Anda di halaman 1dari 3

GAYA BAHASA DALAM KOMSAS

Gaya bahasa susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha
mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis jenis gaya
bahasa bersama istilah istilah yang berkaitan dengannya bagi memudahkan pelajar
memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh.
1.aliterasi pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata kata yang berturutan
negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan (pengulangan g)[Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
diusung keliling kampung (pengulangan g)[Surat dari Kampus, Nawawee
2.anafora pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya secara
berturutan agar memperoleh kesan tertentu
Sekalipun sehelai kertas kumal
Sekalipun isinya hanya berita kecil [Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]
-masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]
3.analogi persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal yang dapat dipakai
untuk dasar perbandingan
4.antitesis penggunaan kata atau ungkapan dalam frasa, ayat dan sebagainya
untuk mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang
5.asonansi pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata
-ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan (peulangan u)[Negeri Cinta,Nahmar Jamil]
-sekalipun sehelai kertas kumal (pengulangan e)[Surat dari Kampus , Nawawee Mohamad]
6. Bahasa Arab perkataan perkataan Arab yang diterapkan ke dalam prosa bagi
memberikan kesan yang berbeza. Contohnya: Alhamdulillah, makhdum, narwastu
7. bahasa berirama ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yang
mendalam tentang sesuatu peristiwa
-Tiga bilah lantai terpatah,
Tiga gelegar yang patah [Puteri Besar Lahir ke Dunia Tingkatan 2]
8.Bahasa Inggeris street fighter, superman, street soccer, futsal, supermarket, suspense
9.bahasa istana bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja.
10. bahasa kiasan penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian

11.bahasa klasik penggunaan perkataan perkataan Melayu klasik seperti


sebermula, syahadan, kararlah
12.diksi pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama dan puisi.
Diksi yang baik terlihat pada:
a. pemilihan kata yang tepat
b. penggunaan kata yang munasabah
c. penggunaan kata yang jelas dan khusus.
Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.
13.epifora pengulangan kata kata di akhir baris puisi untuk penegasan
14.hiperbola gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih lebihan
cinta kepadanya cinta jutaan bunga bunga [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
rindu mencumbu zaman [Tasik Biru, Bau, Sarawak, Kemala]
15.hybrid penyatuan dua kata menjadi satu kata.
bertanggungjawab (tanggung + jawab)
ketidakpastian (tidak + pasti)
16. inversi pembalikan kata kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim
kini rambut memutih kepala[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]
di kampung surat ini harganya melambung[Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]
aduhai adinda berpesan adik
17-istilah sains dan teknologi virus, skrin LC, karbonit, asid
18.metafora pemakaian kata kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang
sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan dua kata berunsur konkrit dan abstrak
-syurga bumi [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
syurga (unsur abstrak)
bumi (unsur konkrit)
-Bukit-bukit harapan
bukit (unsur konkrit)
19.paradoks penyataan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif dan negatif
dalam satu baris) tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan pendapat umum atau realiti
-menangis dalam kegembiraan
menangis (unsur negatif)
kegembiraan (unsur positif)
-kesepian di tengah ramai

20.pengulangan - pengulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap


21.peribahasa / simpulan bahasa / perumpaan melukut di tepi gantang, darah daging
22.personifikasi pemberian sifat sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang,
tumbuh tumbuhan, keadaan atau peristiwa
-dari buruan kehidupan yang mencekik [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
-kebosanan menggigit pangkal rasa
23. repitisi / repitasi pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan
penegasan yang dikehendaki.
Kita menjadi kita[Bahasa, Rahman Shaari Tingkatan 3]
Muka me sti manis, mulut mesti ramah, hati mest i baik
24. responsi pengulangan kata di tengah baris
mencipta rumah te mpat berlindung, membina bilik tempat berteduh
[Burung Tempua, Abdul Hadi Yusoff]
25. simile perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata
seperti, bagai, umpama, dan macam.
-bagaikan mahu diusung keliling kampung [Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]
-besarnya seperti perdu nyiur
-seperti kolek terdampar di pasir
26. simplok pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama
-Sayang seribu kali sayang
27. sinkope / sinkof penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel)
seperti tak, nak, ni, dan dah
28. Imbas kembali
1. Imbas kembali merupakan suatu teknik pengarang mengenang semula peristiwa yang pernah
dialaminya.
2. Peristiwa itu boleh diimbas kembali melalui pemerian pengarang atau khayalan, dialog, monolog,
atau monolog dalaman
29. Imbas muka
1. Imbas muka merupakan cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang
sesuatu peristiwa yang akan berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan.
2. Imbas muka dapat mewujudkan keyakinan dalam kalangan pembaca terhadap sesuatu yang akan
berlaku.

Anda mungkin juga menyukai