Anda di halaman 1dari 1

LANGKAH2 MEMUPUK

AMALAN/BUDAYA MEMBACA..


Terdapat satu peribahasa cina yang menyatakan bahawa membaca buku diumpamakan sebagai
makanan jiwa.Jiwa seseorang perlu diisi supaya tidak menjadi tin kosong dan ini dapat dikepai
dengan membaca buku.Malangnya,masyarakat kini,terutamanya remaja,kurang menghargai buku
berbanding dengan makanan yang dimakan oleh mereka.Mereka tidak sedar akan kewujudan
masyarakat berkualiti bergantung kepada minat membaca.Banyak pihak telah menyuarakan rasa
bimbangan mereka terhadap masa depan negara.Satu soalan yang pasti berlegar dalam benak
kita iaitu,bagaimanakah budaya membaca dapat diwujudkan?

Salah satu cadangan untuk memupuk minat membaca adalah melalui peranan ibu bapa.Ibu
bapa seharusnya menjadi role modelkepada anak-anak.Anak-anak perlu didedahkan kepada
mereka bahan bacaan sejak kecil lagi agar minat membaca buku dapat dipupuk.Hal ini demiakian
kerana melentur buluh biar dari rebungnya.Kanak-kanak yang kecil tidak tahu menghargai buku
dan inilah proses pembelajaran yang perlu diterima.Sekiranya minat membaca dapat dipupuk
sejak kecil,mereka akan menjadikan membaca sebagai satu kebiasaan.Keadaan inilah yang
sentiasa diharap-harapkan oleh pelbagai pihak.

Kesedaran tentang kepentingan dan faedah membaca amat diperlukan dalam sanubari anak-
anak.Sewaktu mereka membaca,mereka harus diberitahu tentang faedahnya menimba ilmu
pengetahuan.Cara ini dapat mengelakkan anak-anak mereka berputus asa dan menjadikan
membaca sebagai amalan.Mereka juga haruslah dimaklumkan bahawa orang yang berjaya adalah
orang yang rajin membaca.Galakan dan pujian ibu bapa amat diperlukan agar budaya membaca
dapat diteruskan.

Anda mungkin juga menyukai