan sokongan yang bersesuaian.
Hampir keseluruhan kanak-kanak masalah komunikasi ditempatkan di sekolah
normal dan perkhidmatan sokongan yang diberi mungkin gabungan beberapa
pilihan model khidmat sokongan.
60 TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI
(a) Khidmat Nasihat
Khidmat nasihat di sekolah diberikan oleh ahli phatologis kepada guru, guru
kelas pendidikan khas, pembantu, penggubal kurikulum, pentadbir, dan ibu
bapa dalam mengurus program perkembangan pertuturan dan bahasa. Di
antara khidmat nasihat yang diberi adalah tentang bahan-bahan khusus dan
prosedur, kursus dalaman, tunjuk cara, dan aktiviti lain yang membantu guru,
pentadbir, dan ibu bapa meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam latar
semula jadi iaitu sekolah dan rumah.
(b) Perkhidmatan Bergerak
Guru bergerak (itinerant teacher) akan pergi dari kelas ke kelas atau membawa
murid keluar daripada kelas. Manakala ahli phatologis pertuturan-bahasa pula
bergerak dari sekolah ke sekolah untuk memberi khidmat secara langsung
kepada murid-murid masalah komunikasi di kelas normal atau di kelas
khas.
(c) Penjadualan Intensif
Murid-murid akan dijadualkan untuk menjalani terapi empat atau lima kali
seminggu untuk jangka masa tertentu, kebiasaannya empat hingga enam
minggu. Aktiviti ini biasanya digabungkan dengan perkhidmatan bergerak.
(d) Bilik Resos
Ahli terapi pertuturan-bahasa mempunyai bilik resos bagi membolehkan murid
datang berjumpanya secara individu atau berkumpulan. Murid-murid belajar
di kelas biasa tetapi menerima perkhidmatan secara langsung di bilik resos
pada waktu yang ditetapkan.
(e) Kelas Khas
Kelas khas adalah untuk murid yang mengalami masalah komunikasi yang
teruk yang keperluannya tidak dapat dipenuhi di kelas biasa. Di sini mereka
mendapat pengajaran secara individu atau secara berkumpulan.
(f) Sekolah Khas
Terdapat sekolah persendirian yang memberi pendidikan untuk kanak-kanak
masalah komunikasi. Di sini bilangan murid dalam kelas adalah kecil dan
pelajar dikumpulkan mengikut tahap perkembangan dan juga jenis masalah
komunikasi yang dihadapi.
(g) Pusat Diagnostik
Pusat yang terdapat di hospital ini menyediakan pasukan pelbagai disiplin
untuk mendiagnos dan membentuk program pemulihan untuk kanak-kanak
masalah komunikasi.
TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI 61
Pilihan-pilihan khidmat sokongan ini akan dapat membantu murid bermasalah
komunikasi mengatasi masalah mereka selain pengajaran yang diterima
daripada guru dan ibu bapa.
Nyatakan personel dari pelbagai disiplin yang sesuai untuk memberikan
khidmat sokongan kepada kanak-kanak bermasalah komunikasi.
LATIHAN 3.8
3.7 STRATEGI INTERVENSI UNTUK KANAK-
KANAK MASALAH KOMUNIKASI
Kanak-kanak bermasalah komunikasi boleh dibantu melalui strategi intervensi
yang terancang dengan menggunakan pendekatan berikut:
(a) Terapi;
(b) Pendekatan interaktif; dan
(c) Komunikasi alternatif.
Ahli terapi pertuturan dan bahasa akan membantu murid berdasarkan penilaian
yang dibuat terhadap keperluan mereka. Terapi akan dijalankan secara individu
atau berkumpulan bagi membantu murid terutamanya yang bermasalah artikulasi,
sintaksis, dan suara. Di antara prosedur terapi yang paling biasa digunakan untuk
murid masalah komunikasi adalah melalui main peranan. Melalui main peranan
ini ahli terapi akan mengembangkan tindak balas murid dan menunjukkan sebutan
dan penggunaan bentuk bahasa yang betul.
Melalui pendekatan interaktif, individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu
bapa, guru, atau ahli terapi pertuturanbahasa akan menggunakan dorongan semula
jadi kanak-kanak untuk bercakap perkara yang mereka sedang lakukan, merancang
untuk lakukan, atau permainan yang disukai. Intervensi dijalankan semasa murid
sedang makan, bermain, atau ketika berada di restoran makanan segera untuk
menggalakkan mereka bertutur dan mengunakan bahasa dengan betul.
Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain
daripada bahasa lisan. Dalam sesetengah kes, individu itu tidak boleh bertutur
disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah
komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan
untuknya. Pendekatan ini dikenali sebagai penambahan komunikasi, komunikasi
bantuan, atau komunikasi alternatif yang melibatkan berbagai-bagai pendekatan
62 TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI
Artikulasi
Kiu sosial
Transisi
dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. Di antaranya adalah
seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat latihan komunikasi yang dicipta khas,
penggunaan teknologi komputer, dan sebagainya.
Ada pandangan mengatakan bahawa sekiranya kanak-kanak
bermasalah komunikasi diajar menggunakan bahasa isyarat, maka akan
menambahkan lagi masalah yang dihadapinya. Ini kerana mereka lebih
suka menggunakan bahasa isyarat dan tidak mahu berusaha untuk
mengatasi masalah yang dihadapinya. Bincangkan pendapat anda.
LATIHAN 3.9
RUMUSAN
Masalah komunikasi dalam kalangan kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan
kerana ketidak upayaan menyampai mesej dengan tepat dan jelas disebabkan
gangguan pertuturan atau masalah bahasa akan menyebabkan kanak-kanak
berasa tertekan, malu, rendah diri, takut berhadapan dengan orang lain dan
mengasing diri.
Apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan masalah kendiri akan
menjejaskan pencapaian akademik dan kemahiran sosial mereka.
Masalah komunikasi boleh diatasi melalui pendekatan yang terancang dengan
mengambil kira setiap ketidak upayaan yang kanak-kanak alami.
Pelbagai pihak yang berkaitan hendaklah berganding bahu dan berkerjasama
sebagai satu pasukan yang terdiri daripada ibu bapa, guru, ahli terapi pertuturan,
pentadbir sekolah, doktor dan juga kaunselor.
Intervensi awal adalah sangat penting untuk membantu kanak-kanak mengatasi
masalah pertuturan dan bahasa mereka sebelum masaalah itu menjadi satu
kebiasaan dan sukar dipulihkan.
TOPIK 3 KANAK-KANAK BERMASALAH KOMUNIKASI 63
UJIAN 1
1. Apakah yang dimaksudkan dengan alat artikulasi/pertuturan?
2. Berikan tiga komponen pembentukan suara?
3. Jelaskan maksud kelancaran bertutur?
UJIAN 2
1. Huraikan maksud sumbing sebagai satu kecacatan alat artikulasi dan bagaimana
kecacatan ini mendatangkan masalah pertuturan?
2. Huraikan kesan masalah pertuturan ke atas penyesuaian sosial dan pembentukan
peribadi kanak-kanak?
3. Berikan tiga kriteria pertuturan yang normal?

Anda mungkin juga menyukai