Anda di halaman 1dari 6

Reaksi masyarakat china terhadap perluasan kuasa-kuasa luar

Orang- orang china menganggap Negara mereka sebagai pusat tamadun


dunia (middle kingdom). Mereka menganggap orang asing sebagai oang gasar
atau barbarian dan Negara-negara asing dianggap sebagai kurang bertamadun
dan patut tunduk kepada kedaulatan negeri china. Maharaja china dianggap
sebagai son of heaven yang diberi mandata memerintah. Semua duta asing
dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti melakukan kowtow di depan
maharaja. Penghantaran ufti dan amalan kowtow oleh pembawa ufti dianggap
oleh china sebaga tanda pengiktirafan serta ketuanan china. Negara china
menganggap kuasa-kuasa barat pula menerima china sebagai kuasa ketuanan
dan patut di sanjung tinggi. Kawalan ketat keatas pedagang asing oleh orang
china adalah berpunca daripada konsep perdagangan yang berbeza. China tidak
berminat untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan mana-mana Negara
barat kerana china lebih mementingkan ekonomi sara diri. Oleh sebab ini,
pedagang barat telah mencuba pelbagai helah bagi menebusi sektor perdagang
di Negara china.
Oleh kerana penolakkan hubungan perdagang dan sekatan-sekatan yang
dikenakan menyebabakan hubungan perdagang satu hala yang menyebabkan
kerugian kepada pihak inggeris. Inggeris terpaksa mengeluarkan perbelanjaan
yang lebih untuk membeli sutera dan teh. Tambahan pula, inggeris hanya
dibenarkan menggunakan wang emas dan perak untuk berdagang. Untuk
mengimbangi aliran keluar wang ke china dengan banyak inggeris telah
membawa masuk candu dengan banyak secara haram dari india dan turki.
Candu kemudian menjadi barang kegemaran masyarakat china. Pada tahun 1839
dianggrakan sebanyak 4 juta rakyat china menghisap candu. Bagi british
perdagangan candu telah membawa keuntungan yang besar. Pada tahun 1832
SHTI telah mengaut keuntungan sebanyak 10 juta rupee dan 1838 menjadi 30
juta rupee. Perdagangan candu menyebabkan aliran wang keluar china tidak
dapat mengimbangi perdagangannya dengan barat. Pada tahun 1838 dan 1839
nilai wang perak yang dialirkan keluar berjumlah 37.9 juta pound. Kemasukkan
candu juga menyebabakan masalah kesihatan dan social di kalangan
masyarakat china. Berbagai usaaha dijalankan untuk menghalang perdagangan
ini contohnnya 2 jun 1838 Maharaja Tao Kuang telah mengharamkan
perdagangan candu dan hukuman berat akan dikenakan kepada sesiapa yang
melanggar arahan Maharaja. Lin Tze Hsu persuruhjaya Tinggi di Canton telah
dilantik unutk menghapuskan candu. Antaranya beliau telah merampas dan
memusnahkan candu pada3 jun 1839 di Hu Men dan saudagar-saudagar asing
diminta menandantangani surat untuk tidak berdangang candu di china. Kapten
Charles Elliot selaku Ketua Penguasa Perdangangan Inggeris tidak bersetuju dan
telah membawa Lord Palmerstone untuk menuntu ganti rugi dari Kerajaan China
yang dimusnahkan tetapi gagal. Hubungan semakin runsing apabila Lin telah
mengenakan larangan penjualan makanan dan keperluan lain kepada inggeris di
Macao dan meminta bantuan Perancis mengusir inggeris. Ogos 1839 orangorang inggeris meninggalkan Macao dan berpindah ke Hong Kong keduanya
akhirnya menyebabkan peperangan tidak dapat dielakkan. Peperangan pertama
telah berlaku pada 1839-1842 peperangan ini dinamakan peperangan candu 1.

Peperangan ini Berjaya ditamatkan oleh british dengan termeterainnya


perjanjian Nanking pada 29 ogos 1842.
Perjanjian Nanking telah di buat melalui persetujuan diantara british dan
china pada 29 ogos 1842. Namun, perjanjian tersebut tidak bertahan lama.
Antara syarat-syarat yang terdapat didalm perjanjian Nanking 1842 ialah,
pertama lima buah pelabuhan dibuka kepada rakyat dan pedagang
British(Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai). Kedua china haruslah
menghapus Co-hong (hanya dibenarkan melaksanakan urus niaga dengan china
melalui pelabuhan Canton sahaja). Pedagang british bole berniaga dengan
sesiapa sahaja yang mereka suka. Ketiga konsol british ditempatkan di lima
pelabuhan itu untuk mengawal warganegara british dan harta mereka. Keempat
Hong Kong akan diserahkan kepada british. Syarat kelima ilah kerajaan china
perlu membayar 21 juta tael sebagai ganti rugi ( 12 juta untuk perbelanjaan
ketenteraan, 6 juta untuk pemusnahan candu dan 3 juta untuk membayar
hutang kepada pedagang british). Syarat keenam kerajaan china mengakui
british setaraf dengan mereka dan syarat terakhir iaitu ketujuh, kerajaan china
perlu bersetuju menyelaraskan cukai eksport pada kadar 5 peratur dan cukai
import pada kadar 3 peratus.
Antara kelemahan perjanjian Nanking ialah keengganan china untuk
mematuhi syarat-syarat Perjanjian Nanking dan tindakan british memaksa china
mematuhi seta menuntut keistimewaan tambahan merunsingkn hubungan
antara china dan british. Pedagangan british mendapati pelabuhan Amoy dan
Ningpo tidak sesuai dari segi perdagangan. Oleh itu, mereka mendesak china
menukarkan pelabuhan tersebut dengan pelabuhan lain yang lebih sesuai.
Keengganan china untuk memenuhi kehendak british dan tindakan british yang
memaksa china memenuhi tuntutan mereka sudah tentu merungsingkan
hubungan mereka. Mengikut PerjanjIan Nanking pedagan-pedagan asing
diberikan kebebasan berdagang di kesemua 5 pelabuhan perjanjian. Walau
bagaimanapun, pedagang asing masih lagi dikenakan sekatan dan tekanan
terutamanya di Canton dan FooChow. Keadaan ini berlaku kerana sikap anti asing
penduduk tempatan kerana mereka dipengaruhi oleh pegawai-pegawai sarjana
yang merasai kepentingan mereka terjejas akibat kehadiran barat. Selain itu,
Maharaja China yang baru menaiki takhta pada 1850 iaitu Hsien Feng dan
Persuruhjaya Tinggi China yang baru dilantik pada 1852 iaitu Yeh Meng Chen
juga bersikap anti asing. Penduduk tempatan telah memulaukan barang barat.
Selain itu, di Canton pada 1843 dan 1846 iaitu John Davies telah mengarahkan
kapal perang british membedil Canton. Sebagai tindak balas china telah
membunuh 6 orang rakyat british. Peristiwa ini meninggalkan kesan mendalam
terhadap hubungan diantara brisith dan china. Seterusnya, masalah candu yang
tertimpa keatas china dari british juga merupakan salah satu penyebab
berlakunya perang candu 2. Perjanjian Nanking, tidak terdapat sebarang syarat
berkaitan dengan perdagangan candu. Oleh itu, candu terus dibawa masuk ke
negeri china dengan kadar yang lebih banyak. Kemasukkan ini telah menjejaskan
china dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, berlaku tidak
kecekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewangan kerana ramai
pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari segi ekonomi, banyak wang

china mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai eksport candu melebihi
nilai eksport barang lain. Dari segi sosial pula, timbul masalah kesihatan dan
keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat china menjadi penagih candu. Desakan
china kepada china untuk menghentikan perdagang candu dan keengganan
british mematuhi arahan china telah menyemarakkan kemarahan china terhadap
british. Peristiwa Arrow pada 8 oktober 1856 atas arahan Persuruhjaya Tinggi
Yeh Min Chen telah menaiki kapal Arrow dan menangkap 12 daripada 14 orang
anak kapal atas tuduhan terlibat dalam penyeludupan dan pelanunan. Kapal
tersebut iala kepunyaan seorang saudagar china yang didaftarkan di Hong Kong.
Nakhodanya seorang british dan kapal tersebut mengibarkan bendera Union
Jack. Gabenor Hong Kong iaitu Sir John Bowring mengarahkan konsul british di
Canton Harry Parkes mendesak Yeh Min Chen membebaskan anak kapal Arrow
dan memohon maaf secara rasmi daripada british. Walaupun anak kepala
Arrow kemudiannya dibebaskan tetapi Yeh Min Chen enggan memohon maaf.
Ahli- ahli sejarah seperti Fairbank, Paul H. Clyde dan Burton F. Beers menganggap
peristiwa Arrow sebagai factor segera yang mengakibatkan peprangan antara
british dengan china 1856-1860 atau dikenali sebagai perang Candu 2.
Harry Parkes menjadikan peristiwa kapal Arrow untuk melancarkan
serangan keatas china. Pada bulan oktober 1856, british membedil canton dan
bermulalah Perang Inggeris-China 2 atau perang candu 2. Kesannya china
terpaksa menandatangani Perjanjian Tientsin atau Konvesyen Peking dengan
British, Amerika Syarikat, Perancis dan Rusia pada bulan Jun 1858. Antara syaratsyarat perjanjian tersebut ialah, china bersetuju mengadakan hubungan
diplomatic dengan british atas dasar sama taraf dengan kuasa-kuasa barat.
Perwakilan diplomatic akan ditempatkan di Peking. 11 pelabuhan china dibuka
kepada pedagang asing iaitu Newchang, Nanking, Kiukiang, Chinkiang, Swatow,
Tainan, Tanshui, Hankow, Kiungchow, Tungchow dan Chefoo. Mubaligh krisitan
diberikan kebebasan untuk menyebarkan agama kristian dan mereka mendapat
perlindungan dari china. Orang asing yang mempunyai passport yang
dikeluarkan oleh pihak berkuasa china diberi kebenaran untuk meneroka
kawasan pedalaman china. Kapal pedagang asing dibenarkan belayar di
sepanjang sungai Yangtze hingga ke Hankow. Perdagangan candu dibenarkan
dan cukai ke atas candu ditetapkan sebanyak $21.60 satu peti. Cukai import dan
eksport ditetapkan sebanyak 5%. Kuasa asing diberikan kebenaran untuk
menempatkan konsul mereka di tiap-tiap pelabuhan perjanjian. Kapal perang
asing dibenarkan berlabuh di semua pelabuhan china dengan tujuan untuk
dibaiki ataupun mendapat bekalan. China bersetuju membayar ganti rugi
sebanyak 4 juta taels kepada tiap-tiap kuasa barat yang terlibat dalam Perang
Arrow. Kuasa asing mendapat Hak Wilayah Asingan. China tidak akan
menyekat perhijrahan rakyatnya ke seberang laut. Kowloon diserahkan kepada
british. Selepas perjanjian Tientsin ditandatangani oleh angkatan barat kembali
ke Hong Kong. Maharaja Hsien Feng mengarahkan panglimanya Sengko Lin Chin
membina semula kubu China di Taku yang telah dimusnhakan olej pihak barat.
British menggangap tindakan china sebagai percubaan tidak mahu mematuhi
syarat-syarat Perjanjian Tientsin. Akibatnnya angkatan british dibawah Lord Elgin
dan angkatan Perancis dibawah Baron Gros telah mara ke utara. Mereka

mendapat bantuan daripada Jeneral Hope Grant (British) dan Jeneral De


Moutouban (Perancis). Pada ogos 1860 mereka Berjaya menawan Tientsin. Pada
oktober 1860, mereka menyerang Peking dan memusnahkan Istana Musim
Panas. Maharaja Hsien Feng melarikan diri ke Jehol.
Pihak China kemudiannya bersetuju mengadakan rundingan, mengikut
rundingan tersebut, china diwakili oleh Putera Kung, british diwakili oleh Lord
Elgin dan Perancis oleh Baron Gros. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian
Peking ditandatangani pada 24 oktober 1860. Syarat-syaratnya ialah, china
bersetuju membayar ganti rugi sebnayak 2 juta taels kepada British dan 2 juta
taels kepada Perancis. British akan menduduki Tientsin sehingga bayaran ganti
rugi diselesaikan. Tientsin dibuka kepada pedagang asing. Pulau Stone Cutter
diserahkan kepada British. Mubaligh diberi kebenaran untuk membeli atau
menyewa tanah serta membina bangunan di China. China tidak akan menyekat
perhijrahan rakyatnya ke seberang laut. Perjanjian ini mengesahkan semua
perjanjian yang telah ditandatangani antara china dengan kuasa-kuasa barat.
Kekalahan china dalam perang candu 2 merupakan kekalahan kedua kepada
kuasa-kuasa barat dalam tempoh 2 dekad. Kekalahan ini menyedarkan mereka
bahawa barat lebih superior daripada china. Buktinnya mereka tmula meniru
teknik-teknik barat untuk dilaksanakan dinegeri china. Pemimpin-pemimpin
china seperti Tseng Kao Fan, Tso Tsung Tang dan Li Huang Chang telah meniru
idea-idea barat dalam politik, ekonomi dan sosial untuk dilaksanakan dalam
Rancangan Pembaharuan Gerakan Memperkuatkan Diri 1864-1894. Perjanjian
Tientsin dan Perjanjian Peking yang ditandatangani amat merugikan pihak china.
China terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa-kuasa barat yang terlibat
dalam Perang Arrow. Ia juga telah menguntungkan british kerana mereka
mendapat ganti rugi dan juga mandapat pelabuhan Kowloon dan Pulau Stone
Cutter. Peperangan Arrow telah mengakibatkan lahirnya 2 golongan dalam
masyarakt china iaitu golongan pro barat dan anti barat. Golongan pro barat
meniru idea-idea barat untuk dilaksanakan di negeri china manakala golongan
anti barat menjalankan kegiatan menentang kegiatan orang barat serta
pengaruh nereka di china. Contohnya pada 21 Jun 1870, mereka telah
menyerang rumah anak-anak yatim Kristian di Tientsin menyebabkan 20 orang
terbunuh termasuk 10 rahib wanita. Pada 1875, Raymond Margary serta 5 orang
china yang menjadi pengikutnnya telah dibunuh semasa menjalankan
penyelidikkan untuk mencari jalan darat dari Myanmar ke China. Ini telah
menyebabkan masyarakat china telah terbahagi kepada dua dan tidak
bersefahaman. Perang Arrow telah menyebabakn ekonomi di china terjejas.
China terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menghadapi
peperangan serta bayaran ganti rugi. Kemasukan barang-barang barat telah
menjejaskan pasaran barang-barang tempatan. Akibatnya banyak industry
tempatan terpaksa ditutup. Selepas Perang Arrow, ramai rakyat china mula
berhijrah ke seberang laut, terutamanya ke Asia Tenggara. Perhijrahan rakyat
china semakin hebat apabila british perdagangan kuli bagi memenuhi keperluan
Tenaha buruh di Asia Tenggara. Tambahan pula, Kerajaan Chinajuga tidak
menyekat perhijrahan rakyatnya. Orang orang china sanggup berhijrah kerana
mereka telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan Manchu serta melarikan diri

daripada penderitaan di china.Kekalahan china dalam kedua-dua perang telah


menyebabkan maruah china tercalar di mata barat. Kedudukannya sebagai
middle kingdom telah dikalahkan oleh kuasa barat.
Pada 24 Oktober 1860 Konvensyen Peking ditandatangani bagi
menamatkan perang. Antara syarat-syarat perjanjian ialah, kerajaan Manchu
bersetuju mengiktiraf semua syarat-syarat dalam perjanjian Tientsin. Candu
dibenarkan masuk ke china. Ganti rugi ditambah kepada 8 juta tael kepada
Inggeris dan Perancis. Koowloon yang bertentangan dengan Hong Kong
diserahkan kepada Inggeris. Mubaligh Kristian Perancis diberi kebenaran
menyewa dan membeli tanah serta membina rumah ibadat di China. Kuasakuasa barat dibenarkan mengambil buruh-buruh Cina bagi kerja-kerja di luar
negeri. Perjanjian ini ditandatangani oleh China menunjukkan China semakin
lemah dan barat telah membahagikan China di antara mereka. China tidak dapat
menyekat perluasan kuasa barat dan seterusnya menunjukkan kelemahan
Dinasti Manchu.
Kedatangan kuasa barat ke rantau Asia Tenggara pada asasnya berkaitan
dengan aktiviti perdagangan. Namun lama-kelamaan ia telah berubah kepada
satu bentuk penguasaan menakluki tanah jajahan, akbatnya satu persatu
wilayah dan kawasan jatuh ke dalam gengaman mereka. Secara umumnya,
terdapat beberapa cara yang digunakan oleh kuasa barat unutk campur tangan
dan diantaranya adalah melalui perjanjian. Antara perjanjian yang telah
dilaksanakan ialah perjanjian Nanking akibat dari perjanjian-perjanjian yand
ditandatangani telah memberikan kesan terhadap masyarakat pribumi. Melalui
perjanjian Shimonoseki, china terpaksa mengadakan perjanjian perdagangan
yang baru dengan memberikan jepun hak negara yang diutamakan. China juga
diminta membuka 7 buah pelabuhan bagi perdagangan antarabangsa. China
juga terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 300,000,000 tael. Kesan perjanjian
Shimonoseki, menyebabkan china mengiktiraf kemerdekaan Korea sepenuhnya
dengan menyerahkan Farmosa dan sebahagian Selatan Manchuria kepada Jepun.
Selain itu, perjanjian yang ditandatangani juga member kesan dimana
berlakunnya pembukaan Bandar-bandar pelabuhan. Pada 1895 perjanjian
Shimonoseki memeberi kesan kepada pembukaan 4 pelabuhan baru kepada
pedagang asing iaitu Shansi, Chungkiang, Soochow dan Hangchow di Trusan
Besar. Disamping itu, perjanjian yang ditandatangani turut member kesan
kepada wujudnya perletakan Penasihat British.
Kekalahan china di tangan kuasa barat jelas menunjukkan kelemahannya.
Kuasa-kuasa barat telah menggunakan peluang ini untuk mendapatkan wilayah
dan meluaskan pengaruh masing-masing di china. China ibarat sepotong kek
dibahagi antara kuasa-kuasa barat. Kerajaan Manchu tidak mampu bertindak dan
hanya membiarkan nagara china ,emjadi rebutan antara kuasa-kuasa barat.
Perebutan konsesi di china oleh kuasa asing telah membuktikan kelemahan
Dinasti Manchu dan seterusnya menyemarakkan sentiment anti asing di
kalangan penduduk china sehingga menjadi punca meletusnya Pemberontakkan
Boxer. Kekacauan Boxer bermula pada tahun 1890an di Shantung. Pergerakkan
ini kemudiannye merebak dan memuncak pada 1900. Gereja-gereja dibakar,

orang asing dan orang cina Kristian diserang dan dibunuh. Pada 20 Jun 1900
duta Jerman, Clemens von Ketteler dibunuh. Akhirnya pada ogos 1900, lapan
kuasa asing iaitu Amerika Syarikat, Britain, Rusia, Perancis, Austria, Itali, Jerman
dan Jepun mengepung dan menduduki Peking. Maharani Dowager melarikan diri
dari Peking dan berlindung di Sian. Li Hung Chang terpaksa berunding dengan
kuasa asing dan mendatangani Protokol Boxer pada 7 September 1901. Boxer
mengalami kegagalan kerana ia tidak dirancang dengan teliti. Kebangkitan ini
lebih merupakan cetusan kemarahan orang-orang china yang terdesak dari segi
ekonomi, politik dan sosial. Pergerakkan ini tidak dirancang dengan teliti.
Tambahan pula, pergerakkan ini tidak kukuh dengan ideology yang
membolehkan mereka mengekalkan semangat perjuangan. Protocol Boxer telah
menambahkan keangkuhan kuasa-kuasa barat dan meletakkan china taraf
separa terjajah.
Kesimpulannya, kesan-kesan perjanjian yang ditandatangani oleh negaranegara Asia dengan kuasa-kuasa barat telah mempengaruhi dan mengubah
aspek pemerintahan, kuasa ekonomi dan sosial di sesebuah wilayah di Asia.
Ianya menyumbang kepada perubahan corak hidup masyarakat dan membantu
mengembangkan tamadun sesebuah wilayah. Yang pastinya perjanjianperjanjian ini menjuruskan negara-negara ini dijajah dan dikuasai dari semua
aspek sudut kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai