Anda di halaman 1dari 4

Makbulnya Doa Ibu Bapa

Luna membuka matanya lalu menjeling ke arah jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 6
pagi , dia berasa marah kerana dia seharusnya datang dengan lebih awal ke sekolah. ‘’Ibu ni, ,
kenapa tak kejutkan awal lagi!’’ dia meninggikan suara ke arah ibunya.
Luna masuk ke dalam bilik air dan menghempaskan pintu sehinggakan bergoyang bingkai
gambar yang berada di sepanjang dinding , Ibunya hanya mampu berdoa agar Luna berubah
perangai pada suatu hari nanti Tanpa menjamah sarapan yang disediakan oleh ibunya, Luna
meluru keluar rumah untuk ke sekolah
Dengan penampilan yang tidak kemas, Luna tiba di hadapan sekolah lalu menuju ke arah
kawan-kawannya yang sudah melambai-lambai sambil menyapa satu sama lain., Nina
menghulurkan sekotak rokok dan dengan pantasnya Luna meletakkan kotak rokok itu ke dalam
poketnya. ‘’Lepas sekolah kita sama-sama merokok..’’ bisik Nina kepada Luna sambil beredar
ke kelas beriringan.
Luna berjalan ke arah kelasnya apabila tiba-tiba dia terlanggar seseorang . ‘’Oi! Tak nampak
jalan ke? Buta?’’ jeritnya ke arah pelajar lelaki yang sedang mengutip buku buku di atas lantai
itu. ‘’Maaf , saya tak sengaja.’’ jawab pelajar itu.
Sebaik sahaja masuk ke dalam kelas , Luna dipanggil ke bilik disiplin. Dia berasa cemas tetapi
berusaha untuk berlagak tenang. ‘’Kenapa cikgu panggil saya ke sini?’’ tanyanya
Cikgu Malik menjeling Luna dengan marah lalu menghempaskan buku hijau yang lebih
dikenali sebagai buku laporan ke atas meja. Luna berasa terkejut dan dia perasan bahawa buku
laporan itu ialah milik dia , buku itu telah diselak ke muka surat yang menyatakan mengenai
keputusan ujian dia. ‘’Kenapa sampai semua F ni? Kamu ada masalah ke untuk belajar macam
sebelum ini?’’ sambung cikgu Malik. ‘’Sudah banyak aduan mengenai kamu. Kamu selalu
ponteng , membuli malahan kamu tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.’’ katanya.
Cikgu Malik ingin meneruskan kata-katanya tetapi ketukan di pintu menghentikannya ,
‘’Masuk!’’ jawab cikgu Malik. Selepas beberapa saat munculah seorang pelajar lelaki yang
sangat kacak rupanya , rambutnya kemas malahan bajunya pun telah digosok rapi ‘’Kenapa
cikgu memanggil saya?’’ tanya pelajar itu sambil berjalan dan berdiri di tepi Luna.
Luna mengerutkan dahinya apabila melihat pelajar lelaki itu. Selepas lama mengingat , dia
sedar bahawa pelajar itu adalah pelajar sama yang melanggarnya pagi tadi. ‘’Luna , cikgu mahu
memperkenalkan kamu kepada Fikri , dia pelajar tingkatan 4.’’ sebut Cikgu Malik. Fikri
memusing kepalanya ke arah Luna lalu tersenyum , ‘’Selamat berkenalan Luna.’’
‘’Jadi , niat cikgu memanggil kamu berdua adalah untuk memperkenalkan kamu berdua
memandangkan Fikri akan menjadi tutor kamu.’’ sebut cikgu Malik kepada Luna. Fikri dan Luna
terkejut dengan kata-kata cikgunya itu tetapi lama-lama Fikri bersetuju memandangkan dia suka
membantu sesiapa sahaja selagi dia masih mampu. Luna pula terpaksa menerima dalam
keterpaksaan.
Selepas menerima persetujuan daripada Fikri dan Luna , cikgu Malik menyuruh kedua dua
pelajar itu untuk terus ke kelas dan meneruskan pembelajaran mereka.
“Memandangkan esok hari Sabtu , jadi bolehlah kita pergi ke perpustakaan esok.’’ Kata Fikri.
Luna hanya berlalu saja tanpa menjawab persoalan Fikri
Selepas berjam-jam lamanya Luna melepak bersama sama dengan kawan-kawannya
akhirnya dia pulang ke rumah. Semasa hendak membuka pagar , Luna berasa terkejut apabila
tiba-tiba disapa oleh seseorang , dia berpusing lalu bertanya , ‘’Apa kamu buat dekat sini?’’. ‘
‘’Kamu tahukan saya jiran kamu?’’ tanya Fikri. Luna menggeleng kepalanya , ‘’Saya tinggal di
rumah itu sahaja.’’ katanya sambil menunjuk ke arah rumah dia yang hanya selang 2 buah rumah
, Luna berasa terkejut apabila menyedari Fikri adalah jirannya selama ini. ‘’Tak kisah pun.’’
jawabnya lalu berjalan menuju ke pintu rumahnya.
Sebaik sahaja Luna menjejak kaki ke dalam rumah ayahnya yang kerisauan lalu bertanya ,
‘’Kenapa baru sekarang nak balik?’’. ‘’Ibu dan ayah berasa risau tentang kamu tahu tak?’’ sebak
ibunya. ‘’Luna penatlah.’’ jawabnya lalu berlari ke biliknya.

‘’Luna , bangunlah. Kawan kamu sudah sampai.’’ kata ibunya. Luna membuka matanya dan
mengeluh , ‘’Hari sabtulah ni , kenapa kacau ni?’’ sambil membuka matanya perlahan-lahan
lalu turun dari katil , dia baru teringat bahawa Fikri ingin datang ke rumahnya untuk belajar. Dia
berjalan ke arah bilik mandi perlahan-lahan dan menghempas pintunya dengan kuat.

‘’Jadi cikgu Maliklah yang suruh Fikri jadi tutor si Luna tu?’’ tanya ibu Seroja.
‘’Ya makcik. Saya juga sudah berjanji untuk membantu Luna sampai dia berjaya.’’ jawab Fikri
dengan penuh keyakinan.
‘Luna tu sebenarnya berubah setelah kakanya, Seroja meninggal dunia. Amat susah untuk dia
menerima kenyataan itu , memandangkan mereka berdua sangat rapat. Sebagai ayah dan ibunya,
kami berdoa setiap hari agar terbuka pintu hatinya untuk berubag perangai”, kata Mak seroja
sambil menyeka air matanya yang mula bertakung.
Sudah sebulan Fikri menjadi tutor Luna dan tidak lama lagi akan ada peperiksaan. Perubahan
ketara pada sikap Luna sejak kebelakangan ini , dia jarang melepak bersama sama dengan
kawan-kawannya malah menjadi seorang yang sentiasa kemas dan menjaga kebersihan..
Suatu pagi , semasa Luna sedang berada di dalam kelas tiba-tiba kelas mereka diperiksa oleh
para pengawas sekolah. , ‘’Siapa punya beg ini?’’ tanya pengawas tersebut. Luna dengan
mukanya yang cemas mengangkat tangannya ‘’Sila pergi ke bilik disiplin bersama dengan saya
sekarang.’’ tegas pengawas tersebut.
‘’Tapi itu bukan saya punya. Saya tidak pernah memiliki kotak rokok itu.’’ katanya dengan
sedaya upaya untuk mempertahankan diri.
‘’Kalau bukan kamu yang punya , jadi mengapa ada dalam beg kamu?’’ tanya pengawas itu lagi
dan dia tidak dapat berkata apa-apa lagi.
‘’Kita selesaikan ini dalam bilik disiplin.’’ sebut pengawas itu.
‘’Tetapi sumpah cikgu kali ini saya tidak bawa.’’ jawab Luna sebaik sahaja berdepan dengan
guru disiplin.
‘’Tiada lagi alasan , cikgu akan gantung pesekolahan kamu selama sebulan.’’
Luna terjelepuk ke lantai sambil menangis teresak-esak. Cikgu Malik berasa simpati dengan
anak muridnya itu tetapi dia tahu bahawa hukuman itu akan memberi kesedaran kepada Luna.
,
‘’Ini semua balasan untuk saya. Saya selalu biadap dengan ibu dan ayah saya , saya selalu
ponteng dan buat benda yang tak bagus. Saya anak yang derhaka.’’ Luna meluahkan
penyesalannya dengan tiba tiba ketika berjumpa dengan Fikir di depan rumahnya.
Fikri hanya mendiamkan diri
‘’Kenapa kamu menangis , Luna?’’ tanya ibu Seroja sebaik sahaja Luna dan Fikri masuk ke
dalam rumah.
‘’Minta maaf ibu , Luna jahat , Luna tak patut buat ibu macam itu.’’ sebut Luna sambil
memeluk ibunya. Ibu Seroja menepuk belakang anaknya itu dan dia juga menangis bersama.
Ayah Seroja pun turut serta dengan berpelukan bersama-sama.
‘’Akhirnya termakbul juga doa kita , sayang.’’ sebut ibu Seroja kepada suaminya yang
mengangguk-anggukkan kepalanya.

“ Tidak lama lagi ada peperiksaan , bukan?’’ tanya ayahnya dan dia mengangguk menjawab
soalan itu. ''Tapi jangan asyik belajar saja , keluarlah makan angin.’’ pesan ibunya pula.

Tiba-tiba, Ayah Seroja meninggikan suaranya , ‘’Mereka sudah jumpa orang yang
menganiayai Luna!’’ jeritnya.
‘Syukurlah .’’ sebut ibunya sambil memeluk Luna.
Hari seterusnya Luna mengetahui bahawa dia telah dianiaya oleh kawannya sendiri iaitu Nina.
disebabkan oleh perasaan cemburu kerana Luna selalu meluangkan masa dan rapat dengan Fikri.
Terdapat bukti video pengakuan Nina. Luna berasa kecewa akan kawannya itu namun masih
memaafkan Nina.
Setelah beberapa bulan berlalu , seperti dalam jangkaan, Luna memperoleh keputusan yang
cemerlang sehinggakan dia dijadikan sebagai murid contoh. Begitulah makbulnya doa daripada
ibu bapa untuk anak-anak agar berjaya dalam apa -apa sahaja yang diusahakan secara ikhlas.

Anda mungkin juga menyukai