Anda di halaman 1dari 7

PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID-MURID KHAS.

Definisi dan Konsep


Bermula dari tahun 1920-an,kajian-kajian berkaitan tingkah laku menunjukkan factor-faktor
luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum atau selepas sesuatu peristiwa akan
merangsang seseorang individu mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus.

Pada umumnya,hasil kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa:


Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. Ini bermakna tingkah laku baru atau alternative
boleh dipelajari pada bila-bila masa.
Tingkah laku yang negatif seperti agresif,suka merosakkan harta benda boleh diubah
kepada tingkah laku yang lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang
dengan teliti,iaitu sesuai dan sistematik.
Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat
secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seseorang
individu.
(Bear, Wolf and Risley,1968)
Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku.
(Kamus Dewan,1979)

Langkah langkah Mengenal Pasti Tingkah Laku.


Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Rashidah. Bagi memulakan program
pengurusan tingkah laku,guru-guru pendidikan khas perlu menjalankan beberapa langkah
untuk mengenal pasti tingkah laku bermasalah. Antara langkah yang perlu dilakukan adalah:
-

Mengesan tingkah-tingkah laku bermasalah


Memerhati dan merekod
(a) Untuk tingkah laku berterusan
Time sample recording
Interval(sela)

(b) Untuk tingkah laku diskrit


peristiwa semasa(event)
hasil tugasan(out come of a given task)
(c) Self-recording(merekod tingkah laku sendiri)
Mengenal pasti tingkah laku yang perlu diubahsuai(berdasarkan

keutamaan)
Mengakaji punca tingkah laku yang telah dikenal pasti
Merancang program intervensi yang sesuai

Mengumpul Data.
Data yang telah dikumpul dapat membantu guru mengenal pasti sama ada masalah tingkah
laku wujud,sejauh mana keterukan dan keberkesanan strategi-strategi dalam pengubahsuaian
tingkah laku.

Langkah-langkah untuk mengumpul data adalah seperti berikut:


menyatakan tingkah laku dalam bentuk yang khusus dan boleh diperhati
memutuskan samaada tingkah laku itu dilakukan secara berterusan atau
secara diskrit.
merekod data sama ada secara graf.

Langkah-langkah Dalam Pengurusan Tingkah Laku.


Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Yus. Pengurusan tingkah laku merupakan satu
dokumen bertulis yang telah dirancang,dibina,dilaksanakan dan direkod bagi meningkatkan
atau mengurangkan satu-satu tingkah laku bermasalah atau luar biasa.

Salam sejahtera. Langkah-langkah yang disarankan dalam program pengurusan


tingkah laku ini boleh diubah suai bergantung kepada kesesuaian individu atau kumpulan

murid tersebut. Langkah-langkah pembentukan program pengurusan tingkah laku melibatkan


perkara-perkara berikut:
memilih tingkah laku yang perlu diubah berdasarkan keutamaan
membuat pemerhatian dan merekodkan tingkah laku tersebut.
menentukan tingkah laku sasaran yang hendak dicapai
mengenal pasti masa perlaksanaan bagi tiap peringkat
memilih strategi dan kaedah yang perlu diguna pakai
menentukan ganjaran dan dendaan(reinforce and punishment)
menjalankan program
melakukan penilaian secara berterusan atau secara berkala
tindakan intervensi susulan(berhenti apabila tingkah laku sasaran dicapai)
memastikan supaya tingkah laku negatif tidak berulang dan tingkah laku
yang telah dipulih(positif) dikekalkan atau ditingkatkan

Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Shamsudin. Sebelum sesuatu tingkah laku
dapat diurus,beberapa perkara utama perlu diambil perhatian terlebih dahulu,iaitu:
apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?
tingkah laku yang mana harus diberikan keutamaan?
bila tingkah laku itu berlaku?
kekerapan tingkah itu berlaku.
apakah punca atau sebab tingkah laku itu berlaku?
bagaimana hendak mengurus tingkah lkau tersebut?

STRATEGI DAN PROSEDUR PENGURUSAN TINGKAH LAKU.


Pelupusan dan peningkatan Tingkah Laku.
Strategi pelupusan atau pengurusan tingkah laku yang telah dipilih mestilah sesuai dengan
mengambil kira beberapa faktor-faktor murid tersebut seperti fizikal,emosi,mental,tahap
keterukan dan juga faktor pengaruh persekitaran,dan jangka masa pelaksanaan yang tertentu.

Meningkatkan Tingkah Laku.


Saya bersetuju dengan pendapat Cikgu Norazlina. Strategi meningkatkan tingkah laku
melibatkan beberapa teknik-teknik yang boleh dipilih seperti berikut:
(1) Ganjaran (reinforces)
Terdapat 3 jenis ganjaran iaitu:
- Ganjaran Primeir(makanan,minuman dan lain-lain)
- Ganjaran sosial(senyuman,pujian)
- Ganjaran sekunder(token,kupon,mainan,bintang dan lain-lain)
(2) Pembentukan(shaping)
pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh
murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki.
(3) Prompting
digunakan untuk mendapatkan ransangan tertentu yang dipilih sebagai
tanda atau klu kepada murid untuk melaksanakan tingkah laku yang
dikehendaki secara lisan,gerak badan dan fizikal.
(4) Modelling
menggunakan watak-watak(murid,guru)yang dusukai dan dihormati untuk
diteladani atau diikuti oleh murid.
(5) Terapi muzik/seni
menggunakan muzik atau seni untuk mententeramkan emosi,kebimbangan
dan melepaskan perasaan yang tertekan.
(6) Kontrak perjanjian(contingency contracting)
adalah persetujuan antara dua pihak atau lebih(guru dan murid) secara lisan atau
bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih.
Kontrak akan Berjaya jika murid faham akan kesan yang akan berlaku. Kontrak
tingkah laku yang berkesan mesti mengandungi kenyataan tentang beberapa perkara
berikut:
-

Apakah matlamat kontrak itu dan mengapa kenapa membina

kontrak itu?
Apakah tingkah laku khusus yang dilakukan murid yang

membolehkannya menerima ganjaran?


Apakah peneguhan atau dendaan yang akan diberi?

Jangkamasa yang ditetapkan hendaklah jelas.


Siapakah yang bertanggungjawab mengurus tingkah laku dan

bagaimana tinglkah laku itu diurus?


Kekerapan dan dengan siapa kontrak ini akan dinilai?

Apa yang penting,kontrak ini harus dijelaskan dengan terperinci kepada murid secara
bertulis dalam berbagai bentuk dengan cara menjelaskan secara terperinci tangguang jawab
setiap pihak yang terlibat.

Mengurangkan Tingkah Laku.


(1) Penamatan/pelupusan
memberhentikan atau menyekat murid-murid daripada terus melakukan
tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan
tingkah laku yang positif.
(2) Pengasingan(time-out,suspension)
menempatkan murid berasingan daripada kumpulan sama ada di penjuru
bilik,bilik khas jika murid telah atau masih melakukan masalah tingkah laku.
mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan
(3) Desensitization
tindakan-tindakan secara bransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup
atau takut yang berlebihan
Contohnya: takut bercakap di depan kelas atau fobia akibat sesuatu.
(4) Kejelakan(satiation)
membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu
melakukannya dan berhenti sendiri.
(5) Bimbingan dan kaunseling
pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbing murid menghadapi
atau menangani masalah tingkah laku
(6) Fading (pelunturan/pengkaburan)
mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan
(7) Response Cost
menarik balik ganjaran yang diberi.

Penglibatan ibu bapa dalam Program Pengurusan Tingkah Laku.


Peranan ibu bapa

Ibu bapa boleh terlibat dalam pengesanan,pengujian dan membina

program,mengajar dan penilaian


Harapan ibu bapa dan juga harapan professional

Bentuk penglibatan
-

Mengenal pasti dan merujuk


Diberitahu dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk

membina program
Kaji dan temuduga sejarah hidup murid
Pengujian secara formal
Memerhati dan membuat cacatan/rekod
Melibatkan murid dalam pengujian(assessment)

Perjumpaan dan perbincangan dengan ibu bapa


-

Persediaan untuk perjumpaan


Cara komunikasi
Melaporkan sebarang keputusan
Membentuk matlamat program
Kelulusan untuk penempatan

Dalam due process,hak dan tanggung jawab ibu bapa diperjelaskan

Due process

Memantau perlaksanaan program


-

Merupakan satu proses yang akan berlaku secara berterusan

Kerjasama ibu bapa


-

Kerjasama ibu bapa dengan professional dapat menjamin Berjaya


ata tidaknya sesuatu program itu.

pendidikan ibu bapa


-

Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidikan khas,keperluan

anak-anak
Latihan cara untuk berkomunikasi,terapi,kaunseling,perundangan
Membina rangkaian(net working)- kelab sokonganibu bapa.

Anda mungkin juga menyukai