Anda di halaman 1dari 25

FALSAFAH

BAHASA
MELAYU
Disediakan oleh :

Mohamad Nur Hafizzudin
Bin Mohd Zainudin
FALSAFAH
Berasal daripada bahasa Yunani
philosophia iaitu :
philo bermaksud cinta
sophia bermaksud hikmat.

Dari segi istilah :
ingin mengerti dengan mendalam
cinta kepada kebijaksanaan.
FALSAFAH BAHASA
Merupakan bidang yang menghimpunkan dua
bidang penyelidikan iaitu bidang falsafah dan
bidang ilmu bahasa menjadi satu bidang baharu.

Bidang yang mengkaji tentang kebenaran dan
hakikat bahasa yang perlu disertai dengan bukti
dan alasan kukuh berlandaskan beberapa data
yang boleh diperoleh daripada semua aspek
termasuk kajian bahasa itu sendiri.
Semantik
(makna)
Epistimologi
(pengetahuan)
Etika
(prinsip)
Estetika
(kesenian)
Budaya dan
sosial
Metafizik
(alam ghaib
dan nyata)
Ontologi
(hakikat
kewujudan)
Kosmologi
(alam raya
manusia)
Hakikat bahasa
Noresah Baharum et al. (2000),

Suatu yang tidak dapat dinafikan atau ditiadakan
kebenaran atau kenyataannya. Manakala bahasa
pula ditakrifkan sebagai satu sistem lambang bunyi
bersuara yang dipakai sebagai alat perhubungan
dalam lingkungan kelompok manusia.
Abdul Jalil Hassan (1989)
Persoalan tentang tentang hakikat
bahasa adalah penting untuk diketahui
umum kerana falsafah itu sendiri
merupakan ilmu yang membahaskan
hakikat sesuatu sesuatu.
Hubungan Hakikat Bahasa dan Fungsi Bahasa

1) Bahasa adalah sebuah sistem.
2) Bahasa mewujudkan lambang.
3) Bahasa berupa bunyi.
4) Bahasa bersifat arbitrari.
5) Bahasa itu bermakna.
6) Bahasa bersifat konvensional.

Hubungan Hakikat Bahasa dan Fungsi Bahasa

7) Bahasa bersifat unik
8) Bahasa bersifat universal
9) Bahasa itu bervariasi
10) Bahasa bersifat produktif
11) Bahasa bersifat dinamis
12) Bahasa berfungsi sebagai alat interaksi sosial
13) Bahasa merupakan identiti penuturnya

Bahasa dan Pemikiran Melayu

Bahasa mempengaruhi cara berfikir orang Melayu.
Kemajuan fikiran manusia tidak dibatasi oleh bahasa.
Kemajuan bahasa ditentukan oleh pemikiran manusia.
Bahasa Melayu mendukung perkembangan ilmu dan
pemikiran bangsa sebagai alat komunikasi masyarakat.
Wujud hubungan antara fikiran dan bahasa iaitu melibatkan
fikiran yang terkandung dalam bahasa dan bahasa sebagai
wahana fikiran.


Proses Berfikir dan Hubungannya
dengan Bahasa
1) Berfikir secara austistik

Proses berfikir yang menggabungkan elemen
fantasi, khayalan dan lintasan akal secara sepintas
lalu.
Tertakluk kepada keinginan, kemahuan dan
keperluan mendadak seseorang.
2) Berfikir secara mengingat kembali kejadian

Penggunaan gambaran imej tertentu oleh akal
manusia. (flash back)
Contoh : menamakan sesuatu benda, perkara,
pergerakan dan sebagainya.
3) Berfikir dengan imaginasi

Penggunaan gambaran imej tertentu oleh akal
manusia. (flash back)
Contoh : menamakan sesuatu benda, perkara,
pergerakan dan sebagainya.
4) Berfikir dengan berhati-hati

Dilakukan secara memberi perhatian, berjaga-jaga,
bersiap siaga, awas dan memberi tumpuan atau
fokus terhadap apa yang difikirkan.
Sikap akal secara sedar terhadap sekeliling.
5) Berfikir dengan kepercayaan, pegangan, pendirian
dan panduan

Berfikir dengan yakin tentang kecenderungan untuk
bertindak secara sedar dan tidak sedar mengikut
satu cara yang konsisten dalam sesuatu situasi.
Melibatkan bahasa hanya dalam proses berhujah
6) Berfikir secara mendalam

Berfikir dengan maksud seperti merenung, meneliti,
menimbang di samping melibatkan menimbang,
mengira, menyoal, dan menjawab dalam diri sendiri,
mengenal pasti kesalahan, kebatilan, kemustahilan dan
sebagainya.
Dipandu oleh pengetahuan dan pengalaman lepas.
7) Berfikir secara fokus

Libat proses kesedaran terhadap situasi sekitarnya,
iaitu dengan memberi perhatian, tumpuan dan
berjaga-jaga kepada kemahuan dan keperluan
dari segi menamakan benda, perkara, pergerakan
dan lain-lain.
Secara interpersonal.
8) Berfikir secara kepercayaan dan pegangan

Libat proses memberi kepercayaan, pegangan,
pendirian dan pandangan terhadap sesuatu
perkara.
Kecenderungan seseoran untuk bertindak sama
ada secara sedar/sebaliknya mengikut satu cara
yang konsisten dalam sesuatu isu.
Bahasa Dan
Budaya Melayu



Perkaitan Antara Bahasa Dan
Budaya

1) Bahasa sebagai teras kebudayaan sesuatu bangsa.

- Kebudayaan kebangsaan berteraskan bahasa
kebangsaan, bahasa Melayu.
- Wujud hubungan bahasa dengan kepercayaan dan nilai
hidup kebudayaan penuturnya.
2) Bahasa sebagai alat komunikasi untuk
memberitahu kandungan budaya.

- Memberitahu masyarakat tentang kandungan
pemikiran dan budaya penuturnya.
- Bahasa mengungkapkan elemen budaya;
bahasa mewujudkan elemen budaya dan
bahasa melambangkan identiti budaya.
Peranan Bahasa Melayu
1) Sebagai pendukung perkembangan ilmu dan
mempengaruhi pemikiran bangsa.

- Bahasa rasmi dalam beberapa situasi rasmi sesuatu
negara.
- Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua
sekolah Melayu dan pusat-pusat latihan . (zaman British)
2) Sebagai alat komunikasi masyarakat dan alat
perpaduan rakyat Malaysia.

- Menggunakan bahasa Melayu tidak formal.
- Bersifat peribadi dan kemeraan.
- Penggunaan ayat mudah, sederhana dan ringkas.
Ciri-ciri Bahasa Melayu
Bersifat dinamik
Menerima dan menolak unsur tertentu
Kebudayaan itu diwarisi
Proses kesinambungan
Identiti Budaya Melayu
Nilai dan etika
Kepercayaan
Pantang larang
Adat istiadat
Peralatan permainan
Peralatan senjata
Hubungan Bahasa dengan Budaya
Melayu
Simpulan bahasa
Peribahasa
Pantun
Kesantunan Berbahasa
Ragam bahasa
Parabahasa atau paralinguistik
Parabahasa merupakan satu bidang yang melihat bunyi
sampingan, gerak-geri, manipulasi suara dan unsur bahasa
yang hadir bersama-sama dengan bunyi bahasa dalam
pertuturan.

Anda mungkin juga menyukai