Anda di halaman 1dari 18

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
KERTAS CADANGAN





























PENGENALAN

Perkataan Ulum () adalah merupakan lafaz jamak daripada perkataan
ilm (). Perkataan Al-Quran pula ditakrifkan sebagai Kalamullah yang
bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Malaikat Jibril
dalam bahasa Arab, di riwayatkan secara mutawatir dan membacanya dikira
sebagai satu ibadah, bermula dari surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah
An-Nas. Ini bermaksud, Ulum Al-Quran adalah merupakan satu gagasan ilmu
yang mana ia mengkaji tentang Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya
seperti sejarah penurunan, penulisan dan pengumpulan, Asbab Nuzul, Al-Makki,
Wal-Madani, Nasikh Mansukh, peringkat-peringkatnya, kemukjizatannya,
perumpamaan-perumpamaan, tertib surah dan sebagainya.
Menurut pendapat Zarqani, Ulum Al-Quran bemaksud ilmu yang
berkenaan dengan Ilmu-ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri,
sama ada dari segi penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya,
pembacaannya, pentafsirannya, Ijaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua
perkara yang berkaitan dengan Al-Quran. Bagi Imam Al-Suyuti pula, beliau
menegaskan bahawa Ulum Al-Quran ialah Suatu bidang dan ruang lingkup
ilmu yang membicarakan tentang Al-Quran dari segi penurunannya, sanadnya,
adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
Kesimpulannya, Ulum Al-Quran adalah merupakan tarkib idhafi (
) yang boleh diertikan sebagai Sekumpulan ilmu yang berkaitan dengan
Al-Quran. Perkataan ilmu menjadi jamak kepada perkataan ulum kerana ilmu
yang berkaitan dengan Al-Quran meliputi banyak skop atau cabang. Contohnya
ilmu Tafsir, ilmu Qiraat, ilmu Rasm Uthmani, ilmu Ikjaz, ilmu Asbab Nuzul,
ilmu Nasikh Mansukh dan sebagainya.








LATAR BELAKANG

Kemahiran dan kebolehan untuk membaca Al-Quran merupakan antara
kemahiran awal dan utama yang perlu dimiliki oleh orang Islam (Maimunah
Ismail, 1995; Muhamad Endut, 1992; Wan Bakar Wan Dagang, 1994).
Penekanan ini telah digambarkan dengan jelas oleh Allah seawal wahyu yang
pertama diturunkan dalam sejarah Islam yang memerintahkan agar umat Islam
berupaya untuk membaca, khususnya Kalam Allah bagi membolehkan mereka
memahami dan menghayati ajaran yang baru diturunkan itu.
Justeru itu, sejarah perkernbangan pendidikan dalam Islam amat
berkait rapat dengan pengajaran Al-Quran kepada anak- anak, Ibnu Khaldun
(2000) dan Al-Qabisi sebagaimana yang dinyatakan oleh An-Nukmy (1995),
telah meletakkan pengajaran Al- Quran sebagai kurikulum utama dan
yang paling awal diajarkan kepada anak-anak Muslim pada rnasa itu, Ia
penting, rnenurut mereka, kerana pengajaran Al-Quran mampu memberikan
as as akidah yang kukuh dalam diri anak-anak.
Ekoran daripada keutamaan dan kepentingan penguasaan kemahiran ini
dikalangan Muslim, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Menengah
(KBSM) yang digubal bagi menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah
(KLSR) dan Menengah (KLSM), hasil daripada Laporan Kabinet 1979,
menggariskan bahawa antara matlamat dan objektif Pendidikan Islam adalah untuk
memastikan pelajar Muslim mempunyai kemahiran untuk membaca Al-Qur'an
setelah tamat persekolahan mereka (Maimunah Ismail, 1995).
















MATA PELAJARAN ULUM AL-QURAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Perubahan kurikulum ini adalah didasarkan kepada dapatan hasil
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, yang mengkaji mata pelajaran
Pendidikan Islam untuk tempoh dua puluh tahun (1962-82) menunjukkan
pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah masih berada di tahap yang
kurang memuaskan dalam pendidikan Al-Quran (Zainal Abidin, 1990).
Sehubungan dengan itu, KBSR mula diperkenalkan secara berperingkat
bermula tahun 1982 melibatkan 302 buah sekolah dan sepenuhnya pada
tahun 1983 (Malaysia,1984). KBSM pula mula diperkenalkan pada tahun
1988 sebagai kesinambungan kepada KBSR. Semakan dan perubahan
kurikulum yang diperkenalkan turut mempengaruhi dan me1ibatkan
Pendidikan Islam sebagai salah satu mata pelajaran teras kurikulum ini
yang telah menjadikan pelajaran Al-Quran sebagai teras pengajarannya
(Fazlina Fadzil,1999).
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan bahawa dalam
KBSM, mata pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada dua komponen
utama, bidang Tilawah Al-Quran dan bidang Ulum syariah (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1990). Mengikut garis panduan yang telah dikeluarkan,
bidang Tilawah Al-Quran diperuntukkan masa sebanyak 40 peratus daripada
keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran ini (Kementerian
Pendidikan Malaysia,1988). Bidang Tilawah Al-Quran ini pula terbahagi kepada
dua aspek berikut; (Maimunah Ismail, 1995; Kementerian Pendidikan Malaysia,
1990)
a. Membaca ayat-ayat Al-Quran dengan betul mengikut hukum-hukum
tajwid serta memahami secara keseluruhan ayat-ayat tertentu
berdasarkan tajuk-tajuk yang sesuai.

b. Menghafaz ayat-ayat tertentu mengikut hukum tajwid untuk amalan
doa, wirid dan tahlil.




Wan Bakar Wan Dagang (1991) pula menyatakan bahawa objektif Tilawah
Al-Quran KBSM adalah bagi;

1. Melahirkan pelajar yang sentiasa membaca dan menghafal Al-Quran
dengan baik dan fasih;

2. Melahirkan pelajar yang sentiasa membaca dan menghafal Al-Quran di
sekolah dan juga di luar sekolah;

3. Melahirkan pelajar yang terdidik dengan didikan Al-Quran;

4. Pelajar yang sentiasa menghayati Al-Qur'an dalam kehidupan individu
dan berjemaah.



















































































KERTAS CADANGAN



MENJADIKAN MATA PELAJARAN
ULUM AL-QURAN SEBAGAI SUBJEK ELEKTIF
DI PERINGKAT SEKOLAH
(MENENGAH ATAS)





















PENDAHULUAN
Al-Quran al-Karim merupakan kitab panduan hidup yang diturunkan kepada
manusia. Ia bukan sahaja menjadi pedoman hidup dari sudut hukum-hakam serta
iktibar dari kisah-kisah umat terdahulu, bahkan ia juga merupakan panduan dan
rujukan dari aspek bahasa Arab. Bermula dengan usaha memelihara kesuciannya
dari kesalahan membaca (al-lahn) dan memahaminya maka lahirlah ilmu nahu.
Al-Quran al-Karim mempunyai pengaruh yang amat besar dalam ilmu nahu. Ia
bukan saja penyebab utama kepada kemunculan dan penyusunan ilmu ini sehingga ia
menjadi satu disiplin ilmu yang sangat sistemetik, malah ia merupakan sumber utama
dalam pembinaan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedahnya, di samping terdapat sumber
sumber asas yang lain iaitu pertuturan orangorang Arab (Kalam al-Arab ) dan Al-
Hadithal-Nabawiyy dan al-Qiyas.
Dr.Abdul al-lim Mukram mengatakan kalaulah tidak kerana al-Quran, nescaya
ilmu nahu ini tidak akan berkembang sehingga ia menjadi satu disiplin ilmu yang
lengkap. Pengaruh al-Quran dapat dilihat dengan jelas dalam pengkaedahan nahu,
sama ada ahli nahu Basrah mahupun Kufahdan Baghdad. Kekuatan pengaruh al-
Quran dalam pengkaedahan ilmu nahu amat jelas.
Selain daripada menjadi asas kepada pembinaan kaedah-kaedah nahu, ayat-
ayatnya juga dijadikan sebagai sumber pengukuhan kepada kaedah yang sedia ada,
yang telah diguna pakai dalam pertuturan mereka, syair-syair dan prosa-prosa. Al-
Quran juga dijadikan hujjah bagi membatalkan kaedah dan peraturan sedia ada yang
telah diguna pakai di kalangan orang-orang Arab.
Salah satu cabang ilmu nahu ialah gaya bahasa. Kekayaan al-Quran dengan
gaya bahasa menjadikan ia amat indah untuk diamati dan dikaji. Penulis merasakan
kajian terhadap gaya bahasa yang wujud didalam al-Quran perlu digiatkan bagi
menambah kefahaman terhadap ayat-ayat al-Quran itu sendiri, disamping mengetahui
rahsia disebalik penggunaannya, kerana setiap gaya bahasa yang digunakan
adasignifikannya tersendiri.
Gaya bahasa yang wujud dalam bahasa Arab terbentuk dari tiga unsur utama,
iaitu kata nama kata kerja dan partikel. Dari tiga unsur ini dibina ayat-ayat dan gaya
bahasa tertentu bagi menyampaikan mesej kepada pendengar. Salah satu gaya bahasa
yang wujud dalam al-Quran dan sistem sintaksis bahasa Arab yang amat menarik
untuk dikaji dan diketengahkan ialah gaya bahasa syart. Di mana selain ia
mempunyai makna juga mempunyai disiplin dan peraturan tertentu yang tersendiri
gaya bahasa syart perlu dikuasai oleh seorang pelajar dan penutur bahasa Arab

MATLAMAT
Matlamat menjadikan Ulum Al-quran sebagai subjek elektif di peringkat
menengah atas adalah untuk melahirkan pelajar yang berilmu dalam bidang al-quran
dengan lebih mendalam seiring dengan Falsafah Pendidikan Islam dan berwawasan
sesuai dengan visi dan misi sekolah.
Di tingkatan ernpat, pelajar akan diberikan pilihan untuk rnengikuti
aliran pilihan mereka berdasarkan kepada pencapaian dan keputusan dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR). Umurnnya aliran yang ditawarkan
meliputi aliran Sastera Ikhtisas, Sastera Perakaunan, Sains Tulin, Sains
Perakaunan, Agama Tulin dan Agarna Perakaunan. Bagi pelajar yang mengikuti
aliran Agama Tulin atau Agama Perakaunan, mereka dikehendaki untuk
mengambil mata pelajaran Pendidikan Al-Quran atau Ulum Al-Quran dan As-
Sunnah (PQS). Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah yang diperkenalkan
bermula tahun 1995 turut menjadikan kemahiran pel ajar untuk membaca al-
Qur'an sebagai salah satu objektifnya yang utama (Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral (JAPIM),Xementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2002).
Oleh kerana mata pelajaran ini hanya diperkenalkan kepada pelajar di tingkatan
empat dan lima, kemahiran pelajar untuk menguasai kemahiran ini di peringkat
sekolah rendah dan menengah rendah banyak mempengaruhi tahap kemahiran
mereka di peringkat ini (Che Pee Saad, 1993). Pembelajaran Tilawah Al-Quran
di sekolah menengah sekarang merupakan sebahagian daripada kandungan
Pendidikan Islam yang berasaskan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan mulai 1988. Melalui Pusat
Perkembangan Kurikulum, kurikulum baru Pendidikan Islam mula
menggantikan kurikulum lama Pendidikan Islam yang telah digunakan sejak
1982 di sekolah menengah.
Semakan kurikulum Pendidikan Islam KBSM oleh JAPIM pada 2002
membawa kepada perlaksanaan kurikulum baru mulai 2003 pada peringkat
Tingkatan 1. Kini, kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam KBSM terbahagi
kepada bidang-bidang berikut; Pertama, Tilawah Al-Quran yang merangkumi
bacaan, hafazan dan kefahaman dan Hadis; Kedua, Ulum Syariyah yang
merangkumi Akidah, Ibadah, Sejarah Nabi Muhammad s.a.w dan Tamadun
Islam dan akhir sekali Adab dan Akhlak Islamiah (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2005). Manakala peruntukan masa pengajaran Pendidikan Islam bagi
peringkat menengah rendah ialah 240 minit atau enam waktu seminggu dan bagi
peringkat menengah atas ialah 160 minit atau empat kali seminggu.

OBJEKTIF
Berikut ialah objektif yang ingin di capai sekiranya setiap pelajar mempelajari
serta mendalami ulum al-quran.
i. Dapat menguasai berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan yang terdapat
dalam al-quran.
ii. Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan al-quran semenjak ia
diturunkan sampai sekarang dimana jalan penyampaiannya adalah secara
mutawatir.
iii. Dapat mempelajari ilmu serta ayat nasikh dan mansukh, asbab al-nuzul
dan perkara-perkara yang berkaitan dengan al-quran.
iv. Untuk memahami kalam Allah atau al-quran sebagaimana yang di
terangkan oleh rasulullah, para sahabat dan tabiin.
v. Untuk mengetahui method ahli tafsir mentafsir al-quran.
vi. Mengetahui keistimewaan ahli tafsir mentafsir ayat-ayat al-quran.
vii. Menarik minat pelajar untuk menjadi seorang pengkaji al-quran sebagai
pewaris para ulama pada masa akan datang.
viii. Memberi keyakinan kepada pelajar al-quran merupakan sebuah kitab suci
daripada Allah dan bukannya ciptaan manusia.

RASIONAL

a. Menyedari betapa cerdik pandai Islam yang dapat menguasai kedua-dua
bidang ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi.
b. Memberi keberkesanan yang lebih baik kepada pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
c. Mendedahkan keberkesanan pelajar kepada perkembangan hukum
hakam Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis.
d. Membantu sekolah untuk mempertingkatkan kecemerlangan akademik
pelajar dalam peperiksaan SPM.
e. Menggabungkan tenaga semua pihak untuk mempertingkatkan prestasi
kecemerlangan akademik pelajar.

HUBUNGKAIT PENDIDIKAN ULUM AL-QURAN DALAM PRINSIP KBSM

KBSM digubal berdasarkan prinsip-prinsip asas yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam. Prinsip-prinsip tersebut
dapat diklasifikasi seperti yang berikut :

5.1 Kesinambungan Pendidikan Rendah dengan Pendidikan Menengah.

Pada peringkat rendah penekanan diberikan kepada kemahiran-kemahiran asas
membaca, menulis dan mengira. Seterusnya kemahiran tersebut
diperkembangkan dan diperkukuhkan pada peringkat menengah.
5.2 Pendidikan Umum Untuk Semua Pelajar.

Murid-murid pada peringkat menengah rendah dan menengah atas disediakan
program pendidikan yang sama untuk memberi mereka peluang yang lebih luas
bagi mendapat ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang. Mata
pelajaran teras wajib diambil oleh semua pelajar bagi menjamin hasrat ini
tercapai.

5.3 Penggunaan Disiplin Ilmu Yang Ada.

Kebanyakan mata pelajaran yang sedia ada dipelajari kurikulum lama sekolah
menengah ( KLSM ) diteruskan dalam KBSM . Walau bagaimana pun
organisasi kandungan dan penekanan dalam KBSM berbeza dengan KLSM.

5.4 Kesepaduan Antara Unsur-Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani.

KBSM digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan memenuhi
keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui mata pelajaran- mata
pelajaran tersebut dapat menjamin aspek-aspek tersebut berkembang secara
seiring dan memperlihatkan perkaitan antara satu sama lain.

5.5 Penekanan Nilai-Nilai Murni.

Penyerapan nilai-nilai murni dilaksanakan dengan menyeluruh melalui semua
mata pelajaran KBSM. Pendekatan ini dikenali sebagai Nilai Merentas
Kurikulum. Penerapan nilai-nilai murni secara khusus terkandung dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam bagi murid Muslim dan Pendidikan Moral bagi
murid bukan Muslim

5.6 Peningkatan Penggunaan Bahasa Melayu.

Penggunaan Bahasa Melayu dipertingkatkan dan diperkukuhkan melalui semua
mata pelajaran kecuali mata pelajaran bahasa seperti bahasa Arab dan Inggeris.
Pendekatan ini dikenali sebagai Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

5.7 Pendidikan Seumur Hidup

Kurikulum menengah menekankan pemupukan minat terhadap ilmu
pengetahuan dan kemahiran belajar supaya muridmurid dapat memiliki sikap
yang positif terhadap ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha mencari ilmu dan
mengembangkan ilmu.

PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN ULUM AL-QURAN

Pendidikan Ulum Al-Quran Dan Al-Sunnah (PQS) adalah merupakan salah satu
mata pelajaran elektif Pengajian Islam yang ditawarkan kepada semua murid
sekolah menengah peringkat SPM. Secara umumnya mata pelajaran ini diambil
oleh murid-murid dari SMKA, KAA dan SMA. Mata pelajaran Ulum Al-Quran
ini mula diajar kepada murid tingkatan 4 pada tahun 1992 dan pada tahun 1993
merupakan kali pertama murid tingkatan 5 mendudukinya dalam peperiksaan
SPM.

Sukatan Pelajaran Ulum Al-Quran ini belum disemak sejak ianya mula
diperkenalkan sehinggalah pada semakan kali ini. Semakan ini adalah atas
arahan Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 27 Januari 1999, supaya
dilakukan semakan kepada kurikulum dengan menumpukan kepada teks
kurikulum dan kaedah pengajaran. Semakan bertujuan mempertingkatkan
keberkesanan dalam Pendidikan Islam serta memberi penekanan terutamanya
kepada pembinaan tamadun, pembangunan umat Islam, pembangunan bangsa
dan negara yang menyeluruh.

Pada tahun 1999, pihak Jawatankuasa Kurikulum Pusat telah memaklumkan
bahawa kurikulum semua mata pelajaran termasuk Pendidikan Ulum Al-Quran
dan Al-Sunnah perlu disemak semula dan merancangkan pelaksanaannya mulai
tahun 2003. Pada tahun 2000 Sukatan Pelajaran Ulum Al-Quran yang disemak
semula telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kurikulum Pusat yang
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Perlembagaan Malaysia :

Perkara 3. (1) agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan. Perkara 12. (3) tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima
ajaran-ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-
apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya
sendiri.

Akta Pendidikan 1996 :

Seksyen 50. (1) jika di dalam sesuatu institusi pendidikan terdapat lima
orang murid atau lebih yang menganut agama Islam, maka murid-murid itu
hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh
Pihak Berkuasa Negeri. Seksyen 51. (b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran
agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis
ibu bapanya.
Seksyen 52. tertakluk kepada apa-apa syarat dan batasan yang difikirkan
oleh Menteri patut dikenakan, bantuan kewangan secara sumbangan boleh
diberikan daripada wang yang diperuntukan oleh Parlimen kepada sesuatu
institusi pendidikan Islam yang tidak disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta
ini atau oleh Kerajaan sesuatu Negeri dan yang adalah institusi pendidikan
mengikut pengertian Akta ini atau bukan institusi pendidikan sedemikian hanya
kerana pengajaran di institusi itu adalah terbatas kepada pengajaran agama Islam
semata-semata.

Jemaah Menteri

Mesyuarat Jemaah Menteri Bil.284/971/75 Pada 02 Julai 1975 membincangkan
kertas rancangan Kementerian Pelajaran mengambilalih sebuah Sekolah
Menengah Ugama daripada tiap-tiap satu negeri :

Perkara 8 (b) Sekolah-sekolah yang diambilalih itu seperti di (a) di atas
hendaklah tertakluk kepada Akta Pelajaran 1961 serta pindaan-pindaannya, dan
peraturan Kursus Pengajian 1956 dengan diberi perhatian khas mengenai
Pengajian Ugama serta Bahasa Arab

Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan ) 1997 :

Perkara 3 (2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan
mengandungi mata pelajaran yang berikut :
(d) Mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9;

Jadual 9 : Mata Pelajaran Elektif Peingkat Menengah Atas :
Kumpulan IV ( Pengajian Islam )
(a) Tasawwur Islam;
(b) Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
(C) Pendidikan Syariah Islamiah.

Jadual 14 : Peruntukan Waktu Minimum Seminggu Peringkat
Menengah Atas ( 40 minit suatu waktu )

Tasawwur Islam : 4
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah : 4
Pendidikan Syariah Islamiah : 4


ORGANISASI SUKATAN PELAJARAN

Matlamat

Matlamat utama mata pelajaran Pendidikan Ulum Al-Quran dan Al-
Sunnah adalah untuk mendalami Al-Quran dan Al-Sunnah, dan ilmu yang
berkaitan dengannya dalam memberi sumbangan kepada pembentukan dan
perkembangan diri serta tamadun untuk menjadi muslim yang berilmu, beriman,
beramal soleh, berperibadi mulia dan bertanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah Allah S.W.T. yang bertaqwa.

Objektif

Kurikulum Pendidikan Ulum Al-Quran dan Al-Sunnah membolehkan
murid mendapat:

i. Membaca, menghafaz, memahami, mengamal dan menghayati kandungan
Al- Quran dalam kehidupan.
ii. Membaca, memahami, mengamal dan menghayati kandungan Hadis
Rasulullah S.A.W.
iii. Memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran dari aspek
sejarah, sebab-sebab nuzul ayat serta pengumpulan Al-Quran.
iv. Mengenali,memahami dan menghurai istilah-istilah tertentu yang
digunakan dalam Ulum al-Hadis.
v. Beradab dan berakhlak mulia dan terpuji, memelihara perpaduan ummah
dan sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara.
vi. Menghargai dan menghayati perkembangan dan kemajuan Islam sejak
zaman Rasulullah s.a.w. hingga kini dalam bidang pendidikan, ekonomi,
sosial, politik dan pembangunan.
vii. Mengenali, menyanjungi dan mencontohi tokoh dan ahli fikir Islam yang
terkemuka.

ORGANISASI KANDUNGAN
Tujuan sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
ialah untuk memperkayakan para pelajar dengan ilmu Al-Quran dan Al-Sunnah
serta memantapkan kefahaman mereka mengenai konsep-konsep dan huraian
ilmu Al-Quran dan Al-Sunnah melalui aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang terancang dalam dan luar bilik darjah. Mata pelajaran ini
mengandungi bidang-bidang Pengajian Al-Quran, Ulum Al-Quran, Pengajian
Al-Hadis, Ulum Al-Hadis, Akhlak dan Tamadun Islam.
Bidang Pengajian Al-Quran menekankan aspek membaca, menghafaz
dan memahami ayat-ayat tertentu. Sementara Ulum Al-Quran membicarakan
mengenai Al-Quran, wahyu dan sejarah penulisan Al-Quran. Manakala
Pengajian Al-Hadis menghuraikan hadis-hadis tertentu yang berkaitan dengan
aspek budaya ilmu, budaya kerja, akhlak dan tamadun manusia. Ulum Al-Hadis
pula membincangkan kedudukan Hadis sebagai sumber kedua syariat Islam.
Seterusnya bidang akhlak menjuruskan kepada pembentukan sifat-sifat mulia
dan terpuji di kalangan pelajar.
Akhirnya bidang Tamadun Islam memberi tumpuan kepada aspek
perkembangan dan kesan tamadun Islam yang mencorakkan tamadun manusia
dalam kehidupan sosial, pendidikan, politik dan ekonomi untuk dijadikan
teladan. Bidang ini juga membicarakan sumbangan tokoh-tokoh Islam
terkemuka.Bidang-bidang tersebut di atas merupakan kesepaduan dan
penggabung-jalinan ilmu yang berpaksikan akidah Islamiah yang dapat
melahirkan generasi yang sanggup dan dapat memajukan diri, bangsa dan
negara berasaskan ajaran Islam sebenar.

PENGAJIAN AL-QURAN

Mata Pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah adalah kesinambungan
daripada mata pelajaran Pendidikan Islam yang wajib di ajar kepada semua
murid yang beragama Islam, sama ada peringkat rendah dan menengah. Di
peringkat menengah atas pelajar diberi pilihan untuk mengambil mata pelajaran
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai mata pelajaran elektif. Diharapkan
melalui mata pelajaran elektif ini pelajar dapat memperkayakan lagi
pengetahuan, kemahiran dan penghayatan yang berkaitan dengan Al-Quran dan
Al-Sunnah untuk diamalkan dan dihayati dalam kehidupan seharian.
Bidang Pengajian Al-Quran menekankan aspek membaca, menghafaz
dan memahami ayat-ayat tertentu. Ayat Al-Quran dipilih berdasarkan tema
tertentu berkaitan dengan kehidupan murid atau yang perlu untuk kefahaman,
amalan dan pembentukan akhlak. Komponen bidang ini merangkumi ayat
tilawah, kefahaman dan hafazan. Ini merupakan penerusan pengajaran dan
pembelajaran kepada murid Islam dalam pengajaran Tilawah Al-Quran.

CIRI-CIRI PENGAJARAN PENGAJIAN AL-QURAN.

Bidang Pengajian al-Quran menumpukan perkara-perkara berikut :-

i. Kemahiran lisan
ii. Aspek kelancaran bacaan
iii. Penguasaan kemahiran fasahah
iv. Kemahiran bacaan secara tartil
v. Penguasaan Tilawah secara tertil (kelancaran,Tajwid dan
Fasohah)
vi. Hafazan teks
vii. Kefahaman teks
viii. Amalan adab-adab berkaitan al-Quran.
ix. Amalan atau aplikasi
x. Penghayatan

KUMPULAN SASARAN
Pelajar menengah atas (tingkatan 4 dan 5 )

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

PENUTUP
Ulum Al-quran adalah ilmu yang membahas segala hal yang berhubung
dengan al-quran dan ilmu-ilmu yang disandarkan dengan al-quran sebagai penunjang
untuk memahami al-quran secara luas dan mendalam.

Anda mungkin juga menyukai