Anda di halaman 1dari 4

Lampiran A HBEF2503_04

CONTOH STRATEGI / TEKNIK INOVASI PdP


Contoh Kreatif dan Inovasi: MAJOR MATEMATIK
CONTOH PERTAMA
PENGGUNAAN MULTIMEDIA (POWER POINT SLIDES)
Pengajaran harus merangkumi penggunaan kreatif teknologi seperti ICT
untuk pembelajaran penerokaan dan konstruktivis dalam matematik.
Sebagai contoh, guru yang mengajar bab pecahan, mungkin agak sukar
untuk menerangkan bagaimana proses pecahan itu berlaku, tetapi guru
dapat menjelaskan proses tersebut melalui penggunaan slaid atau pun
perisian matematik. Dengan cara ini pelajar dapat menggambarkan
proses pecahan tersebut.
Sila lihat contoh slaid di bawah:

Slaid 1
Tahun 4: PECAHAN
Penambahan dan Penolakan Pecahan Yang sama Penyebut
Situasi:
Ibu mengambil sebiji limau dari peti sejuk. Kemudian, ibu memotong buah oren tersebut
kepada 8 bahagian yang sama. Ali memakan 2 ulas daripada limau itu dan Adi
memakan 3 ulas daripada limau itu. Berapakah jumlah ulas limau yang telah dimakan
oleh Ali dan Adi??

Lampiran A HBEF2503_04

Slaid 2
Jom kita kira sama-sama berapa bahagiankah yang dimakan oleh Ali dan Adi .

Ali makan 2 daripada 8 ulas limau =2/8


Adi makan 3 daripada 8 ulas limau = 3/8

Jumlah bilangan ulas limau yang telah dimakan ialah: 2/8 + 3/8= 5/8
Persembahan slaid di atas boleh dikategorikan sebagai pengajaran
kreatif dan inovatif yang disediakan oleh guru matematik.
CONTOH KEDUA
PENGGUNAAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER
TAHUN 3: TAJUK SIFIR
Pengajaran guru merangkumi pendekatan konstruktivisme di mana murid
belajar melalui kaedah penerokaan
Guru perlu mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
perpusatkan murid (student centred)

Guru Menggunakan persisian komputer yang sesuai untuk membantu murid


menerokai konsep operasi darab dan seterusnya membina sifir darab mereka
sendiri
Langkah-Langkah Kaedah Pengajaran Baru (berbantukan komputer)

1. Guru minta murid membaca sifir darab sekali sahaja (BUKAN MENGHAFAL):
2X
2X
2X

2X

1=2
2=4
3=6
9 =18

2. Guru mengemukakan soalan berikut:


Apakah maksud 2 X 3 ?. Mengapa 2 X 3 adalah sama dengan 6
Apakah maksud 3 X 2 ? Mengapakah 3 X 2 juga sama dengan 6
3. Guru membimbing murid menjalan aktiviti menerokai konsep operasi darab
dengan persisian yang sesuai (lihat contoh gambar)

a) Pelajar menerokai konsep dengan perisian-perisian (Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 3)

Lampiran A HBEF2503_04

Rajah 1: Menerokai Konsep Operasi darab

Rajah 2: Menerokai Konsep Operasi Darab

Rajah 3: Menerokai Konsep Operasi Darab

4. Guru meminta murid menerangkan maksud darab yang mereka dapati kepada muridmurid lain. Guru menjadi fasilitator untuk membantu murid mendapatkan persefahaman
tentang maksud operasi darab
5. Guru meminta murid bekerja dalam kumpulan kecil untuk membina sifir darab yang
berasaskan 2.
6. Guru mencabar murid membina sifir darab yang berasaskan 3 (aktiviti pengayaan)

Lampiran A HBEF2503_04

Anda mungkin juga menyukai