Anda di halaman 1dari 2

SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN

Sebagai seorang pendidik yang versatil, sememangnya guru akan ditugaskan untuk
mendidik pelajar-pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang, tahap kecerdasan dan IQ
serta sikap dan perangai. Di kebanyakan sekolah, pelajar diasingkan mengikut kelas tertentu,
dan lazimnya ditentukan mengikut kecerdasan pelajar. Oleh itu di dalam tugasan ini masalah
yang menjadi perbincangan adalah lebih cenderung dan lebih menonjol di kalangan pelajar
yang kelasnya adalah yang terakhir. Pelajar-pelajar ini dikategorikan sebagai kelas yang
mempunyai tahap kecerdasan yang paling kurang. Justeru masalah akan dibincangkan dari
sudut perspektif teori pembelajaran dengan subjeknya ialah pelajar kelas terakhir bagi pelajar
tahuun 5.
Masalah yang timbul ketika P&P (pengajaran dan pembelajaran) ialah yang pertama
pelajar tidak menunjukan minat terhadap subjek Bahasa Inggeris yang diajar. Ini
berikutan latar belakang pelajar yang kebanyakannya adalah dari golongan ibu bapa yang
tidak berpendidikan tinggi, dan tidak berbahasa Inggeris di rumah. Pelajar menjadi tidak
berminat terhadap subjek kerana tiada pendedahan dan tidak memahami bahasa tersebut.
Oleh itu ketika didalam proses P&P, subjek ini langsung tidak menarik perhatian pelajar dan
pelajar tidak berminat untuk mengikuti sebarang proses biasa P&P. Tambahan, guru
kebiasaanya akan mempraktikkan bahasa tersebut sebagai bahasa medium dalam P&P. Maka
ini lebih menjauhkan pelajar untuk mendekati subjek Bahasa Inggeris secara langsung
mahupun tidak langsung.
Masalah kedua ialah pelajar tidak menumpukan perhatian semasa proses P&P
berjalan. Masalah ini adalah berkait secara langsung dengan masalah pertama iaitu tidak
minat terhadap subjek kerana faktor latar belakang. Walaubagaimanapun bagi masalah kedua
iaitu perhatian yang tidak ditumpukan oleh pelajar kali ini adalah difokuskan kepada pendidik
yang kurang efektif dalam mencuri perhatian pelajar untuk memberi sepenuh tumpuan.
Dalam masalah ini guru secara langsung gagal dalam menarik perhatian pelajar kerana proses
P&P yang mana bagi pelajar adalah membosankan.
Masalah ketiga yang ingin dibincangkan ialah pelajar terlalu pasif dalam proses
komunikasi. Pelajar lebih gemar berdiam diri, apabila sesi soal jawab anatara guru dan
pelajar dijalankan. Pelajar tidak memberikan reaksi atau sebarang respon ketika proses
tersebut. Pelajar yang terlalu pasif dan diam merupaka salah satu isu dan masalah yang akan
dibincangkan dalam tugasan ini.

Selain itu, masalah keempat yang turut dikenal-pasti ialah pelajar tidak
menyiapkan kerja sekolah atau tugasan yang diberi. Pelajar gagal atau menyiapkan kerja
sekolah dan ada dikalangan pelajar yang langsung tidak membuat kerja yang ditugaskan
kepada mereka. Walaupun masalah ini berkait rapat dengan minat, tetapi pelajar langsung
mengabaikan tangungjawab sebai pelajar untuk menyiapkan kerja yang diberi.
Masalah kelima ialah pelajar langsung tidak menunjukkan motivasi untuk
mendapat keputusan yang terbaik bagi setiap penilaian, pertanyaan atau menumpukan
usaha terhadap P&P. Kelima-lima masalah yang diketengahkan adalah berdasarkan kepada
situasi sebenar P&P dan akan dihuraikan dan diterangkan lebih lanjut seterusnya dikaitkan
dengan teori pembelajaran berorientasikan masalah yang dinyatakan.

Anda mungkin juga menyukai