Pengenalan Kursus Asas Pertolongan Cemas: Teori dan Praktikal telah dilaksanakan dengan jayanya pada 04 April 2014 (Hari Rabu) yang bermula pada pukul 1.30 sehingga 4.30 petang bertempat di dewan tertutup SKKP. Kursus asas ini merupakan anjuran Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) SK Kantan Permai dengan kerjasama Unit Kokurikulum SKKP. Kursus ini melibatkan ahli unit beruniform tahun empat seramai 100 orang. En. Murugan (Pengerusi BSMM cawangan Selangor) telah dijemput untuk mengendalikan kursus ini.
Kelebihan 1. Mendedahkan murid khususnya ahli BSMM tentang asas pertolongan cemas dan cara menanganinya dengan kaedah dan teknik yang betul. 2. Ahli BSMM memberikan kerjasama yang baik kepada penceramah jemputan dan secara tidak langsung telah melancarkan aktiviti yang dilaksanakan ini. 3. Mengiktiraf ahli BSMM (murid) yang terlibat di dalam kursus ini dengan pemberian sijil penyertaan.
Kelemahan 1. Terdapat beberapa orang guru penasihat tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dalam kursus ini kerana terpaksa memberikan komitmen kepada perjumpaan kelab/persatuan yang bermula pada pukul 2.30 3.30 petang pada hari yang sama. 2. Masa yang diperuntukkan tidak dapat memenuhi keperluan kursus yang sebenar.
Penambahbaikan 1. Melaksanakan aktiviti ini di luar waktu kokurikulum untuk mendapatkan komitmen sepenuhnya daripada murid dan guru penasihat. 2. Memperuntukkan masa yang lebih lama untuk kursus ini misalnya selama tiga jam (merangkumi teori dan praktikal). Penutup
Kursus ini berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan. Semua yang terlibat telah memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu demi memastikan kelancaran kursus ini.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(CHE ROSLINA BT. CHE OMAR) (PN. CHEN YOON KIN) Setiausaha Unit Beruniform BSMM, PK Kokurikulum, SK Kantan Permai. SK Kantan Permai.
SPSK PK 01/2
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM KOKURIKULUM SK KANTAN PERMAI
Tajuk Program : Kursus Asas Pertolongan Cemas (BSMM) Tarikh Pelaksanaan : 30. 03. 2014 (Rabu) Masa : 1.30 4. 30 petang Tempat : Dewan tertutup SKKP Bil. Peserta : 100 orang murid (tahun 4)
Aktiviti yang dijalankan : 1. Peserta diajar tentang ikatan buku sila dan balutan asas pertolongan cemas seperti balutan kepala, tangan dan lengan. 2. Peserta juga diajar untuk membuat anduh yang betul dan cpr. 3. Peserta beraktiviti dalam bentuk kumpulan.
......................................................... ......................................................... (CHE ROSLINA BT. CHE OMAR) Setiausaha Unit Beruniform BSMM, SK Kantan Permai.
No. Keluaran Tarikh Keluaran No. Pindaan Tarikh Pindaan 02 01 NOVEMBER 2011 00 Hak Cipta Terpelihara@JPNSel.2010