Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG (VIP)

PROTOKOL SEKOLAH .........


Tuan-tuan/puan-puan sekalian,
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran
kepada Tuhan kerana kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG
SMK Cheras Jaya Kali ke-12. Bersyukur juga kerana Tuhan telah mengerakkan
hati tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir dalam majlis ini.
Pada hari ini kita berada di dalam negara yang aman dan makmur serta
membangun dengan pesatnya. Dan nikmat yang kita kecapi pada hari ini
bukannya datang bergolek tanpa usaha dan ikhtiar dari pelbagai pihak sama ada
kita sedar ataupun tidak. Namun, alhamdulillah kerana kemakmuran dan
kejayaan negara hari ini telah kita nikmati bersama.
Tuan-tuan/Puan-puan
Hasil kajian para bijak pandai, mendapati pendidikan merupakan perkara yang
penting yang mampu mengubah taraf hidup kita. Dengan adanya ilmu
pengetahuan kita juga mampu meningkatkan keupayaan ekonomi, politik, sosial
dan agama.
Kerajaan juga telah memperuntukkan jumlah yang amat besar dalam usaha
meningkatkan mutu pendidikan. Syukur kepada Tuhan, hari ini keadaan
kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia adalah sangat memuaskan dan jika
dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain, kemudahan
pendidikan di sekolah-sekolah kita jauh lebih baik.
Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,
Walaupun berbagai-bagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan
kepada kita, namun yang amat menyedihkan ialah pencapaian anak-anak
bangsa kita dalam pendidikan yang kurang memuaskan. Keadaan ini jika
dibiarkan berterusan, sudah pasti masa depan anak-anak bangsa kita tidak
terjamin.
Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan
anak-anak mendapat ilmu pendidikan yang sempurna. Ibubapa tidak boleh
menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak 100% kepada pihak sekolah.
Perlu kita sedar bahawa masa anak-anak di sekolah hanya 6 jam sehari
manakala masa mereka di rumah dan dibawah pengawasan ibubapa adalah
lebih baik kurang 18 jam. Maka tidak wajarlah jika terus menuding jari
menyalahkan guru-guru di sekolah jika anak-anak kita tidak berjaya dalam
pelajaran. Oleh itu, sebagai ibubapa hendaklah sentiasa memberi kerjasama
kepada pihak sekolah untuk kebaikan anak-anak.
Masanya belum terlambat untuk kita semua memperbaiki perkara ini. Harapan
kita di masa-masa akan datang ialah dapat melihat peratusan belia yang mampu
untuk mencapai kecemerlangan. Sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa
masalah sosial yang melanda para belia kita sudah semakin runcing. Oleh itu,
ibubapa mestilah mampu menerokai dunia global yang penuh cabaran ini. Para
belia mestilah yakin pada diri sendiri dan mereka mestilah juga menjadi
pemandu dan penentu bangsa kerana pemuda pemudi adalah tiang negara. Oleh

itu, para belia perlukan pendewasaan sikap dan tingkah laku serta mengamalkan
budaya yang sihat agar pemahaman agama dapat membimbing manusia ke
arah kebenaran dan mampu memberikan rasa kedamaian, kerukunan dan
kesejahteraan.
Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,
Kita merasa jijik dan amat apabila kita melihat di dada-dada dalam akhbar ada
ibubapa yang sanggup membuang bayinya di tempat-tempat awam. Kita
menganggap bahawa perbuatan mereka itu adalah tidak berperikemanusiaan.
Namun, jikalau dibandingkan dengan ibubapa yang tidak menghantar anak-anak
ke sekolah, masyarakat tidak pula menganggap ia adalah perbuatan yang tidak
berperikemanusiaan. Walhal perbuatan tidak menghantar ataupun tidak
memberi pendidikan kepada anak adalah satu perbuatan yang kejam kerana
masa depan anak-anak mereka tidak terjamin. Jika anak-anak tidak ada ilmu
pengetahuan bagaimana ia menempuh kehidupan pada masa akan datang yang
lebih mencabar.
Kita harus mempersiapkan generasi muda kita dengan berbagai kemahiran
hidup dan ilmu pengetahuan agar anak-anak muda ini tidak menyimpang
daripada cita-cita perjuangan bangsanya sendiri. Kita juga tidak mahu anak
bangsa kita dikatakan anak bangsa yang tidak tahu mengenang budi dan tidak
tahu berterima kasih terhadap jasa baik dan pengorbanan yang diberikan oleh
ibubapa, masyarakat dan kepimpinan negara.
Generasi muda harus diberikan pendedahan bahawa kemajuan, keamanan dan
kemakmuran yang kita warisi hari ini bukan diperolehi dengan cara yang mudah
dan bersenang-lenang, tetapi dengan semangat dan perjuangan yang tinggi bagi
mempertahankan maruah, bangsa dan negara. Ingatlah, apa juga gaya dan
corak kehidupan belia hari ini, adalah melambangkan masa depan negara dan
bangsa kita akan datang.
Justeru itu, adalah diharapkan dengan adanya seminar ibubapa, belia dan
beliawanis pada hari ini, dapat memberikan kita sedikit sebanyak pengetahuan
dan kesedaran tentang pentingnya pendidikan dalam usaha membangun negara
cemerlang. Oleh itu, saya merasmikan majlis ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai