Anda di halaman 1dari 8

FASA-FASA DAN TEKNIK LARIAN

http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/1748173-lari-pecut-teknik-dan-aplikasi/

FASA-FASA DAN TEKNIK LARIAN

Menurut pakar, fasa lari pecut boleh dibahagikan kepada yang berikut
i) Fasa permulaan
ii) Fasa larian
a) Fasa pecutan
b) Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan
c) Fasa larian di selekoh
iii) Fasa penamat

Fasa Permulaan

Bukan semua atlit adalah sama dan dengan itu teknik permulaan adalah berbeza.
Walaupun terdapat pelbagai variasi, namun pada amnya terdapat 3 cara :

a) Gaya Peluru(Bullet/Bunch/Kangaroo Start)


b) Gaya sederhana(Medium Start)
c)Gaya Panjang(Elongated Start)

Memulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

1. Gaya peluru
a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.
b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.
c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

2. Gaya sederhana

a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.

b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

3. Gaya panjang

a) berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau 1.5 tapak.

b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.

c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

Memulakan Larian dengan Blok

Blok permulaan membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Terdapat
banyak variasi yang dicadangkan oleh ramai jurulatih tetapi kita akan melihat gaya
yang dicadangkan oleh Mach, seorang atlit dan jurulatih yang berwibawa(mengikut
Payne, 1985)
Gaya larian melibatkan 3 gaya iaitu :

1. Gaya peluru

blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan. Blok hadapan diletak dua
tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok
hadapan.

2. Gaya sederhana

gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

3. Gaya panjang

- blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak
dari bahagian hadapan blok hadapan.

Penempatan blok permulaan yang lebih tepat


Chis Brook(1981) dalam bukunya bertajuk Womens hurdling:Novice to
Championship mengemukan satu cara penempatan blok yang lebuh tepat. Cara ini
melibatkan ukuran panjang kaki.
Nilai dicari
Cara mengira
Keputusan
Panjang kaki
Dari trochanter ke tanah
Penempatan blok hadapan
Panjang Kaki ____ 0.55
Jarak antara blok
Panjang kaki ____ 0.42
Contoh : Panjang kaki = 86 cm
Penempatan blok pertama = 86 0.55 = 47.3 cm ( a)
Jarak antara blok = 86 0.42 = 36.12 cm (b)
Penempatan blok di selekoh
Acara larian 200 m dan 400 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu
penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100 m. Blok
diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan

ke garis dalam lorong supaya bahagian dalam blok adalah tangent kepada garis
dalam.
Teknik larian di selekoh
Fasa Permulaan dan Pecutan

Selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok
permulaan.

Kedudukan tangan

Tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari
penunjuk dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain,
diletak di belakang garis mula.

Kedudukan kepala dan leher

Kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke
hadapan dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul
diangkat tinggi dan badan dicondong ke hadapan.

Pergerakan tangan dan kaki

Selepas bang atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan ( bukan ke atas )


dimulakan. Diikuti pergerakan kuat tangan dan kaki.
Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan
kehadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan
90 darjah.
Lutut belakang digerakkan ke belakang dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki
hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di
antara 30-60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke
hadapan. Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Teknik Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan


Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter hingga 60 meter. Dalam acara lari
pecut, pecutan berlaku awal dalam larian. Sebenarnya 95% daripada kelajuan
maksimum dicapai pada kira- kira 18 meter. Apabila seseorang atlit mencapai
kelajuan maksimum, kadar pecutannya akan ditentukan oleh tahap daya tahan
ototnya. Tambahan pula seseorang atlit tidak mungkin boleh berlari pada kelajuan
maksimum lebih dari jarak 14-18 meter, maka apa yang diperlukan oleh atlit ialah
mengekalkan kelajuan yang lebih rendah dari kelajuan maksimum.

Teknik Larian di Selekoh


Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa
centrifugal.Untuk memastikan larian selekoh adalah berkesan atau untuk
mengimbangkan kuasa centrifugal, seorang pelari seharusnya merendahkan
badan kea rah dalam. Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan
menyilang badan mengarah ke dalam.

Teknik Penamat

Faktor yang paling pentinguntuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10
meter lebih dari jarak lariannya; sebagai contoh 110 m untuk 100 mdan 210 m
untuk 200 m.Jadi dengan itu adalah mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut
untuk melewati garisan penamat. Cara yang paling baik untuk menamatkan larian
ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 3.9 mengangkat bahu ke atas dan menarik tangan ke belakang.
ANSUR MAJU
Latihan Ansur Maju
v Latihan mendorong
1. Berlari dalam kawasan terhad dan menyentuh objek yang dimaklumkan.
2. Berlari mengutip pundit saga/ kacang secara berganti- ganti dalam kumpulan.
3. Larian baying- baying : secara berpasangan, seorang mengejar dan seorang lagi
berlari untuk mengelakkan dirinya disentuh.
4. lari berganti- ganti ulang alik : larian 200 meter berkumpulan.
v Larian teknik pecut
1. Berlari dengan melangkah panjang.
2. Berjalan dengan lutut tinggi; berlari dalam kumpulan, mengangkat lutut.
3. Berjalan dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
4. Berlari skip dengan bahagian bawah kaki di luruskan.
5. Berlari dengan lutut tinggi dan diikuti dengan bahagian bawah kaki diluruskan.
6. Berlari menyepak ke belakang.
7. Berlari dengan lutut tinggi dan memecut.
8. Latihan pergerakan tangan; berkumpulan berlatih menggerakkan tangan 90
darjah di siku dan bergerak dari pinggul ke paras hidung
v Latihan kekuatan kaki dan latihan pecutan
1. Melonjak untuk jarak
2. melangkah panjang ( bounding )
3. Melonjak dan melangkah melepasi halangan.
4. Melompat, memusing, mendekam dan memecut.

5. Berpasangan : berlari dengan halangan oleh tarikan rakan.

Anda mungkin juga menyukai