Anda di halaman 1dari 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH

KATERING DAN
PENYAJIAN

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
2002
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung


cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih
erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan


menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

ii
Sukatan pelajaran katering dan penyajian kbsm

PENDAHULUAN

Katering dan Penyajian ialah satu daripada mata pelajaran elektif


vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini membekalkan murid
dengan kemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian
makanan. Diharapkan daripada kemahiran yang dikuasai dapat
melahirkan murid yang berketrampilan dalam bidang ini. Katering
dan Penyajian adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.
Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian
Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan
menanam minat murid dalam bidang keusahawanan, penyajian dan
katering.

Mata pelajaran ini merangkumi dua unsur utama iaitu katering dan
penyajian. Dalam katering, murid mempraktikkan kemahiran
menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek
makanan. Dalam penyajian, murid menggunakan peralatan
menghidang yang sesuai, menyediakan peranggu meja, menggubah
bunga, melipat napkin dan mempraktikkan hubungan pramusaji
dengan pelanggan serta prosedur melayan pelanggan. Daya
kreativiti murid juga diberi penekanan dalam bidang katering dan
penyajian. Di samping itu aspek pengiraan kos juga diambil kira
semasa murid menjalankan amali.

Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai


kecenderongan dan minat menceburkan diri dalam industri
makanan. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperoleh,
murid boleh menjalankan perniagaan sendiri, bekerja sebagai tukang
masak, pramusaji atau pembantu katerer selepas tamat
persekolahan.

1
Sukatan pelajaran katering dan penyajian kbsm

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Katering dan Penyajian adalah untuk


melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam bidang
pengendalian dan penyajian makanan dengan mengamalkan budaya
kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan
sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di
industri makanan.

OBJEKTIF

Kurikulum Katering dan Penyajian adalah untuk membolehkan murid:

1. Menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek


makanan

2. Merancang menu untuk jualan makanan dan sambutan majlis


perayaan

3. Membuat pengiraan kos dalam penyediaan makanan

4. Merancang prosedur kerja semasa menyedia dan memasak


dalam projek kerjaya

5. Mengguna peralatan memasak, menghidang dan mengepek


makanan

6. Menyusun atur kelengkapan perabot penyajian dan peranggu


meja serta melayan pelanggan

7. Mengamalkan etika kerja dalam penyediaan dan


perkhidmatan penyajian makanan

8. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

2
Sukatan pelajaran katering dan penyajian kbsm

ORGANISASI KANDUNGAN

Mata pelajaran Katering dan Penyajian diolah dalam tiga bidang


pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan kepada unit
pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan
senarai unit pembelajaran dalam tiga bidang pembelajaran ini adalah
seperti berikut :

1. Penyediaan Makanan

Murid menguasai kemahiran menyedia, memasak, menghias,


menghidang dan mengepek makanan hidangan asas dan
hidangan lengkap yang seimbang. Murid juga membuat
pengiraan kos.

1.1 Hidangan asas

a. Minuman

b. Kuih tempatan

c. Hasil bijirin

d. Biskut

e. Pastri

f. Bijirin

g. Sayur-sayuran

h. Ikan dan karangan laut

i. Ayam dan daging

j. Kek dan hiasan

1.2 Hidangan lengkap yang seimbang

a. Hidangan harian

b. Hidangan keraian

3
Sukatan pelajaran katering dan penyajian kbsm

2. Perkhidmatan Penyajian Makanan

Murid mengenal pasti dan berkemahiran menggunakan


peralatan penyajian, menyediakan peranggu meja dan
melipat napkin. Mereka juga mempraktikkan hubungan
pramusaji dengan pelanggan, prosedur melayan pelanggan
dan memberi perkhidmatan penyajian.

2.1 Peralatan penyajian

a. Perabot penyajian

b. Kutleri dan pinggan mangkuk

c. Alas meja dan napkin

2.2 Sahsiah dan tanggungjawab pramusaji

a. Hubungan pramusaji dengan pelanggan

b. Prosedur melayan pelanggan

2.3 Jenis Perkhidmatan

a. Layan diri

b. Plate service

3. Pengurusan dan Keusahawanan

Murid mengurus kerja dengan baik dan berkomunikasi


dengan berkesan. Mereka menyediakan rancangan
perniagaan yang mudah serta menonjolkan daya kreativiti
melalui projek jualan makanan tanpa tempahan dan jualan
makanan secara tempahan.

3.1 Pengurusan di tempat kerja

a. Pengurusan yang baik

b. Etika dan budaya kerja

c. Peraturan dan undang-undang kerja

d. Pemeliharaan alam sekitar dalam pengendalian


makanan dan penyajian

4
Sukatan pelajaran katering dan penyajian kbsm

3.2 Keusahawanan

a. Kemahiran berkomunikasI

b. Kemahiran membuat keputusan

c. Rancangan perniagaan

d. Agensi yang membantu usahawan

e. Pemasaran

f. Peluang kerjaya dalam bidang katering dan penyajian

3.3 Projek kerjaya

a. Jualan makanan tanpa tempahan

b. Jualan makanan secara tempahan

C. Sambutan Majlis Perayaan

Anda mungkin juga menyukai