Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

MC:

Diminta para peserta untuk berdiri.

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, para pensyarah dengan diiringi para Crew
Escapade 2014.

Diminta para peserta untuk duduk.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat Datang Ke majlis perasmian pembukaan Escapade 2014 saya ucapkan.



SAYANG KUMBANG MENCARI MAKAN,


TERBANG SEIRING DITEPI KALI,


SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN,


MOGA DIIRINGI RESTU ILAHI.



Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi.
Kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka kita sama-sama dapat berkumpul dalam Majlis
Perasmian Pembukaan Escapade 2014 ini.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Para Pensyarah Office Mananegement Kolej
Unikop kerana dapat menghadirkan diri pada tengah hari ini untuk Majlis Perasmian
Program Escapade 2014.


Hadirin yang dihormati,

Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis pada tengah hari ini, dengan sukacitanya dijemput saudara Che
Mohd Naim untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.


Amin-Amin Yarabbalalamin.
Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin sekalian, program Escapade 2014 ini adalah anjuran The A-TEAM
(OM4A) dari Kolej Unikop.
Sebagai pembuka tirai, majlis dengan hormatnya menjemput saudara Shamer Ahmad
Sarani selaku Pengarah Program Escapade 2014 untuk memberikan ucapan alu- aluan.
Majlis mempersilakan.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Shamer atas ucapan beliau
sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

DAUN SEMULUR DI PEKAN SARI,
BATANG JERAMI REBAH KE BUMI,
KEPADA TUAN SEMBAH DIBERI,
MOHON RASMIKAN MAJLIS KAMI

Majlis sekali lagi mempersilakan saudara Shamer, untuk mengiringi Puan Nur Nadia
Saheera untuk memberikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan Program
Escapade 2014.


Dengan ini rasmilah sudah Program Escapade 2014!!!

Dijemput Para Pensyarah serta keluarga untuk ke dewan makan bagi menjamu selera
jamuan tengah hari dengan diiringi Crew Escapade. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai