Anda di halaman 1dari 5

Bagaimanakah penyerapan nilai murni di bilik darjah?

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya
segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam
masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi
merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan
Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang
sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga
perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri
anak-anak mereka.
Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak
mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama
kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang, jika
tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi
generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai murni akan
mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.
Dalam era transformasi, pendidikan guru hendaklah memperkembangkan potensi
pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi
mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa. Guru merupakan tenaga iktisas di dalam bidang
perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan
kepada murid-murid di institusi pendidikan dan juga sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu
orang yang merancang, memandu dan menilai pembelajaran.. Oleh itu, dapatlah kita
simpulkan bahawa guru ialah pakar dalam pengajaran yang bertanggungjawab, merancang,
memandu dan menilai pembelajaran. Bagi memberi pembelajaran yang efektif seorang guru
harus mengaplikasikan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Nilainilai murni ialah sebahagian dari nilai-nilai yang terkandung dalam sistem hidup seseorang
manusia. Nilai-nilai murni menurut Islam ialah bersifat kemanusiaan dan sejagat.
Maksudnya, dikehendaki oleh semua manusia dan tiada sebarang diskriminasi. Amalan nilainilai murni ini patut dipupuk sejak kecil lagi. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan
untuk memupuk amalan nilai-nilai murni.

Sebagai seorang guru perlu mengamalkan sikap kejujuran semasa menjalankan tugas
sama ada dikalangan rakan sekerja atau pelajar. Guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji,
berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam
serta peka dan prihatin terhadap keperluan murid yang dapat menjadi role model. Guru perlu
bertindak sebagai Role Model merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu
benda. Guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan
mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral,
agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi, profesional,dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai
pendidik dengan sempurna. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara
tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Guru yang beriltizam akan menjadi role
model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk
beberapa ciri peribadi yang positif melaluiamalan-amalannya di dalam bilik darjah.
Contohnya, sebagai seorang guru kita harus bersikap jujur semasa memberi markah
bagi tugasan yang dihasilkan oleh murid-murid. Guru tidak boleh mengamalkan sikap pilih
kasih dikalangan murid-murid. Selain itu, guru harus mengelakkan sikap bohong dikalangan
masyarakat. Sikap bohong ini akan mendatangkan nama buruk dikalangan
masyarakat..Sebagai guru sentiasa bercakap benar dimana sahaja berada. Ini akan
menunjukkan sikap kejujuran seorang guru.Banyak manfaat dari bersikap jujur dan menjaga
kekujuran antara lain dalam menjalani kehidupan sehari-hari menjadi tenang hati tanpa beban
fikiran,karena tidak ada kebohongan yang ditutupi. Sehingga dapat mengungkapkan atau
berbicara dengan apa adanya. Ia menjadi lebih optimis dan percaya diri,hubungan dengan
orang lain kalan berjalan dengan baik dan terhindar dari masalah dan disukai banyak orang.
Minat, bakat, kemampuan, dan potensi peserta didik tidak akan berkembang secara
optimal tanpa bantuan guru. Dalam kaitan ini guru perlu memperhatikan peserta didik secara
individual. Tugas guru tidak hanya mengajar, namun juga mendidik, mengasuh, membimbing,
dan membentuk kepribadian siswa guna menyiapkan dan mengembangkan sumber daya
manusia yang mampu mengisi lapangan kerja dan siap berwirausaha.Dengan ini, sikap
bekerjasama dan bertolak ansur juga harus dipupuk kalangan pelajar. Sebagai seorang guru,
beliau dapat mengaplikasikan nilai ini semasa mengadakan aktiviti dalam kumpulan. Nilai
bekerjasama dan bertolak ansur juga amat penting semasa melaksanakan sesuatu eksperimen
di makmal sekolah. Di mana setiap anggota dalam kumpulan perlu membahagikan tugas dan
sanggup menerima pendapat rakanya.

Dengan sikap bertolak ansur kumpulan tersebut dapat mencapai matlamat eksperimen
tersebut. ini penting kerana masyarakat Malaysia adalah berbilang kaum. Sesungguhnya,
amalan nilai-nilai murni dalam masyarakat mempengaruhi sikap generasi muda dan ia akan
memberi kesan kepada keamanan dan kesejahteraan negara. Disamping itu, seorang guru
boleh mengapalikasikan nilai bekerjasama di tempat bekerja, ditempat tinggal dan juga
dikalangan ahli keluarga. Pada musim perayaan, guru boleh melawat rumah-rumah jiran dan
rakan sekerja yang berbilang bangsa. Ini dapat mengeratkan hubungan yang baik diantara
guru dengan masyarakat. Justeru, sebagai guru harus berfikiran rasionalis dan bekerjasama
dengan semua orang. Guru harus menjadi role modan dan teladan yang baik untuk semua
orang.
Rajin adalah satu perkataan pendek pada sebutan tetapi luas pengertian dan kesannya
dalam kehidupan. Ia adalah sifat akhlak terpuji yang menjadi penentu kepada kebaikan,
kejayaan, keimanan dan ketakwaan di dunia dan akhirat.Di sekolah guru sentiasa menekankan
nilai kerajinan terhadap pelajar. Di mana sikap kerajinan merupakan landasan utama yang
perlu dipupuk pada setiap diri pelajar untuk mencapai cita-citanya. Sebaliknya sikap malas
yang ada pada diri pelajar perlu dipupuskan pada peringkat awal lagi. Amalan nilai kerajinan
akan membolehkan pelajar menjadi cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.
Konsep kerajinan tangga kejayaan perlu di tanamkan pada setiap orang pelajar.
Disamping itu, guru harus mengamalkan sikap kerajinan dan menjadi contoh untuk
semua orang. Guru harus mencari nota-nota dan bahan pengajaran yang sempurna semasa
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru harus rajin menambahkan
ilmu pengetahuan diri pada masa ke semasa. Contohnya melanjutkan pelajaran, membaca
buku-buku ilmiah , melayari internet untuk mendapat tahu perkembangan alam sains dan
sebagainya. Sikap rajin akan membolehkan seseorang guru mencapai impian dan cita-citanya.
Contohnya, jika kita rajin dalam pekerjaan yang kita lakukan, kita pasti akan cepat dinaikkan
pangkat dan mendapat nama baik.
Guru juga perlu mempunyai keyakinan diri semasa melaksanakan Proses pengajaran dan
pembelajaran. Apabila seorang guru mempunyai keyakinan diri, dia dapat menjalankan proses
Pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih sistematik dalam keadaanyang lebih kondusif.
Contohnya apabila berlakunya sesuatu masalah semasa pengajaran dan pembelajaran, guru itu
dapat menangani masalah itu dengan lebih tenang dengan menggunakan langkah strategik.
Guru juga perlu bersemangat dan proaktif. Guru seperti ini mampu memotivasikan muridnya
kerana keinginan beliau untuk mengajar dapat dirasakan oleh muridnya. Guru yang bersikap

proaktif akan lebih berusaha untuk meningkatkan daya pemikiran murid dan membentuk satu
generasi yang berinovasi. Dengan ini murid berasa lebih yakin, selesa dan menaruh
kepercayaan terhadap guru untuk terus belajar. Guru adalah seorang insan yang dikurniakan
oleh tuhan untuk menjadi role modan dan memimpin pelajar ke tangga kejayaan. Setiap guru
mempunyai nilai keyakinan diri semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya, anak murid lemah dalam pendidikan , seorang guru tidak cepat berputus asa.
Beliau berkeyakinan diri untuk menjadikan murid tersebut berguna dalam masyarakat.
Guru adalah beramanah dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan profesion.
Guru yang baik ialah guru yang boleh membuat pertimbangan profesional tersendiri. Mereka
tidak perludiberitahu apa yang perlu dilakukan. Mereka tidak menolak nasihat, sokongan atau
perundingan kerana mereka tahu bahawa idea ini menyerap dan menjadi pertimbangan guru
itu sendiri. Namun, di dalam bilik darjah hanya guru yang boleh menentukan dan membentuk
pengajaran yang baik. Mereka perlu berasa tanggungjawab untuk mengajar anak murid
berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat membina insan yang
seimbang dari Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
Walaupun seorang guru mengajar pengajarannya di dalam kelas atau di padang, dia
harus bertanggungjawab terhadap keselesaan dan keselamatan murid. Bagi memenuhi
tanggungjawab terhadap pelajar,guru jmesti bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira
factor keturunan,agama,politik dan lain-lain.Guru lebih mengutamakan kebajikan pelajar
daripada hal-hal yang lain dan membimbing pelajar dibilik darjah tanpa mengambil bayaran.
Disamping itu, guru mesti bertanggungjawab menunjukkan contoh berpakaian,pertuturan dan
tingkah laku yang dapat dijadikan contoh untuk pelajar. Selain daripada itu, guru hendaklah
memelihara dan meningkatkan kecekapan ikthisas melalui pengajian,penyelidikan,lawatan
dan menghadiri kursus ikthisas,persidangan,mesyurat atau seminar supaya proses pengajaran
mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap
masyarakat dan Negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar,masyarakat ,negara dan bertentangan dengan Rukun Negara.Guru juga
hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing
mereka menjadi warganegara yang setia,bertanggungjawab ,menghormati orang lebih tua dan
perbezaan kebudayaan,keturunan dan agama. Sebagai seorang yang bertanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profession keguruan, guru perlu mengelakkan diri daripada
membuat sebarang kenyataan yang boleh mencemarkan nama seorang guru lain di hadapan

pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan martabat seorang
guru.Guru juga tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang menjejaskan kecekapannya sebagai
guru. Contohnya, berniaga di waktu persekolahan. Di samping itu, guru juga berusaha untuk
menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan social. Sterusnya guru perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawat
terutamanya mereka yang baru menjadi guru. Akhir sekali, guru perlu menjadi ahli bagi
sebuah perubahan guru.

NEITIYAH BALKRISHNAN
850925015118

Anda mungkin juga menyukai