Anda di halaman 1dari 11

Pengukuran dan Jirim " 1

UNIT 1

PENGUKURAN DAN JIRIM


HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat,

1. Menggunakan kaedah pengukuran saintifik dalam bidang kimia.
#$ Mentakrifkan pentingnya unit / unit SI dalam pengukuran.
3. Membezakan antara ketepatan dan kejituan dalam pengukuran.
4. Menulis bacaan pengukuran dan hasil penggiraan dengan bilangan angka bererti.
5. Memilih alat pengukuran yang bersesuaian berdasarkan bacaan angka bererti.
6. Mengkelaskan jirim secara fizikal dan kimia.
7. Membezakan tiga keadaan jirim.



PETA KONSEP TAJUK


































Suhu Ketumpatan Isipadu
Nombor Bererti
PENGUKURAN DAN JIRIM
Pengukuran Jirim
Ketidaktentuan
dalam pengukuran
Klasifikasi Jirim
Sifat-sifat Jirim
Sifat fizikal
Sifat kimia
Pengukuran dan Jirim " 2
1.1 Pengenalan

Pengukuran adalah kumpulan data kuantitatif. Pengenalan yang tetap dan tafsiran pengukuran sangat
penting dalam setiap pengajaran dan kajian kimia. Untuk menggunakan pengukuran yang betul, harus
diingat bahawa pengukuran bukanlah sekadar nombor. Ia mengandungi unit dan nombor bererti. Oleh itu,
unit ini juga akan menumpukan pada sistem unit antarabangsa (Sistem SI), memperkenalkan unit
penukaran dan membincangkan tentang jirim.

!"# Pengukuran

Terdapat beberapa unit asas SI (Systeme International dUnites) yang menjadi unit kepada kuantiti:
panjang, jisim, masa, suhu termodinamik, arus elektrik, bilangan bahan dan keamatan cahaya. Unit SI yang
sepadan kepada kuantiti ini ialah meter (m), kilogram (kg), saat (s), Kelvin (K), ampere (A), mol (mol) dan
kandela (cd). Perhatikan bahawa unit-unit SI perlu ditulis dalam huruf kecil.

Di dalam pengukuran, kejituan dan ketepatan memainkan peranan utama. Kejituan menggambarkan
konsistensi dari siri pengukuran dan ia tiada hubungan dengan ketepatan. Kejituan yang baik hanya
menunjukkan satu siri pengukuran dan hasil hanya purata dari beberapa hasil. Ketepatan adalah ukuran
dari nilai yang diterima pakai dan ukuran yang diukur. Ketepatan akan menjadi baik jika hasil dari nilai
purata hampir dengan nilai yang diterima pakai. Setiap ujikaji yang dijalankan memerlukan pengukuran dan
pengukuran tersebut tidak akan bermakna jika tiada unit. Unit bagi pengukuran saintifik berdasarkan unit SI
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1.



Jadual 1.1: Unit Asas SI
Jenis unit Nama unit Singkatan

Jisim
Panjang
Masa
Suhu
Jumlah zat
Arus elektrik
Keamatan cahaya

Kilogram
Meter
Saat
Kelvin
Mol
Ampere
Candela

kg
m
s
K
mol
A
Cd


Dalam sains, lazimnya seseorang itu akan berurusan dengan angka-angka yang terlalu besar atau terlalu
kecil. Untuk mudah dalam sebutan atau penulisan, maka diperkenalkan prifiks seperti disenaraikan dalam
Jadual 1.2.





Pengukuran dan Jirim " 3

Jadual 1.2: Singkatan Bagi Prefiks Ukuran dan Jisim
Prefiks Singkatan Maksud
Giga
Mega
Kilo
Desi
Senti
Mili
Mikro
Nano
Piko
Fento
G
M
k
d
c
m
!
n
p
f
10
9

10
6

10
3

10
-1

10
-2

10
-3

10
-6

10
-9

10
-12

10
-15


Pengukuran unit SI:

1. Isipadu = panjang x panjang x panjang = m
3

Unit yang kerap digunakan: liter (L) = dm
3

Di mana, 1L = 1000 mL atau 1 mL = 1 cm
3


#$ Ketumpatan = berat / isipadu
= g / cm
3



!"#"! Ketidakpastian dalam pengukuran

Terdapat dua jenis nombor dalam kerja-kerja saintifik;

%$ Jumlah tepat, contohnya 1 dozen mengandungi 12 item.
#$ Jumlah tidak tepat, contohnya ukuran yang mempunyai beberapa nilai ketidakpastian atau
kesalahan.

Ukuran yang diperolehi dari pengukuran selalunya tidak tepat dan sering terdapat ketidakpastian dalam
kuantiti yang diukur. Ketidakpastian ini disebabkan oleh dua faktor berikut;

%$ Kesalahan sistematik iaitu kerana sesuatu alat pengukur.
#$ Kesalahan secara rawak iaitu disebabkan individu itu sendiri (keterbatasan dalam kemahiran
seseorang).

Kejituan dan ketepatan adalah istilah yang digunakan dalam perbincangan mengenai nilai yang diukur.
Kejituan adalah suatu ukuran seberapa dekat ukuran dibuat dan individu bersetuju dengan dengan nilai
tersebut. Manakala ketepatan merujuk kepada seberapa dekat pengukuran dibuat dan individu bersetuju
dengan betul atau benar nilai tersebut.

Di makmal, kita sering diminta untuk melakukan beberapa percubaan dari ujikaji yang sama. Dari hasil
beberapa kali percubaan ini, kita akan memperolehi nilai yang boleh dipercayai jika mendapat nilai yang
hampir sama setiap masa. Nilai yang dilaporkan ini adalah nilai purata.
Pengukuran dan Jirim " 4


Pertimbangkan berat benda yang diukur dari dua penimbang yang berbeza;
Penimbang konvensional Penimbang saintifik
Ditimbang 3 kali
Purata
Kebolehulangan
Kejituan
10.4, 10.2 dan 10.5 g
10.3 g
0.1
Lemah
10.3107, 10.3108 dan 10.3106 g
10.3107 g
0.0001 g
Sangat baik

Dengan itu, kita akan mentaksir nilai 10.3 g dengan 10 g disahkan dengan pasti dan 0.3 g iaitu digit terakhir
sebagai tidak pasti kerana nilai tersebut diambil dari nilai purata.

Tip: Kebolehulangan : (nilai diukur nilai purata)
Kejituan : lemah - 1 angka perpuluhan
baik - 4 angka perpuluhan


!"#"# Angka bererti

Pengukuran 10.3 g di atas dikatakan mempunyai tiga angka bererti Jika 10.3 g dinyatakan sebagai 0.0103
kg = 1.03 x 10
-2
kg, pengukuran masih lagi dikatakan dalam 3 angka bererti.

Penulisan dalam unit kg ini masih mengekalkan bahawa bacaan di atas sebagai mempunyai 3 angka bererti
kerana angka sifar pada digit kedua pada 0.0103 g ditulis semata-mata untuk menunjukkan letak titik
perpuluhan sahaja. Keadaan menjadi lebih jelas lagi jika penulisan dibuat dalam bentuk penulisan saintifik,
1.03 x 10
-2
kg.

Contoh lain;

%$ 0.004004500 adalah 7 angka bererti. Mengapa? Ini kerana 0.00 bagi nombor awalan adalah angka
tidak bererti tetapi 4004500 adalah angka bererti.

#$ Perbezaan antara 4.0 g dan 4.00 g?
Bagi 4.0 g, ia adalah dua angka bererti kerana nilai tersebut merupakan nilai antara 3.9 g dan 4.1
g.

Begitu juga bagi 4.00 g. Nilai ini pula merupakan tiga angka bererti kerana nilai angka bererti antara 3.99 g
dan 4.01 g.

Contoh: bergantung kepada cara penulisan; 4 x 10 (1 angka bererti)
4.0 x 10 (2 angka bererti)
4.00 x 10 (3 angka bererti)







Pengukuran dan Jirim " 5



Aturan dalam hasil darab bagi suatu angka bererti dapat dinyatakan dalam contoh penggiraan isipadu suatu
bahan yang mempunyai ukuran 14.79 cm x 12.11 cm x 5.05 cm. Ukuran terkecil yang paling tepat adalah
5.05 cm. Apabila pengukuran menggunakan sebuah mesin kira (kalkulator), tiga bacaan terdekat seperti
5.04, 5.05 dan 5.06 digunakan. Hasilnya menunjukkan tiga bacaan yang berbeza (Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Kalkulator













Dari hasil darab di atas, ketiga-tiga menunjukkan dua angka pertama bermula dengan angka yang sama
iaitu 90..., manakala angka seterusnya berbeza. Dengan ini, kita hanya menggunakan bacaan isipadu bagi
bahan ini sebagai 904 cm
3
. Ini kerana kebiasaannya bagi bacaan angka bererti yang mudah, bacaan yang
terperinci suatu analisa tidak digunakan.


!"#"$ Suhu

Suhu adalah ukuran bagi menentukan kepanasan dan kesejukan sesuatu objek. Suhu juga digunakan untuk
menentukan arah sesuatu kepanasan atau kesejukan. Suhu sentiasa mengalir secara spontan dari
bahagian lebih panas ke bahagian yang sejuk. Maka, anda akan merasai pengaliran haba apabila anda
menyentuh sesuatu bahan yang panas kerana tangan anda lebih sejuk dari bahan tersebut.

Skala yang digunakan untuk mengukur suhu adalah skala Celsius dan Kelvin. Skala yang sering digunakan
untuk mengukur suhu di kebanyakan negara adalah Celsius. Secara umum, pada bacaan 0 C adalah
menunjukkan takat beku air dan 100

C adalah takat didih air pada takat paras laut. Skala Kelvin pula adalah
skala suhu SI dan unitnya adalah Kelvin (K). Dari sudut sejarah, skala Kelvin berdasarkan sifat gas. Nilai
sifar (0 K) bagi skala Kelvin merujuk kepada tahap yang paling rendah iaitu takat mutlak sifar. Kedua-dua
skala ini mempunyai unit sama-tara dan dihubungkaitkan melalui persamaan berikut;


K = C + 273.15


Jika anda perhatikan pada keadaan sejuk beku bagi H2O, nilai suhu dalam Celsius ialah 0 C dan bagi skala
Kelvin ialah 273.15 K. Perhatikan anda tidak akan menggunakan tanda darjah () untuk nilai bacaan bagi
skala Kelvin. Bacaan suhu boleh juga dibaca dengan menggunakan skala Fahrenheit tetapi jarang
digunakan dalam pengajian saintifik. Pada skala Fahrenheit, H2O membeku pada bacaan suhu 32 F dan
mendidih pada bacaan 212 F. Unit SI yang digunakan untuk suhu ditunjukkan dalam Jadual 1.3. Skala
Fahrenheit boleh dikaitkan dengan skala Celsius dengan persamaan berikut;

Pengukuran dan Jirim " 6






Jadual 1.3: Singkatan Bagi Prefiks Suhu

Bacaan
suhu
Singkatan
Bacaan pada takat
beku air
Bacaan pada takat
didih air

Fahrenheit
Celsius
Kelvin

F
C
K

32
0
273.15

212
100
373.15


Dalam sains, semua pengiraan harus menggunakan suhu dalam unit Kelvin.


1.2.4 Isipadu

Isipadu suatu kiub boleh ditentukan melalui panjang setiap bahagian kiub iaitu (panjang)
3
, dan unit SI bagi
isipadu ialah m
3
. Unit lain bagi isipadu ialah liter, (L) dan bersamaan dengan desimeter, dm
3
. Tetapi harus
diingat bahawa liter bukanlah unit SI. Bagi 1000 mililiter bersamaan dengan 1 liter dan setiap mililiter
bersamaan dengan sentimeter padu; 1 mL = 1 cm
3
.
Antara alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur isipadu sesuatu bahan adalah kelalang isipadu,
selinder penyukat, buret dan pipet. Antara alat-alat ini, buret dan pipet merupakan alat pengukur isipadu
yang paling tepat berbanding dengan bikar dan selinder penyukat. Kelalang isipadu digunakan untuk
menyukat isipadu tertentu cecair dalam penyediaan sesuatu larutan.


1.2.5 Ketumpatan

Ketumpatan merupakan sifat yang sering dikaitkan dengan sesuatu bahan atau jirim. Ketumpatan boleh
dikaitkan sebagai jumlah jisim dalam suatu isipadu seperti yang anda lihat persamaan di bawah;







Ketumpatan suatu pepejal dan cecair selalunya dinyatakan dalam unit gram per sentimeter padu (g/cm
3
)
atau gram per mililiter (g/mL). Kebanyakan bahan akan berubah isipadu apabila dipanaskan atau disejukkan,
tetapi ketumpatan bergantung kepada faktor tertentu. Apabila menulis ketumpatan suatu bahan, suhu
hendaklah dinyatakan kerana isipadu bergantung kepada suhu. Jika suhu tidak dinyatakan, bacaan
ketumpatan suatu bahan itu dianggap dinyatakan pada keadaan suhu 25 C.

Dalam makmal terdapat peralatan untuk mengukur berat, isipadu, suhu dan sebagainya yang mampu
membaca dari satu angka perpuluhan sahaja ke beberapa angka perpuluhan. Bilangan angka perpuluhan
yang boleh dibaca oleh alat tersebut mwnggambarkan ketelitian alat tersebut.

Misalnya;
Pengukuran dan Jirim " 7

alat perpuluhan
Penimbang (berat g) 1
2
4
Penimbang biasa
Penimbang dua alur
Neraca elektrik/analisis
Isipadu (mL) 0.05 Buret
Pipet
Kelalang isipadu
0.1 Kelalang bersenggat
Bikar

Contoh;
Anda diminta menyediakan dua larutan 1) 0.1 M NaOH
2) 0.001 M NaOH

Apakah set peralatan yang akan anda gunakan untuk menyediakan larutan tersebut?



1.3 Jirim

Jirim merupakan bentuk fizikal alam semester, ia adalah sebarang unsur yang mempunyai jisim dan
memenuhi ruang. Modul ini, badan kita, baju yang kita pakai, udara yang kita sedut, semua bahan sama
ada pepejal, cecair ataupun gas yang terdapat di bumi ini adalah contoh-contoh jirim. Semua jirim ini
mempunyai jisim iaitu kuantiti jrim dalam suatu objek. Badan manusia adalah terdiri daripada jirim kerana ia
menepati ruang dan mempunyai jisim yang dinyatakan dalam unit berat.

Air umpamanya, disebabkan kemampuannya untuk memenuhi ruang-ruang kosong dalam gelas. Begitu
juga dengan gas, ianya juga dikategorikan sebagai jirim kerana memenuhi ruang kosong dalam suatu belon.
Dalam erti kata lain, yang dinamakan jirim itu adalah gabungan atom-atom yang terikat antara satu sama
lain sehingga terhasil jirim dalam bentuk pepejal, cecair ataupun gas.

Komposisi jirim merujuk kepada bahagian atau komponen satu sampel jirim dengan nisbah yang tertentu.
Contohnya air adalah terdiri daripada dua bahan yang lebih ringkas iaitu hidrogen dan oksigen dengan
nisbah tetap. Ahli kimia menyatakan bahawa komposisi jisim air adalah 11.19% hidrogen dan 88.81%
oksigen.


!"$"! Klasifikasi Jirim

Jirim adalah terdiri daripada unit-unit kecil yang dipanggil atom. Ahli kimia telah mengenal pasti sebanyak
114 atom yang berbeza jenisnya, dan semua jirim adalah dibentuk daripada atom-atom ini. Setiap atom
yang berbeza-beza ini merupakan unit-unit asas bagi unsur kimia. Unsur kimia yang biasa adalah karbon,
besi dan argentum; lutetium dan thulium adalah contoh unsur yang kurang dikenali. Hampir 90 daripada
unsur ini boleh didapati daripada punca semulajadi dalam bentuk galian. Sementara unsur yang bakinya
dihasilkan dalam makmal.

Dalam erti kata lain, jirim itu adalah gabungan atom-atom yang terikat antara satu sama lain sehingga
terhasil jirim dalam bentuk pepejal, cecair ataupun gas.

Pepejal atom atau molekul tersusun sangat rapat dan padat. Semua pepejal mempunyai isipadu dan
bentuk tertentu. Contohnya ais, logam dan batu.

Pengukuran dan Jirim " 8
Cecair atom atau molekul tersusun longgar berbanding dalam keadaan pepejal. Akibat daripada susunan
yang longgar ini, cecair boleh mengalir dan mengisi ruang. Contohnya air, metanol dan asid hidroklorik.

Gas atom atau molekul tersusun sangat longgar dan jauh antara satu sama lain. Ini menyebabkan molekul
bergerak bebas, boleh mengembang dan dimampatkan, dan boleh mengisi ruang. Contohnya wap air,
udara dan gas hidrogen.
Seterusnya, kita harus faham bahawa jirim terdiri dari unit-unit kecil yang dipanggil atom. Apabila atom-atom
ini bergabung sama ada dengan atom yang sama maka akan menghasilkan suatu unsur. Namun, apabila
dua atom yang sama atau yang berlainan bergabung, suatu sebatian kimia akan terbentuk. Sebatian kimia
adalah bahan yang terdiri dari dua atau lebih unsur yang bergabung secara kimia. Contohnya, air
merupakan gabungan tiga atom yang bergabung iaitu dua atom hidrogen yang bergabung dengan satu
atom oksigen. Satu molekul hidrogen peroksida pula, mempunyai gabungan dua atom hidrogen dan dua
atom oksigen. Sebatian kimia mempunyai komposisi dan sifat-sifat sama bagi semua sampelnya dan ia
tidak boleh dipisahkan dengan cara fizikal.

Campuran terhasil apabila dua atau lebih sebatian bergabung. Campuran boleh mempunyai komposisi dan
sifat-sifat yang berbeza antara sampelnya. Campuran homogen terhasil jika campuran mempunyai
komposisi dan sifat yang seragam. Contohnya air gula, iaitu gula dilarutkan dalam air. Rasa manis adalah
sama bagi semua bahagian larutan yang sama. Rasa manis akan berbeza jika komposisi air dan gula yang
digunakan adalah berbeza.

Campuran heterogen pula terhasil jika sebatian yang digabungkan mempunyai komposisi dan sifat yang
berbeza. Contohnya campuran pasir dan air, yang mana air bersifat cecair dan manakala pasir adalah
pepejal. Ini adalah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih bahan-bahan yang boleh dengan mudah
dipisahkan dengan cara fizikal (Rajah 1.2).

Rajah 1.2






!"$"# Sifat-sifat Jirim

Dua sifat asas jirim yang dapat dibincangkan ialah dari segi sifat fizik dan sifat kimia. Sifat fizik ialah jika
sampel jirim yang dikaji telah mengalami proses tertentu tetapi komposisi masih kekal seperti asalnya.
Manakala sifat kimia ialah jirim yang dikaji akan mengalami perubahan dari segi komposisinya. Contohnya
air adalah suatu cecair yang boleh ditukarkan bentuknya menjadi ketulan ais. Dari sifat fizik, air telah
Pengukuran dan Jirim " 9
berubah dari bentuk cecair ke bentuk pepejal tetapi sifat kimia iaitu komposisi hidrogen dan oksigen tetap
sama dari awal hingga akhir. Contoh lain, jika sekeping kertas yang terhasil dari selulosa yang
mengandungi unsur karbon dan hidrogen dibakar sehingga menjadi abu, hasil yang diperolehi ialah karbon
dioksida dan air. Ini merupakan perubahan sifat kimia yang menghasilkan bahan baru. Contoh lain ialah
proses pengaratan besi yang melibatkan perubahan kimia.

Sifat jirim juga boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu sifat intensif dan sifat ekstensif. Sesetengah sifat
seperti suhu, takat lebur dan ketumpatan dikenali sebagai sifat intensif. Ianya tidak bergantung kepada
jumlah bahan yang diuji dan berguna di dalam kimia untuk menentukan unsur tersebut. Sifat ekstensif pula
bergantung kepada berapa banyak bahan yang diguna dalam ujian penentuan, seperti penentuan jisim dan
isipadu bahan. Maka, sifat ekstensif mempunyai hubung-kait dengan berapa amaun bahan yang wujud. Ciri-
ciri tersebut diringkaskan seperti dalam Jadual 1.4.


Jadual 1.4 Sifat-sifat Jirim

Aspek Pepejal Cecair Gas






Susunan zarah
Gerakan zarah

Daya tarikan
Tenaga kinetik
Isipadu
Bentuk
Boleh dimampat


Rapat, padat dan teratur
Bergetar

Kuat
Rendah
Tetap
Tetap
Tidak boleh


Rapat dan tidak teratur
Bergerak bebas secara
rawak
Sederhana
Sederhana
Tetap
Mengikut bekas
Tidak boleh



Jarang dan tidak teratur
Bergerak bebas secara
rawak dan pantas
Lemah
Tinggi
Tidak tetap
Mengikut bekas
Boleh




Terdapat juga bahan yang boleh berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain tanpa mengalami
perubahan komposisi bahan tersebut apabila sesuatu bahan itu dipanaskan atau disejukkan iaitu berkaitan
dengan perubahan suhu. Semasa perubahan keadaan jirim, pemindahan tenaga akan berlaku iaitu sama
ada tenaga haba diserap atau dibebaskan. Antara proses perubahan keadaan jirim adalah seperti
pembekuan, peleburan, pendidihan, penyejatan, pemejalwapan dan kondensasi (Rajah 1.3).



Rajah 1.3: Perubahan jirim








Pengukuran dan Jirim " 10

Latihan

1.1 Nyatakan bilangan angka bererti bagi data pengukuran berikut:

a) 50.055 g
b) 65.792 g
c) 10.0001 g
d) 0.00304 kg
e) 75.000 m
3

f) 3.5670 x 10
3
g

1.2 Nyatakan data pengukuran berikut dalam bentuk notasi saintifik:

a) 452.32 mg
b) 0.0000532 mL
c) 100,000 g
d) 0.002560 m
2

e) 1999 cm
3

f) 0.12300 dm
3


1.3 Bulatkan kuantiti-kuantiti berikut kepada nilai bererti seperti yang dinyatakan oleh angka dalam
kurungan:

a) 257650.06 m (4, 6)
b) 2.30986 x 10
-4
(5)
c) 4.995 x 10
3
m (3)
d) 36.673 g (2, 3)

1.4 Dalam makmal kimia, tiga orang pelajar di sebuah universiti IPTA masing-masing diberikan sekeping
timah tulen yang sama jisimnya, mereka telah memberi laporan berikut;

Pelajar A (g) Pelajar B (g) Pelajar C (g)
2.9642 2.9732 2.9882
2.9780 2.9680 2.9878

Jika jisim sebenar kepingan timah tersebut ialah 3.00000 g, pelajar manakah yang telah melaporkan
keputusan yang paling jitu dan paling persis? Terangkan.

1.5 Berikan takrif bagi jirim.

1.6 Nyatakan tiga keadaan jirim.

1.7 Nyatakan nama proses perubahan keadaan jirim daripada:

a) Cecair kepada pepejal.
b) Gas kepada cecair.
c) Pepejal kepada gas.

1.8 Takrifkan sifat intensif dan sifat ekstensif.




Pengukuran dan Jirim " 11


Jawapan

1.1 a) 5
b) 5
c) 6
d) 3
e) 5
f) 5

1.2 a) 4.5232 x 10
2
mg
b) 5.32 x 10
-5
mL
c) 1.0 x 10
5
g
d) 2.560 x 10
-3
m
2

e) 1.999 x 10
3
cm
3

f) 1.2300 x 10
-1
dm
3

1.3 a) 257650.06 m
b) 2.30986 x 10
-4

c) 4.995 x 10
3

d) 36.673

1.4 Pelajar C kerana nilai menghampiri nilai sebenar.

1.5 Jirim adalah sesuatu yang mempunyai jisim dan menempati sesuatu ruang.

1.6 Pepejal, Cecair, Gas

1.7 a) pembekuan
b) kondensasi
c) pemejalwapan

1.8 Sifat intensif tidak bergantung kepada jumlah bahan yang diuji dan sifat ekstensif pula bergantung
kepada berapa banyak bahan yang diguna.




Rujukan

Brown, LeMay and Bursten (2005). Chemistry: The Central Science. 10th edition. Prentice Hall.
Chang, R. (2007). Chemistry, New York: McGraw-Hill.
Ibrahim, R. (2001). Asas Kimia. Malaysia: Uni-Ed Publications Sdn. Bhd.
McMurry, J. & Fay, R. C. (2001). Chemistry, New Jersey: Prentice Hall.
Silberberg, M. S. (2009). Chemistry: The Molecular Nature of Matter and Change. 5th Edition. New York.
McGraw-Hill Higher Education.

Anda mungkin juga menyukai