Anda di halaman 1dari 14

Perkembangan fetus - persenyawaan

Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Adakah anda bersedia? Ramai wanita, ketika mahu hamil, bertindak untuk tidak mengambil
minuman keras, tidak merokok atau mengambil sebarang ubat - termasuk ubat yang dijual
tanpa preskripsi - agar badan mereka berada dalam keadaan yang paling sihat untuk
menghasilkan bayi.
Walaupun agak aneh, doktor anda akan mengira tarikh jangka lahir (dan umur gestasi bayi
anda) dengan menghitung balik ke hari pertama haid terakhir anda. Oleh sebab sukar untuk
mengetahui dengan tepat bilakah masa ovulasi dan juga bila sperma mensenyawakan telur
anda, pakar perubatan sering menggunakan tarikh haid terakhir sebagai titik permulaan bagi
sembilan bulan berikutannya. Ini bermakna secara "rasmi" minggu pertama kehamilan anda
ialah minggu haid terakhir anda bermula. Sebab itu, umur sebenar bayi ialah dua minggu
terawal dari umur gestasinya.
Semasa minggu kedua - dan setiap bulan sepanjang tempoh penantian ketibaan nyawa baru hormon estrogen merangsang uterus anda untuk menyediakan lapisan tisu yang subur dan
sarat darah. Peningkatan tahap hormon progesteron menyediakan uterus untuk menyara telur
yang disenyawakan. Pada masa yang sama, ovari mematangkan telur-telur dalam sak-sak
penuh cecair yang bergelar folikel. Dalam tempoh masa singkat badan anda membuat
persediaan ini, konsepsi boleh berlaku, asalkan sperma berjaya bertemu telur.
Menjelang minggu ketiga, beberapa perkara akan berlaku. Di pertengahan kitaran (hari ke-14
dalam kitaran biasa 28 hari), anda akan mengovum - satu daripada telur anda ditarik dan
dimasukkan ke dalam tiub falopio. Dalam 12 hingga 24 jam berikutan, telur ini akan
disenyawakan jika satu daripada 350 juta sperma (jumlah dalam pancutan mani biasa) berjaya
berenang dari vagina, melintasi uterus, terus menuju ke tiub falopio, lalu menembusi telur.

Setelah disenyawakan, telur itu, sekarang bergelar zigot, dengan serta-merta menutup
membran luarnya untuk menyekat 250 sperma lagi yang juga berjaya membuat perjalanan
itu. Kemudian ia mula membahagi kepada sel-sel yang serupa sambil membuat perjalanan
turun dari tiub falopio ke uterus, di mana ia akan terus berkembang. Anda mungkin tidak
sedar yang anda hamil untuk beberapa minggu lagi, walaupun setengah wanita percaya yang
mereka tahu saat-saatnya konsepsi berlaku.

Perkembangan fetus - hamil 4 minggu


Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Terdapat bebola sel - yang kini bergelar embrio - sedang membesar dalam uterus anda dan ia
telah mencapai saiz sebesar biji kuaci. Ia mempunyai tiga lapisan yang kemudiannya akan
bertukar menjadi organ-organ dan tisu-tisu. Di bahagian bawah di sisi kepalanya, terdapat
dua lipatan tisu yang akan menjadi telinga bayi.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) tontonan animasi 3D mengenai bayi di
minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Tiub saraf - dari mana otak, tulang belakang dan korda spina akan tumbuh - kini membesar di
lapisan atas. Jantung dan sistem peredaran mula menjelma di lapisan tengah. Lapisan ketiga
mula menempatkan paru-paru, usus dan sistem urinari yang awal. Dalam pada itu, versi awal

plasenta, iaitu vilus korioni dan tali pusat, yang menghantarkan makanan dan oksigen kepada
bayi anda, sudah mula berfungsi.
Jika anda belum lagi mencuba ujian kehamilan rumah, mengambilnya sekarang akan dapat
mengesahkan kehamilan anda. Ada tanda-tanda yang lain yang menunjukkan yang anda itu
hamil. Lihatlah kalkulator tarikh jangka lahir kami untuk mengetahui bilakah bayi anda akan
lahir. Sesudah akan mendapat pengesahan, bolehlah anda menghubungi doktor anda dan
membuat janji temu. Penjagaan antenatal yang baik dan konsisten adalah antara cara yang
terbaik untuk memastikan yang anda dan bayi anda sihat sepanjang kehamilan anda.

Perkembangan fetus - hamil 8 minggu


Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Tahniah - embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda
meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6
sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua
organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di
pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula
menutupkan mata.

Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda mungkin membesar
sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga dengan lebih kuat daripada bra lama.
Anda akan menyedari yang ukuran pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa
menyimpan jean kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air
mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu mendapat cukup
flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan
tulang bayi anda yang sedang berkembang itu.

Perkembangan fetus - hamil 12 minggu


Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Muka bayi anda lebih mirip rupa manusia, walaupun panjangnya dari mercu kepala ke
punggung hanya sekitar 2 inci / 5.5 sentimeter dan beratnya kurang sedikit dari setengah auns
/ 14 gram. Matanya, yang pada mulanya muncul di sisi kepala, telah berganjak dan lebih
rapat. Telinga hampir sampai ke posisi normal di sisi kepala. Hati mengeluarkan hempedu
dan ginjal mengalirkan kencing ke dalam pundi kencing.

Jika abdomen anda ditusuk-tusuk, fetus akan bergeliang-geliut, walaupun anda tidak akan
terasa pergerakan ini. Sel-sel saraf fetus sedang giat membiak dan sinaps-sinaps (penghubung
saraf dalam otak anda) sedang terbina. Fetus telah memperolehi lebih banyak refleks: jari
tutup jika tapak tangan disentuh, jari kaki bergulung ke bawah jika tapak kaki disentuh dan
jika disentuh kelopak mata, otot mata akan menggenggam.
Pada masa ini, doktor anda sudah dapat merasakan bahagian atas uterus, juga dikenali
sebagai fundus yang terletak rendah di bawah abdomen.
Apabila anda memasuki trimester kedua, anda akan mula memakai baju yang lebih longgar
yang tidak menghalang pergerakan. Tak lama lagi, pakaian biasa anda tidak muat dan tak
dapat dipakai lagi.
Anda mula menyedari bahawa selera anda pun kembali semula setelah perasaan "mabuk"
menghilang. Rujuklah bagaimana hendak makan secara baik pada minggu-minggu berikutan.

Perkembangan fetus - hamil 16 minggu


Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung
sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke
hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan
panjangnya beberapa inci.
Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda
mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik
dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan
jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak
memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek
kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan
cecair amnion melalui paru-parunya.
Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit
sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding
pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan
sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu
doktor anda.

Perkembangan fetus - hamil 20 minggu


Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Bayi anda berukuran lebih kurang 6.5 inci / 16.5 sentimeter dari mercu kepala hingga ke
punggung dan terus-menerus menambahkan berat badannya. Satu lapisan bahan yang licik
dan putih bergelar verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa
dia berendam lama dalam cecair amnion. Ianya juga akan menyenangkan pelahiran. Pada
minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem
pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerapkan air
yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.
Anda mungkin mahu mengikuti kelas antenatal jika anda belum lagi berbuat demikian.
Samada anda ibu buat pertama kali atau hanya mahu mengulang kaji, anda akan mendapat
manfaat apabila mengikuti kelas berstruktur. Apapun falsafah di sebaliknya, kelas antenatal
boleh menyediakan anda bagi menghadapi semua kesukaran dan kesakitan kelahiran. Anda
harus merancang untuk menamatkan kelas menjelang 37 minggu kehamilan, sebab pada masa
itu anda dianggap sudah cukup bulan dan pelahiran boleh bermula bila-bila masa.
Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda
memerlukannya bagi pembuatan sel-sel darah merah, antara lain. Sebenarnya, adalah sukar

untuk anda mendapatkan jumlah yang terlalu banyak dari makanan semata-mata, kecuali
dengan memakan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi adalah antara lain,
daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuatkan
dengan zat besi. Lihatlah panduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua
maklumat yang anda perlu ada.

Perkembangan fetus - hamil 24 minggu


Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit
lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk
badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang
dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter.
Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik
dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran
pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.
Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda
perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara

anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh
menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang
terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda
melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan
menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya.
Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan
berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar "mata kering". Untuk
meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan "airmata tiruan" untuk menambahkan
kelembapan.
Diet yang sihat adalah penting pada tahap kehamilan ini, jadi lawatilah bahagian makan
sempurna kami di minggu 25-28.

Perkembangan fetus - hamil 28 minggu


Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Anda sekarang berada di penggal terakhir. Trimester ketiga lazimnya bermula pada 29
minggu kehamilan dan berakhir pada 40 minggu kehamilan, kadang kala lebih lanjut dari itu.

(Jangan bimbang - maksimumnya ialah 42 minggu! Lebih dari itu, wanita lazimnya
dicetuskan untuk melahirkan.) Kebanyakan wanita menambah berat badan sebanyak 11
paun / 5 kilogram semasa semester ini.
Menjelang minggu ini, berat bayi anda ialah sebanyak 2.3 paun / lebih sedikit dari 1 kilogram
dan mungkin berukuran 14.8 inci / 38 sentimeter panjang dari atas ke jari kaki. Sekitar masa
ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan
kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar terus menerus dari luar. Lapisan
lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul.
Anda mungkin mengalami perasaan berbolak-balik apabila mengenangkan sakit bersalin dan
melahirkan. Menyediakan senarai perkara-perkara yang perlu dibuat dan meraitkannya satupersatu akan membantu. Mulalah memilih nama-nama bayi yang sesuai dan mulalah
memikirkan tentang kehidupan selepas kelahiran juga. Anda juga mungkin berjumpa dengan
doktor anda dengan lebih kerap lagi di minggu-minggu terakhir ini.

Perkembangan fetus - hamil 32 minggu


Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Berat bayi anda sekarang lebih kurang 3.75 paun / 1.7 kilogram dan panjangnya lebih kurang
17 inci / 42 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Walaupun paru-parunya belum akan matang
sepenuhnya sehingga hampir dekat masa dilahirkan, anak kecil anda menyedut cecair amnion
untuk menguatkan paru-parunya dan berlatih untuk bernafas.
Bagi sesetengah bayi, rambut sudahpun memenuhi kepala, tetapi ada juga bayi hanya
mempunyai beberapa gumpal rambut sahaja. Rambut lebat semasa lahir tidak bermakna
rambut lebat di kemudian hari, namun begitu, lazimnya kanak-kanak yang mempunyai
rambut halus di zaman kanak-kanak akan mempunyai rambut yang jarang semasa dewasa.
Jika bayi anda lelaki, testikel sepatutnya turun dari abdomen dan masuk ke dalam skrotum.
Namun kadangkala, satu testikel atau kedua-duanya tidak akan turun masuk ke tempatnya
sehingga selepas kelahiran. Bagi dua per tiga bayi lelaki yang mempunyai testikel tak turun
semasa lahir, keadaan ini memulih dengan sendirinya menjelang umur satu tahun.
Anda mungkin menambahkan berat badan anda sebanyak satu paun / 450 gram setiap
minggu, sebab dalam masa tujuh minggu sebelum lahir, bayi anda akan menambahkan lebih
dari setengah berat lahirnya. Pastikan anda makan secara sempurna dalam minggu-minggu
terakhir.

Perkembangan fetus - hamil 36 minggu


Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

Bayi anda masih menambah berat badannya - lebih kurang 28 gram sehari. Beratnya hampir
6 paun / 2.7 kilogram dan panjangnya 19 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki.
Anda mula merasakan tekanan di bahagian bawah abdomen anda dan juga sedar yang bayi
anda sudah mula menurun. Ini diberi nama lightening iaitu peringanan, atau engagement iaitu
penurunan kepala bayi; dengan ini paru-paru dan perut anda terasa lebih lapang - bernafas
dan bermakan-makan akan menjadi lebih selesa. Namun begitu, perjalanan anda semakin
kurang selesa - sebilangan wanita melaporkan yang mereka merasakan seakan-akan bayi
hendak terkeluar. Juga, anda akan terasa seakan-akan sentiasa hendak ke tandas. Sediakan
nutrisi yang diperlukan di masa penghujung ini dengan panduan makanan sempurna kami.
Berita baik ialah bahawa menjelang akhir minggu ini, kehamilan anda sudah cukup bulan dan
anda akan melahirkan bila-bila masa. (Bayi antara 37 minggu dan 42 minggu dianggap cukup
bulan - bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu ialah pramatang dan selepas 42 minggu
ialah lewat waktu atau post-term.)

Semasa janji temu mingguan anda, doktor akan memeriksa anda untuk melihat samada anda
sudahpun mendilitasi (apabila serviks membuka) dan mengembang (apabila serviks menjadi
nipis). Doktor juga akan memeriksa apakah posisi bayi untuk menentukan sejauh mana bayi
sudah jatuh ke dalam pelvis. Informasi ini akan dimasukkan ke dalam nota materniti anda
supaya doktor anda maklum akan posisi bayi apabila tiba masa untuk melahirkan.

Anda mungkin juga menyukai