Anda di halaman 1dari 3

PERUTUSAN HARI GURU

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA


SEMPENA PERAYAAN HARI GURU 2008
GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan tuan dan puan puan warga pendidik yang dihormati sekalian,
1. Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya dapat kita
menyambut ari !uru pada 1" #ei tahun $%%&. 'ada tanggal ini, seluruh negara
memberi pengiktira(an dan penghormatan yang tinggi kepada kaum guru atas
peranan dan tanggungjawab mereka mendidik anak bangsa. Amanah yang su)i ini
menuntut warga guru menjalankan tugas dengan penuh komited dan dedikasi.
anya guru yang )emerlang dapat melaksanakan semua peran)angan pendidikan
dengan jayanya. *usteru, tema ari !uru tahun ini, +!uru ,emerlang Negara
Terbilang- amat sesuai dan bertepatan sekali.
$. #isi Nasional yang termaktub dalam .an)angan #alaysia /e0 telah menetapkan
pembangunan modal insan dan pemupukan minda kelas pertama sebagai satu
daripada lima teras utama bagi negara untuk men)apai status negara maju
menjelang tahun $%$%. 1i bahu gurulah terletaknya tanggungjawab untuk
memastikan kemenjadian murid yang merupakan aset paling berharga kepada
negara kelak.
2. Apabila ber)akap tentang ke)emerlangan guru dan pro(esion keguruan, (okus
perlu diberikan kepada lima perkara utama yang menjadi asas kejayaan dan
kewibawaan seseorang guru. 3a adalah kekuatan intelek, kepimpinan berwibawa,
kemurnian akhlak, kesediaan untuk berubah serta minat dan )inta terhadap
pro(esionnya. Setiap (okus ini saling berkait, melengkapi serta bergerak serentak
dan beriringan. ayatilah dan amalkan lima perkara tersebut agar kita samasama
dapat memartabatkan pro(esion keguruan ini.
4. 1ari segi kekuatan intelek, guru hendaklah )emerlang dalam melaksanakan tugas
asasi mereka dengan iaitu mengajar. 'roses pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lan)ar dan bermakna sekiranya guru menguasai kandungan subjek yang
diajar dan berketerampilan dalam kemahiran pedagoginya. 1i samping itu, guru
juga perlu memiliki pengetahuan umum yang baik dan terkini agar mereka kekal
rele5an dengan tuntutan perubahan semasa.
6. Satu lagi aspek yang amat berkait rapat dengan pro(esion keguruan ialah
kepimpinan. Sebagai satu organisasi pembelajaran, sekolah perlu dipimpin
dengan )ekap dan berkesan oleh mereka telah diberi amanah. 1alam perkara ini,
'engetua, !uru Besar dan !uru 'enolong /anan merupakan pemain utama. 7leh
sebab bidang kepimpinan itu dinamik dan sentiasa mengalami perubahan maka
adalah tanggungjawab kepimpinan sekolah melengkapi diri dengan pendekatan,
strategi, kaedah dan teknik kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran yang terkini
antara lain model kepimpinan instruksional. !uru pula bertanggungjawab
terhadap kepimpinan pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan sahsiah
murid.
". !uru juga harus menyedari bahawa sebagai pendidik, diri mereka menjadi )ontoh
teladan yang baik kepada murid, ibu bapa dan komuniti. Sehubungan dengan itu,
peribadi guru hendaklah terdorong kepada yang ber(ikiran global, bermentaliti
kelas pertama dan memiliki a towering personality serta tidak terjebak dalam
sebarang kes jenayah dan salah laku. !uru juga perlu bertindak se)ara terarah
dengan menjadikan etika pro(esion keguruan dan 'elan 3ntegriti Nasional sebagai
panduan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. /eadaan ini sekali gus
membolehkan /ementerian 'elajaran #alaysia meningkatkan ke)ekapan jentera
perkhidmatannya dan memartabatkan pro(esion keguruan.
8. Ala( baru menyaksikan gelombang perubahan hasil dari kemajuan sains,
ke)anggihan teknologi dan ledakan ilmu. Bagi menangani perubahan dan
pembaharuan, guru perlu peka dan sentiasa bersedia untuk turut berubah dalam
menghadapi keadaan ini. 1alam perkara ini guru perlu bersedia untuk learn,
relearn and unlearn dan menjadi pelajar sepanjang hayat agar kekal rele5an.
&. 'endidikan merupakan satu bidang yang amat mulia dan penting. 3a merupakan
asas pembangunan insan dan tamadun, wadah keamanan, kesejahteraan dan
kemakmuran. 'endidikan juga adalah satu bidang yang dinamik dan penuh
)abaran. 3a menuntut peran)angan strategik yang teliti dan pragmatik,
perbelanjaan yang besar, serta jentera pelaksanaan yang )ekap. 'endidikan juga
sentiasa terdedah dan terpengaruh dengan tuntutan perubahan selaras dengan
perkembangan semasa dan negara. *usteru, negara akan hilang daya saing,
ketinggalan dan terpinggir dari kemajuan global jika bidang pendidikan tidak
menjadi keutamaan atau tidak diuruskan se)ara )ekap dan berkesan.
0. /eperluan dan kepentingan pendidikan, menuntut minat dan ke)intaan yang
mendalam terhadapnya. #inat dan ke)intaan ini akan menerbitkan keinginan dan
dorongan untuk menjalankan tugas se)ara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab.
anya mereka yang mempunyai .7 !9.9 dapat menjiwai dan menggalas
tugas yang amat berat lagi men)abar ini. /ita patut berbangga kerana tugas
tersebut adalah tugas kita /A9# !9.9.
1%. Sesungguhnya Sambutan 'erayaan ari !uru ini akan )epat berlalu namun
harapan murid, ibu bapa, komuniti dan negara terhadap kualiti perkhidmatan guru
tidak pernah hilang malah bertambah. /e)emerlangan guru sentiasa diperlukan
selagi institusi sekolah masih berdiri dan menempatkan murid di dalamnya. 7leh
yang demikian, guru perlu terus )emerlang kerana masa depan negara bergantung
pada mereka. 'elaksanaan dan kejayaan tersebut bergantung pada sejauh mana
guru dapat memahami, menghayati dan bertindak bagi tujuan menjayakan 'elan
3nduk 'embangunan 'endidikan :'3''; $%%" < $%1% yang sedang dalam
pelaksanaan sekarang ini.
11. Saya menyeru agar seluruh warga pendidikan menjadikan 'erayaan ari !uru
tahun $%%& ini sebagai tahun membugarkan semula perkhidmatan pendidikan
yang bukan sahaja )emerlang malah gemilang dan terbilang.
Sekian, Wabillahi Tau(ik Walhidayat Wassalammualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan salam sejahtera. S=>A#AT A.3 !9.9.

Anda mungkin juga menyukai