Anda di halaman 1dari 12

Pembentang:

Naimah Ghazali (P69088)


Pensyarah:
Dr. Azlin Norhaini binti Mansor

Diperkenalkan oleh Frederick Irving Herzberg (1923-2000) dan


Mausner dan Synderman

Menghasilkan sebuah buku work and the natural of man (1966)


yang menghuraikan motivasi manusia dalam dunia pekerjaan

Teori ini berdasarkan kepada satu kajian yang dijalankan ke atas 228
jurutera dan akauntan

Melihat perhubungan di antara tahap kepuasan bekerja dengan produktiviti.

Mereka diminta mengingati kembali masa-masa yang seronok dan ketika-ketika yang
tidak menyenangkan semasa menjalankan tugas dan seterusnya sebab-sebab
berlakunya keadaan tersebut.

Jawapan yang diberikan responden ketika mereka seronok berbeza dengan jawapan
responden ketika mereka merasa tidak seronok menjalankan tugas.

Hasil ini cukup mengelirukan kerana jawapan responden tidak


konsisten dan mengikut situasi.

Faktor motivasi (kepuasan) Jika ada, ia mampu memberi


rangsangan dan kepuasan kerja. Sekiranya tiada, tidaklah
menyebabkan kepuasan kerja pekerja menurun atau tidak
bermotivasi.

Faktor higien (ketidakpuasan) jika dikurangkan faktor


ini, ketidakpuasan kerja akan berkurang. Tetapi bukan
penyebab pekerja akan lebih bermotivasi atau
meningkatkan tahap kepuasan kerja

Jika majikan ingin melihat pekerjanya


bermotivasi, dua perkara perlu dilakukan
Pekerja

perlu mengurangkan faktor


ketidakpuasan supaya unsur-unsur
ketidakpuasan kerja tiada lagi.

Di

samping itu, meningkatkan faktor-faktor


motivasi. Supaya pekerja lebih bersemangat

Berbeza pandangan dengan teori tradisional tentang kepuasan kerja.

Pandangan tradisional menyatakan bahawa lawan kepuasan kerja adalah


ketidakpuasan. Tetapi, ini tidak terbukti oleh penelitian Herzberg. Jawapan
responden ketika puas dan tidak puas memunculkan jawapan yang tidak
bertentangan malah berbeza.

Berdasarkan sampel. Adakah daripada sampel terhad ini (jurutera dan


akauntan Amerika) boleh digeneralisasikan kepada lain-lain kumpulan
profesion di lain-lain negara. Dari segi teknologi, persekitaran dan latar
belakang kedua-dua kumpulan profesion adalah berbeza berbanding
profesion jururawat, ahli perubatan, jurujual, kerani dan pegawai polis.

gaji tidak dimasukkan sebagai faktor motivasi(kepuasan). Bertentangan


pendapat pengkaji lain.

Kajian yang dijalankan oleh Weaver (1980) terhadap pekerja di Amerika Syarikat mendapati
bahawa terdapat perkaitan positif di antara kepuasan kerja dan gaji. Beliau menyatakan
bahawa pekerja yang menerima gaji yang tinggi mendapat kepuasan yang tinggi.

Meskipun mendapatkan kritik namun demikian teori dua faktor Herzberg


diterima secara luas oleh para ahli.

KEPUASAN KERJA
MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM

Kepuasan kerja merujuk kepada keseronokan atau perasaan


positif hasil daripada penilaian jawatan yang disandang
dalam suasana persekitaran pekerjaan. Ia merujuk kepada
rasa gembira dengan kerjanya sekarang (Wan Radiah,
2000).

Perbahasan tentang sejauh mana wujudnya hubungan


antara kepuasan kerja dengan kejayaan sesuatu pekerjaan
telah lama menarik perhatian ramai ahli psikologi dan
pengurusan industri (Mohd Majid Konting 1991).

Di Amerika Syarikat sahaja, Locke (1976) dalam Munchisky


(1993), menganggarkan melebihi 3,000 artikel menulis
tentang kepuasan kerja.
Cranny et al. (1992), lebih 5,000 artikel telah dihasilkan

Kerja adalah ibadah

Dari Miqdan r.a. dari Nabi Muhammad Saw, bersabda: Tidaklah makan
seseorang lebih baik dari hasil usahanya sendiri. Sesungguhnya Nabi
Daud a.s., makan dari hasil usahanya sendiri. (HR. Bukhari)

Dalam sebuah hadits Rasul saw bersabda: Barang siapa pada malam
hari merasakan kelelahan karena bekerja pada siang hari, maka
pada malam itu ia diampuni Allah. (HR. Ahmad & Ibnu Asakir)
Tentang kewajiban bekerja, Rasulullah bersabda:Mencari rezeki yang
halal itu wajib sesudah menunaikan yang fardhu (seperti shalat, puasa
dan sebagainya). (HR. Ath-Thabrani dan al-Baihaqi)

Konsep ibadah adalah ihsan

Kepuasan

kerja dalam Islam adalah apabila


muncul perasaan ikhlas, sabar, dan syukur
dalam melaksanakan pekerjaan.

Ikhlas

adalah jika seluruh perkataan/


perbuatan muncul kerana Allah semata

Bekerja dengan ikhlas menjadikan seseorang itu


sentiasa gembira dalam melaksanakan tugas.
Berbeza dengan orang yang tidak ikhlas, mereka
akan sentiasa bekerja dalam keadaan tertekan

Sabar

ialah tetap hati dan tabah menghadapi


halangan dan rintangan menghadapi
berbagai-bagai bahaya atau musibah.

Gaji kecil, lingkungan kerja yang tidak kondusif, orang


atasan yang tidak kompeten, dan lainnya bagi mereka
bukan sebuah bencana, tetapi lebih merupakan ujian.

Sabar bukan menyerah pada keadaaan


dengan mengatakan ini sudah takdir atau
saya sabar terima keadaan ini tanpa
sedikitpun melakukan perubahan

Kita diminta untuk berikhtiar, dan selalu


husnuzhan kepada Allah, jangan berputus asa
dari rahmat-Nya.

Syukur ialah perasaan gembira dan terima kasih terhadap Allah


bila menerima nikmat dan pemberian-pemberian-Nya.

Bersyukur jika kita mendapat pengiktirafan, bonus, persekitaran


kerja yang baik, majikan yang bertolak ansur dll.

Rasulullah juga mengajar kita untuk bersyukur sesuai dengan


hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, dia berkata

Rasulullah Saw pernah bersabda, "Lihatlah orang yang


dibawahmu, jangan lihat orang yang diatasmu. Dengan begitu maka
kamu tidak menganggap kecil terhadap nikmat Allah yang kau
terima." (HR Bukhari-Muslim).

Dengan bersyukur, maka nikmat yang ada akan semakin ditambah


oleh-Nya, hal ini senada dengan yang difirmankan oleh Allah
dalam surah Ibrahim ayat 7 :

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah


(nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.

Jika ketiga-tiga aspek ini (ikhlas, sabar dan syukur)


dipenuhi maka kepuasan dalam bekerja akan
dirasai.

Walaupun aspek ini tidak menjamin kenaikkan


output. Tapi sebagai proses, aspek tersebut
memberikan nilai tersendiri.

Berbeza dengan teori hezberg yang menyalahkan


faktor lain bila berpuas hati atau sebaliknya dalam
kerja.

Dalam Islam kepuasan dalam kerja berbalik kepada


diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai