Anda di halaman 1dari 11

TUGASAN (60%)

SEMESTER MEI 2020

KOD SUBJEK : STQ 422

TAJUK SUBJEK : PENGAJARAN AL-QURAN

PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA

NAMA PELAJAR :

NOMBOR MATRIK :

PROGRAM :

FASILITATOR AKADEMIK :

PUSAT PEMBELAJARAN :

BAHAGIAN A
PENGENALAN

Sebelum kita membincangkan terlebih dahulu mengenai perkembangan ulum al-


Quran, marilah kita melihat definisi bidang ilmu ini terlebih dahulu. Ulum merupakan jamak
dari perkataan ilmu yang ertinya kefahaman dan pengetahuan. Al-Quran pula ialah firman
Allah yang menjadi Mukjizat Diturunkan kepada Nabi Muhammad Tertulis dalam mashaf/
lembaran, yang dibawa secara mutawatir (tidak terputus dan ramai pembawanya/
penyampainya) Menjadi ibadah dengan membacanya. Oleh demikian, ulum al-Quran boleh
didefinisikan sebagai segala bentuk ilmu-ilmu yang bersangkut paut dengan AlQur’an. Di
zaman Rasulullah, Sahabat dan Tabi'in tiada kitab-kitab khusus yang dikarang mengenai
perbahasan ulum Quran kerana mereka tidak memerlukannya. Ilmu-ilmu yang berkaitan al-
Quran disampaikan secara lisan dan tidak berpisah dengan ilmu-ilmu lain. Setelah zaman itu
Ulum Al-Qur'an mula dibukukan dan dijadikan sebagai ilmu yang tersendiri dan menjadi
ilmu yang penting bagi penafsir penafsir dan pengkaji Al-Qur'an. Al-Qur’an, sebagaimana
diketahui, diturunkan dalam bahasa Arab, baik lafal maupun uslubnya. Namun demikian,
tidaklah berarti bahwa semua orang Arab, atau orang yang mahir dalam bahasa Arab, dapat
memahami Al-Qur’an secara terperinci. Bahkan para Sahabat sendiri tidak sanggup
memahami kandungan Al-Qur’an dengan hanya sekedar mendengarkannya dari Rasulullah
saw, karena menurut beliau, memahami Al-Qur’an tidak cukup dengan menguasai bahasa
Arab saja. Sebagai ilmu pengetahuan yang berdiri sendiri, ulum al-Qur’an tidak lahir
sekaligus, melainkan melalui proses pertumbuhan dan perkembangan. Istilah ulum al-Qur’an
itu sendiri tidak dikenal pada masa awal pertumbuhan Islam. Istilah ini baru muncul pada
abad ke 3, tapi sebahagian ulama berpendapat bahawa istilah ini lahir sebagai ilmu yang
berdiri sendiri pada abad ke 5. Hal ini kerana ulumul Qur’an dalam pengertiannya ialah
sejumlah ilmu yang membahas tentang Al-Qur’an, baru muncul dalam karya Ali bin Ibrahim
al-Hufiy yang berjudul al-Burhan fiy Ulum al-Quran. Pengajian yang berkaitan dengan
Ulum al-Quran adalah salah satu bidang yang penting agar membolehkan seseorang itu
memahami atau mentafsir al-Quran dengan cara yang sempurna. Pembukuan tentang ulum al-
Quran telah disusun pada abad ke 3 Hijrah, namun secara tidak langsung telah bermula sejak
zaman Rasulullah, sahabat dan tabi’in. Cuma ketika itu perbahasan ulum al-Quran masih
tidak teratur bahkan masih berselerak seperti buku ketika ini. Oleh yang demikian, di
Malaysia telah lahir beberapa penulis tempatan yang telah membukukan karya mereka
tentang ulum al-Quran seperti Dr.Rosmawati Dr Zawawi dan banyak lagi. Ini menunjukkan
bahawa ilmu yang berkaitan dengan ulum al-Quran adalah sangat penting.
VIDEO PENGAJIAN ULUM AL-QURAN YANG DIPILIH

Sila rujuk pautan di bawah ini untuk menonton video tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=UB6-XIToZSs

Rajah 1 : Paparan video

Tajuk video : Berkenalan dengan Ulum al-Quran – Ustaz Yasir Ramlee

Penceramah : Ustaz Yasir Ramlee

Produksi : TV Al-Kahfi

Tarikh video dimuatkan : 18 April 2016

Durasi : 52.00 minit

Video yang bertajuk “Berkenalan dengan Ulum al-Quran – Ustaz Yasir Ramlee” yang
disampaikan oleh Ustaz Yasir Ramlee ini yang berdurasi selama 52.00 minit membincangkan
pengenalan kepada ulum al-Quran. Bahagian ini akan membincangkan mengenai intipati
video tersebut serta pandangan dan kritikan mengenai pengajaran ulum al-Quran yang
terdapat di dalam video ini. Di dalam video ini terdapat banyak penerangan mengenai konsep
dan definisi ulum al-Quran. Menurut video ini, Perkataan Ulum adalah dalam lafaz jamak
daripada perkataan ‘ilm. Ia boleh ditakrifkan sebagai kefahaman muktamad yang menepati
fakta sebenar. Sementara pengertian al-Quran pula ditakrifkan sebagai kalam Allah yang
mu’jiz yang telah diturukan kepada nabi Muhammad, ditulis pada mashaf, yang disampaikan
secara mutawatirdan membacanya suatu ibadat. Dari segi istilah, ulum al-Quran memberi
makna ilmu yang membahaskan tentang Al-Quran, sama ada dari aspek penurunannya,
bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannya, penulisan dan pentafsiran, I’jaz, nasikh
mansukh,sebab-sebab turun ayat, I’rab serta gharib al-Quran. Penceramah juga memetic
pengertian yang diutarakan oleh para ulama di dalam definisi ulum al-Quran. Menurutnya,
ulum al-Quran ialah ilmu-ilmu yang mempelajari tentang Al-Quran itu sendiri, sama ada dari
segi penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya, pentafsirannya,
I’jaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua perkara yang berkaitan dengan Al-Quran.
Beliau juga turut menyelitkan bahawa terdapat ulama yang menyatakan ulum al-Quran ini
ialah suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari segi
penurunannya, sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan
dengannya. Kesimpulannya, beliau menyatakan ungkapan Ulum Al-Quran membawa makna
kefahaman sebenar berhubung dengan al-Quranyang meliputi Asbab al-Nuzul, Ayat Makki
dan Madani, Al-Nasakh dan Al-Mansukh, cara bacaan, Pengumpulan, Penulisan dan berbagai
aspek yang berkaitan dengan Al-Quran.

Menurut video ini, ilmu ulum al-Quran adalah segala ilmu yang berkaitan dengan al-
Quran. Ilmu yang mengkaji tentang Al-Quran dan perkara yang berkaitan dengannya seperti
sejarah penurunan,penulisan dan pengumpulan, asbab nuzul, Al-Makki Wal-Madani, Nasikh
Mansukh,peringkat-peringkatnya, kemukjizatannya, perumpamaan-perumpamaan, tertib
surah dan sebagainya. Berdasarkan video ini juga, al-Quran (untuk nabi Muhammad SAW
dan umatnya) adalah satu daripada empat kitab yang mengumpulkan kalamullah. Ia adalah
kitab utama dari empat kitab yang wajib dipercayai yang mana percayakan kitab itu pula
merupakan satu daripada rukun iman yang enam. Tiga lagi kitab adalah Zabur (untuk nabi
dan umat Nabi Daud a.s.), Taurat (untuk nabi dan umat Musa a.s.) dan Injil (untuk nabi dan
umat Isa a.s.). Jika Nabi Muhammad SAW adalah penghulu bagi sekalian para anbia, maka
al-Quran pula bolehlah dilabelkan sebagai penghulu bagi segala kitab. Selain namanya al-
Quran yang bermaksud 'bacaan' bagi himpunan Kalalamullah, ada beberapa nama lagi bagi
al-Quran yang mana nama al-Quran itu terkandung dalam surah al-Israk iaitu Al-Kitab, Al-
Furqan, Az-Zikru, Al-Huda, Al-Bayyinah, As-Syifa’, Al-Mau’izah dan Al-Hikmah. Di dalam
video ini juga menerangkan Umat Nabi Muhammad SAW tidak boleh merujuk kepada
Zabur, Taurat atau Injil untuk mendapat hukum hakam. Demikianlah betapa tingginya darjat
dan martabat al-Quran. Setiap huruf yang dibaca akan diganjari 10 kebajikan pada bulan
biasa dan jumlahnya akan bertokok berganda-ganda pada bulan puasa. Al-Quran
mengandungi hal-hal yang berhubungan dengan keimanan, ilmu pengetahuan, sirah, falsafah,
peraturan-peraturan yang mengatur tingkah laku sebagai makhluk individu atau pun sebagai
makhluk sosial, juga tentang kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain apa yang
menjadi keperluan manusia di dunia, di alam barzakh dan di alam akhirat lengkap terkandung
dalam al-Quran. Malah jalan mana yang mesti dipilih untuk layak ke syurga dan jalan yang
boleh menyebabkan kita akan dicampak songsang ke neraka, ada termuat dalam al-Quran.
Menolak al-Quran bermakna menolak jalan ke syurga dan menempah jalan ke neraka, juga
menolak pengetahuan, sirah falsafah, peraturan-peraturan yang mengatur tingkah laku
sebagai makhluk individu atau pun makhluk sosial dan juga tentang kebahagiaan di dunia dan
akhirat yang pastinya akan membawa padah. Menolak al-Quran juga bermakna menolak
Islam, Allah, rasul-Nya dan juga iman serta takwa. Tanpa Islam, tanpa iman dan takwa,
manusia tidak akan ada apa bezanya dengan haiwan yang ada otak tetapi tidak berakal,
kecuali yang berbeza cuma dalam bentuk paras rupa sahaja. Manusia yang tulen Islamnya,
yang beriman dan bertakwa adalah yang mesra al-Quran, akan sentiasa merapatkan diri
dengan al-Quran, kecuali pada tempat-tempat yang tidak suci seperti dalam tandas misalnya.
Di sini jelas intipati video ini mengetengahkan betapa tinggi dan mulianya al-Quran sebagai
kitab suci yang merupakan landasan utama umat Islam.

Di dalam video ini juga turut menyatakan bidang dan skop perbahasan ilmu ulum al-
Quran. Bidang dan skop perbahasan Ulum Al-Quran sangat banyak dan luas. Ulum Al-Quran
berjumlah 77,450 ilmu iaitu satu jumlah empat kali ganda dari kalimat-kalimat Al-Quran,
kerana setiap kalimat itu ada makna zahir dan makna tersirat. Ini hanya bila dikaji kalimatnya
sahaja. Apabila dikaji susunan ayat, maka ilmunya tidak dapat dikira dan diketahui melainkan
Allah s.w.t sahaja. Sebarang ilmu yang berkaitan dengan hidayat dan I’jaz maka ia dianggap
sebagai Ulum Al-Quran. Oleh itu, ilmu-ilmu lain seperti ilmu Alam (Geografi), pertukangan
dan semua ilmu yang baru ditemui seperti kejuruteraan dan matematik, ekonomi dan
sosiologi dan lain-lain lagi tidak dianggap sebagai Ulum AlQuran, kerana Al-Quran tidak
diturunkan bertujuan membuktikan teori kejuruteraan misalnya, juga tidak bertujuan
memastikan hukum-hukum kejuruteraan dan begitu sebaliknya kejuruteraan tidak digunakan
untuk menerangkan ayat-ayat Al-Quran. Walaupun Al-Quran ada membuat gesaan dan
galakan supaya mempelajari kejuruteraan, tetapi seruan itu bukanlah boleh dijadikan dalil
(bukti) untuk menjadikan kejuruteraan sebagai satu dari kajian Ulum Al-Quran kerana
kejuruteraan bukanlah faktor utama Al-Quran diturunkan. Faktor utama Al-Quran diturunkan
ialah hidayah dan I’jaz. Di dalam bahagian ini, penceramah merumuskan bahawa Ulum Al-
Quran ialah satu kajian atau perbahasan yang berkaitan dengan Al-Quran dari segi
penurunan, penyusunan, pengumpulan, penulisan, bacaan, tafsir, ikjaz, nasikh-mansukh,
penjelasan terhadap kekeliruan atau salah faham terhadap Al-Quran dan sebagainya.

Video ini juga turut menerangkan terdapat beberapa ilmu atau bidang yang terdapat
dalam ulum al-Quran. Penulisan ini hanya akan menbincangkan beberapa ilmu atau bidang
yang terdapat dalam ulum al-Quran ini. Ilmu pertama yang dibincangkan di dalam video ini
ialah ilmu Tafsir dan Ta’wil. Ilmu ini merupakan ilmu yang mula-mula dibincangkan yang
mana sejarah kemunculannya dapat dikesan bermula pada abad ke-2 Hijrah. Ekoran
kemunculan ilmu inilah, maka selepas itu lahir ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan Al-
Quran. Ilmu yang kedua yang dibincangkan di dalam video ini ialah ilmu I’rab Al-Quran.
Sejarah awal yang dapat dikesan serta orang yang memain peranan sebagai pelopor dan
meletakkan batu asas terhadap perkembangan ilmu yang berkaitan dengan I’rab Al-Quran
ialah Saidina Ali bin Abu Talib. Di mana Saidina Ali telah menyarankan dan menyuruh Abu
Aswad Al-DuÊali yang meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah. Saidina Ali telah menyuruh
beliau supaya membuat kaedahkaedah bahasa Arab demi menjaga kesucian dan ketinggian
bahasa itu. Namun begitu, pada masa itu hingga penghujung abad ke-4 Hijrah masih belum
wujud kitab lengkap dan tersusun yang dihasilkan berkaitan I’rab Al-Quran.

Dari segi aspek pandangan dan kritikan, video ini hanya menjelaskan pengenalan dan
hanya perkara-perkara yang ringkas dalam mendalami ilmu ulum al-Quran. Walaupun
topiknya tidak berat, penceramah berjaya menggunakan kaedah pegajaran yang sesuai dalam
menyampaikan ilmu kepada para penuntut. Penggunaan pengalaman sendiri ketika menuntut
di Universiti amat berkesan dan boleh mendekatkan diri pendidik dengan penuntutnya.
Pendekatan ini amat berkesan dalam penyampaian sesuatu maklumat. Penceramah juga turut
menggunakan kaedah didik hibur dalam penyampaian maklumat mengenai ulum al-Quran.
Pendekatan didik hibur ialah satu kaedah pengajaran baharu yang cuba diperkenalkan kepada
para penuntut sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya
supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti
oleh mereka. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asassesuatu subjek
dalam kalangan penuntut melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan
dan apresiasi ini perlu diterapkan secara terancang untuk para penuntut. Kaedah pengajaran
ini akan memberikan satu nafas baharu dalam proses penyampaian maklumat kerana
prosesnya tidak membosankan seperti proses pengajaran tradisional. Oleh demikian, maklumt
itu akan dapat disampaikan lagi dengan mudah dan berkesan. Dalam pada itu, penceramah
juga turut menyelitkan kaedah soal jawab dalam sesi penyampaian maklumat mengenai ulum
al-Quran. Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular
digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping
itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi
pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri sendiri di kalangan pelajar.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya.
Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada
kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal. Di sini, penceramah yang bertindak
sebagai guru berjaya menguasai teknik ini dalam menyampakan maklumat. Dari segi intipati
atau kandungan pengajaran, isinya amat bertepatan dengan tajuk video iaitu pengenalan
kepada ulum al-Quran. Kebanyakan kandungan video adalah berkaitan dengan perkara-
perkara asas di dalam ilmu ulum al-Quran. Penceramah juga turut menyelitkan beberapa
definisi daripada ulama untuk mengukuhkan lagi pemahaman penuntut dalam bahagian
pengertian atau erti ulum al-Quran.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN UNTUK MENJADIKAN PENGAJARAN ULUM
AL-QURAN DAPAT KEKAL RELEVEN DI SEKOLAH

Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat digunakan untuk memastikan


pengajaran ulum al-Quran dapat kekal releven di sekolah dan akhirnya dapat menarik minat
murid. Kebosanan dalam diri pelajar ketika kita sedang menyampaikan ilmu merupakan satu
benda yang kita tidak dapat elak sebagai seorang pendidik. Kita boleh meneladani cara
Rasulullah s.a.w dalam menghadapi perkara ini. Baginda bukan hanya mengutamakan apa
yang disampaikan, malah kaya dengan pelbagai strategi di dalam bagaimana ajarannya
dipelajari oleh para sahabat. Baginda tidak menyalahkan anak muridnya apabila mereka
hilang fokus. Ia kita lihat dengan jelas di dalam hadith yang menceritakan tentang
pengalaman Malik bin al-Huwairith r.a. bersama sekumpulan anak muda belajar solat
bersama baginda. Para sahabat juga menyedari strategi baginda mencegah kebosanan.
Justeru, di dalam pedagogi Islam, seorang guru bukan sahaja berkebolehan menjadikan
subjek yang beliau ajar itu relevan dan dan praktikal, malah boleh memupuk penakulan, rasa
teruja dan keinginan untuk tahu di kalangan anak murid. Guru sebagai golongan profesional
yang terlatih dan berpengetahuan mengenai pembelajaran, perlu mengambil tanggungjawab
untuk mengatur strategi mencegah kebosanan. Salah satu punca pelajar tidak bermotivasi
mempelajari sesuatu ialah apabila mereka tidak dapat melihat kaitan apa yang hendak
dipelajari itu dengan sesuatu tujuan yang relevan, atau berasa susah kerana beranggapan
bahawa apa yang dipelajari itu mereka langsung tiada pengetahuan mengenainya, atau
mereka diletakkan di dalam aktiviti pembelajaran itu sebagai penerima maklumat yang pasif.
Antara contoh yang boleh dikongsikan adalah strategi mengajar topik nama-nama surah di
dalam al-Quran, sama ada ia adalah tauqifiyyah (ditetapkan oleh wahyu) atau ijtihadiyyah.
Dalam suasana kecenderungan masyarakat yang gemarkan produk berjenama Islam,
bagaimana jika kita mulakan projek Zoo al-Quran. Daripada nama-nama yang telah dipilih
itu, kategorikan ia kepada serangga, mamalia, burung, atau sesuatu yang luar biasa.
Bincangkan mengenainya. Manakah di antara nama haiwan itu yang terpilih menjadi nama
surah, manakah yang sekadar disebut di dalam ayat-ayat tertentu. Guru perlu bersedia untuk
mendengar pelbagai pendapat yang lahir daripada murid-murid. Sambutlah ia dengan rancak
dan kembangkan ia dengan pengetahuan guru yang pelbagai.

Di samping pengajaran ulum al-Quran menjadi lebih releven dan menyeronokkan


dalam kalangan pelajar adalah dengan menerapkan unsur teknologi dan multimedia dalam
alat bantu mengajar. Multimedia dilihat sebagai satu medium yang utama dan sebagai
alternatif bahan bantu mengajar yang menarik untuk memotivasikan minat dan mewujudkan
daya tarikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, multimedia adalah
salah satu daripada unsur permainan pendidikan. permainan pendidikan digital ini
mempunyai daya tarikan yang kuat untuk meningkatkan motivasi pemainnya dalam
menguasai bahasa al-Quran. Sehubungan itu, pendekatan pengajaran dengan menggunakan
multimedia turut merangsang fungsi-fungsi otak dan domain pembelajaran berintergrasi
antara satu sama lain secara semula jadi. Secara umumnya, multimedia bagi pengkaji adalah
medium komunikasi secara interaktif yang berasaskan komputer atau bahan teknologi terkini
misalnya telefon bimbit, i-pad dan tablet yang merangkumi mana-mana elemen multimedia
seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dalam penghasilan produk pengajaran dan
pembelajaran untuk menjadi lebih menarik dan menyeronokan serta berkesan untuk pelajar.
Sebagai contohnya, pendekatan ini dalam mengajar pelajar untuk menghayati surah al-
Fatihah. Penggunaan perisian multimedia interaktif misalnya dalam bidang tilawah al-Quran
mampu diaplikasikan dan turut memberi sumbangan yang besar khususnya manfaat kepada
pelajar. Justeru, keperluan kepada pengaplikasian permainan bahasa bermultimedia dalam
proses (P&P) adalah alternatif yang dilihat berguna dan terbaik untuk pelajar dan guru.
Perisian permainan bahasa al-Quran merupakan kaedah baru untuk membantu menguasai
perkataan-perkataan Arab disamping menguasai tilawah al-Quran. Oleh yang demikian,
potensi penggunaan perisian permainan bahasa al-Quran dilihat semakin penting untuk
mengarusperdanakan pendidikan alaf ke-21 kini. Hal ini, kerana TMK (multimedia) bukan
sahaja memberi peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan tetapi untuk meningkatkan
lagi kemahiran sedia ada murid khususnya dalam kajian ini adalah penguasaan makna bahasa
al-Quran dalam surah al-Fatihah kearah menguasai kefahaman al-Quran.
KESIMPULAN

Ulumul Qur’an merupakan suatu ilmu yang mempunyai ruang lingkup pembahasan
yang luas. Ulumul Qur’an meliputi semua ilmu yang ada kaitanya dengan Al-Qur’an, baik
berupa ilmu-ilmu agama, seperti ilmu tafsir mahupun ilmu-ilmu bahasa Arab. Dari segi
pengajaran ulum al-Quran, khusus di dalam subjek agama, sejauh manakah guru agama boleh
menerima idea mengurangkan kawalannya sebagai guru ke atas isi kandungan pelajaran?
Yakni, adakah guru mahu menetapkan dari awal apakah yang betul dan apakah yang salah di
dalam pelajaran di kelasnya, atau terbuka kepada membuka ruang eksplorasi dan kemudian
menyelia proses murid-muridnya membina kefahaman? Bolehkah seorang guru menerima
hakikat bahawa sebelum beliau mengajar, muridnya sudah pun terdedah kepada pelbagai
maklumat, betul dan salah, banyak dan sedikit, dan beliau boleh memainkan peranan
menghubungkan pengalaman dan pengetahuan sedia ada itu dengan aktiviti pembelajaran
yang beliau rancang? Mungkinkan experiental learning boleh diizinkan di dalam
pembelajaran agama? Untuk menjawab persoalan ini, kita dapat melihat pembelajaran para
sahabat dengan baginda berselang seli dengan kesilapan dan pembetulan, soal jawab,
memberi peluang sahabat cuba menjawab dan tidak memuktamadkan pegangan sedari awal.
Hal ini memerlukan penerokaan dan kajian lanjutan untuk meyakinkan guru agama bahawa
ruang bereksplorasi di dalam pembelajaran agama adalah harus. Tidaklah nanti pembelajaran
agama bersifat linear dan membosankan hingga hilang motivasi murid untuk peduli kepada
apa yang mereka perlu pelajari. Pendidikan ulum al-Quran adalah pendidikan, bukan
indoktrinasi.
RUJUKAN

Mohd Yusof, Zulkifli Hj. (1996), Kunci Mengenal al-Quran, Kuala Lumpur: Berita
Publishing

Sdn. Bhd.

Mahmud Yunus (1996), Sejarah Pendidikan Islam di Indonesia, Jakarta: P.T. Hidakarya

Agung.

Azwani Ismail, Zahara Aziz & Sharifah Nor Puteh. 2013. Peranan Pendidikan Pelbagai
Budaya

dalam Menyatupadukan Murid. Dlm. Zambri Mahamod, Jamalul lail Abdul Wahab &

Mohammed Sani (penyt.) Transformasi Dan Inovasi Dalam Pendidikan, hlm 139-154.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Asmahani Haji Nor, Zulkefli & Khadijah Abd Razak. 2015. Impak Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi (TMK) Dalam Menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam


Pendidikan Islam. International Seminar on Tarbiyah (ISOT), hlm: 1-14.

Anda mungkin juga menyukai