Soalan Berkaitan EMK
Soalan Berkaitan EMK
Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi p&p
tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.
Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap
kebolehan murid yang berbeza-beza.
Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu
dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan dalam
DSK TMK.
8. Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas
Kurikulum - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan :
Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan
TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain
mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh
diguna pakai dalam melaksanakan EMK-TMK iaitu:
Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan
juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan
pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas
melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di
dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid
Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan
komputer riba hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK.
Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam
keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin
menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual
penggunaan dan borang tempahan.