Anda di halaman 1dari 8

Soalan 1

Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab


Pendidikan merupakan aktiviti dalam kehidupan yang amat memberi kesan kepada
individu serta masyarakat. Terkandung dalam pendidikan adalah proses pengajaran dan
pembelajaran, perbezaaan faktor seperti ideologi, agama, bahasa, budaya, tempat serta
banyak lagi juga menyumbang kepada terhasilnya gaya pembelajaran dan pengajaran
yang pelbagai. I
Islam ternyata adalah yang terawal mempromosikan aktiviti pendidikan pada umat
manusia, perkara ini disaksikan melalui pengutusan malaikat Jibrail oleh Allah Taala
kepada Nabi Muhammad S.A.W. di Gua Hira. Baginda S.A.W telah diseru untuk
membaca walaupun beliau adalah seorang yang buta huruf.
Islam berkembang pesat selepas baginda dilantik menjadi Rasul dan tugas dakwah
dilakukan. Zaman dan keturunan bersilih ganti, maka dengan ketentuan Allah lahirlah
imam-imam mazhab yang menjadi tunjang pedoman penganut Islam bagi generasi
seterusnya. Imam-imam tersebut adalah Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad dan
Imam Abu Hanifah. Pengorbanan mereka telah banyak memberi impak kepada
kehidupan umat Islam termasuklah aspek pengajaran dan pembelajaran.
Konsep- Konsep Pedagogi
1. Teori
Teori membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam
konteks pendidikan khas. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan
dan bersesuaian untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru
ialah:

Teori membantu untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak


bahan, teknik, kaedah pembelajaran yang boleh digunakan kepada pelajar,
Teori memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep bekerja
bagi membolehkan pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting
kerana memberi arah panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur
pemikiran dan ini membentuk tindak balas yang diingini berlaku.
Teori ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin dibina
berdasarkan konsep dan idea yang dikembangkan oleh teori sebelumnya.
Teori adalah cabaran, kekuatan, bagi pengkaji dan ahli akademik untuk
mempraktik dan membuat penilaian bagi membuktikan teori yang
dikeluarkan oleh golongan ini bersesuaian dan berguna serta berhasil.

Menurut Thomas (1985), sesuatu teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri-ciri seperti
dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas, mudah difahami, berguna untuk membuat
ramalan masa hadapan dan memperjelas perkara-perkara yang sudah lepas, boleh
diterapkan secara praktikal, bersifat konsisten dan tidak berasaskan banyak andaian
(kepercayaan-kepercayaan yang tidak dapat dibuktikan).
Contoh teori :
Behaviourisme
Kognitif
Sosialis
Humanis
2. Model
Model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat memberi gambaran
tentang proses pengajaran. Pada masa dahulu, pengajaran dianggap sebagai satu
proses yang mudah iaitu pengajaran sebagai suatu penyampaian pengetahuan
daripada guru kepada murid. Situasi ini dinamakan proses pengajaran sehala iaitu
guru sebagai pengajar menyalurkan pengetahuannya kepada murid yang menerima
segala-galanya.
Apabila pengajaran sedemikian berlaku, guru merupakan sebagai individu yang aktif
manakala murid menerima secara pasif. Tidak terdapat sebarang interaksi antara guru
dengan muridnya. Tanpa interaksi antara guru dengan muridnya, maka sukar untuk
menentukan sama ada proses pembelajaran telah berlaku atau tidak. Murid tidak
diberikan peranan aktif sebagai individu yang boleh menentukan pembelajarannya.
Namun keadaan sekarang sudah jauh berubah daripada keadaan seperti itu.
Pengajaran lebih disifatkan satu proses yang dengan sengaja dirancangkan dengan
objektif dan isi yang dipilih khas untuk disesuaikan dengan keperluan murid. Untuk
menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan, guru-guru haruslah
mengambil pelbagai pertimbangan seperti memilih model-model pengajaran yang
boleh memberi kesan positif pada pengajarannya di samping pemilihan kaedah,
teknik dan pendekatan.
Contoh model pengajaran :
Pengajaran Asas
Inkuiri
Sim

Penguasaan
Koperatif
Pengajaran Amalan
Memproses Maklumat
SAALE
Masteri
Ekspositori

3. Strategi
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tiada satu kaedah dan strategi yang
khusus dan terbaik boleh diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian
murid terutamanya murid berkeperluan khas. Ia terpulang kepada daya kreativiti guru
dan kesesuaian kehendak murid untuk mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran pada ketika itu. Ini kerana tahap penerimaan murid terhadap bahan
yang diberikan ada berbagai-bagai iaitu ada yang cepat, sederhana dan ada yang
lambat.
Faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan pelajaran yang
diberikan oleh guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya
memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid dapat belajar secara lebih
efektif dan efisien.
Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas
pendidikan khas boleh diklasifikasikan mengikut tumpuan kepada tiga unsur utama
iaitu:

Pendekatan

Strategi pemusatan guru


Strategi pemusatan murid, dan
Strategi pemusatan bahan pelajaran

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan untuk
mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan satu pandangan atau
pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran . Ia bertujuan untuk memudahkan
murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Dengan
adanya pendekatan , guru dapat membuat tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip.
Kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci
elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh
menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud
sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih
dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.
Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang
saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur
aksiomatik. Melalui pendapat ini dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus
berlandaskan kepada model , prinsip atau teori pembelajaran . Contohnya;

konkrit kepada abstrak


mudah kepada kompleks
keseluruhan kepada bahagian
umum kepada spesifik (deduktif)
spesifik kepada umum (induktif)
dekat kepada jauh
diketahui kepada belum diketahui

Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa


memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu
teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata
pelajaran berdasarkan objektifnya.
Contoh pendekatan :
Koperatif
Deduktif
Belajar sambil bermain
Kumpulan, Kelas , Individu
Berasaskan Penyelidikan
Analisis Tugasan
Pengajaran Bertema

Visualais
Kolaborasi

Kaedah
Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas
antara guru dan murid. Di antara kaedah yang bersesuaian untuk mengajar pembelajaran
Kemahiran Hidup ialah kaedah memberi arahan, demonstrasi, permainan, penemuan,
kaedah pusat pembelajaran dan kaedah projek.
Contoh kaedah :
Tunjuk Cara
Simulasi
Projek
Memberi Arahan
Latih Tubi
Sumbang Saran
Eksplorasi - Penemuan

Teknik
Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia terkandung
dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang
digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran dalam pengajaran.
Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Teknik yang
digunakan oleh guru akan menjadikan pengajaran itu lebih bermakna dan
menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan teknik supaya murid
lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam setiap pengajaran sememangnya
terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan, namun begitu tiada satu teknik
pun yang dianggap paling sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan atau terbaik
untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah bergantung kepada
keadaan dan berdasarkan kepada minat pelajar serta bahan pengajaran yang hendak

disampaikan (Rashid et al 1996). Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai


beberapa objektif, antaranya ialah:

untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang boleh menarik minat
murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu
mereka.
untuk membolehkan murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari
dengan mudah dan berkesan.

Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan dan diaplikasikan oleh guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti teknik main peranan, teknik bercerita,
teknik soal jawab, teknik perbincangan, teknik drama dan teknik forum.

Perbahasan Lanjut Model Pengajaran dan Pembelajaran


Merujuk kepada sub topik Konsep- Konsep Pedagogi yang telah dikemukakan pada
sebelum ini dapat difahami bahawa terdapat Perhubungan dan kaitan antara pendekatan,
kaedah dan teknik iaitu ia dihasilkan dari suatu model. Sesebuah model akan
menghuraikan kaedah dan strategi pengajaran yang didasarkan kepada pendekatan
pengajaran.
Model pengajaran dan pembelajaran adalah satu perihalan persekitaran pembelajaran
yang dijadikan panduan untuk merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran serta
menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multimedia serta pengajaran
berbantukan komputer, lembaran-lembaran kerja, dan sebagainya. Model pengajaran dan
pembelajaran adalah piawai yang merupakan sebuah aturan yang mampu menghasilkan
kualiti pada output pengajaran dan pembelajaran.
Setiap model atau proses ini boleh dibandingkan tahap kebagusannya berdasarkan
disiplin yang terkandung. Tujuan model pengajaran dan pembelajaran dibina oleh pakarpakar pendidikan ialah memberi panduan kepada perancang mengajar dan guru tentang
langkah-langkah mengajar yang utama supaya membolehkan mereka merancang serta
melaksanakan proses pengajaran, membentuk rangka pengajaran yang lengkap untuk
penyelia dan penyelidik dalam proses pengajaran sebagai rujukan dan sebagai panduan
asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk proses pengajaran
yang selanjutnya.
Jelaslah bahawa model pengajaran dan pembelajaran sebagai satu proses serta piawai
yang mampu untuk dibuat perbandingan kualiti. Seterusnya dari model tersebut pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
untuk membolehkan pembelajaran optima berlaku. Ini adalah selaras dengan model
pengajaran dan pembelajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik bertujuan
untuk menghasilkan proses pengajaran yang berkesan.

Mutu sesebuah model pengajaran dan pembelajaran juga dapat diukur mengukur sejauh
mana keberkesanan penggunaan terhadap pelajar. Inidapat dirujuk kepada tahap
perkembangan intelek pelajar. Sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
menyeronokkan dan memotivasikan pelajar selain untuk
Model Pengajaran dan Pembelajaran Empat Imam Mazhab
Berdasarkan kepada tajuk utama dalam perbincangan ini. Menjadi suatu persoalan
pertama yang harus dirungkai. Apakah yang dimaksudkan dengan model pengajaran dan
pembelajaran empat imam mazhab? Sepanjang pencarian sumber serta bahan rujukan
yang menepati konteks model pengajaran dan pembelajaran, belum dijumpai lagi
sebarang teks atau hasil kajian yang memaparkan proses pembelajaran dan pengajaran
empat imam mazhab.
Kebanyakan buku-buku dan artikel yang didakwa mengemukakan model rekabentuk
pengajaran dan pembelajaran tokoh-tokoh Islam terutama empat imam mazhab hanya
berkisarkan kepada kaedah-kaedah serta teknik-teknik yang terkandung dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran mereka.
Sebagaimana yang telah kita fahami daripada penjelasan pada bahagian sebelum ini.
Terdapat perbezaan yang jelas pada konsep model, kaedah dan teknik. Namun, mungkin
kerana kekeliruan terhadap istilah tersebut maka banyak penulis-penulis yang tidak
Berjaya mengemukakan model pengajaran dan pembelajaran tokoh-tokoh Islam seperti
Imam Ghazali, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad serta lain-lain lagi.
Ini kerana kesimpulan yang dapat dibuat adalah ia hanya lebih kepada penceritaan
tentang latar belakang pendidikan yang diterima oleh tokoh-tokoh berkenaan,
pengalaman kehidupannya sebagai seorang pengajar atau pengalaman melaksanakan
proses pengajaran ilmu-ilmu Islam selain menyatakan senarai buku-buku dan kitab yang
telah dikarang. Selebihnya adalah kaedah serta teknik yang digunakan.
Kaedah serta teknik seperti seperti kuliah, ceramah, talaqqi musyafahah, tadarrus, soal
jawab, demonstrasi dan sebagainya telah dianggap sebagai model pembelajaran dan
pengajaran yang telah dilaksanakan oleh tokoh-tokoh Islam terutama empat imam
mazhab. Oleh yang demikian skali lagi ditegaskan bahawa tiada satu bentuk proses atau
struktur pun yang dikemukakan oleh penulis tersebut apa bila mendakwa tulisan
tersebut adalah tentang model pembelajaran dan pendidikan.
Wajar untuk kita lihat semula beberapa konsep yang dikaitkan dengan pengajaran seperti
pendekatan, kaedah dan teknik. Secara ringkas dan mudah pendekatan merupakan teori
pelajaran yang menjadi asas dan akan diaplikasikan apabila guru menyampaikan isi
pelajaran.

Kaedah pula adalah merupakan satu set tindakan bersistematik seorang guru yang
dilaksanakan untuk mencapai objektif pembelajaran dalam lingkungan tempoh masa
tertentu (contohnya dalam tempoh satu waktu pengajaran mengikut jadual) yang
mengandungi prosedur-prosedur berdasarkan kepada pendekatan yang dipilih.
Teknik pula merupakan bagaimana guru memanipulasikan kaedah yang dipilih tersebut
untuk mengoptimumkan pembelajaran murid. Seorang guru sebenarnya adalah bebas
untuk membina kaedah pengajaran berdasarkan kepada pendekatan. Perhubungan dan
kaitan antara pendekatan, kaedah dan teknik menghasilkan model.
Apa yang penting ialah kita dapat memahami bagaimana sesebuah model pengajaran itu
terbina. Apakah yang mencirikan sesebuah model pengajaran?
Elemen-elemen utama sebuah model pengajaran
Fokus Setiap model pengajaran akan mempunyai objektif yang dikenal sebagai titik
tumpuan (focal point). Sebuah model pengajaran dibina dengan mengambil kira titik
tumpuan ini. Dalam perkataan lain, tumpuan model pengajaran inilah yang akan
menentukan pembinaan sesebuah model pengajaran yang mengandungi beberapa fasa.
Beberapa kecekapan akan terbentuk melalui aplikasi model pengajaran.
Sintaks meliputi turutan langkah-langkah (sequences of steps) yang terlibat dalam
pengorganisasian program pengajaran yang lengkap.
Prinsip-prinsip riaksi / pengajaran merupakan cara bagaimana guru menanggap dan
menjangkakan respons terhadap aktiviti yang dilakukan oleh murid. Respons ini perlu
sesuai dan bersifat selektif.
Sistem sosial Ia berkaitan perkara berikut:
a. Hubungan dan peranan interaktif antara guru dan murid.
b. Jenis-jenis norma dan tingkahlaku murid yang diperhatikan dan perlu diberikan
ganjaran (seperti gred dan skor)
Sistem sokongan berkaitan keperluan tambahan yang diperlukan selain kemahiran guru
mengajar seperti bahan bantu, prasarana dan sebagainya.
Konteks aplikasi seperti "concept development" dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai