Anda di halaman 1dari 11

PANDUAN MELAKSANAKAN TUGASAN 1

Salam dan salam sejahtera

Banyak soalan yang diterima berkaitan dengan Tugasan ini.

Tugasan 1 adalah berkaitan dengan model promosi program kesihatan. Ianya bertujuan untuk
mendedahkan kepada pelajar tentang bagaimana latar belakang sesuatu program tersebut dirancang
dan dilaksanakan. Dengan kata lain, kita beroleh kefahaman mengenai kepentingan sesuatu program
kesihatan, mengapa ianya dilaksanakan, apakah bentuk intervensi atau saranan yang sesuai,
pemantauan dan penilaian program tersebut, kesan atau hasil yang dikehendaki dan sebagainya.

Pertama sekali anda harus faham apa kehendak soalan.

SOALAN:
Bersumberkan daripada model-model utama dalam Promosi Program Kesihatan,
jelaskan perkara-perkara utama berdasarkan perancangan model yang digunakan bagi menerangkan
secara berstruktur mengenai perubahan / penekanan yang telah / ingin dilaksanakan di institusi
pendidikan yang menjelaskan mengapa dan bagaimana model tersebut telah / mampu untuk
membuat perubahan terhadap masalah tingkah laku kesihatan.

Jadi jelaslah di sini bahawa kita perlukan satu model. Model ini boleh anda pilih berdasarkan modul
ataupun model-model lain. Kenapa perlu adanya model? kerana adalah sangat berguna apabila
sesuatu model promosi kesihatan dijadikan rujukan / guideline dalam merancang sesuatu program
atau untuk mempromosikan program kesihatan. Ini kerana terdapat kelebihan dan kelemahan yang
tertentu dalam sesebuah model yang digunapakai, serta terdapatnya kesesuaian dari segi konteks
penggunaannya.

Kemudian fikirkan mengenai perubahan atau penekanan yang ingin dilaksanakan di sekolah.
Misalnya, kita telah dikejutkan dengan situasi terdapat ramainya pelajar sekolah yang mengalami
obesiti. Jika tidak ditangani dengan segera, akan ramailah pelajar kita yang akan terdedah dengan
gejala kegemukan.

Cadangan organisasi penulisan laporan.

1.0

Pengenalan

2.0

Latar belakang laporan

2.1

Obesiti (penyakit kulit, sakit jantung, denggi, dadah, dll)


- apa maksud obesiti
- situasi yang berlaku sekarang
- bahaya/kesan obesiti

2.2

Model yang dipilih (cth: PRECEDE-PROCEED)


- ringkasan tentang model yang dipilih
- masukkan rajah model
- justifikasi kenapa model tersebut dipilih
- dll

3.0

Perancangan Program Promosi Kesihatan

Bahagian ini bolehlah dibuat ulasan berdasarkan kepada fasa-fasa yang terdapat dalam model yang
dipilih.

Contoh: yang ini ulasan untuk penyakit kulit iaitu kudis buta dan obesiti.

PROCEDE (predisposing , reinforcing , and enabling causes in educational diagnosis and evaluation)

3.1

FASA 1 - Penilaian Sosial

Masih terdapat murid-murid sekolah yang menghidap penyakit kudis buta. Jangkitan kudis buta telah
menjadi satu masalah kesihatan bagi murid-murid sekolah kerana ia masih menular dan menjangkiti
mereka. Masalah ini telah dikesan di sekolah dan didapati seramai _____ murid mengalami jangkitan
kudis buta. Penghidap scabies jarang tahu bahawa mereka mempunyai keadaan sehingga beberapa
minggu selepas jangkitan awal, ini bermakna serangan kudis boleh merebak dengan cepat.
Mereka seringkali menyendiri dan tidak bergaul dengan rakan-rakannya yang lain. Mereka juga
sering didapati tidak hadir ke sekolah. Apabila di tanya adakah mereka mempunyai masalah, mereka
hanya suka mendiamkan diri. Memandangkan cara pemakaian yang tidak bersih, mereka berasa
malu untuk berjumpa dengan guru. Mereka juga sering meletakkan tangan di dalam poket apabila
berjumpa dengan guru. Guru meminta murid untuk mengeluarkan tangannya dan melihat keadaan
tangannya. Didapati murid tersebut dijangkiti kudis buta yang agak serius di tangannya. Apabila
ditanya, beliau menceritakan bahawa dia mengalami masalah kudis buta sejak sebulan yang lalu.

3.2

FASA 2 - Penilaian Epidemiologi

Sarcoptes Scabies
Scabies atau dikenali sebagai kudis buta adalah keadaan kulit berjangkit yang disebabkan oleh hama
kecil dipanggil Sarcoptes Scabiei. Lubang hama ini ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan
bertelur, menyebabkan gatal-gatal ruam dan sengit.
a)
- huraikan

Tanda-tanda Kudis Buta

b)

Punca Kudis Buta


- huraikan

c)

Rawatan kudis buta


-huraikan secara ringkas

3.3

FASA 3 - Penilaian Tingkahlaku dan persekitaran

Punca Masalah Kesihatan


Berdasarkan kepada temu ramah antara guru dan murid, terdapat punca terhadap berlakunya
masalah-masalah ini. Ia berpunca daripada tingkah laku dan persekitaran murid-murid.
a) genetik
Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor termasuk genetik. Murid Melayu obes meningkat
daripada 19.1 peratus pada 2002 kepada 26.1 peratus enam tahun kemudian, peningkatan 7.1
peratus; Cina pula daripada 25.6 peratus kepada 27.6 peratus, manakala murid India daripada 16.9
peratus kepada 26.1 peratus.
b) tingkahlaku
Pakaian murid itu sendiri dapat melambangkan bagaimana ibu bapa mereka memberi
perhatian kepada mereka. Ada dikalangan murid yang ditemu bual berpakaian kotor dan kasut yang
tidak pernah dibasuh. Apabila ditanya, mereka berkata baju sekolah tersebut hanya dibasuh sekali
seminggu oleh mereka sendiri. Murid tidak ambil berat tentang penjagaan kebersihan diri. Di dapati
hanya 25 orang sahaja yang mandi tiga kali sehari. Manakala selebihnya hanya mandi dua kali sahaja
sehari. Ini menyebabkan kuman mudah merebak pada diri mereka terutama sekali selepas mereka
bermain. Murid yang didapati mengalami masalah kudis buta lambat mendapatkan rawatan daripada
pegawai perubatan. Mereka beranggapan penyakit itu hanyalah masalah gatal-gatal sahaja yang
boleh hilang apabila diletak ubat. Ini menyebabkan masalah kudis buta ini lambat untuk pulih.
c) persekitaran
Faktor persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan tenaga (kalori). Ia dapat dilihat
melalui pilihan dan jumlah makanan yang diambil. Malaysia mewah dengan makanan dan banyak
pilihan termasuk makanan segera, makanan ringan dengan harga murah tetapi mengandungi kalori,
lemak dan gula tinggi selain pelbagai saiz hidangan daripada kecil hingga besar. Di bandar, berat
badan berlebihan bertambah daripada 22.4 peratus kepada 28.1 peratus, manakala di luar bandar
meningkat daripada 17.6 peratus kepada 24.2 peratus. Kesimpulannya kedua-dua kawasan
menunjukkan peningkatan, namun kadar peningkatan di luar bandar lebih tinggi

3.4

FASA 4 - Penilaian Pendidikan dan Organisasi

Tiga kumpulan faktor yang menyebab penyakit:

a)

Faktor kecenderungan (huraikan)

- industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sasaran pemasaran dengan menampilkan iklan
serta label makanan yang menarik golongan itu.
- kebudayaan dan kepercayaan yang diwarisi
-pengetahuan

b)

Faktor Pemungkin (huraikan)

- Keluarga berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli peralatan menjaga kebersihan diri.
Ibu bapa hanya memberi tumpuan terhadap pemakanan anak-anak sahaja. Ini menyebabkan anakanak tidak mempunyai alatan kebersihan diri seperti sabun mandi, shampoo, ubat gigi dan berus gigi.
-kemudahan

c)

Faktor Pengukuh (huraikan)

- Pengaruh iklan kepada kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak negara mengharamkan
kempen atau pengiklanan pemasaran makanan untuk mereka. Di Malaysia pula, kadar pertumbuhan
dan pembukaan cawangan baru restoran makanan segera tumbuh seperti cendawan lepas hujan dan
harga makanan terendah di dunia. Lebih hebat kini ada pula sistem pesanan dan penghantaran
makanan terus ke pintu rumah.
-pengaruh media massa

3.5

FASA 5 - Penilaian Polisi & Pentadbiran

PROCEED (policy, regulatory and organizational constructs in educational and environtmental


development)

Permulaan bahagian PROCEED. Dalam Fasa 5 iaitu perlaksanaan, dengan sumber-sumber yang
sesuai, perancang memilih kaedah dan strategi intervensi dan perlaksanaan bermula. Dalam
penilaian polisi dan pentadbiran, perancang mengandaikan bahawa jika terdapat sumber dan
keupayaan, maka ia boleh membangunkan dan melaksanakan program.

a)

Program Kesihatan

Perancangan Program Promosi Kesihatan


-

Perancangan digunakan untuk semua tujuan dan berguna sebagai panduan dan menentukan
hala tuju, sesuai untuk semua peringkat dan masa. Program pula merupakan sesuatu
persiapan yang terancang yang merangkumi matlamat, polisi,prosedur, peraturan, tugas,
langkah yang perlu dibuat dan unsur-unsur lain yang perlu dalam melaksanakan tindakan. Ia
merupakan satu kenyataan yang jelas berkaitan masalah, isu, objektif, sasaran, aktiviti,
sumber, jadual, tindakan jangka masa dan proses pemantauan. Antara komponen sesuatu
program:

Latar belakang program

Kenyataan masalah

Penentuan masalah

Polisi/ peraturan berkaitan

Objektif

Strategi

Aktiviti/ tugas

Contoh:
Dengan mengadakan program kesedaran bahaya obesiti di sekolah seperti ceramah kesihatan,
tayangan video, mengadakan minggu kesihatan pastinya dapat membantu kanak kanak sekolah
mengenali dan memahami betapa pentingnya mengamalkan makanan seimbang serta mengajar
mereka tentang kepentingan mengambil makanan sihat. Pemilihan makanan yang bijak dan gaya
hidup aktif hendaklah dipupuk di kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi supaya mereka terus
mengamalkan tabiat positif ini apabila dewasa.

Program ini juga menggalakkan perubahan tingkah laku yang sihat agar murid-murid dapat mencapai
tahap kesihatan yang lebih baik melalui 3 elemen asas iaitu makan secara sihat, mengendali stress
dan aktiviti fizikal.
Oleh itu, pihak sekolah telah mencadangkan beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan objektif
untuk memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya dan kesan ke atas pengambilan minuman
yang mempunyai banyak gula. Sasaran dan tindakan yang akan diambil di mana dalam perancangan
program ini, sasarannya adalah kepada murid-murid, melalui aktiviti yang menyihatkan badan seperti
bersenam, beriadah, berjoging,mendapat khidmat kaunseling,mendengar taklimat, pameran, poster
dan pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh pegawai perkhidmatan kesihatan, guru-guru dan
tindakan dari pengusaha kantin sekolah, ibubapa dan masyarakat setempat.

b)

Strategi Pendidikan

Bagi aktiviti khidmat kaunseling dan taklimat kesihatan, pihak sekolah akan memanggil wakil dari
pihak hospital bahagian perkhidmatan kesihatan sekolah hadir memberi ucapan tentang bahaya
obesiti kepada semua murid. Dengan adanya program ini sedikit sebanyak akan membuka minda
murid supaya mengurangkan pengambilan yang mempunyai kadar gula yang tinggi seperti air tin
berkarbonat, kek, coklat dan sebagainya.
Di samping itu, pameran dan poster juga akan ditampalkan di dalam kawasan sekolah seperti di
kantin, di laluan pejalan kaki, di kelas dan di papan kenyataan. Guru-guru juga akan memberikan
peringatan kepada murid pada setiap minggu ketika waktu perhimpunan tentang betapa kesan dan
bahaya obesiti.
Komponen dan unit program dicipta berdasarkan kepada kumpulan populasi utama, objektif yang
dicadangkan, sasaran intervensi dan tahap, penetapan dan struktur unit atau saluran intervensi yang
digunakan. Rancangan yang dipilih boleh berdasarkan kurikulum yang sedia ada atau membangunkan
rancangan baru. Bagi menjayakan program ini, pihak sekolah telah memilih untuk mengadakan
ceramah kesihatan mengenai obesiti kepada semua murid.

c)

Polisi Peraturan

apakah polisi yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan

peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan bagaimanakah ianya
diimplementasikan.

3.6

FASA 6 Perlaksanaan

Pelaksanaan perlu dirancang selepas pelan projek program disediakan yang menerangkan secara
terperinci cara untuk menjayakan dan menjalankan aktiviti.

Contoh:

Sumber

Tarikh/
Objektif

Aktiviti

Tempat
Masa

90% pelajar
sekolah tahap
2 akan dapat
mengurangkan
5% daripada
berat badan
mereka di
akhir program
selama 6
bulan

Orientasi
Pemakanan
Sihat
Kepada Ibu
Bapa dan
Guru

Sabtu
8.00 pg

Dewan
Sekolah

Tenaga
Manusia

Ibu
bap
a

Gur
u

Pega
wai
Zat
Mak
ana
n

Pega
wai
Jaba
tan
kesi
hata
n

Jurul
atih
Jaba
tan

5.00 ptg

Kaedah
Penilaian

Kewangan

Bahan

Geran
MYSIHAT

Risalah Rekod
Kehadiran
Poster
Q&A

Beli
a
Suka
n

Senamrobik
3x
seminggu

Jumaat
5.00 ptg

Dataran
Sekolah

Sabtu
&
Ahad

8.00 pg

Jurul Geran
atih MYSIHAT
Jaba
tan
Beli
a
Dan
Suka
n

Risalah BMI
Poster
Buku
Nota
Kecil

Rekod
Kehadiran
Rekod
Kaunselin
g
Q&A

Gur
u

Penyelaras

Nasihat
Pemakanan
Sihat

Sabtu
9.00 pg

Dewan
Sekolah

Gur
u
Pega
wai
Zat
Mak
ana
n
Pega
wai
Jaba
tan
kesi
hata
n

Geran
MYSIHAT

Risalah BMI
Poster
Buku
Nota
Kecil

Rekod
Kehadiran
Rekod
Kaunselin
g
Q&A

3.7

FASA 7 Proses Penilaian

3 bentuk penilaian yang digunakan untuk mengukur keberkesanan sesuatu program :

i.

Penilaian Proses

Penilaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan dan pelaksanaan program. Pada peringkat
pelaksanaan, penilaian proses amat berguna dalam mengesan jangkauan dan pencapaian program
serta tahap pelaksanaannya. Penilaian ini juga membantu dalam mengesan kekuatan dan kelemahan
program, termasuklah dalam mengenal pasti masalah yang berpotensi atau sedang berlaku.
(huraikan berdasarkan program yang dirancang /telah dilaksanakan).

ii.

Penilaian Impak

Penilaian yang digunakan untuk mengukur kesan program secara langsung atau dalam kadar segera
yang boleh digunakan pada sesuatu peringkat program yang selesai dilaksanakan. (huraikan
berdasarkan program yang dirancang /telah dilaksanakan).

iii.

Penilaian Hasil

Penilaian yang digunakan untuk mengukur hasil atau perubahan yang dapat dicapai dalam jangka
masa panjang yang dapat dinilai dari segi peningkatan kualiti hidup, ekuiti atau keadan persekitaran.
(huraikan berdasarkan program yang dirancang /telah dilaksanakan).

3.8

FASA 8 Kesan Penilaian

Huraikan mengenai kesan atau perubahan yang dijangkakan akan / telah berlaku hasil
daripada program yang dirancang tersebut.
Contoh :
Dalam fasa ini, kesan penilaian difokuskan kepada tingkah laku kesihatan yang berjaya diubah seperti
peningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan, sikap positif terhadap kesihatan kendiri dan
pengamalan gaya hidup sihat.
Pemantauan dilaksanakan melalui pemerhatian dan tinjauan guru terhadap perubahan tingkah laku
murid yang banyak meminum air kosong Selain itu, mendapati ramai murid tidak mengambil
makanan yang boleh mengundang penyakit dan mengundang ke arah kegemukan. Kebanyakan
murid sebelum ini minum minuman air yang bergula tetapi selepas beberapa aktiviti yang
dilaksanakan di sekolah tentang bahayanya obesiti ,murid-murid telah kurang mengambil minuman
yang bergula contohnya seperti milo,air kotak,air tin dan sebagainya.
Selain itu,kerjasama daripada pihak kantin sekolah dengan menjual makanan-makanan berkhasiat
telah sedikit sebanyak membantu menangani masalah penyakit di kalangan pelajar sekolah.
Perhimpunan mingguan persekolahan pada hari Isnin menjadi tumpuan uatama pihak pentadbiran
dan guru untuk sentiasa mengingatkan murid-murid tentang bahayanya dan kesan negatif obesiti.
Guru bertugas mingguan akan memberi ulasan tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dan
selalu mengingatkan murid supaya mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
Bilangan pemantauan dari guru yang ditugaskan akan terus dilaksanakan agar amalan ini berterusan
sehingga masa depan.

4.0

Cadangan

Cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan program yang dijalankan.

Cara masalah boleh diatasi

Bagaimana program tersebut boleh diteruskan / disemak semula/ diberhentikan dll.

5.0

Penutup

Jika anda memilih masalah yang lain dan juga berpandukan kepada model selain daripada yang
dibincangkan, ANDA boleh mengulas atau menghuraikan mengikut cara yang sama seperti di atas
atau mengikut kreativiti dan kefahaman masing-masing.
Harap menjawab persoalan anda.

TQ

Anda mungkin juga menyukai