Anda di halaman 1dari 2

PERSAMAAN SERTA PERBEZAAN TEORI PSIKOANALITIK DAN PSIKOSOSIAL

Teori yang diasaskan oleh Frued iaitu psikoanalitik dan teori yang diasakan oleh Erickson
iaitu psikososial saling berkait rapat atau mempunyai persamaan antara satu sama lain.
Persamaan yang pertama jelas dilihat pada pokok penghujahan yang bermula dari peringkat awal
kehidupan manusia sehingga penghujung. Kedua-dua tokoh ini membahagikan peringkat
perkembangan manusia dan setiap peringkat itu akan mempengaruhi tingkah laku individu. Oleh
sebab itu, Erickson menerima gagasan-gagasan yang diutarakan oleh Freud mengenai berkaitan
tahap ketidaksedaran yang berlaku dalam kalangan individu. Frued dan Erickson memegang kuat
teori santifik iaitu Endegenous. Dalam teori ini,menghuraikan bagaimana perkembangan sebagai
pola-pola pembukaan tetap dan tidak dapat diteluskan kepada persekitaran secara relatif. Teori
yang disokong oleh dua tokoh ini menegaskan lagi kematangan biologi sebagai mekanisme
perubahan perkembangan manusia.
Oleh kerana Frued memegang konsep Freud di dalam teorinya, maka tidak banyak
percanggahan berlaku diantara kedua-dua teori. Peringkat pertama yang diutarakan oleh
Erickson selari dengan apa yang diutarakan oleh Freud namun teori psikoanalitik hanya
menekankan penjagaan sebelum berumur 1 tahun. Hal ini berbeza dengan Erickson yang
menekankan keperluan penjagaan berterusan bagi memenuhi keperluan asas individu. Di dalam
penghuraian teori ini, Erickson lebih gemar melihat manusia dipengaruhi unsur ego yang kuat
berbanding Freud unsur id.
Kesimpulan kecil yang dapat dibuat, kedua-dua tokoh ini menerangkan mengenai konsep
yang penting di dalam aspek psikologi. Unsur-unsur yang menerangkan peringkat pertumbuhan
manusia sejak dari awal hingga akhir ditekankan di dalam kedua-dua teori ini. Tambahan lagi,

teori psikososial dan psikoanalitik hampir sama kesemuanya yang membezakan hanya cara
penghuraian dan konsep pemikiran relatif.

Anda mungkin juga menyukai