Anda di halaman 1dari 5

MINIT CURAI

KURSUS INDUKSI KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


MATA PELAJARAN REKA BENTUK TEKNOLOGI (RBT) TAHUN 5
DAERAH PASIR GUDANG
TARIKH: 5 HINGGA 6 MEI 2014
TEMPAT: BILIK MESYUARAT, SMK TAMAN DESA JAYA
EN. NORFAZLI BIN JALANI (PEGAWAI PPD PASIR GUDANG)
1. Mengalu-alukan kedatangan para peserta kursus.
2. Menjelaskan tentang ketepatan waktu, cara berpakaian, keselamatan diri kehadiran, waktu
makan dan sebagainya.
3. Ketua Panitia perlu membuat kursus dalaman di sekolah selama 3 hari.
SLOT 1 :
EN. MOHD RAHIM BIN MOHD SHARIF
(JURULATIH KEBANGSAAN REKA BENTUK TEKNOLOGI)
1. Tugas-tugas Ketua Panitia RBT :
a) Menghadiri kursus 100%
b) Membuat in-house tranning kepada guru-guru RBT
c) Menyediakan laporan kursus dan menyerahkan satu salinan kepada pentadbir dan
pegawai PPD masing-masing.
d) Perlu menjaga etika
e) Waktu kursus = 8.00 pagi hingga 4.30 petang
2. Penerangan tentang DSKP
a) Kurikulum Kebangsaan
b) Mengapa standard
c) 6 aspek Insan Seimbang
d) Elemen merentas kurikulum
e) Kurikulum
f) Kepentingan pentkasiran
g) Pentaksiran dalam bilik darjah
h) Pentaksiran berasaskan sekolah
i) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
j) Tahap Penguasaan
k) Tafsiran tahap penguasaan secara umum
l) Pelaporan Tahap Penguasaan Murid (offline)
*Nota : Tiada ujian setara tetapi ada ujian Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun
m) Komuniti Pembelajara Profesional
*Mengadakan perjumpaan 2 jam selepas waktu sekolah pada setiap minggu sekali
n) Portal = http://web .moe.gov.my/bpk/v2kssr

3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


i) KBAT dari Kemahiran Berfikir (KB)
ii) Fokus kepada mengaplikasi, menganalisi, menilai dan mencipta
ii) Keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan.
SLOT 2 :
EN. MOHD HAZWAN BIN SHAMSUDDIN
(JURULATIH KEBANGSAAN RB)
1.

Pemetaan DSKP RBT


Tahun 5 : 2. Asas Teknologi
4. Penghasilan Projek
5. Teknologi Pertanian
6. Sains Rumah Tangga

2.

Content dalam DSKP


2. Asas Teknologi
- Ingatkan murid tentang pembacaan manual
- Murid faham baca manual mengikut urutan (murid mesti tahu)
- Ingatkan murid alatan tangan dan komponen
- Seperti maksudnya boleh pilih salah satu tetapi mesti ajar semua
4. Penghasilan Projek
- Cikgu perlu ajar aluminium , keluli , zink dan bahan bukan logam (telah diajar
pada tahun 4.
- Iaitu maksudnya mesti mengajar semua sekali
- Ragum atas meja untuk kerja-kerja logam
- Ragum tepi meja untuk kerja-kerja kayu
- Gandin getah untuk aluminium dan zink
- Gandin kayu untuk membuat tanggam
5. Teknologi Pertanian
- Untuk topik ini, tanam sampai percambahan dan pindahkan anak benih dan tidak
perlu tunggu sampai berbuah
6. Sains Rumah Tangga
- Sarapan dan minum petang (menu perlu ditentukan atau dicadangkan oleh guru)
- Guru boleh rujuk modul dan perlu merujuki DSKP untuk mengajar.

3.

Modul RBT Tahun 5


- Cara untuk mengajar murid adalah pelbagai dan boleh ikut contoh atau modul
- Asas Teknolgi Apa sahaja kit model yang menggunakan komponen yang boleh
berfungsi dengan menggunakan kuasa elektrik.
- Dalam bahasa RBT membaca bermaksud boleh memahami gambar yang dilihat.
- Memberitahu semua alatan tangan yang digunakan
- Jika tiada manual pada kit model, guru perlu buat manual.
- Sebelum membaca manual murid perlu diterangkan dahulu cirri dan kegunaaan
alatan tangan dengan betul.
- Membuka dan memasang kit model boleh dibuat dalam kumpulan ( satu kumpulan 2
atau 3 orang murid sahaja)
- Ingatkan murid perlu menggunakan alatan tangan yang sesuai.

4.

Untuk mengajar Pengenalan Projek:


- Guru perlu tentukan projek
- Tunjukkan kepada murid aluminium, keluli dan zink
- Ajar murid nama dan funsi alatan tangan
- Murid perlu faham apa yang ada pada manual.
- Murid perlu kenalpasti pelbagai logam
- Murid perlu menyatakan nama dan fungsi alatan logam
- Cat licau dan cat minyak adalah sama
- Ajar syelek dan cat licau tetapi boleh guna salah satu atau boleh guna spry
- Untuk projek elektronik mesti digabungkan dengan projek kayu
- Kenalkan kepada murid nama, simbol dan fungsi
- Murid perlu diajar membaca litar skematik terlebih dahulu dan seterusnya litar
bergambar.
- Murid perlu tahu simbol dan kedudukan pada litar.
- Guru perlu ajar semua komponen.

HARI KE-2
1. Teknologi Pertanian
Menanam benih dalam bekas
(melalui modul adalah contoh pengajaran. Yang penting DSKP kena ikut dan buku
teks boleh digunakan)
Menanam biji benih di dalam bekas
(Apa sahaja bekas yang boleh menakung tanah yang mempunyai lubang saliran di
bawahnya)
Guru perlu tunjukkan biji benih yang baik dan rosak kepada murid.
Murid pilih bijji benih dengan bantuan guru.
Murid kenal biji benih dan pilih biji benih yang baik.
Bahan bantuan mengajar = tunjukkan biji benih yang sebenar.
Memberikan contoh spesimen biji benih dan dari mana ia diperolehi
Tunjukkan contoh dalam powerpoint atau video
Amali= satu kumpulan 2 atau 3 orang murid sahaja
Perkenalkan biji benih yang tulen bukan baka kacukan, cukup matang serta bernas
(berisi, baik, tidak lompong & ringan)
Cara pilih biji benih hendaklah menggunakan tangan sahaja
Apabila hendak menyiram, gunakan spry untuk mengurangkan air daripada mengalir
laju ke tanah
Cocoapeat (sabut kelapa yang telah diproses menjadi serbuk) hendaklah direndam
dalam air semalaman (guru perlu rendamkan terlebih dahulu) dan boleh meletakkan
baja organik (sedikit sahaja) * baja yang baik ialah najis ayam @ kambing
Peat most (lebih bernilai) kerana ia telah siap dengan campuran organik, tanah dan
pasir.
Bekas = elakkan menggunakan tin gunakan bekas telur, tempurung, plastic dan
kertas putih
Giffiy 5 (neutren semua ada) perlu rendam dalam air dan boleh dipotong 4. Harga 80
sen sahaja.
Percambahan biji benih untuk mengurangkan modal, gunakan rumput yang telah
dipotong untuk membentuk percambahan, biji benih yang senang ialah biji benih cili
dan boleh gunakan sabut kelapa.

Jangan ambil biji benih palma kerana proses percambahan mengambil masa selama 6
bulan (elakkan)
Biji benih mempunyai perbezaan iaitu kecil dan besar
Apabila menyemai biji penih perlu membuat lubang untuk biji benih kasar dan
membuat alur lubang untuk biji benih halus.
Medium perlu ikut sukatan 3:2:1 dan jangan ikut berat.
2.

Menanam benih di dalam bekas


Jangan gunakan racun perosak
Penjagaan dijaga brterusan
Untuk biji benih kasar, tanam 2 @ 3 kali daripada garis pusat bijji benih tersebut dan
menimbus dengan biji benih yang nipis (buat lubang tanaman 2 biji benih dan letak
ditempat yang teduh)
Untuk biji benih halus, buat alur 1cm ( 1 cubit bijih benih, 10 cubit tanah/pasir halus)
Bekas semaian mesti ada saliran.
Tips kategori biji benih yang elok ialah yang tenggelam dan yang tidak elok ialah
yang timbul
Guru sediakan medium campuran sendiri bukan murid tetapi boleh ajar murid
Untuk membuat aktiviti, guru buatkan kerana kekangan waktu.

3.

Sains Rumah Tangga


Menyediakan sajian sanitasi ialah kebersihan penyediaan makanan
Menamakan dan fungsi alatan untuk peragu meja dan alatan dapur
Walaupun tiada bahan maujud tetapi boleh kenalkan murid melalui gambar
Mengajar murid untuk pengiraan kos perlu mengikut harga semasa (keusahawanan)
Mengajar murid membuat kad menu pagi dan petang (perlu buat contoh untuk
ditunjukkan kepada murid)
Menyediakan sajian = ikut masa dan pilih menu yang sesuai
Ikut makanan seimbang
Dengan bimbingan guru
Cikgu perlu menetapkan menu yang sesuai
Menghias dan membungkus makanan = tunjukkan kepada murid bahan hiasan, bekas
plastik, pembungkus plastik dan maklumat pada label (perlu diterangkan kepada
murid) boleh minta murid membawa label makanan.

* Rujuk bahan dan nota yang telah diberikan.


Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

______________________
(
)
KETUA PANITIA
REKA BENTUK &
TEKNOLOGI

______________________

Anda mungkin juga menyukai