Anda di halaman 1dari 30

KPP6044

MOTIVASI DAN EFIKASI KENDIRI


PROGRAM:
IJAZAH SARJANA PSIKOLOGI PENDIDIKAN SEMESTER 3 / 2014
TUGASAN KUMPULAN 3:
BAB 3
TAJUK:
MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH
(TEORI ATRIBUSI, TEORI KAUSAL SKEMATA, TEORI KEKURANGAN DAN
PERTUMBUHAN KEPERLUAN DAN TEORI DORONGAN)

PENSYARAH:
PROF.MADYA DR.SUPPIAH NACHIAPPAN

DISEDIAKAN OLEH:
ENZUZAN NYELANG
NORSHAZLINDA ROSLI
NURUL HUDA DARMAWI
DAYANG NIZAWATI

M20131000010
M20131000439
M20131000009
M20131000029

BAB 3 (A)
MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH

3.1

Pengenalan

Fokus bab ini adalah untuk menganalisis mengenai beberapa Teori Motivasi iaitu Teori
Attribusi, Teori Kausal Skemata, Teori Sokongan dan Teori Keperluan Kekurangan atau
Perkembangan. Di samping itu, bab ini turut menjelaskan bagaimana pembelajaran
berasaskan pemikiran diaplikasikan mengikut teori-teori yang dibincangkan.
3.2

Teori Atribusi Weiner

Teori yang dikembangkan oleh Bernard Weiner ini merupakan gabungan daripada dua
bidang utama dalam teori psikologi iaitu motivasi dan penyelidikan atribusi. Menurut Weiner
(1980, 1992), Atribusi adalah teori kontemporari yang paling berpengaruh dengan implikasi
untuk motivasi dalam bidang akademik. Teori ini dibangunkan bermula dengan motivasi,
serta pembelajaran teori terutamanya dari pandangan stimulus-satu respons yang cukup
terkenal dari pertengahan tahun 1930-an hingga tahun 1950-an. Teori ini menegaskan bahawa
pelajar akan memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Penekanan ditumpukan terhadap
persepsi pelajar yang mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan atau kegagalan. Faktor
intrinsik atau ekstrinsik seperti kebolehan, kesukaran, tugsan usaha atau nasib.
Manakala dari sudut pandangan dan pendapat Kelley (1973), mengatakan istilah atribusi
ini sebenarnya merujuk kepada penilaian punca kejadian atau hasil mengikut persepsi
individu. Menurut beliau, cara-cara bagaimana orang menerangkan sebab-sebab kejadian dan
implikasi daripada penjelasan tersebut merupakan satu pusat perhatian atau penekanan
terhadap penyelidikan dalam bidang ini. Dalam erti kata lain, teori yang memberi tumpuan
kepada bagaimana orang boleh mendapatkan jawapan kepada soalan "mengapa"?. Dengan ini
dapat disimpulkan teori atribusi adalah usaha untuk menerangkan bagaimana sesuatu sebab
itu boleh menimbulkan tingkah laku tertentu.
Dalam Marof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2004), Weiner melihat emosi sebagai
akibat daripada penilaian (atribusi) yang dilakukan terhadap sesuatu situasi. Beliau turut
menyatakan reaksi awal terhadap ransangan yang menghasilkan emosi akan diberi perhatian
hanya apabila ianya menyeronokkan atau tidak menyeronokkan sama ada ianya baikatau
tidak baik. Sebaik sahaja penilaian telah dilakukan, Weiner mencadangkan, seseorang
seterusnya melihat apa menyebabkan peristiwa tersebut. Atribusi sebab akibat yang
seseorang lakukan boleh mengubah emosi yang dialami - atribusi mungkin lebih menjelaskan
lagi, atau malahan menyebabkan penilaian semula dilakukan.
Sebagai contoh, seorang pelajar merasa marah kerana gagal dalam peperiksaan psikologi.
Beliau seterusnya membuat penilaian (atribusi) faktor (sebab) yang menyebabkan beliau
gagal. Sekiranya hasil daripada atribusinya itu menunjukkan bahawa kegagalan tersebut

adalah akibat daripada kesilapan beliau sendiri seperti tidak mengulang kaji pelajaran, maka
mungkin beliau tidak berasa begitu marah. Sebaliknya, sekiranya hasil daripada atribusi
tersebut menunjukkan bahawa kegagalan tersebut datangnya daripada pensyarah, misalnya
mengeluarkan soalan yang berkaitan dengan topik yang tidak diajar, maka beliau akan lebih
marah. Biasanya, sekiranya ianya disebabkan oleh sebab dalaman (kesilapan sendiri seperti
malas), pelajar berkenaan akan berasa malu dan sekiranya ianya disebabkan oleh sebab
luaran ( soalan yang sukar) maka beliau akan berasa marah.
Rajah 3.1 menunjukkan proses atribusi dan kesannya terhadap motivasi dalam diri
seseorang itu. Dalam Rajah 3.1 , dapat dilihat bagaimana sesuatu hasil luar jangka, negatif
atau penting boleh mempengaruhi emosi seseorang setelah sesuatu hasil itu di analisis dan
melalui proses atribusi atau penilaian. Keadaan tingkah laku atau perilaku seseorang akan
berubah mengikut penilaian yang telah dibuat sama ada ianya positif atau negatif.

Kawalan Khayalan
Jangkaan Nilai Teori X
Kepercayaan dalam kawalan
peribadi
Gaya Penjelasan
Hasil penting,
luar jangka,
atau negatif

Analisis
penyebab

Atribusi
(Penilaian)

Ketidakupayaan dalam
pembelajaran
Kemurungan
Minat Intrinsik
Motivasi dalam pencapaian
Emosi

Rajah 3.1:

Proses atribusi dan kesan dalam motivasi diri (Understanding motivation and
emotion, 2nd Edition , Reeve J, 1997)

3.2.1 Model, Komponen dan Ciri-Ciri Dalam Atribusi


Model Atribusi adalah suatu model yang menjelaskan mengenai motivasi yang mempunyai
beberapa komponen. Apa yang paling penting adalah hubungan antara atribusi, perasaan dan
tingkah laku. Menurut Weiner, urutan-urutan logik daripada hubungan psikologi adalah suatu
perasaan yang mana ia adalah hasil daripada atribusi atau kognisi.

Manakala, perasaan yang bukan merupakan kognisi, contohnya semua orang akan berasa
bersyukur karana memperolehi hasil yang positif dan kemudian memutuskan bahawa
keberhasilan itu adalah hasil daripada bantuan orang lain. Keadaan ini menurut Weiner
(1982) menggambarkan suatu situasi atau urutan yang tidak logik.
Selain itu, hubungan antara kepercayaan, reaksi afektif dan tingkah laku merupakan
penyebab bagi suatu kejayaan dan kegagalan. Menurut teori atribusi, kejayaan atau kegagalan
seseorang dapat dianalisis dalam tiga ciri, iaitu:
i) Atribusi Internal dan Eksternal
Penyebab kejayaan atau kegagalan mungkin disebabkan oleh atribusi internal atau
eksternal. Maksudnya, kita mungkin berjaya atau gagal disebabkan oleh faktor-faktor
yang kita percaya ia adalah suatu yang semula jadi yang terdapat dalam diri kita atau
disebabkan oleh faktor yang berasal di sekeliling kita.
ii) Kestabilan
Penyebab kejayaan atau kegagalan seseorang juga boleh disebabkan oleh kestabilan iaitu
stabil atau tidak stabil. Ini bermaksud, jika kita percaya penyebab bagi suatu kejayaan
atau kegagalan adalah kestabilan, maka hasilnya mungkin akan sama jika melakukan
tingkah laku yang sama pada suatu kesempatan lain. Begitu juga dengan keadaan
sebaliknya.
iii) Kawalan
Penyebab kejayaan atau kegagalan juga boleh disebabkan oleh kawalan. Faktor kawalan
merupakan apa yang kita percaya kita boleh mengubah diri kita sendiri jika kita ingin
melakukannya. Faktor yang tidak terkawal pula adalah sesuatu yang kita tidak percaya
yang kita mampu mengubahnya dengan mudah.
Menurut Weiner dalam Johnmarshall Reeve (1997), terdapat empat faktor yang
mempengaruhi atribusi iaitu:
Kemampuan (Ability)
Kemampuan merupakan faktor internal dan relatif stabil iaitu pelajar tidak diberi banyak
latihan kawalan secara langsung.
Kesukaran dalam tugasan (Task Difficulty)
Kesukaran dalam tugasan dan kestabilan merupakan suatu faktor eksternal yang
sebahagian besarnya merupakan kawalan di luar pembelajaran.
Usaha (Effort)
Usaha merupakan faktor internal serta tidak stabil dimana pelajar mendapat latihan
kawalan yang banyak.
Keberuntungan (Luck)
Keberuntungan merupakan faktor eksternal serta tidak stabil dimana pelajar di beri
latihan kawalan yang sangat kecil.
Ahli kognitivis memberi penekanan kepda unsur kepercayaan jangkaan dan keperluan
terhadap peraturan, ramalan dan pemahaman. Pelajar terdorong untuk belajar apabila mereka

mendapati ketidaktekallan antara pengalaman mereka dengan dunia masa kini. Menurut
weiner, atribusi boleh wujud dalam 3 dimensi iaitu:
i. Lokus:
Merujuk kepada lokasi di mana penyebab itu berada sama ada di dalam atau di luar murid
kita.
ii. Stabiliti:
Merujuk kepda samaada penyebab boleh berubah atau tidak.
iii. Kawalan:
Merujuk kepada sejauh mana murid bertanggung jawab keatas kejayaan atau kegagalan
mereka untuk mengawal situasi pembelajaran yang sedang dilalui.
Selain itu, terdapat empat cara atribusi mempengaruhi kita iaitu reaksi emosi terhadap
kejayaan dan kegagalan, jangkaan terhadap kejayaan masa depan, usaha masa depan dan
pencapaian sepertimana Jadual 1 yang berikut:
Jadual 1:

Ciri-ciri atribusi berhubung dengan dimensi atribusi

Atribusi

Lokus
(Lokasi penyebab)

Stabiliti (Penyebab)
Stabil

Kebolehan
Usaha
Nasib
Aras kesukaran
tugasan yang diberi
3.3

Dalam diri pelajar

Tidak stabil

Kawalan (Situasi
Pembelajaran )
Luar kawalan pelajar
Dalam kawalan
pelajar

Stabil

Dalam luar diri


pelajar

Tidak stabil

Luar kawalan

Teori Kausal Skemata

Skema menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah rajah atau rancangan yang perlu diikuti.
Dalam konteks psikologi, skema boleh didefinasikan berdasarkan teori pembelajaran.
Sebilangan konsep yang berpengaruh telah muncul dalam psikologi kognitif dengan
setiapnya menjelaskan pertimbangan kepentingan perancangan pendidikan. Antara
konsep-konsep ini termasuk skemata iaitu idea yang menggambarkan rangka kerja mental
untuk pemahaman dan pembentukan ingatan iaitu pandangan menyatakan pengetahuan
adalah direka oleh pelajar apabila mereka menghadapi situasi baru dan tahap memproses iaitu
tanggapan bahawa ingatan adalah keluaran sampingan dari proses maklumat yang diterima.
Kausal bermaksud penyebab. Konsep kausal dalam psikologi bermaksud tahap
perkembangan pelajar yang berkembang dari belum mempunyai konsep kepada sudah
mempunyai konsep. Konsep kausal ini berkembang selari dengan perkembangan konsep
ruang dan waktu pelajar. Ini bermaksud, semakin pelajar memahami konsep ruang dan
waktu, pemahamannya mengenai konsep kausal (penyebab) akan turut berkembang.
Teori Kausal Skemata bermaksud penyebab yang menjadikan struktur kognitif seseorang
yang terbentuk di mana seseorang akan mengadaptasi dan terus mengalami perkembangan
4

mental apabila berinteraksi dengan persekitarannya. Skema juga berfungsi sebagai


kategori-kategori untuk mengidentifikasikan rangsangan yang datang, dan terus
berkembang.Menurut Paul Suparno (2001), kajian Piaget jelas menunjukkan bahawa
pengetahuan anak-anak adalah suatu proses yang berkembang dan bukan terjadi sejak dari
awal. Ini bermaksud, cara pelajar di didik tentang satu-satu ilmu pengetahuan baru adalah
penting dalam memastikan pelajar mampu memperoleh pengetahuan yang lebih luas pada
masa akan datang. Menurut Piaget lagi, skemata mencakupi kategori pengetahuan mahupun
proses perolehan pengetahuan tersebut. Seiring dengan pengalaman pelajar meneroka
persekitaran serta informasi yang baru didapati akan digunakan untuk memodifikasi,
menambah, atau mengganti skema yang sebelumnya. Sebagai contoh, seorang pelajar
mungkin memiliki skema tentang sejenis binatang, misalnya dengan kucing. Apabila
pengalaman awal pelajar berkaitan dengan kucing, pelajar ini berkemungkinan beranggapan
bahawa semua kucing adalah berbulu, berkaki empat dan mengiau dan manja. Suatu ketika,
mungkin pelajar ini melihat seekor kucing yang tidak mempunyai bulu dari baka Sphinx.
Pelajar ini akan perlu memodifikasi skema yang dimiliki sebelumnya tentang kucing untuk
memasukkan jenis kucing yang baru ini. Dengan cara itu, pengetahuan seseorang pelajar
akan terbentuk dan selalu berkembang.
Menurut Rumelhart (1980) pula, skemata ialah blok binaan kognisi yang meliputi semua
bidang ilmu, aksi, pengalaman, perasaan dan peristiwa. Pengetahuan dibungkus dalam unitunit tertentu dan disusun secara hirarki dan disimpan dalam ingatan manusia. Setiap skema
mempunyai jaringan yang saling berkait. Skema menyediakan rangka yang membolehkan
pembaca mengorganisasi maklumat dengan berkesan. Skema bersifat aktif, sentiasa berubah
dan berkembang selaras dengan maklumat baru yang diperoleh pembaca yang saling
berkaitan.
3.3.1 Perbandingan Teori Kausal Skemata
Teori Skemata pada awalnya di bincangkan oleh ahli falsafah iaitu Immanuel Kant menerusi
karyanya The Categorical Imperative yang merupakan satu teori yang telah diperkenalkan
dalam falsafah Kant yang membincangkan perbezaan perlakuan yang telah ditetapkan oleh
moral daripada bentuk-bentuk arahan atau ketetapan lain.
Seterusnya, Teori Skema ini dikembangkan dalam dunia psikologi oleh Gestalt dan
Piaget. Melalui ahli falsafah, teori ini dikembangkan melalui pemerhatian mereka terhadap
peringkat pembentukan kognitif kanak-kanak. Teori Skema dikembangkan dalam bidang
psikologi dan pendidikan oleh ahli psikologi British iaitu Frederic Bartlett. Berbanding Piaget
yang mengkaji mengenai proses kognitif tanpa mempunyai latar belakang dalam bidang
pendidikan, Bartlett menyumbangkan kajiannya yang bertajuk The War Ghost di mana dia
mengkaji tentang bagaimana untuk membina ingatan berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Dalam dunia psikologi pendidikan masa kini, Richard C. Anderson merupakan ahli
psikologi pendidikan Amerika yang terarah menggunakan Teori Skemata dalam menerbitkan
penyelidikan yang mengkhususkan pada bacaan kanak-kanak, pertumbuhan perbendaharaan
kata, dan perbincangan kisah yang menggalakkan berfikir.
Antara ke semua pengamal teori ini, Piaget dan Bartlett merupakan ahli psikologi yang
banyak menyumbang kepada perkembangan dunia pendidikan menerusi kajian yang telah
mereka lakukan.

3.3.2 Teori Kausal Skemata oleh Jean Piaget (Kognitif)


Antara semua pengamal Teori Kausal Skemata, pengaruh Piaget yang mempelopori Teori
Perkembangan Kognitif memberi sumbangan yang signifikan dalam dunia pendidikan. Ini
boleh dilihat daripada latar belakang Piaget sewaktu beliau bekerja bersama Binet untuk
membentuk ujian kecerdasan mental. Menurut Azizi Yahya (2005), Piaget tidak berminat
untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih
berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka
memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana pembentukan pemikiran berkembang di
kalangan kanak-kanak.
Menurut Hergenhahn dan Olson (2001), skemata merupakan terma terpenting di dalam
teori Piaget. Skemata dianggap sebagai elemen dalam pembentukan kognitif individu. Skema
tersedia ada oleh individu akan menentukan bagaimana ia boleh bertindak balas dengan
persekitaran fizikal. Menurut Azizi Yahya (2005), Piaget menjelaskan bahawa terdapat empat
konsep asas yang berhubung dengan kognisi sepertimana penjelasan dalam Jadual 2.
Jadual 2:

Empat Konsep Asas Kognisi Piaget

Konsep

Takrif dan Contoh Konsep Asas Kognisi Piaget


Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baru.
Contohnya skema awal seperti Rajah 3.2.

Skemata

Rajah 3.2:

Kanak-kanak mula mengenalpasti anjing melalui buku


bergambar.

Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan skemata sedia ada


Contoh Proses Asimilasi adalah seperti Rajah 3.3.

Asimilasi

Rajah 3.3:

Kanak-kanak mengenalpasti anjing sebagai mempunyai


telinga, berkaki empat dan berekor.

Pengubahsuaian skemata yang ada bagi menerima maklumat baru.


Contoh Proses Akomodasi seperti Rajah 3.4.

Akomodasi

Rajah 3.4:

Kanak-kanak mengalami ketidakseimbangan


di mana skemanya berhubung anjing tidak melibatkan
pengetahuan gonggongan anjing.

Gabungan proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam


keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman.
Contoh keseimbangan adalah seperti Rajah 3.5.

Keseimbangan

Rajah 3.5:

Kanak-kanak menyelesaikan masalah ketidakseimbangan


apabila dia mendapat pengesahan dari ibu atau bapanya
berhubung apa yang dilihat. Skema disusun dan
digabungkan dengan pengetahuan baru.

Jadi, berdasarkan Jadual 2 dapat disimpulkan bahawa proses pembelajaran akan lebih
berhasil apabila disesuaikan dengan tahap perkembangan kognitif pelajar. Pelajar perlulah
diberi kesempatan untuk melakukan pemerhatian bersama-sama rakan sebayanya dan dibantu
dengan dorongan guru. Guru berperanan sebagai pemberi motivasi dimana guru hendaknya
banyak memberikan rangsangan kepada pelajar supaya berkehendak untuk berinteraksi
dengan rakan sebayanya berhubung proses pembelajaran secara aktif dan memberi respon
yang positif.

Berdasarkan pandangan Piaget, memateri satu-satu ilmu yang tidak boleh diserapkan ke
struktur kognitif pelajar tidak akan memberi makna kepadanya . Bagi memastikan proses
pembelajara berjalan, penyediaan bahan pengajaran haruslah sudah sebahagian diketahui dan
sebahagian belum diketahui. Bahagian yang sudah diketahui akan diserap , dan bahagian
yang belum diketahui akan menimbulkan pengubahsuaian dalam struktu kognitif pelajar .
Pengubahsuaian ini disebut akomodasi , yang boleh disamakan dengan belajar .
Menurut Piaget, pendidikan yang optimum memerlukan pengalaman yang mencabar bagi
si pelajar sehingga proses asimilasi dan penyerapan boleh menghasilkan pertumbuhan
intelektual pelajar. Untuk mewujudkan pengalaman ini , guru harus tahu tahap fungsi struktur
kognitif pelajar. Maka, Teori Kausal Skemata Piaget menyimpulkan bahawa pendidikan
harus diindividualisasikan dan pengukuhan haruslah bergantung pada perilaku yang tepat,
dan penyaluran penguat yang tetap memerlukan hubungan antara guru dan pelajar atau antara
pelajar dan bahan pendidikan.
Kesimpulannya, dalam bidang Psikologi Pendidikan, Teori Kausal Skemata Piaget
penting untuk di fahami dan diaplikasikan mengikut kepada tahap kognitif pelajar. Setiap
pelajar adalah berbeza tahap penerimaan dan pemprosesan maklumat pembelajaran maka
penting sekiranya proses pembelajaran pelajar itu dimotivasikan melalui pencetusan
pengetahuan sedia ada.
3.3.3 Teori Kausal Skemata Frederick Bartlett
Istilah skema mula-mula digunakan oleh seorang ahli psikologi bernama Bartlett (1932) yang
mendapati pembaca menggunakan pengetahuan latar dalam proses memahami teks yang
dibaca oleh mereka. Kajian Bartlett juga membuktikan skema bersifat aktif dan sentiasa
berubah.
War of The Ghost merupakan eksperimen dari buku Bartlett yang terkenal bertajuk
Remembering (1932). Eksperimen yang dijalankan merupakan kajian tentang kaedah bagi
membina ingatan. Memori dibina apabila seseorang memberikan pendapatnya tentang apa
yang telah berlaku di dalam ingatannya bersama-sama dengan pengaruh tambahan seperti
pengalaman pengetahuan, dan harapan.
Dalam eksperimennya Bartlett memberikan peserta kajiannya yang berbangsa Inggeris
sebuah cerita dongeng kaum orang asli Kanada yang bertajuk War of The Ghost. Para peserta
telah diminta untuk mengingat kisah pada jangka masa dan diulang baca beberapa kali .
Bartlett mendapati bahawa pada selang masa antara ujian membaca cerita dan mengingati itu,
peserta kurang dapat mengingat banyak maklumat dari cerita tersebut kerana perbezaan
antara kosa kata dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Kanada. Unsur-unsur cerita juga gagal
difahami dalam skema pendengar, ini menjadikan elemen-elemen ini telah ditinggalkan dari
ingatan , atau berubah menjadi bentuk yang lebih biasa.
Kemudian, apabila Bartlett mengambil pendekatan mengubah kosa kata dalam Bahasa
Kanada ke dalam Bahsa Inggeris, peserta lebih mudah mengingat cerita tersebut. Ini
menunjukkan bahawa setiap peserta memahamkan jalan cerita berdasarkan budaya mereka
sendiri.Contoh ini dapat ditunjukkan oleh beberapa peserta ini yang mengingati kanu dari
ceritainisebagaibot.

3.4 Teori Kekurangan dan Pertumbuhan Keperluan Maslow


Abraham Maslow (1908-1970) telah menggunakan pendekatan humanistik berdasarkan dua
perkara iaitu keperluan-keperluan kekurangan dan keperluan-keperluan perkembangan
manusia. Maslow berpendapat bahawa seseorang individu itu akan memuaskan keperluan
kekurangannya terlebih dahulu.
Menurut Muray (1938), konsep keperluan adalah suatu kuasa, suatu tegangan yang
memimpin suatu organisma untuk bergerak ke arah mencapai matlamat. Dalam
pembentukan, matlamat adalah suatu peristiwa yang meleraikan ketegangan yang telah
dirasainya. Keperluan-keperluan boleh dikategorikan dalam dua kumpulan, iaitu keperluan
primer dan keperluan sekunder. Keperluan primer seperti keperluan untuk makan, air dan
oksigen adalah sangat penting untuk hidup. Berbanding dengan keperluan primer, keperluan
sekunder adalah tidak penting untuk keperluan fizikal. Tetapi, keperluan sekunder memang
penting untuk kehidupan dalam konteks psikologi ke arah perasaan gembira dan positif untuk
melakukan aktiviti-aktiviti. Keperluan-keperluan sekunder termasuk keperluan untuk
perhubungan, menikmati kenaikan pangkat, status dan pengiktirafan.
Struktur dan fungsi di dalam badan organisma mempunyai keperluan yang tertentu.
Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan
yang kompleks. Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan
bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat
keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah
peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan
hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan
keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau
penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah
peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri.
Manusia dimotivasikan untuk memuaskan keperluan-keperluan. Dalam pada itu,
Maslow berpendapat bahawa teori-teori psikologi terdahulu kurang mengetengahkan
keupayaan manusia dan gagal meneliti realiti keperluan tinggi, moti-motif dan kapasiti.
Maslow percaya keperluan yang tidak dapat memenuhi rasa puas hati manusia mewujudkan
ketegangan yang dianggap suatu kuasa untuk mencapai matlamat untuk mengurangkan
ketegangan. Maslow menggariskan dua tahap keperluan. Empat tahap pertama dalam
hierarkinya, iaitu keperluan kekurangan perlu dipenuhi sebelum bergerak ke tiga aras yang
seterusnya, iaitu keperluan pertumbuhan
Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ontologikal
individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada
masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti
dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga
kepada peringkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan
individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran sosial kerana dalam hal
ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkahlakunya. Pada masa
ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan
kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam
mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat
terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan
perkembangan sepertimana ditunjukkan pada Rajah 3.6 di bawah.
9

Keperluan
Asas/Primer

Rajah 3.6:

Hierarki Keperluan Maslow mengikut peratusan anggaran keperluan individu


(Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan, Mok Soon Sang, 2011)

Dalam keperluan kekurangan ( deficiency needs ), apabila diaktifkan semula ia menjana


individu untuk memuaskan kekurangannya. Apabila berasa dahaga, individu meminum air
untuk menghilangkan rasa dahaganya. Keperluan kekurangan akan timbul sekiranya fisiologi
memerlukannya bila-bila pada masa-masa tertentu.manakala keperluan tahap kedua terus
tumbuh. Keperluan pertumbuhan ini sentiasa memotivasikan seseorang untuk berkembang
mencapai keupayaan-keupayaan unik yang dimilikinya. Menurut Maslow, keperluan
pertumbuhan termasuk perasaan untuk pemahaman, menghargai sesuatu dan perkembangan
personal individu. Keperluan pertumbuhan sentiasa menyambung ke arah mengembangkan
pengalaman-pengalaman.Contohnya, pelajar-pelajar bermain seni lukis mungkin ingin
mendalami ilmu seni lukis. Menurut Tan et al. (2003), lebih yang diketahui, lebih yang ingin
diketahui.
Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh
beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri
dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Melalui apa cara pun, manusia
bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah
untuk mancapai matlamat tersebut. Apa yang mendorong manusia bertindak untuk sesuatu
tujuan itu ialah apa yang dinamakan motivasinya. Hierarki Maslow menerangkan lebih
mendalam tentang tindakan manusia ini merangkumi keperluan-keperluan kekurangan dan
perkembangan berikut:
a) Keperluan Fisiologi
Mengikut Teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini
adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini
merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan
mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan Teori Motivasi Maslow
dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat
menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan
10

daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau
terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian
dan mengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi
fizikal pelajar itu. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi
atau berminat terhadap pelajaran.
b) Keperluan Keselamatan
Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting dalam hidup.
Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang
berbeza-beza.. Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih
gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya
sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain. Keperluan ini
boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat hidup dengan sendirinya
dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk mendapatkan
keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi. Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang
kanak-kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa. Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang
ibu atau bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi menjaga keselamatannya dan hasil
penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut
menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang
kanak-kanak.
Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-pelajar memerlukan
keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin. Oleh itu dari peringkat awal
lagi, kanak-kanak perlu diajar akan disiplin ini. Mereka tidak boleh dibiarkan mendisiplinkan
diri mereka sendiri. Sebagai seorang yang berpengalaman, wajarlah ibu bapa memainkan
peranannya dalam mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini.
Di dalam kelas guru pula berperanan besar. Keselamatan di dalam kelas dapat dijamin
jikalau seseorang guru itu bertindak dengan konsisten. Ini kerana pelajar-pelajar itu akan
dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat mengetahui perasaan atau mood
guru itu. Contohnya, cara seseorang guru itu memberikan arahan. Semestinya setiap arahan
yang diberi tidak bercanggah. Di samping itu apa yang penting juga guru seharusnya ada
sikap toleransi terhadap para pelajarnya. Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa selamat dan
membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses
pembelajaran.
c) Keperluan Kasih-sayang
Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini untuk mendapatkan hubungan
yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar
kadang-kadang akan berasa terganggu apabila terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu
sama lain. Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak
stabil menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran
mereka. Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang jikalau mereka dimarahi pula
oleh guru dan dikenakan denda. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan
pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak
dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ekoran daripada itu keinginan, minat, juga
kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan pudar dan lenyap.

11

Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka dengan menasihati
atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama mereka.
Apa yang penting juga ini akan dapat memelihara hubungan yang baik dan mesra di antara
pelajar dengan guru. Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati,
serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik
keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung, proses pengajaran
pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar, dan berkesan kerana masing-masing
individu telah dapat memenuhi keperluan kehendaknya.
d) Keperluan Penghargaan Kendiri
Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan oleh
keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan bermaksud menghargai
sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang bebeza dengan individu lain dari
segi sikap, pengetahuan dan kemahiran.Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu
belajar menerima diri mereka sendiri.Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak
merasa tersingkir.Murid yang diterima kerap kali memperolehi prestasi akademik yang tinggi
berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri
mereka dihargai, dikasihi dan bernilaai.Oleh itu mereka dapat berinteraksi secara positif
membincangkan masalah pembelajaran dalam kumpulan.Guru perlu menyediakan aktiviti
seperti projek-projek bagi setiaap murid supaya mereka dapat berdamping dan mendampingi
murid yang lain.
Setiap individu memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka. Bagi
memenuhi kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku, terlebih dahulu seseorang itu
perlu menghormati dirinya sendiri dan berusaha pula menjadikan dirinya dihargai oleh orang
lain. Faktor yang penting ialah keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai
keyakinan diri dan kebebasan, juga pengiktirafan, perhatian, dan penilaian diri orang lain.
Konsep ego seseorang itu berkait rapat dengan perasaan penghargaan diri. Berdasarkan
Saedah, Zainun, dan Tunku Mohani (1996 : 13) mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970,
Orang yang mempunyai konsep diri yang kuat lebih berkemungkinan mencapai kejayaan
akademik Ini bertepatan sekali jika dihubungkaitkan dengan diri seseorang pelajar itu. Rasa
ingin tahu mempunyai pertalian yang erat untuk memenuhi kehendak ini. Rasa ingin tahu ini
juga akan menggerakkan pelajar tersebut mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang
menarik perhatian mereka.
Keinginan ini juga mendorong pelajar untuk belajar dan mencari pengetahuan dengan
membaca buku, mentelaah, menjalani proses pembelajaran atau mencuba berbagai-bagai
perkara yang belum dialaminya. Oleh itu menjadi tugas seseorang guru memberikan tugasan,
yang sesuai untuk diterokai serta yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh pelajar. Pelajar
akan merasakan diri mereka penting apabila sesuatu tugasan yang diberi dapat dilaksanakan
dengan sebaiknya. Ini dapat memupuk diri pelajar untuk lebih berkeyakinan seterusnya
keinginan dan minat mereka untuk terus belajar dan berjaya makin meluap-luap. Seseorang
guru juga perlu berusaha dan memastikan jangan ada pelajarnya yang gagal atau tercicir
kerana mereka ini akan merasakan penghargaan dirinya amat rendah.
e) Keperluan Penyempurnaan Kendiri
Konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai
individu yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang unik atau istimewa ( Shaffer,1985 ).
Ia membawa maksud bagaiman seseorang individu itu berpendapat dan menganggap
12

dirinya.Penyempurnaan kendiri pula bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti
jadi, iaitu potensinya dilahirkan. Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan
kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya.Kesedaran itu pula lahir daripada maklum
balas, gerakbalas atau preaksi individu lain disepanjang pergaulan, sosialisasi atau interaksi
dengan individu lain.
Cohen (1959) menjelaskan bahawa orang yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi
dikonsepsikan sebagai orang yang menyukai atau menghargai dirinya dengan melihat dirinya
berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar. Manakala mereka yang mempunyai
konsep kendiri yang rendah pula melihat dirinya sebagai orang yaang membenci dan tidak
menghargai dirinya.Iaitu seseorang yang tidak berkebolehan untuk berhubung secara
berkesan dengaan persekitarannya.
Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang paling tinggi dan hanya
diperolehi apabila semua keperluan peringkat bawah itu telah dipenuhi. Demikian pula
mengikut Atan Long (1976 : 148) daripada Maslow (1970), keperluan untuk penyempurnaan
kendiri itu adalah keperluan yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat
sistem keperluan manusia. Keperluan ini hanya dapat dicapai setelah seseorang itu
memenuhkan keperluan lain yang terdapat pada peringkat yang lebih bawah di dalam sistem
keperluan tadi. Menurutnya lagi, keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan
keseluruhan keperluan manusia.
Ini bermakna seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah dapat memenuhi
keperluan untuk mendapatkan keindahan dan estetika; ia telah dapat dengan sepenuhnya akan
makna hidup; ia dapat menerima keadaan dirinya dan orang lain; ia merasakan gembira
tentang nikmat hidup dan telah menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya.
Penerimaan diri berlaku melalui sosialisasi dengan individu lain.Sekiranya individu itu
diterima oleh orang lain, dia juga akan menerima dirinya.Penerimaan diri boleh
mempengaruhi tindak tanduk individu dalam menghadapi cabaran hidup ini.Manakala
perhargaan diri pula bermaksud sikap penerimaan atau tidak penerimaan individu terhadap
dirinya.Individu yang tinggi penghargaan dirinya selalu berkebolehan membenteras dan
mengatasi kegawatan persenoliti serta kurang upaya mengendalikan masalah yang timbul
dalam hidupnya.
Untuk membina konsep kendiri yang positif ibu pada dan para pendidik perlu memberi
dorongaan, bantuan dan sokongan kepada murid. Bantuan kemudahan dan sokongan moral
perlu dalam pembelajaran mereka. Ibu bapa dan pendidik juga perlu menyediakan segala
jenis pengalaman hidup untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka.
Dalam meniti arus kehidupan untuk membantu murid mengembangkan bakat atau
potensi mereka. Di sekolah, terdapat banyak ruang atau peluang-peluang yang diberi atau
disediakan kepada pelajar-pelajar untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri ini
seperti pemilihan aktiviti oleh pelajar sendiri, rancangan belajar yang bebas juga sesi
bimbingan kaunseling. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar dapat memilih jenis
pengetahuan atau kemahiran yang mereka kehendaki dan mereka juga bebas menggunakan
masa untuk mengembangkan pengetahuan atau kemahiran itu Apabila pelajar berusaha
untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri, maka mereka mesti belajar dengan tekun,
bersungguh-sungguh, serta melipatgandakan usaha melalui arah yang tegas dan berdisiplin.
Di samping itu pelajar juga perlu mengetahui had aktiviti mereka.

13

Dalam membantu para pelajar berjaya mencapai sehingga peringkat ini, guru perlu
memainkan peranannya. Guru harus membantu menyuburkan minat, bakat, juga kebolehan
pelajar dengan menjadi pembimbing atau fasilitator kepada mereka. Dengan ini pelajar dan
guru berjalan seiringan dalam memenuhi satu matlamat. Kesan daripada itu proses
pengajaran serta pembelajaran dapat ditingkatkan seterusnya mendatangkan manfaat kepada
semua pihak.
f) Keperluan Mengetahui
Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan perasaan ingin tahu sesuatu perkara. Ia
berhubung juga dengan keperluan mencari, menyusun serta menganalisis sesuatu maklumat.
Untuk mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu mestilah berusaha mencari jawapan
mengenai makna kehidupannya dan tentang kewujudan dirinya. Dalam konteks sekolah, guru
mestilah sentiasa mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan kajian supaya semua pelajar
dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat dan pemikiran reflektif.
g) Keperluan Estetik
Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk memiliki dan memahami
keindahan dan kecantikan dalam dirinya. Salah satu untuk memiliki perasaan tersebut adalah
dengan cara memiliki baranganyang cantik dan mempunyai unsur-unsur kesenian dalam
dirinya. Akibat keperluan ini manusia sanggup membelanjakan beratus malahan beribu
ringgit untuk memiliki barangan yang indah .
Dalam konteks sekolah pula, pelajar perlu digalakkan supaya lebih melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan mereka seperti dalam bidang drama,
muzik dan sebagainya.
3.5

Teori Dorongan ( Drive Theory )

Teori dorongan mula diperkenalkan oleh Sigmen Freud di mana pada masa itu Freud
menggunakan bahasa German iaitu trieb yang bermaksud moving force dan ia telah
diterjemahkan dalam bahasa inggeris iaitu instict ( naluri). Pada masa itu konsep dorongan
belum wujud lagi.
Naluri adalah elemen dasar kepribadian, kekuatan motivasi yang mendorong perilaku dan
menentukan arahnya. Bagi konsep ini Freud mencoba yang merjemahkan naluri sebagai
pendorong kekuatan. (Bettelheim, 1984).
Pandangan Freud tentang manusia iaitu suatu sistem tenaga, dimana manusia didorong
oleh seksual, dan gerakan agresif atau naluri. Dorongan seksual dan agresif ini tidak
dipelajari dari sosial. Freud berpendapat, naluri berasal dari tenaga yang ditransformasikan
kepada tenaga fisiologis yang menghubungkan keperluan tubuh dengan pengharapan fikiran.
Perantaraan antara tenaga fisiologis dengan kepribadian ialah ( id ).
Kewujudan psikologi disebut hasrat, sedangkan rangsangan jasmani, dari mana hasrat itu
muncul disebut sebagai keperluan. Jadi, keadaan lapar dapat digambarkan secara fisiologi
sebagai keadaan kekurangan makanan pada sistem tubuh, sedangkan secara psikologi
wujudnya keinginan untuk makan. Dorongan itu berfungsi sebagai motif bagi tingkah laku,
sedangkan naluri mengawal tingkah laku.

14

Teori Freud tentang motivasi secara berlandaskan bahawa naluri adalah satu-satunya
sumber bagi tingkah laku manusia. Freud mengklasifikasikan hal ini pada dua kategori iaitu:
Naluri untuk hidup adalah cara untuk bertahan hidup untuk meneruskan kehidupan.
Keinginan dari naluri untuk hidup disebut Libido. Libido dapat disalurkan dan dapat
dimanifestasikan terhadap objek yang dikenal sebagai cathexis. Naluri untuk mati disebut
jugaDestructive Instincts.Freudberpendapatbahwasetiapmanusiamemilikikeinginandi
bawah alam sedarnya iaitu untuk mati.
Struktur kepribadian mengikut Freud terbahagi pada tiga tahap kesedaran iaitu alam
sedar, alam prasedar dan alam bawah sedar.Ketiga-tiga alam ini saling berinteraksi dan
mempengaruhi tingkah laku. Alam sedar ialah pemikiran seseorang pada masa itu juga dan
perkara-perkara yang boleh diingatinya. Namun, pada keesokan harinya, pemikiran semalam
telah disimpan dalam ingatan jangka panjang dan setelah sebulan, pemikiran berada pada
tahap prasedar. Pengalaman ini akan menjadi pengalaman bawah sedar setelah 5 tahun atau
10 tahun berlalu. Pengalaman bawah sedar ini selain mengandungi pemikiran manusia, naluri
semula jadi, keinginan-keinginan yang tidak rasional dan desakan seksual yang dikenali
sebagai libido.
Keperibadian tersusun dari tiga sistem iaitui: id, ego, superego. Meskipun masing-masing
mempunyai fungsi, sifat, komponen, prinsip, dan mekanismenya sendiri, namun ketigatiganya berinteraksi antara satu sama lain sepertimana penerangan berikut:
i) ID
Id ialah bahagian yang mengandungi naluri seksual yang agresif. Id diwarisi sejak lahir
lagi. Id beroperasi di atas prinsip keseronokan di mana ia adalah bahagian pemikiran
manusia yang primitif dan tidak rasional. Id sangat mementingkan kepuasan serta merta.
Id juga mengandungi libido iaitu tenaga seksual yang menggerakkan kebanyakan tingkah
laku manusia.
ii) Ego
Ego tidak wujud masa lahir. Ego berkembang secara berperingkat dan berfungsi di atas
prinsip realiti. Ego memainkan peranan penting dalam tingkah laku dan personaliti
individu, iaitu sebagai pengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh id. Antara
fungsi lain bagi ego ialah ego dapat bertindak terhadap sesuatu peristiwa yang
mendatangkan kecemasan dan biasanya konflik berlaku antara id dan superego.Ego
memainkan dua peranan dalam situasi cemas iaitu boleh menggunakan asas pengalaman
serta tenaga pemikiran yang nyata atau sebenar. Seterusnya, ego dapat bertindak untuk
menyelesaikan masalah berasaskan pengalaman dan sosialis. Selain menggunakan asas
pengalaman dalam menghadapi masalah, ego juga boleh menggunakan kaedah
menentang, menolak, menipu, tipu helah dengan memesongkan keadaan sebenar.
iii) Superego
Freud menggunakan komponen superego untuk menggambarkan penghayatan nilai nilai
moral dalam masyarakat. Superego diterapkan dalam diri seseorang sejak mereka
dilahirkan lagi sebagai pegangan moral dalam usaha menghalang kehendak id. Tugas
utama superego adalah menahan desakan id dan memujuk ego supaya memilih matlamat
yang bermoral dan realistik serta berusaha mencapai kejayaan. Terdapat dua ciri superego
iaitu suara hati dan keunggulan ego. Suara hati diperolehi melalui perlaksanaan hukuman
oleh ibu bapa ke atas diri seseorang manakala keunggulan ego diperolehi melalui
perlaksanaan ganjaran yang diberikan oleh seseorang kepada dirinya.
15

3.5.1 Teori Pengurangan Dorongan ( Drive Reduction Theory )


a) Clark Leonard Hull
Leonard Clark Hull dilahirkan di Akron, New York pada 24 Mei 1884. Hull telah
mengembangkan sebuah teori dalam versi behaviorisme. Di mana ia mengatakan bahawa
stimulasi (S) mempengaruhi organisma (O) dan akan menghasilkan tindak balas atau respons
(R) iaitu bergantung kepada karateristik O dan S. Dengan kata lain Hull telah berminat
dengan kajian yang mempelajari variabel perantaraan yang mempengaruhi perilaku seperti
dorongan atau keinginan, insentif, penghalang dan kebiasaan. Teori Hull disebut sebagai
Teori Pengurangan Dorongan (Drive Reduction Theory) . Clark Hull mendasarkan teorinya
pada tingkah laku yang mempunyai perhubungan yang kuat dengan stimulasi (rangsangan)
dan respon (tindak balas) . Teori Hull sebenarnya tidak jauh bezanya dengan teori belajar
yang lain. Beberapa persamaan Teori Hull dengan teori belajar sebelumnya ialah :
i) Berdasarakan hubungan stimulasi (rangsangan) dengan respon (tindak balas).
ii) Berdasarkan cara untuk melangsungkan atau meneruskan hidup.
iii) Berdasarkan keperluan biologi dan pemenuhannya.
Hull juga mengembangkan beberapa definisi dalam teorinya iaitu :
i) Keperluan ( Need )
Keperluan merupakan di mana keadaan organisma yang menyimpang daripada keadaan
biologi optimum yang pada umumnya digunakan untuk untuk meneruskan hidupnya. Jika
keperluan tersebut timbul maka organisma akan bertindak balas untuk memenuhi
keperluannya, hal ini di namakan mengurangi keperluan ataupun need reduction theory.
ii) Dorongan ( Drive )
Keadaan kekosongan ataupun keperluan organisma sehingga mendorong untuk
melakukan sesuatu. Istilah lain dari dorongan ialah motif. Adakalanya seseorang ingin
melakukan sesuatu namun orang tersebut tidak memiliki dorongan untuk melakukannya.
iii) Perkuatan ( Reinforcement )
Sesuatu yang dapat menguatkan hubungan S R, dan respon terhadap rangsangan
tersebut akan dapat mengurangi ketegangan keperluan. Perkuatan ini biasanya berbentuk
hadiah.
Menurut Hull kesemua organisma hidup mempunyai keperluan biologikal yang perlu
dipenuhi untuk terus hidup. Sesuatu keperluan mampu mewujudkan ketegangan dalaman atau
apa yang dinamakan dorongan, dan kita bermotivasi untuk mengurangkannya. Sebagai
contoh apabila kita kekurangan makanan, maka keperluan biologikal ini menyebabkan satu
keadaan tegang, dalam kes ini ialah lapar. Dengan itu, kita bermotivasi untuk mencari
makanan dengan tujuan mengurangkan dorongan makan dan juga untuk memuaskan
keperluan biologikal. Rasa dorongan adalah sesuatu yang tidak menyelesakan, dan ini
mendorong manusia bertingkah laku kembali semula kepada keselesaan.
Teori pengurangan dorongan diambil sebahagian daripada konsep biologikal homeostasis
iaitu satu kecenderungan tubuh badan kita mengekalkan keseimbangan, keadaan dalaman
demi memastikan kelangsungan fizikal. Suhu badan, gula, darah, keseimbangan air, oksigen
yang diperlukan untuk kelangsungan fizikal, perlulah dalam keadaan yang seimbang. Apabila

16

keadaan ini terganggu, satu dorongan terbentuk dengan tujuan untuk kembali kepada
keseimbangan.
Clark Hull menggunakan pembolehubah antara rangsangan dan tindak balas untuk
menjelaskan pengertian tentang belajar. Namun teori beliau amat terpengaruh dengan teori
evolusi yang dikembangkan oleh Charles Darwin. Bagi Hull, seperti teori evolusi, semua
fungsi tingkah laku bermanfaat untuk menjaga kelangsungan hidup manusia. Oleh kerana itu,
teori Hull mengatakan bahawa keperluan biologi dan kepuasan keperluan biologi adalah
penting dalam keseluruhan kegiatan manusia, sehingga tindak balas dalam belajar juga sering
kali dikaitkan dengan keperluan biologi, walaupun tindakan yang akan muncul mungkin
dalam bermacam-macam bentuk.
Di samping itu, dari sudut pembelajaran Clark Hull menyatakan bahawa sesuatu
keperluan atau keadaan terdorong ( oleh motif,tujuan,maksud,aspirasi dan cita - cita ) harus
ada dalam diri seseorang pelajar, sebelum respons atau pun tindak balas diperkuat atas dasar
pengurangan keperluan itu. Efisiensi belajar bergantung pada besarnya tingkat pengurangan
dan kepuasan motif yang menyebabkan timbulnya usaha belajar oleh tindak balas yang dibuat
oleh individu itu. Setiap pelajar harus memiliki empat sifat ini iaitu :
i)
ii)
iii)
iv)

Drive
Cue
Response
Reinforcement

Pelajar harus menginginkan sesuatu.


Pelajar harus memerhatikan sesuatu.
Pelajar harus melakukan sesuatu.
Respons pelajar harus membuatkannya mendapatkan sesuatu
yang diinginkannya.

Teori ini mempunyai empat peringkat pembelajaran iaitu :


i) Peringkat 1:
Merupakan variabel bebas yang berdiri sendiri, misalnya pengalaman-pengalaman lama,
ganjaran ganjaran dan sejumlah rangsangan.
ii) Peringkat 2 dan 3:
Merupakan variabel penegah, misalnya dorongan atau ketegangan, motivasi berupa
ganjaran, kekuatan yang mengikat rangsangan respons dan kecenderungan organ tubuh
memberikan respons jika terjadi rangsangan.
iii) Peringkat 4:
Merupakan variabel tidak bebas,misalnya frekuensi terjadi espons, kecepatan respons dan
ketahanan respons.
Teori ini memiliki tujuan utama untuk memprediksi dan mendeskripsikan sebuah
perilaku. Untuk mencapai tujuan ini, suatu sistem hukum yang pasti harus dibuat berdasarkan
kesimpulan yang dapat diuji dengan eksperimen. Menurut Hull, pembelajaran bergantung
pada pengukuhan utama dan pengukuhan kedua, meskipun kekuatan sesuatu respons
tergantung pada peringkat dorongan pada saat tertentu. Apa yang penting dalam teori ini
adalah peningkatannya sedikit kearah penerimaan, yakni adanya sesuatu yang menegahi
diantara rangsangan dan gerak balas iaitu dorongan atau ketegangan yang muncul kerana
tercapainya sesuatu tujuan tertentu. Kerana adanya tujuan dari organisma untuk mencapai
sesuatu, maka harapan untuk mencapai tujuan tersebut telah mendorong organisma untuk
berearksi.
17

b) Teori Dorongan oleh Robert S.Woodworth


Robert S. Woodworth dilahirkan di Belchertown, Massachusetts pada 17 Oktober 1869.
Woodworth (1918) mendefinasikan dorongan sebagai desakan internal ataupun dalaman yang
ada untuk menjaga tingkat optimal keseimbangan tubuh badan.Ketika seseorang kekurangan
elemen dasar ( misalnya makanan, udara dan air ) hal ini akan mengaktifkan dorongan yang
menyebabkan seseorang itu bertindak balas. Dorongan akan hilang ketika elemen dipenuhi.
Woodworth juga mengungkapkan bahawa perilaku terjadi kerana adanya motivasi atau
dorongan (drive) yang mengarahkan individu untuk bertindak sesuai dengan kepentingan atau
tujuan yang ingin dicapai.Tanpa dorongan tadi tidak akan ada suatu kekuatan yang
mengarahkan individu pada suatu mekanisme timbulnya perilaku. Dorongan diaktifkan oleh
adanya keperluan ( need ), dalam erti kata keperluan membangkitkan dorongan, dan
dorongan ini pada akhirnya mengaktifkan dan memunculkan mekanisme perilaku.
Dalam erti kata lain dorongan ini juga dikenali sebagai instinct (naluri), contohnya
dorongan seksual, mencari makanan kerana terasa lapar dan sebagainya. Dorongan-dorongan
ini sifatnya asli iaitu tidak perlu dipelajari. Timbulnya dorongan, bertambah kuat dorongan
mahupun kurangnya dorongan dapat diukur secara objektif. Contohnya, semakin kuat
seseorang itu mahu makan dapat diketahui melalui tekanan darahnya.
Menurut konsep teori Woodworth ada tiga kreateria dalam menerangkan bahawa motivasi
sebagai penyebab timbulnya perilaku iaitu :
a. Intensity (Keamatan)
Iaitu kemahuan mendalam yang mendorong sehingga menyebabkan individu berperilaku
tertentu. Keinginan dari dorongan menunjuk pada fakta bahawa dorongan itu bersifat
mengaktifkan. Pengaktifan oleh dorongan adalah bervariasi iaitu mengikut tahap yang rendah
seperti mimpi kepada tahap yang tinggi seperti marah dan rasa takut.Woodworth percaya
bahawa dorongan yang tinggi adalah disebabkan oleh pengaruh emosi.
b. Direction (Pemberi arah)
Dorongan ini bersifat mengarahkan.Dorongan dapat mengarahkan pada tingkah laku
menghidari atau melakukan suatu perilaku tertentu. Dorongan ini juga menjadikan seseorag
individu peka terhadap stimulasi (rangsangan ) tertentu yang bersandarkan pada motif dan
akan menentukan secara selektif rangsangan yang akan diambil.
c. Persistence (Berterusan)
Iaitu kecenderungan untuk mengulangi perilaku secara terus menerus. Dorongan tidak hanya
mengarahkan perilaku seseorang kearah tujuan tertentu tetapi bertindak sebagai pemelihara
tingkah laku untuk sampai pada tujuan tertentu.

18

3.6 Aplikasi Teori Attribusi, Teori Kausal Skemata, Teori Sokongan dan Teori

Keperluan Kekurangan Atau Perkembangan dalam Pembelajaran Berasaskan


Pemikiran
3.6.1 Pengenalan
Kognitivisme merupakan teori yang memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti mental
dalaman yang diibaratkan sebagai "kotak hitam". Minda manusia adalah sangat berharga dan
penting bagi memahami bagaimana individu itu belajar. Proses mental merangkumi
pemikiran, ingatan, mengetahui, dan penyelesaian masalah perlu diteroka. Pengetahuan boleh
dilihat sebagai skema atau pembinaan mental simbolik manakala pembelajaran ditakrifkan
sebagai perubahan dalam skema belajar. Berbanding behaviorisme, manusia bukannya seperti
haiwan yang diprogramkan semata-mata untuk bertindak balas terhadap rangsangan alam
sekitar. ini kerana manusia merupakan makhluk rasional yang memerlukan penglibatan aktif
dalam usaha untuk belajar, dan yang tindakan ini merupakan satu kesan pemikiran.
Perubahan dalam tingkah laku yang diperhatikan, namun, hanya sebagai petunjuk terhadap
apa yang berlaku didalam pemikiran. Maka, kognitivisme boleh di metaforakan sebagai
komputer: maklumat masuk, maklumat diproses, dan maklumat di sampaikan. Hubungan
antara kognisi dan motivasi boleh dilihat berdasarkan sejauh mana teori motivasi di dalam
bilik darjah ini mampu diaplikasikan.
3.6.2 Aplikasi Teori Atribusi dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran.
Teori kognitif merupakan antara teori yang paling banyak membincangkan tentang
bagaimana individu itu belajar dan bagaimana proses pemikirannya terbentuk. Kebanyakan
teori pembelajaran kognitif terkini mendakwa bahawa pembelajaran bukan hanya menerusi
proses meneriam maklumat sahaja sebaliknya menerusi proses menterjemah, mengguna dan
memperkembangkan semula maklumat yang diperoleh secara berkesan. (Resnick, 1989).
Manakala, teori attribusi (attribute) merujuk kepada bagaimana pelajar akan bemotivasi
sekiranya berjaya mencapai hasil yang diingini. Oleh itu, pembelajaran kognisi boleh
melibatkan pelbagai bentuk bahan pengajaran sokongan yang mampu memotivasikan pelajar
di dalam kelas sekaligus menimbulkan minat dan mampu memproses maklumat dengan lebih
bermakna.
Kajian berhubung pembelajaran kognisi dan motivasi dan pembelajaran di dalam bilik
darjah oleh Saemah Rahman dan John Arul Phillips (2006), mendapati bahawa kesedaran
metakognisi mempunyai hubungan langsung positif yang signifikan ke atas pencapaian
akademik, manakala faktor motivasi, iaitu matlamat prestasi mempunyai hubungan langsung
negatif yang signifikan ke atas pencapaian akademik. Dua lagi faktor motivasi, iaitu efikasi
kendiri dan matlamat pembelajaran pula mempunyai hubungan tidak langsung dengan
pencapaian akademik melalui kesedaran metakognisi.
Dalam perisian pendidikan atau koswer pendidikan yang menggunakan elemen
multimedia, para pelajar lebih mudah faham dan mereka lebih cepat untuk bertindakbalas
serta memberi tumpuan dengan lebih dekat semasa pembelajaran. Koswer yang mengandungi
animasi dimana berbentuk dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D) adalah merujuk kepada
pergerakan objek yang mudah merentasi skrin sesebuah paparan dan terbentuk menerusi
permodelan dan formula matematik. (Jamalludin dan Zaidatun, 2000). Setiap objek mampu
dipapar dan dipertontonkan dari pelbagai sudut pandangan, memberikan ilusi seolah-olah
ianya objek sebenar yang berdimensi.

19

Selain itu, pendekatan pembelajaran berasaskan multimedia mampu memberikan kesan


positif kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mereka. Ini kerana,
proses memindahkan sesuatu maklumat daripada buku teks yang statik kepada suatu corak
pembelajaran yang baru dengan lebih menarik, dinamik dan interaktif dengan bantuan mediamedia tambahan seperti audio, video, animasi dan grafik. Selain itu, aplikasi multimedia
dalam bidang pendidikan akan melahirkan satu konsep pembelajaran baru gabungan daripada
pendekatan pendidikan dan hiburan, iaitu edutainment (education & entertainment)
(Jamalludin & Zaidatun 2000). Konsep ini akan mengantikan buku teks tradisi kepada buku
teks elektronik yang lebih mesra penggunaannya.
Penggunaan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) juga dapat
mengekalkan tumpuan, meningkatkan kemampuan kognitif dan kemahiran sosial belajar
dalam suasana yang lebih selesa dari segi masa dan kebolehan mereka untuk mempelajari
novel (Zamri & Nur Aisyah 2011). Perisian PPBK (multimedia) yang bercorak interaktif ini
telah meningkatkan minat murid terhadap pelajaran mereka serta dapat memotivasikan
mereka untuk belajar. Hal ini kerana, berdasarkan ciri multimedia yang terdapat pada perisian
PPBK (multimedia) murid yang belajar dengan bantuan komputer akan mempunyai
rangsangan atau motivasi yang tinggi. Penyediaan latihan serta pengayaan dalam perisian
memberi peluang kepada murid untuk mengukuhkan pemahaman mereka terhadap
pengajaran novel yang diajar (Ros Azura 2007, Zamri & Nur Aisyah 2011).
Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menyediakan bukti yang menyokong hubungan
antara kesedaran metakognisi dan faktor motivasi dengan pencapaian serta kepentingan
metakognisi dan peranan motivasi sebagai mediator dalam membantu meningkatkan
pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti. Ini menyokong pandangan teori attribusi
(attribute) yang merujuk kepada bagaimana pelajar akan bemotivasi sekiranya berjaya
mencapai hasil yang diingini. Berdasarkan kajian, individu yang mempunyai orientasi
matlamat pembelajaran dikatakan mempunyai kesedaran metakognisi dalam cara mereka
lebih menyedari cara mana mereka dapat mempelajari sesuatu dengan lebih berkesan
berbanding individu yang mempunyai orientasi matlamat prestasi.Dapat disimpulkan bahawa
pembelajaran secara kognisi sesuai diaplikasikan bersama teori attribusi dalam membina
motivasi pelajar di dalam bilik darjah. Persepsi pelajar terhadap semua matapelajaran itu
susah ataupun ilmu baru itu sukar untuk diserap perlu disanggah dengan menggunakan teoriteori pembelajaran yang sesuai dengan tahap kognisi pelajar. Bilik darjah merupakan medan
pelajar menimba ilmu dan guru adalah pembimbing dalam menetukan kemenjadian pelajar.
Penerapan budaya sama rata sangat tidak sesuai diaplikasikan dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran kerana setiap pelajar mempunyai tahap penerimaaan ilmu dan minat yang
berbeza.
Saemah dan John (2006), dalam kajiannya menyatakan tinjauan literatur menunjukkan
terdapat kepentingan faktor metakognisi dan juga faktor-faktor motivasi dalam proses
pembelajaran pelajar. Bagaimanapun, belum banyak kajian dijalankan yang menyepadukan
kedua-dua faktor tersebut di Malaysia. Kajian mereka dijalankan untuk memeriksa hubungan
antara kedua-dua faktor tersebut dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar universiti.
Sampel terdiri daripada 374 pelajar Tahun 2 daripada lima buah kolej kediaman di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Kajian ini mengukur kesedaran metakognisi dan pemboleh ubah
motivasi di kalangan 440 orang pelajar. Sampel dipilih secara rawak mengikut jantina dan
bidang pengajian di kalangan pelajar yang tinggal di lima buah kolej kediaman di UKM yang
juga dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesedaran metakognisi
mempunyaihubunganlangsungpositifyangsignikankeataspencapaianakademikpelajar.

20

Dapatan ini selaras dengan teori-teori metakognisi yang membincangkan tentang


hubungannya dengan proses pembelajaran pelajar. Keputusan kajian tersebut adalah selaras
dengan teori dan kajian yang menjelaskan hubungan antara metakognisi dan motivasi. Selain
itu, dapatan kajian Saemah dan John ini turut disokong oleh dapatan kajian yang telah dibuat
oleh Landine dan Stewart (1998) juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif
antara metakognisi dengan motivasi, lokus kawalan, kecekapan kendiri dan pencapaian
akademik. motivasi dalam pembelajaran termasuklah lokus kawalan daripada teori atribusi
(Weiner 1979), kepercayaan tentang ekasi kendiri (Bandura 1977, 1989, 1993) dan
orientasi matlamat (Ames 1992; Archer 1994; Archer & Scevak 1998).
Lokus kawalan yang terdapat dalam diri pelajar diandaikan mempengaruhi motivasi
melalui sumber yang dianggap oleh pelajar sebagai bertanggungjawab ke atas kegagalan atau
kejayaannya, manakalaekasikendiridikatakan mempengaruhi motivasi melaluipenetapan
matlamat (Woolfolk 1998).
Menurut Saemah dan John (2006), jika seseorang itu mentaksir dirinya sebagai tidak
cekap dalam statistik, dan jika mereka menganggap bahawa semua tugasan berkaitan dengan
statistik sukar diselesaikan, mereka akan kurang bermotivasi untuk mencuba
menyelesaikannya dan seterusnya kurang bermotivasi untuk memantau dan meregulasi
prestasi mereka dalam tugasan statistik. dapat disimpulkan bahawa dapatan kajian ini
menyokong teori dan kajian lepas mengenai wujudnya hubungan yang positif antara
kesedaranmetakognisidenganekasikendiridanmatlamatpembelajaran.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Saemah dan John (2006), bagi pelajar universiti,
khususnya bagi sampel kajian ini, dapatan mengenai hubungan yang kuat antara orientasi
matlamatpembelajarandanekasikendiri menunjukkankepentingan faktormotivasidalam
usaha mempertingkat kebolehan metakognisi mereka. Sehubungan itu, hubungan tersebut
perlu diambil kira dalam perancangan program dan pengajaran yang bertujuan untuk
mempertingkatkan kebolehan metakognisi pelajar.
Saemah dan John (2006) menyatakan, hasil daripada keputusan kajian ini, beberapa
penemuan penting boleh disimpulkan. Pertama, keputusan kajian mendapati wujudnya
hubungan yang positif antara kesedaran metakognisi dengan pencapaian dan kepentingan
sumbangan kesedaran metakognisi ke atas variasi dalam pencapaian akademik di kalangan
pelajar universiti. Ini menunjukkan metakognisi merupakan faktor yang penting dalam proses
pembelajaran pelajar kerana ia mempunyai hubungan secara langsung yang positif dengan
pencapaian akademik. Ini bermakna semakin tinggi Kesedaran metakognisi seseorang,
dijangkakan mereka akan lebih Berjaya dalam pencapaian akademik mereka.
Kedua, kajian ini juga dapat menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah motivasi
dengan kesedaran metakognisi dan pencapaian. Mempunyai motivasi yang baik belum
mencukupi jika pelajar tidak mempunyai kemahiran atau kesedaran metakognisi yang
mencukupi. Pada masa yang sama, mempunyai kemahiran metakognisi yang tinggi sahaja
juga belum mencukupi jika tidak mempunyai tahap motivasi yang mencukupi.
Kajian ini juga memberikan pendapat dari segi amalan pendidikan, dapatan kajian ini
menyokong penekanan kepada usaha meningkatkan perkembangan kemahiran metakognisi di
kalangan pelajar, khususnya pelajar universiti. Dapatan mengenai kepentingan metakognisi
ke atas pencapaian pelajar menunjukkan bahawa usaha perlu digembleng di kalangan
pendidik di institusi pengajian tinggi supaya memasukkan elemen peningkatan metakognisi
21

dalam reka bentuk pengajaran mereka. pendekatan pengajaran yang memberi perhatian
kepada usaha mengeksplisitkan pemikiran pelajar kepada diri mereka sendiri, kepada rakan
sebaya dan juga kepada guru merupakan salah satu pendekatan yang dapat membantu pelajar
meningkatkan kemahiran metakognisi mereka. Melalui pendekatan tersebut, pelajar dapat
dibantu meningkatkan pengetahuan tentang kognisi dan mengamalkan regulasi kognisi dalam
proses pembelajaran atau pemikiran mereka.
Rajah 3.7 di bawah menunjukkan model akhir hubungan antara metakognisi, motivasi
dan pencapaian akademik yang digunakan dalam kajian ini.

Rajah 3.7:

Model akhir hubungan antara metakognisi, motivasi dan pencapaian akademik

3.6.3 Aplikasi Teori Skemata dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran


Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Norma Che Lah dan Rohaida Mohd Saad (2013)
yang menggunakan abstrak strategi kognitif dalam ingatan jangka pendek (STM) dalam
pendidikan Kimia. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji perubahan strategi kognitif abstrak
yang diambil kerja oleh enam peserta dengan kebolehan pembelajaran yang berbeza. Kajian
yang dijalankan menggunakan pendekatan penyelidikan kualitatif dan data telah
dikumpulkan menggunakan temu bual, pemerhatian dan dokumen kajian. Para peserta telah
diminta untuk melengkapkan tujuh tugas yang berkaitan ingatan. Penemuan menunjukkan
bahawa pelajar cemerlang dapat menggunakan strategi kognitif abstrak berbanding purata
dan rendah kemenangan.
Tiga bentuk pembinaan imej mental telah digunakan oleh peserta kajian. Bentuk
pertama adalah imej mental deskriptif di mana peserta kajian menghuraikan taburan serta
kedudukan unsur yang terdapat dalam Jadual Berkala Unsur. Bentuk kedua ialah imej mental
statik atau snapshot iaitu imej yang terhasil sebagaimana yang dihasilkan oleh kamera.
Antara gambaran yang dibina adalah gambaran Jadual Berkala Unsur, gambaran kumpulan
tertentu dalam Jadual Berkala Unsur, dan gambaran senarai unsur yang diberi. Strategi ini
dilabel sebagai imej mental statik disebabkan imej yang dibina dalam ingatan tidak ditambah
dengan sebarang maklumat dan diingat sebagaimana objek asal yang dilihat. Bentuk ketiga
melibatkan gambaran yang terhasil selepas melalui dua peringkat aktiviti mental. Di bawah
22

menunjukkan ringkasan tiga bentuk imej mental yang digunakan oleh sebahagian daripada
peserta kajian.

Rajah 3.8:

Strategi imej mental peserta kajian di peringkat STM Norma Che Lah,
Rohaida Mohd Saat, Ruhaya Hassan (2013)

Pada awalnya, peserta kajian melihat tugasan yang diberi, sebagai contoh peserta kajian
melihat Jadual Berkala Unsur. Seterusnya, peserta kajian menulis semula Jadual Berkala
Unsur yang diberi. Imej mental yang dibina dalam ingatan adalah imej Jadual Berkala Unsur
yang telah ditulis atau dilukis semula oleh peserta kajian tersebut.
Kajian ini berkait rapat dengan teori skemata di mana guru akan mencungkil memori
murid berdasarkan aktiviti pembelajaran kognisi yang dijalankan. Dalam aktiviti yang
dijalankan, peserta kajian di minta untuk menulis semula Jadual Berkala Unsur yang diberi.
Imej mental yang dibina dalam ingatan adalah imej Jadual Berkala Unsur yang telah ditulis
atau dilukis semula oleh peserta kajian tersebut. Ini menunjukkan, guru telah membina
maklumat sedia ada di dalam minda pelajar dan tugas guru adalah menggunakan pelbagai
kaedah bagi memastikan maklumat yang disimpan oleh pelajar dapat dikeluarkan dalam
bentuk output yang bermakna.
Laman web http://teachingmahollitz.wordpress.com/ membincangkan kaedah mudah
bagaimana pelajar boleh memahamkan teks yang dibaca dengan teori skemata sepertimana
ditunjukkan dalam Rajah 3.9 . Laman ini dibina oleh Erin Mahollitz yang merupakan seorang
guru. Beliau menggunakan kaedah khas berdasarkan Teori Skemata bagi membantu
pelajarnya dalam memahami teks. Menurutnya, disebabkan setiap pelajar mempunyai tabiat
membaca yang membeza. Maka, cara pemerolehan maklumat juga berbeza. Menurutnya,
apabila guru membaca arahan, guru perlu bercakap mengenai tiga jenis sambungan supaya
pelajar dapat menyambungkan teks tersebut dengan pengetahuan sedia ada.
Terdapat tiga hubungan yang wujud, iaitu:Teks-ke-sendiri (text-to-self) yang menghubungkan buku kepada peristiwa-peristiwa
dalam kehidupan kita.
23

Teks-ke-teks (text-to-text) menghubungkan buku untuk buku-buku lain, filem, artikel).


Teks-ke-dunia (text-to-world) yang menghubungkan buku peristiwa-peristiwa dunia).

Rajah 3.9 : Contoh Penggunaan Teori Skemata Dalam Pemahaman Teks Oleh Mohillitz
(http://teachingmahollitz.wordpress.com/)
Berdasarkan kajian Dunn (2013), neurosains kognitif dan psikologi telah memperoleh
dapatan berhubung kaedah baru untuk membantu pelajar belajar, memahami, dan memohon
perbendaharaan kata baru. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membentangkan kaedah
teori untuk integrasi rangkaian semantik penggunaan ke dalam bilik darjah. Kertas ini juga
akan memperkenalkan pandangan menurut linguistik kognitif tentang bagaimana otak berada
dalam keadaan yang terbaik untuk belajar perbendaharaan kata. Cara kita memahami makna
dan konteks penggunaan istilah perbendaharaan kata, sebagai koleksi pemahaman dan
penggunaan, dikenali sebagai skema (Littlemore, 2012). Perbezaan ini memberi guru peluang
yang unik untuk menggabungkan pengalaman pelajar dan pemikiran semasa mereka
mengikut emosi pada waktu menjalankan aktiviti. Pengaktifan berulang sambungan sedia ada
dan baru kepada konsep teras membantu untuk mengukuhkan istilah baru ke dalam minda
(Jenkins, 2012; Lin, 1997; Roediger & McDermott, 1995). Menurut pengkaji, dengan
mempelajari perbendaharaan kata menggunakan pengalaman dan keluasan ilmu, pelajar dapat
menggunakan pelbagai cara bagu meluahkan perasaan dan menyampaikan pemikiran,
pendapat, dan idea kepada orang lain
3.6.4 Aplikasi Teori Dorongan dalam Pembelajaran Berasaskan Pemikiran
Teori dorongan (drive) menyatakan bahawa tingkah laku di dorong kearah tujuan yang
mendesak di dalam diri. Apabila keadaan dorongan dalaman muncul, individu akan di desak
untuk bertingkah laku negatif apabila kehendaknya tidak dapat dipenuhi. Dalam konteks
pendidikan, motivasi pelajar akan menurun sekiranya pembelajaran yang disampaikan tidak
mampu diserap mengikut tahap kognisinya. Ini akan memberikan implikasi negatif terhadap
minat pelajar di dalam kelas dan seterusnya boleh membawa kepada tingkah laku disruptif.
Menurut Norhani Bakri et. al. (2005), prestasi pembelajaran adakalanya dipengaruhi oleh
faktor pergaulan, minat serta motivasi pelajar. Cara pembelajaran di peringkat IPT yang
memerlukan dan tidak suka bergaul.

24

Menurut Ruhizan Mohd Yassin et. al. (2007), yang menjalankan kajian untuk mengenal
pasti proses kognitif dan strategi pembelajaran yang digunakan oleh 118 orang pelajar-pelajar
Tahun 2 UKM, Bangi. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang cemerlang dan
tidak cemerlang berdasarkan purata gred kumulatif mereka. Hasil dapatan mendapati pelajarpelajar berpencapaian rendah lebih cenderung kepada orientasi pencapaian, penghasilan
semula, pembinaan makna, pembelajaran pemahaman dan pembelajaran operasional
berbanding dengan pelajar-pelajar berpencapaian tinggi. Kesimpulan yang dapat dibuat
daripada kajian ini ialah terdapat beberapa perbezaan antara proses kognitif pelajar-pelajar
cemerlang dan tidak cemerlang.
Oleh itu, sekiranya pelajar diberi peluang untuk belajar mengikut gaya kognitifnya sendiri
ketika mempelajari sesuatu yang sukar, pelajar itu selalunya akan mendapat pencapaian yang
lebih tinggi dalam mata pelajaran itu dan juga dalam ukuran sikap terhadap mata pelajaran
itu. Perkara yang sebaliknya akan berlaku sekiranya pengajaran tidak berketepatan dengan
gaya kognitif pelajar (Curry 1987). Tidak ada gaya pembelajaran yang lebih baik atau tidak
baik daripada yang lain. Setiap gaya pembelajaran mempunyai julat kecerdasan yang sama.
Oleh itu, pelajar tidak wajar dilabel sehingga menimbulkan satu stigma yang negative dalam
kalangan pelajar kerana mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Kebanyakan pelajar yang
mengikuti sesuatu sesi pengajaran, boleh mencapai tahap mahir dalam pelajaran tersebut.
3.6.5 Aplikasi Teori Keperluan Kekurangan dalam Pembelajaran Berasaskan
Pemikiran
Teori kekurangan atau deficiency pula merupakan teori oleh Maslow yang menganggap
bahawa manusia akan terus bermotivasi kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini perlu
dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.
Teori belajar kognitif pula melihat aspek pembelajaran sebagai proses pengfungsian unsurunsur kognisi, terutama unsur pemikiran untuk dapat mengenal dan memahami rangsangan
yang datang dari luar. Aktiviti pembelajaran pada diri manusia ditekankan pada proses
internal berfikir atau proses pengolahan informasi.
Menurut Ibrahim Ahmad Bajunid (2002) pelajar yang mempunyai kebimbangan yang
rendah dalam matematik dapat meningkatkan pencapaian akademik hasil sokongan daripada
masyarakat, pengaruh ibu bapa yang positif, guru yang baik dan mempunyai pengalaman
bilik darjah yang positif. Ini menyokong teori kekurangan bahawa motivasi yang diterima
oleh individu akan meningkatkan semangatnya untuk terus berusaha.
Menurut Arsaythamby Veloo (2010), yang menjalankan kajian berhubung Orientasi
Pembelajaran Matematik (OPM) dengan pencapaian matemati dengan menggunakan
pemboleh ubah OPM yang merupakan peramal terbaik bagi pencapaian matematik.
Responden kajian terdiri daripada 674 pelajar tingkatan empat yang dipilih secara
persampelan rawak berstrata berperingkat di 16 buah sekolah menengah kebangsaan di negeri
Kedah. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa sikap dalam mempelajari Matematik
merupakan peramal terbaik bagi pencapaian matematik. Model ARoS dicadangkan bagi
menekan betapa pentingnya pendidik menilai atribut afektif pelajar sebelum menilai
kebolehan kognitif pelajar yang secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian
matematik dalam kalangan pelajar. Oleh itu alat ukur OPM dapat digunakan oleh guru,
kaunselor dan pengetua untuk menilai atribut afektif pelajar dalam mengenal pasti kebolehan
kognitif pelajar dalam pembelajaran matematik.

25

Tocci dan Engelhard (1991), pula menyatakan bahawa pemboleh ubah afektif
(OPM)g . adalah sama penting dengan pemboleh ubah kognitif (pencapaian matematik)
dalam menghasilkan pencapaian hasil pembelajaran. Kebolehan pelajar di sekolah tidak
semestinya berlandaskan aspek keputusan ujian malah OPM pelajar juga turut sama penting
dan mesti diberi perhatian yang sewajarnya untuk meningkatkan pencapaian matematik.
3.7

Rumusan

Berdasarkan huraian teori yang telah dibincangkan, maka dapat diambil sebagai kesimpulan
bahawa yang diperlukan untuk meningkatkan motivasi belajar pelajar adalah dengan
menerapkan dorongan dan motivasi seperti yang telah dibincangkan dalam teori teori di
atas. Beberapa aspek perlu ditekankan pada diri pelajar iaitu pemenuhan keperluan pelajar
perlu diutamakan kerana keperluan ini sangat mendesak dan guru berperanan memberi
kesempatan atau bantuan kepada pelajar yang memerlukannya. Keperluan dan keselesaan di
kelas adalah tanggungjawab guru di mana guru berperanan memberikan peraturan dan
jaminan keselamatan pada semua pelajar. Seterusnya guru hendaklah memberikan perhatian
kepada pelajar supaya mereka mampu berinteraksi dengan baik.Memberikan penghargaan
kepada pelajar mampu memotivasikan pelajar untuk meningkatkan prestasinya.
Justeru, motivasi merupakan keinginan dan dorongan yang menjadi penggerak dalam
diri individu. Motivasi yang mempunyai hubungan dengan faktor psikologi manusia
mencerminkan antara sikap, keperluan dan kepuasan yang terjadi dalam diri manusia
sedangkan daya dorongan yang di luar diri seseorang ditimbulkan oleh pimpinan. Pentingnya
motivasi kerana ia menyebabkan dan mendukung perilaku seseorang supaya mahu bekerja
secara giat sehingga mencapai hasil yang optima. Suatu kejayaan akan dapat dicapai dengan
adanya motivasi.

26

RUJUKAN
Abdul Said Ambotang et. Al (2010), Kajian terhadap faktor penyumbang terhadap
Pencapaian sifar UPSR di Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak. Sebahagian
daripada hasil dapatan Kajian Geran Penyelidikan - FRGS 0284-2/2010
Ames, C. & Archer, J. (1988) Achievement goals in the classroom: Students learning
strategies and motivation processes. Journal of Educational Psychology 80 (3):
260-267.
Archer, J. (1994). Achievement goals as a measure of motivation in university students.
Contemporary Educational Psychology 19: 430-446.
Archer, J & Scevak, J.J. (1998). Enhancing students motivation to learn: Achievement
goals in university classrooms. Educational Psychology 18 (2): 205-223.
Arsaythamby Veloo. (2010). Hubungan di antara orientasi pembelajaran matematik (OPM)
dengan pencapaian matematik. Asia Pacific Journal of Educators and Education. (Vol. 25)

Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Azizi Yahya (2005) Teori-teori Kognitif. Universiti Teknologi Malaysia
http://eprints.utm.my/6258/1/2.pdf
Bandura, A. (1977). Self-efcacy: Towards a unifying theory of human behavior.
Psychological Review 84: 191-215.
Bandura, A. (1989). Regulation of cognitive processes through perceived self-efcacy.
Developmental Psychology 25 (5): 729-735.
Bandura, A. (1993). Perceived self-efcacy in cognitive development and functioning.
Educational Psychologist 28 (2): 117-148.
Bartlett, F. (1932). Remembering. London: Cambridge University Press.
Dunn J. D. (2013), Utilization of Semantic Networks in the Teaching of Vocabulary Language
Education in Asia, Volume 4, Issue 2, 2013
Frederick Bartlett. (Elektronic Version). Diperoleh pada 8 Jun 2014 http://en.wikipedia.com
Ragbir Kaur A/P Jaginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk KPLI
(Sekolah Rendah dan Menengah). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Ragbir Kaur A/P Jaginder Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Hergenhahn B. R, Olson M. H.(2001) An Introduction to Theories of Learning. New Jersey
Prentice Hall,
Herbert L.Petri. (1996), Motivation: Theory, Research and Application. Fourth Edition.
Brooks/Cole Publishing Company.
27

Hoard C. and Tjan Anita (2013), Motivation: The Key to Classroom Management Success in
ESL Classrooms. Submitted to ELT Journal but not accepted
Ichsan, (2007) Prinsip Pembelajaran Tuntas mata pelajaran PAI. Jurnal Pendidikan Agama
Islam, Vol.IV,No. 1, 2007, Yogyakarta
Jamalludin dan Zaidatun (2000), Pengenalan kepada multimedia. Kuala Lumpur: Venton
Publishing.
Landine, J. & Stewart, J. (1998). Relationship between metacognition, motivation, locus of
control, self-efcacy, and academic achievement. Canadian Journal of
Counseling 32 (3): 200-212.
Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second Edition. New York.
American Book Company
Lokus Kawalan (Locus of Control) Part 4 (electronic version) dicapai pada 16 Ogos 2012 di
http://afitieysoon.blogspot.com/2009/02/lokus-kawalan.html
Moll, L.C. (Ed). (1994), Vgotsky and Education:Instructional Implication and Application of
Sociohistorycal Psychology. Cambridge : University Press
Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan di Malaysia dan
Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan. Puchong.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.:
Moustakas (1953), Children in Play Therapy, McGraw-Hil Book Company, New York
Norma Che Lah, Rohaida Mohd Saat, Ruhaya Hassan. (2013). Strategi kognitif abstrak
dalam pembelajaran kimia :Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik ( Bil. 1 Isu
4)
Paul Suparno. (2001). Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Jogjakarta. Kanisius.
Robert E. Slavin (2003). Psychology Theory and Practic: Seventh Edition. United
State of America: Allyn and Bacon, Permissions Department.
Rohaty Mohd. Majzud (1992). Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur.
Rumelhart, D.E. & Norman, D. A. (1978). Acceretion, Tuning And Restructuring: Three
Models Of Learning, Lawrence Erlbaum. New Jersey
Ruhizan Mohd Yassin et. al. (2001). Proses Kognitif Pelajar Cemerlang dan Tidak
Cemerlang. Jurnal Pendidikan 27 (27 34)
Ros Azura Jantan. (2007). Pembangunan dan penilaian perisian PPBK bagi tajuk cerpen
Dugong dalam komponen sastera Bahasa Melayu. Tesis Sarjana Pendidikan.
28

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi


Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996). Motivasi Dalam Pendidikan.
Saemah Rahman dan John Arul Philip (2006). Hubungan antara Kesedaran Metakognisi,
Motivasi dan Pencapaian AkademikJurnal Pendidikan 31: 21 - 39
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..
Schema Theory Bartlett. (Electronic Version): dicapai pada 9 Jun 2014.
http://ibguides.com/psychology/notes/evaluate-schema-theory-with-reference-toresearch-studies
Slavin, R.E. (2000). Educational Psychology : Theory and Practice. Sixth Edition. Boston :
Allyn and Bacon
Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Tocci, C. M. and Engelhard, G. Jr. (1991). Achievement, parental support, and gender
differences in attitudes towards mathematics. Journal of Educational Research, 84,
280286.
Using schema to make connections. (Electronic Version):
http://teachingmahollitz.wordpress.com /

Diperoleh pada 9 Jun 2014.

Using Technology to Benefit 2e Sttudents. (Electronic Version): Diperoleh pada 9 Jun 2014.
http://www.2enewsletter.com/
Wasty Soemato (1987). Psikologi Pendidikan. Jakarta. PT Bina Aksara.
Weiner, B. (1979). A theory of motivation for some classroom experiences. Journal of
Education Psychology 71 (1):3-25
Woolfolk, A. (1998). Educational psychology. 7nd. Ed. Boston: Allyn & Bacon.
Zamri Mahamod & Nur Aisyah Mohamad Noor. (2011). Persepsi guru tentang penggunaan
aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera Bahasa Melayu. GEMA
Online Journal of Language Studies, 11 (3): 163-177.

29

Anda mungkin juga menyukai