Anda di halaman 1dari 16

1

PENGGUNAAN FRASA
MENARIK DALAM KARANGAN
Bil. Tema Petikan Akhbar / Puisi
1 Budaya
Ilmu
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendak dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.
2
PENGGUNAAN FRASA
MENARIK DALAM KARANGAN
Bil. Tema Petikan Akhbar / Puisi
2 Disiplin
Pelajar
Petikan akhbar:
35 Kematian Pelajar Akibat Isu Disiplin
KPN Arah Cawangan Jenayah Khas
Atasi Masalah
PM Mahu Polis, Kementerian Basmi
Samseng Sekolah
Bapa Pelajar Mati Dibuli Buat Laporan
Polis
3
PENGGUNAAN FRASA
MENARIK DALAM KARANGAN
Unsur Keindahan
Peribahasa Frasa Menarik
Ilmu pelita hidup,
membaca memerdekakan minda,
Rakyat berilmu, Negara maju.
Banyak berjalan luas pemandangan,
Seperti katak di bawah tempurung.
Bagaimana acuan,begitulah kuihnya.
Celik minda,
Melentur kecemerlangan Ilmu,
Mencari sinar,
Kombinasi ilmu yang mantap,
Lautan fikiran, Sarat berisi,
Bergerak sederap,
Katalis kebangkitan insan,
Tunjang kekuatan
4
PENGGUNAAN FRASA
MENARIK DALAM KARANGAN
Unsur Keindahan
Peribahasa Frasa Menarik
Sayangkan anak, tangan-
tangankan.
Duri dalam daging,
Bapa borek anak rintik,
Ke mana tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi.
Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing.
Konflik jiwa,
Bibit-bibit keruntuhan moral,
Munuding jari,
Menopang dagu,
Tonggak, Aset,
Kebejatan sosial,
Budaya hedonisme,
Virus epidemik,
5
PENGGUNAAN FRASA
MENARIK DALAM KARANGAN
2. Penggunaan Frasa Menarik
Dalam Perenggan Karangan
Mengindahkan Hasil Penulisan
PENDAHULUAN KARANGAN
6
Penggunaan Frasa Menarik Dalam
Perenggan Pendahuluan Karangan
PERENGGAN TEMA CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
Pendahuluan
Kemalangan

Sejajar dengan perkembangan negara dalam era
teknologi moden, fenomena kesesakan lalu lintas
menjadi topik perbincangan yang hangat dewasa
ini.

Gejala
Sosial
Generasi hari ini merupakan aset negara yang
akan mencorakkan identiti bangsa bagi
menghadapi dekad-dekad yang akan datang.
7
Penggunaan Frasa Menarik Dalam
Perenggan Pendahuluan Karangan
PERENGGAN TEMA CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
Pendahuluan

Gejala
Sosial
Namun demikian, bagaimanakah kita dapat
merealisasikan impian tersebut, jika
masalah ini terus-menerus menghantui
hidup kita?
8
Penggunaan Frasa Menarik Dalam
Perenggan Pendahuluan Karangan
PERENGGAN TEMA CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
Pendahuluan
Kemasya-
rakatan
Sikap sesetengah warga kota yang
hidup secara individualistik dan
bersikap materialistik akan
menyukarkan usaha memupuk
masyarakat yang harmoni dan
penyayang.

9
PENGGUNAAN FRASA
MENARIK DALAM KARANGAN
2. Penggunaan Frasa Menarik
Dalam Perenggan Karangan
Mengindahkan Hasil Penulisan
PERENGGAN ISI
10
Penggunaan Frasa Menarik Dalam
Perenggan Isi Karangan
PERENGGAN TEMA CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
ISI
Kemalangan

Gejala seperti ini tidak harus dibiarkan
berlarutan, sebaliknya kita perlu prihatin
untuk membendungnya sebelum menular
menjadi lebih parah.

Gejala
Sosial
Generasi hari ini merupakan aset negara yang
akan mencorakkan identiti bangsa bagi
menghadapi dekad-dekad yang akan datang.

11
Penggunaan Frasa Menarik Dalam
Perenggan Isi Karangan
PERENGGAN TEMA CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
ISI

Gejala
Sosial

Kalau ditinjau secara keseluruhan, jelaslah
bahawa terdapat elemen-elemen tertentu
yang menyebabkan berlakunya gejala
keruntuhan disiplin pelajar hari ini.

Kemasya-
rakatan
Peribahasa, bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat perlu
dijadikan pedoman dan iktibar oleh seluruh
rakyat agar dapat melahirkan masyarakat
yang bersatu dan mempunyai semangat
kekitaan yang tinggi.

12
PENGGUNAAN FRASA
MENARIK DALAM KARANGAN
2. Penggunaan Frasa Menarik
Dalam Perenggan Karangan
Mengindahkan Hasil Penulisan
PERENGGAN PENUTUP
13
Penggunaan Frasa Menarik Dalam
Perenggan Penutup Karangan
PERENGGAN TEMA CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
PENUTUP
Kemalangan

Dari perspektif yang lain, memang tidak
dapat dinafikan bahawa kurangnya
kesedaran sivik dalam kalangan
masyarakat ini merupakan satu faktor yang
tidak boleh dipandang enteng.
Sebenarnya,usaha untuk membanteras
gejala ini boleh direalisasikan seandainya
ada penggemblengan tenaga dalam
kalangan ahli masyarakat. Keadaan ini
bertepatan dengan peribahasa, di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.
14
Penggunaan Frasa Menarik Dalam
Perenggan Penutup Karangan
PERENGGAN TEMA CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
PENUTUP


Gejala
Sosial
Andainya gejala seperti ini dibiarkan
berleluasa dan dipejamkan mata sahaja
tanpa usaha untuk membanterasnya,
sudah tentu hal ini akan meninggalkan
impak terhadap imej negara.
Berdasarkan pandangan-pandangan yang
dibincangkan, jelaslah bahawa fenomena
ini tidak dapat tidak harus ditangani segera
sebelum ditimpa musibah yang akan
menghitamkan masa depan negara.
15
Penggunaan Frasa Menarik Dalam
Perenggan Penutup Karangan
PERENGGAN TEMA CONTOH PENGGUNAAN DALAM AYAT
PENUTUP


Kemasya-
rakatan
Aspirasi ke arah pencapaian wawasan
2020 tentunya akan tinggal impian
semata-mata jika masyarakat pada hari
ini bersikap seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.
16
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai