Anda di halaman 1dari 15

NEGARA DAN PEMIMPIN DALAM SULALATUS SALATIN

KARYA-KARYA tradisional Melayu akan berfokus kepada raja yang diletakkan pada
kedudukan yang tinggi. Keagungan raja dan negara diangkat menjadi persoalan
utama dalam karya-karya kesusasteraan. Oleh itu, raja di diberikan gambarangambaran hebat termasuklah diwarnai dengan unsur-unsur dongeng dan mitos.
Sulalatus Salatin misalnya; mengaitkan nasab raja-raja Melaka dengan Iskandar
Dzulkarnain dari Makadunia. Selain itu, keagungan raja juga digambarkan oleh
pengarang-pengarang sastera Melayu tradisional melalui peristiwa yang dianggap
penting. Dalam Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong
Mahawangsa misalnya, terdapat peristiwa-peristiwa ajaib tentang proses
pengislaman raja-rajanya. Misalnya, mereka bermimpi bertemu Nabi Muhammad,
diludahi mulut mereka oleh Baginda dan tiba-tiba boleh mengucap dua kalimah
syahadat dan juga kejadian brrkhatan melalui mimpi.

DEFINISI PEMIMPIN, KEPIMPINAN DAN KENEGARAAN


Rosalynn Carter mendefinisikan pemimpin sebagai Seorang pemimpin biasa
membawa orang lain ke tempat yang ingin mereka tuju. Seorang pemimpin yang
luar biasa membawa para pendukung ke tempat yang mungkin tidak ingin mereka
tuju, tetapi yang harus mereka tuju. Jim Collin menyebut bahawa pemimpin
memiliki beberapa tingkatan, terendah adalah pemimipin yang andal, kemudian
pemimpin yang menjadi bagian dalam tim, lalu pemimpin yang memiliki visi,
tingkat yang paling tinggi adalah pemimpin yang bekerja bukan berdasarkan ego
pribadi, tetapi untuk kebaikan organisasi dan bawahannya. Mengikut Kamus Dewan
Edisi Ketiga ( 2000 )menyatakan, pemimpin adalah orang yang memimpin dan
difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk.
Secara umumnya pemimpin boleh ditakrifkan sebagai individu yang dilantik secara
formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang berusaha
menjayakan matlamat atau objektif yang dipersetujui bersama. Pemimpin ini
diberikan mandat untuk memandu arah kumpulan atau organisasi yang
melantiknya bagi mencapai objektif dan matlamat penubuhan kumpulan atau
organisasi tersebut.
Kepimpinan pula sebagaimana dijelaskan dalam Kamus Dewan Edisi (2000) adalah
keupayaan memimpin melalui teladan. Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan
sebagai satu seni atau pendekatan bagi mempengaruhi orang lain di dalam
kumpulan atau organisasi agar mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang di arahkan
secara rela bagi mencapai matlamat kumpulan atau organisasi. Ralph M. Stoghill
pula menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah sebagai proses
mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang berkaitan dengan
tugas. Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan sebagai
satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan
1

berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat
kumpulan dan definisi ini dipersetujui bersama oleh Cyril ODonnel. Manakala
Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik melihat kepimpinan
sebagai satu pengaruh antara personal yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi
menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian satu matlamat yang khas.
Kepimpinan ataupun disebut the way to lead secara asasnya mempunyai tiga
komponen utama iaitu sifat, perilaku dan kebolehan menghadapi perkara-perkara
luar jangka. Memandangkan kebiasaannya di dalam organisasi , para pemimpin
diletakkan di puncak hierarki sesebuah organisasi, maka pemimpin haruslah
mempunyai perawakan yang extra-ordinary berbanding individu lain di dalam
sesebuah organisasi.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mendefinisikan "negara" sebagai suatu
masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah
kerajaan, kawasan yang dibawah kekuasaan kerajaan tertentu dan segala yang
berkaitan dengan negara (masyarakat dan kawasan di bawah satu kerajaan). Istilah
"negara" atau state selalunya dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan
dan sebagainya. Namun dalam pengertian ilmu sains politik, istilah-istilah itu
mempunyai definisi yang berbeza bergantung kepada konteks penggunaannya.
Maksud negara juga merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami wilayah
atau daerah tertentu di bawah undang-undang dan kuasa pemerintahan. Konsep
negara menurut undang-undang antarabangsa ialah sesuatu masyarakat politik
atau wilayah layak dianggap sebagai sebuah negara sekiranya mempunyai ciri-ciri
berikut: Sempadan (Wilayah); Penduduk tetap ; Kerajaan, dan Kedaulatan
Dalam soal kenegaraan pula, bangsa Melayu mempunyai konsep khas untuk
negeri(negara) Kewujudan sesebuah negeri hanya diiktiraf jika negeri itu
mempunyai raja. Raja yang tidak bernegeri tidak diterima kerajaannya. Dengan
kata lain, keagungan sesebuah negeri itu bergantung kepada kehebatan rajanya.
Kewujudan sesebuah negeri dikaitkan dengan peristiwa aneh atau menakjubkan,
misalnya pembukaan Melaka yang berdasarkan kejadian pelanduk menendang
anjing perburuan Parameswara.
Sulalatus Salatin menggambarkan perkisahan raja Melaka yang berasal dari
keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Kehebatan Raja Iskandar Zulkarnain dilukis
melalui kegagahan dan keberanian baginda menakluk negeri Kida Hindi lalu
baginda mengislamkan pemerintah dan rakyat di negeri tersebut melalui
perkahwinan baginda dengan Puteri Syahrul Bariyah. Melalui keturunan ini
digambarkan keagungan dan ketinggian martabat Raja-raja Melayu yang dikaitkan
dengan pertalian Raja Iskandar Zulkarnain yang Agung. Kelebihan yang jelas
tergambar melalui jurai keturunan ini memperlihatkan bahawa keturunan raja-raja
Melaka berasal dari raja besar,gagah serta terkenal. Ini secara tidak langsung
mengangkat martabat raja-raja Melayu dimata seluruh Alam Melayu dan dunia.

Kemasukan Islam ke Alam Melayu juga bertujuan untuk memartabatkan dan


memuliakan keturunan raja. Kemasukan Islam ke Alam Melayu banyak digambarkan
melalui unsur-unsur metos. Unsur-unsur metos ini sebenarnya memberi pengertian
dan pandangan yang besar terhadap kehebatan dan kemuliaan raja-raja Melaka.
Antara contoh metos ialah Raja Iskandar Syah iaitu raja Melaka telah bermimpi
bertemu dengan Rasulullah. Di dalam mimpi baginda itu, baginda telah
berpandangan dengan rasulullah dan telah diajar dua kalimah syahadat serta
namanya telah ditukarkan kepada Sultan Muhammad Syah. Kelebihan yang cuba
ditonjolkan ialah bagi memuliakan golongan raja yang diislamkan sendiri oleh
junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w. Kelebihan ini menggambarkan bahawa rajaraja Melayu memiliki darjat yang tinggi berbanding golongan lain dan bermula dari
peristiwa inilah Islam telah berkembang di negeri Melayu khususnya di Melaka.
Keistimewaan dan kelebihan raja ditonjolkan melalui pakaian, perhiasan,senjata dan
peralatan raja yang mempunyai unsur kesaktian dan hikmat. Hal ini dapat
disaksikan melalui peristiwa pengembaraan Seri Teri Buana ke Tanjung Bemban dan
Temasik. Sewaktu pelayaran ke Temasik, perahu rombongan raja telah dipukul ribut
dan gelombang. Bagi menyelamatkan keadaan baginda telah membuang mahkota
baginda ke laut bagi menyelamatkan pelayaran akhirnya keadaan menjadi tenang
kesan dari tindakan baginda. Peristiwa seterusnya ialah semasa pengembaraan Seri
Teri Buana dari Palembang ke Bintan. Dalam pelayaran sampai ke kuala Inderagiri
rombongan baginda mengalami masalah air. Bagi mengatasi masalah tersebut Seri
Teri Buana telah membuat lingkaran rotan lalu dicampakkan ke dalam laut
seterusnya dicelupkan ibu kaki baginda ke dalam lingkaran rotan tersebut.
Akibatnya air masin dalam lingkaran rotan tersebut menjadi tawar.

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MELAKA


Susun lapis masyarakat adalah berkaitan dengan bentuk hiraki masyarakat.
Terdapat bentuk berbeza antara masyarakat zaman dahulu dengan zaman moden.
Dalam masyarakat tradisional, raja mempunyai kedudukan tertinggi dalam
masyarakat. Kemudian diikuti dengan kumpulan-kumpulan lain yang terdiri daripada
pembesar, rakyat jelata dan hamba. Bagi masyarakat moden pula, susun lapis
masyarakat adalah bergantung kepada kedudukan kumuniti, kampung, daerah,
negeri dan negara. Bagi peringkat negara, peringkat tertinggi hiraki adalah terdiri
daripada pemimpin negara yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Raja pula
diletakkan pada satu institusi lain yang tersendiri dan berfungsi mengikut konsep
raja berpelembagaan. Setiap lapis masyarakat yang ada akan memainkan peranan
penting dalam usaha membangunkan masyarakatnya. samada dari segi ekonomi,
politikdan sosial.
Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri Melaka telah mempengaruhi
pembentukan susun lapis masyarakat. Setiap lapisan masyarakat mempunyai
3

kedudukan dan fungsinya yang tersendiri. Secara umum, masyarakat Melayu


tradisional Melaka dapat dibahagikan kepada dua golongan utama iaitu golongan
yang memerintah dan golongan yang diperintah. Biasanya golongan yang
memerintah ini mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dan istimewa daripada
golongan yang diperintah.

GOLONGAN YANG MEMERINTAH


1. Raja atau sultan
Raja atau sultan merupakan asas terpenting dalam susun lapis masyarakat Melayu
tradisional. Baginda mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam piramid
organisasi sosial. Baginda mempunyai kuasa dan wibawa yang paling tinggi bagi
memerintah seluruh negeri dan jajahan taklukannya. Baginda dianggap sebagai
dewa raja dan baginda merupakan tunggak menyatupadukan rakyat dan
merupakan orang yang bertanggungjawab memelihara keamanan dan memajukan
negeri. Seseorang raja dilantik melalui pertabalan di atas persetujuan semua
pembesar dan biasanya putera sulong atau adik lelaki raja yang akan menggantikan
raja yang mangkat.
2. Kerabat raja
Raja sebagai seorang pemimpin, maka dirinya serta keluarganya akan dihormati
oleh masyarakat malah kadang-kala rasa penghormatan ini diseliputi oleh perasaan
sakral yang tinggi. Mereka dianggap sebagai suci dan amat berbeza dengan
golongan rakyat biasa. Mereka juga mempunyai hak-hak istimewa, namum hak
mereka adalah tidak boleh melebihi hak istimewa seseorang sultan yang
memerintah. Antara keistimewaan yang dinikmati oleh kerabat raja ialah mengguna
payung berwarna kuning dan penggunaan bahasa dalaman.
3. Bangsawan dan pembesar
Bangsawan juga dikenali sebagai anak baik-baik. Mereka menggunakan bahasa
dalaman untuk mengekalkan identiti mereka. Golongan bangsawan ini terdiri
daripada kerabat diraja dan bukan kerabat raja. Mereka adalah berpengaruh di
kalangan pemerintah dan pentadbir. Mereka bertanggungjawab mengandalikan
jentera pemerintahan dan pentadbiran negeri. Pembesar pula merupakan golongan
yang mempunyai kedudukan yang hampir sekali dengan sultan. Biasanya, golongan
ini terdiri daripada bukan kerabat raja. Golongan ini akan dianugerahkan suatu
kawasan yang menjadi pegangannya dan sumber pendapatannya di mana
seseorang pembesar itu dibenarkan mengutip cukai dan mengawal tenaga
manusianya. Biasanya mereka dilantik secara turun-temurun.
4. Golongan pemimpin agama
4

Pemimpin agama dan pendeta juga termasuk dalam golongan bangsawan. Mereka
merupakan golongan cerdik pandai yang memegang jawatan mufti dan kadi.
Terdapat juga pemimpin agama yang dianugerahkan gelaran kebesaran seeperti
Maharaja Kadi, Dato Mufti Seri Utama dan Dato Mufti Imam Maharaja. Mereka
menjadi penasihat raja dan kerajaan dalam hal-hal tentang hukum syarak dan
selok-belok agama termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu agama. Golongan ini
merupakan pakar dalam hal-hal kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, adat-istiadat
dan salasilah raja-raja. Mereka juga menjadi pakar rujuk kepada raja serta menjadi
penulis dan perawi diraja.

GOLONGAN YANG DIPERINTAH


1. Rakyat biasa
Rakyat biasa terdiri daripada masyarakat pribumi yang bermastautin tetap dan
bilangannya adalah ramai. Mereka selalu menjadi pengikut pembesar di peringkat
pusat dan penyokong pentadbir di peringkat jajahan takluk. Mereka terdiri daripada
pedagang dan peniaga. Mereka menjalankan perdagangan di pelabuhan. Selain itu,
terdapat juga mereka yang menjadi buruh kasar dan tukang mahir dalam
pembuatan alat perhiasan dan senjata. Rakyat biasa ini juga terlibat dalam kegiatan
pertanian dan penangkapan ikan untuk sara diri.

2. Orang asing
Orang asing selalunya adalah orang bukan Melayu yang hanya mengunjungi Tanah
Melayu untuk tujuan tertentu. Mereka terdiri daripada pedagang, perantau,
mubaligh atau santeri. Secara amnya, orang asing ini dapat digolongkan kepada
dua kumpulan iaitu orang yang menetap terus dan orang yang mengunjung sekalisekala. Selain itu, terdapat juga masyarakat Tamil-Islam yang berdagang dan
bergaul bebas dengan orang pribumi. Keadaan ini telah mendorong kepada
kewujudan masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk ini dapat digolongkan kepada
dua iaitu masyarakat asing yang menyerapkan diri ke dalam masyarakat pribumi
dan masyarakat asing yang masih mengekalkan cara hidup dan identiti masingmasing. Walau bagaimanapun, mereka tidak terlepas daripada undang-undang
tempatan.
3. Hamba
Dalam masyarakat Melayu, golongan hamba menduduki susun lapis masyarakat
yang paling bawah. Golongan ini dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu :
a. Hamba raja

Hamba raja terdiri daripada mereka yang menawarkan diri untuk menjadi hamba di
istana. Mereka melakukan semua jenis pekerjaan dan taraf mereka juga lebih tinggi
kalau dibandingkan dengan hamba yang lain. Terdapat juga bekas tahanan perang
atau banduan yang menjadi hamba raja.
b. Hamba berhutang
Hamba berhutang ini terdiri daripada rakyat biasa yang gagal membayar hutang
kepada pemiutang dalam jangka masa yang ditetapkan. Hamba ini juga disebut
sebagai masuk hulun. Mereka yang menjadi hamba berhutang terpaksa bersama
isteri dan anak-anaknya tinggal bersama si pemiutang dan bekerja sehingga hutang
dibayar. Mereka boleh dijual kepada pembesar-pembesar lain. Walau
bagaimanapun, mereka boleh menjadi rakyat biasa semula apabila ia setelah
selesai berkhidmat kepada si pemiutang dalam tempoh yang dijanjikan.
c. Hamba biasa
Hamba biasa menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya secara turuntemurun. Mereka dapat digolongkan kepada tiga jenis iaitu hamba abdi yang
membuat kerja yang berat dan kasar. Dengan merupakan hamba yang dibeli dan
biduanda yang merupakan orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja. Sistem
perhambaan ini membawa makna bahawa pemilik hamba ini mempunyai taraf
sosial yang tinggi dan secara langsung ia menyediakan bekalan sumber tenaga
manusia bagi melaksanakan segala kerja.
Pemahaman terhadap susun lapis dan fungsi dalam masyarakat akan memudahkan
kita memahami bagaimana corak atau stail pentadbiran kerajaan Melaka. Struktur
masyatakat yang berpusat kepada dua strata iaitu orang yang memimpin dan orang
yang dipimpin menjelaskan bahawa pengaruh dan peranan raja sebagai kuasa
mutlak dan terunggul dalam pentadbiran kerajaan.
CIRI-CIRI PEMIMPIN DALAM SULALATUS SALATIN
Kepimpinan adalah melihat kepada kualiti perilaku, sikap dan pemikiran yang ada
pada seseorang raja sebagai pemerintah. Selain dari keagungan nasab, kelebihan
pakaian, dan kesaktian ciri-ciri kepimpinan ini menjadi acuan penting kejayaan dan
kegagalan kepimpinan dalam pentadbiran negeri. Ciri-ciri kepimpinan ini bukan saja
dipaparkan dalam Sulalatus Salatin tetapi karya-karya tradisional Melayu yang lain
seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan sebagainya.
Seseorang pemimpin atau raja perlu menyiasat aduan dengan teliti. Raja perlu
menyiasat setiap aduan dari pembesar atau rakyat dengan teliti sebelum
menjatuhkan hukuman. Kecuaian akan menyebabkan golongan tidak bersalah
dizalimi. Mangsa akan marah dan akan menentang raja. Sang Rajuna Tapa telah
menentang Raja Iskandar Syah kerana anaknya difitnah dan dihukum oleh raja.
Akibatnya kerajaan Singapura runtuh.
6

Apabila seseorang pemimpin membuat keputusan atau menjatuhkan hukuman


hendaklah dengan setimpal. Hukuman yang dikenakan ke atas pesalah perlu
setimpal. Ia tidak harus melampaui batas. Demang Lebar Daun telah meminta
hukuman dikenakan oleh raja biar bertepatan dengan syariat. Jangan memalukan
rakyat. Dalam kes pembunuhan Tuan Jana khatib di Singapura menunjukkan sikap
terburu-buru dan tanpa usul periksa raja membuat keputusan. Akibatnya Singapura
dilanggar todak dan beribu-ribu orang telah terbunuh akibat kesilapan raja.
Pemimpin hendaklah menjalankan dasar diplomatik yang cermat. Hubungan dengan
negara luar termasuk layanan terhadap utusan-utusan dari negara luar perlu
dilakukan dengan baik. Utusan luar jangan dilayan secara kasar. Dalam kes tartar
dan menarah kepala budak di Singapura telah berlaku serangan oleh Majapahit ke
atas Singapura kerana Raja Singapura melayan utusannya secara kasar dan
menghina raja Majapahit. Begitu juga sebaliknya.
Raja perlu kuat. Raja tidak boleh dipilih dari kalangan yang lemah. Raja yang lemah
menyebabkan dia boleh dimanipulasi oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
Raja Ibrahim yang masih kanak-kanak telah menjadi boneka kepada Raja Rekan di
Melaka. Bahkan akhirnya Raja Ibrahim atau Sultan Abu Syahid telah mati dibunuh
oleh Raja Rekan. Semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah, baginda telah
berhasrat utuk meluaskan tanah jajahannya. Oleh itu, baginda telah menghantar
Paduka Raja, hulubalang, Tun Pikrama, Tun Menteri dan Seri Bija Diraja (Datuk
Bongkok) ke Pahang. Dalam peperangan ini Pahang telah berjaya dikalahkan oleh
Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditangkap oleh Seri Bija Diraja dan dibawa ke
Melaka manakala anak Maharaja Dewa Sura, Puteri Wanang Seri telah dikahwini
oleh Sultan Mansor Syah.
Pemimpin jangan mengikut hawa nafsu syahwat. Sultan Mahmud Melaka
digambarkan terlalu mengikut hawa nafsu syahwatnya menyebabkan dia dibenci
oleh rakyatnya. Raja Pahang berhasrat untuk menyerang Melaka setelah
tunangannya Tun Teja dilarikan oleh Laksamana ke Melaka. Tun Biajid juga
menimang lembing untuk membunuh Sultan Mahmud yang telah berlaku curang
dengan isterinya. Semua ini menunjukkan bahawa kesan pemimpin yang hanya
mengikut nafsu akan membawa kecelakaan dan konflik dalam negeri.
Seorang raja mestilah berani dalam membuat sesuatu tindakan atau keputusan.
Sultan Alauddin Riayat Syah dapat dijadikan contoh yang tepat kerana baginda
berani meronda pada waktu malam di Melaka untuk menghapuskan kes pencurian.
Beliau telah mengejar dan berjaya membunuh beberapa orang pencuri. Akibat dari
tindakan berani itu masalah kecurian dapat diatasi di Melaka.
Pemimpin tidak bersifat pilih kasih. Sikap mengutamakan keluarga dalam
pemerintahan boleh mengundang bahaya terhadap kerajaan. Sultan Mansur Syah
telah sanggup mengeluarkan anaknya sendiri Raja Muhammad ke Pahang setelah

Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Bendahara Tun Perak. Tindakan bijak
baginda berjaya menyelamatkan huru hara berlaku di Melaka.
Bijaksana dalam pentadbiran kerajaan. Nilai kebijaksanaan golongan raja
ditonjolkan melalui keagungan dan kewibawaan raja-raja Melayu. Sifat-sifat seperti
adil, alim, kebijaksanaan, berani dan gagah merupakan sifat-sifat yang perlu dimiliki
oleh seorang raja. Sifat ini secara tidak langsung meninggikan lagi imej raja-raja
Melayu dimata rakyat jelata. Kebijaksanaan raja digambarkan melalui watak Sultan
Muzaffar Syah menceraikan Tun Kudu bagi menyelamatkan keadaan dan
mengembalikan perpaduan dalam kalangan pembesar-pembesar Melaka.
Seterusnya kebijaksanaan Sultan Alauddin Riayat Syah yang digambarkan sebagai
seorang pemimpin yang bijak dalam merancang langkah-langkah kawalan dan
mencegah masalah pencuri.
Pemimpin hendaklah prihatin terhadap golongan yang lemah. Orang yang kuat dan
berkuasa tidak boleh menindas golongan yang lemah sesuka hati. Negeri Kampar
tidak tunduk kepada Melaka. Ini menyebabkan Kampar telah diserang oleh Melaka.
Negeri Kampar kalah manakala rajanya Maharaja Jaya telah dapat dibunuh. Seri
Nara Diraja telah diberi kuasa untuk memerintah Kampar. Sultan Mahmud Syah
sanggup menyediakan jambatan emas dan perak merentangi dari istana Melaka ke
Gunung Ledang. Tindakan baginda menunjukkan sikap raja yang sanggup memeras
harta benda rakyat demi kepentingan dirinya. Raja sanggup "mendera" rakyat jelata
menyediakan sesuatu yang amat sukar dicari seperti hati nyamuk, air mata dan air
pinang muda. Balasan kepada tindakan zalim ini ialah Melaka diserang Feringgi.

PANTANG LARANG SEBAGAI ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGAN NEGARA


Dalam Sulalatus Salatin aspek adat istiadat dan pantang larang merupakan elemen
perundangan dalam pentadbiran negara. Ia hendaklah dipatuhi oleh semua pihak
demi melahirkan kententeraman dan kemakmuran Melaka.
Pantang larang berpakaian. Rakyat jelata ( orang keluaran ) dilarang dari
menggunakan pakaian yang berwarna kuning, di buat tepi tabir, ulasan bantal besar
dan tilam, bungkusan barang, dijadikan barang perhiasan, kain, baju dan destar,
Begitu juga sekiranya ingin masuk ke istana seseorang itu harus memakai kain
berpancung dan berkeris di hadapan serta bersebai sekiranya berkeris di belakang
akan dirampas.

Syarat memiliki emas. Rakyat jelata walau pun ia seorang yang berada dilarang
memakai barangan kemas yang dibuat daripada emas bergelang kaki emas dan
sekiranya berkeroncong emas berkepala perak pun tidak dibenarkan kecuali ia
dianugerahi oleh raja dapatlah dipakai untuk selama-lamanya.
8

Pantang Derhaka.Rakyat jelata adalah ditegah sama sekali melakukan


penderhakaan kepada raja, ini sesuai dengan pepatah Melayu yang mengatakan
raja merupakan payung rakyat tempat berteduh, pantang Melayu menderhaka,
sekiranya seseorang itu menderhaka maka balasan buruk bakal menanti iaitu
hukuman bunuh, bagi penderhaka ia tidak layak untuk berada di atas bumi ini dapat
di lihat dalam peristiwa Hang Jebat yang mati di bunuh apabila bertindak
menderhaka ke atas Sultan Mansor menyebabkan beliau mati di bunuh di tangan
sahabatnya sendiri Hang tuah atas arahan sultan, begitu juga dengan bangkainya
turut dibuang ke laut serta segala anak bininya turut dibunuh manakala kaki tiang
dan tanah bekas rumahnya turut dibuang ke laut inilah betapa besarnya kesalahan
menderhaka yang dianggap tidak layak untuk berada di bumi.
Tidak biadap di hadapan Bendahara. Peristiwa ini dapat dilihat apabila Tun
Perpatih Hitam semasa dibicarakan oleh Bendahara Seri Maharaja maka Tun
Hussain anak Tun Perpatih Hitam datang dengan berkeris panjang untuk
mendapatkan ayahandanya dengan ini beliau telah berdiri sambil menguiskan tikar
dengan kaki, perbuatan ini dianggap satu perbuatan yang biadap menguis tikar di
hadapan bendahara dan menyebabkan ia mati dibunuh oleh Laksamana manakala
anakndanya juga turut dibunuh.
Membina rumah dan berperahu. Rakyat jelata dilarang membuat rumah
bermanjungan bertiang gantung, tidak berpijak ke tanah serta bertiang terus dari
atap dan peranginan, sekiranya berperahu tidak boleh bertingkap, berpenghadapan
dan tidak boleh memakai penduk dan teterapan keris.

KEPENTINGAN ADAT ISTIADAT DAN PANTANG LARANG BAGI MELAKA


Bertujuan untuk menggambarkan keagungan Kerajaan Melaka. Adat istiadat yang
tersusun rapi yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah telah
menggambarkan Kerajaan Melaka merupakan sebuah kerajaan yang agung, besar
dan berdaulat. Sistem pemerintahan yang cukup kemas dan tersusun ( sistematik )
yang mana raja sebagai pemerintah yang dibantu oleh pembesar- pembesar yang
berwibawa bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan, jika dibandingkan
dengan mana- mana kerajaan di kepulauan Melayu seperti Majapahit. Melaka
adalah sebuah kerajaan yang tersusun maju dan bersistemmatik.
Menggambarkan martabat raja yang tinggi. Kedudukan raja yang tinggi dalam
struktur pemerintahan dapat di lihat melalui segala adat istiadat dan juga pantang
larang yang menunjukkkan perbezaan yang ketara dengan golongan yang di
perintah contoh kedudukan raja semasa dalam balai penghadapan begitu juga dari
segi pemakaian emas adalah barangan yang amat berharga adalah khusus untuk
golongan raja sahaja. Ini jelas menunjukkan betapa tingginya martabat raja di
kalangan rakyat.
9

Menggambarkan Kerajaan Melaka sebuah kerajaan Islam yang unggul. Melalui adat
istiadat yang terdapat dalam Kerajaan Melaka dapat menggambarkan Melaka
adalah sebuah kerajaan Islam yang unggul di rantau Melayu ini dapat di lihat
melalui peristiwa bagaimana sebuah kitrab Darul Mazlum sebuah kitab dari negara
Arab yang telah diarak dengan penuh penghormatan sehingga sampai ke istana
Melaka. Begitu juga sambutan pada malam bulan Ramadan iaitu malam 7 likur dan
ianya patut dicontohi oleh setiap para pemerintah.
Menggambarkan rakyat yang taat setia. Melalui adat istiadat dan pantang larang
dapat menggambarkan masyarakat Melayu yang patuh dan sanggup menjunjung
segala perintah dan peraturan yang dikenakan oleh golongan pemerintah terhadap
golongan yang diperintah. Mereka beranggapan bahawa raja adalah golongan yang
berdaulat oleh itu mereka memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada
raja serta teguh memegang prinsip Pantang Melayu Derhaka Kepada Raja
Mengukuhkan Institusi istana dan pembesar Melayu. Melalui adat istiadat dan
pantang larang dapat menggambarkan institusi istana dan kuasa pembesar
dilindungi daripada ancaman- ancaman jahat yang cuba untuk menjatuhkannya
dengan adanya adat dan pantang larang seolah- olah golongan rakyat cuba
dinafikan hak mereka, walau pun ada di kalangan rakyat yang mampu memiliki
kekayaan tetapi disebabkan adanya peraturan yang mengatakan rakyat biasa tidak
boleh memiliki dan memakai barangan emas kecuali dianugerahi, maka secara
tidak langsung golongan istana dan pembesar akan di pandang tinggi dan mulia
dan tidaklah timbulnya perasaan bongkak akibat kekayaan di kalangan rakyat dan
pada satu masa mungkin bertindak mencabar institusi beraja

TERAS KENEGARAAN : KESETIAAN DAN KEDAULATAN TERHADAP NEGARA


Waadat merupakan teras penting dalam hubungan kenegaraan rakyat dan raja di
alam Melayu. Dalam Sulalatus Salatin perisitiwa waadat ini tertulis dalam petikan
berikut :
Maka titah Seri Teri Buana, Kabullah hamba akan janji paman itu, tetapi hambapun
hendak minta janji juga pada paman. Maka sembah Demang Lebar Daun, Janji
yang mana itu, patik pohonkan titah duli Yang Maha Mulia. Maka titah Seri Teri
Buana, Hendaklah oleh segala cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau
zalim jahat pekertinya, jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan
darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk
negerinya juga.
Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah tuanku, tetapi jikalau anak cucu duli
tuanku dahulu mengubahkan, anak cucu patik pun berubahlah tuaku, Maka titah
10

Seri Teri Buana, Baiklah paman, kabullah hamba akan waad itu. Maka bagindapun
bersumpah-sumpahlah dengan Demang Lebar Daun. Titah baginda, Barang siapa
hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya dibalikkan Allah bumbungan
rumahnya ke bawah kaki ke atas. Maka sembah Demang Lebar Daun, Jikalau raja
Melayu itu mengubahkan perjanjiannya dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah
negerinya dan takhta kerajaannya,. Itulah dianugerahkan Allah subhanahu wa
taala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib kepada segala hamba
Melayu, jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada pernah memberi aib
kepada segala hamba Melayu. Jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada
diikat dan tiada digantung, difadihatkan dengan kata-kata yang keji hingga sampai
pada hokum mati, dibunuhnya. Jikalau ada seorang raja-raja Melayu itu memberi aib
seorang hamba Melayu, alamat negerinya akan binasa (Sulalatus Salatin, hal. 2526).
Waadat menjadi teras kepada hubungan antara rakyat dan raja. Sebelum waad
berlaku, Seri Teri Buana telah berkahwin sebanyak 39 kali tetapi wanita yang
dikahwininya mendapat penyakit kedal. Seri Teri Buana ingin berkahwin dengan
anak Demang Lebar Daun iaitu Raden Cendera Puri. Demang Lebar Daun bersetuju
dengan syarat Raden Cendera Puri tidak dikeluarkan dari istana jika mendapat
kedal.
Syarat-syarat waad itu meliputi : Demang Lebar Daun sedia menjadi hamba atau
rakyat kepada Seri Teri Buana. Sebagai rakyat mesti dijaga oleh keturunan Seri Seri
Buana. Rakyat yang bersalah boleh dihukum tetapi tidak boleh difadihat, dinista
atau diaibkan
Jika anak cucu Seri Terti Buana atau raja bersalah atau berlaku zalim, jangan hamba
Melayu derhaka. Rakyat juga tidak boleh menitikkan darah raja ke bumi yakni
membunuh atau mencederakan raja. Jika hamba Melayu derhaka, ia akan mendapat
tulah atau dibalikkan Allah bumbung rumah ke bawah. Manakala jka raja zalim atau
melanggar waad dibinasakan negeri dan takhtanya dan raja kehilangan negeri
Persetiaan Demang Lebar Daun dan Seri Teri Buana ini dilanggari sama ada oleh
rakyat atau raja, Sulalatus Salatin telah menggambarkan kesan terhadap
perlanggaran waad itu. Seri Maharaja membunuh Tuan Jana Khatib mengakibatkan
Singapura dilanggar todak. Raja Iskandar Syah menyula anak Sang Rajuna Tapa di
hujung Pasar (mengaibkan) akhirnya Singapura alah kepada Majapahit yang dibantu
oleh Sang Rajuna Tapa. Kisah Raja Muhammad membunuh Tun Besar anak Tun
Perak. Tidak dilantik menjadi raja Melaka, sebalik hanya menjadi raja Pahang.
Kezaliman Sultan Mahmud membawa kepada kekalahan Melaka kepada Ferenggi
(Portugis). Bagi rakyat yang melanggar waad ini misalnya, Sang Rajuna Tapa belot
kepada Raja Iskandar Syah dengan membuka pintu kota semasa serangan
Majapahit, Sang Rajuna Tapa menjadi batu bersama isterinya. Hang Jebat
menderhaka dan beliau mati dibunuh Hang Tuah.

11

Kepentingan utama waad ini ialah lahirnya amalan kesetiaan dalam kalangan rakyat
semata-mata untuk mendaulatkan dan memartabatkan kerajaan Melaka. Kesetiaan
menjadi elemen perundangan penting dalam Sulalatus Salatin. Kesetiaan yang
membawa banyak kesan kepada kemakmuran dan kemasyhuran Melaka.
Kesetiaan Hang Tuah. Hang Tuah merupakan laksamana Melaka, beliau dikatakan
seorang hamba Melayu yang menumpahkan kesetiaan kepada raja Melaka tanpa
berbelah bahagi, ini dapat dilihat semasa beliau dijatuhkan hukuman akibat dari
fitnah salah seorang pembesar yang begitu mencemburui kejayaan yang dicapai
oleh beliau ini telah membawa kepada hukuman bunuh, begitu juga kesanggupan
beliau menjalankan perintah raja dengan penuh ketaatan tanpa membantah untuk
membunuh rakan karibnya Hang Jebat. Tanpa adanya sifat kesetiaan yang
ditunjukkan oleh Hang Tuah sudah pasti Kerajaan Melaka akan mengalami
kekacauan akibat dari rasa tidak puas hati yang ditunjukkan oleh Hang Tuah dan
para pengikutnya. Begitu juga sekiranya Hang tuah tidak melaksanakan perintah
Sultan untuk membunuh Hang Jebat sudah pasti tidak ada orang yang berupaya
membunuhnya dan ini akan menghuruharakan kerajaan Melaka.
Kesetiaan Bendahara Paduka Raja. Kesetiaan Bendahara Paduka Raja dapat dilihat
melalui peristiwa apabila beliau tidak bertindak balas atas kematian anakndanya
Tun Besar yang dibunuh oleh putera Sultan Mansor Raja Muhammmad, sewaktu Tun
Besar sedang bermain sepak raga tiba- tiba bola raga terkena pada dastar baginda,
ini telah menyebabkan Raja Muhammmad merasa murka lalu membunuh Tun Besar.
Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan pengikut Bendahara Paduka
Raja, tetapi atas dasar kesetiaan Tun Perak tidak bertindak balas kerana dirinya
sedar sekiranya beliau menggambil tindakan sudah pasti akan menyebabkan negeri
Melaka terdedah kepada kekacuaan dan sudah pasti pihak musuh akan mengambil
kesempatan dan akan menyebabkan Kerajaan Melaka menjadi tidak stabil, sikap
Tun Perak ini sebenarnya satu tindakan yang berpandangan jauh, malah beliau
hanya menyatakan ketidak sanggupan untuk bernaung di bawah Sultan Muhammad
ini menyebabkan baginda Sultan Mansor menghantarnya ke negeri Pahang untuk
dijadikan raja di sana.
Kesetiaan Bendahara Seri Maharaja. Kesetiaan Bendahara Seri Maharaja dapat
dilihat apabila beliau telah menjadi mangsa fitnah oleh Kitul, Raja Mendeliar dan
Laksamana Khoja Hassan yang mengatakan beliau telah mengumpulkan harta
kekayaan melebihi kekayaan sultan. Sultan Mahmud yang telah lama mendendami
Bendahara Seri Maharaja apabila Bendahara Seri Maharaja tidak menunjukkkan
anak gadisnya Tun Fatimah yang rupawan dan dikahwinkan dengan Tun Ali, ini
menyebabkan TunMutahir dan keluarganya telah dijatuhi hukuman bunuh dan
tindakan sultan ini telah menimbulkan kemarahan para pengikutnya tetapi
Bendahara Seri Maharaja telah memujuk para pengikutnya bersabar dan beliau
sanggup menerima hukuman bunuh. Tindakan beliau ini merupakan satu
pengorbanan yang ingin melihat keamanan yang berkekalan walaupun beliau tahu
yang dirinya tidak bersalah tetapi memandangkan ia lebih pentingkan kepada
12

ketenteraman beliau
memberontak.

sanggup

menghalang

para

pengikutnya

dari

terus

Perhatikan bagaimana tindak-tanduk Bendahara Seri Maharaja dalam petikan


berikut :
Maka Laksamana pun masuklah mengadap Sultan Mahmud; segala kata-kata Raja
Mendaliar itu semuanya dipersembahkannya ke bawah duli Sultan Mahmud.
Setelah Sultan Mahmud mendengar sembah Laksamana itu, kabullah pada hati
baginda, seperti orang mengantuk disorongi bantal; kerana baginda sedia menaruh
dendam akan Bendahara Seri Maharaja raja, sebab anaknya Tun Fatimah itu;
seperti kata Farsi: "Al mahabbat bain niyat, Wal 'asyiq fikr niyat," ertinya: "Yang
kasih itu antara tiada, dan berahi itu bicara tiada." Maka Sultan Mahmud Syah pun
menyuruh memanggil Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara; setelah keduanya
datang, maka dititahkan baginda membunuh Bendahara Seri Maharaja. Maka
mereka keduanya pun pergilah dengan segala hamba raja. Maka segala anak buah
Bendahara dan kaum keluarganya, dan segala orangnya semuanya berkampunglah
pada Bendahara Seri Maharaja, sekaliannya dengan alat senjatanya; Tun Hassan
Temenggung hendak melawan, ditegah oleh Bendahara Seri Maharaja, katanya,
"Hei Hassan! Hendak membinasakan nama orang tua-tua kitakah engkau? Kerana
adat Melayu tiada pernah derhaka."

Setelah Tun Hassan Temenggung mendengar kata Bendahara itu, maka Tun
Hassan Temenggung pun membuangkan senjata dari tangannya, lalu berpeluk
tubuh; maka kata Bendahara Seri Maharaja pada segala kaum keluarganya, dan
kepada segala orangnya, "Barang siapa kamu melawan, hamba dakwa ia di
akhirat." Setelah mendengar kata Bendahara Seri Maharaja itu, sekaliannya pun
membuangkan Senjata dari tangan, lalu kembali ke rumah masing-masing. Maka
tinggallah Bendahara Seri Maharaja dua bersaudara dengan Seri Nara Diraja;
segala anak buahnya undur belaka.
Kesetiaan Tun Biajid. Tun Biajid merupakan anak Laksamana Hang Tuah, beliau telah
ditugaskan oleh baginda sultan untuk menjaga kawasan Merba, sekembalinya
beliau dari bertugas menjaga kawasan didapati baginda Sultan Mahmud telah
berlaku curang dengan isterinya, peristiwa ini telah terserempak dengan Tun Biajid
yang sewaktu itu sedang membawa lembing. Tun Biajid telah menimbang- nimbang
lembing untuk di tikam ke dada baginda tetapi memikirkan sebagai seorang bangsa
Melayu yang pantang menderhaka kepada raja tambahan pula beliau anak kepada
Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan sikap kesetiaannya. Sekiranya Tun
Biajid menderhaka sudah pastilah Kerajaan Melaka akan menjadi huru- hara
memandangkan baginda Sultan Mahmud terkenal dengan seorang sultan yang
lemah dan tidak berwibawa dan sudah pasti orang akan memandang kepada Tun
Biajid seorang penderhaka dan tidak dapat mewarisi sikap ayahandanya Laksamana
13

Hang Tuah yang terkenal dengan kepatuhan dan kesetiaannya,malah beliau hanya
mengambil tindakan dengan memulau untuk tidak pergi ke istana
Kesetiaan utusan-utusan Melaka semasa melaksanakan tugas. Kemunculan Melaka
sebagai sebuah kerajaan yang mantap lagi unggul di mata dunia adalah dibantu
oleh golongan- golongan utusan Melaka yang dilantik oleh para sultan dalam
menjalankan wakil dari kerajaan Melaka. Para utusan tadi telah menunjukkan
kesetiaan dan kebijaksanaan yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan
tugas, contoh utusan Melaka ke China yang diketuai oleh Tun Perpatih Putih telah
menunjukkan kesetiaan dan kebijaksanaannya apabila berjaya melihat wajah
Maharaja China, Tun Bijaya Sura telah berjaya mengangkat martabat Raja Melaka
dan dalam masa yang sama telah menjatuhkan maruah Betara Majapahit melalui
permainan sapu- sapu rengit. Menteri Jana Putera dan Tun Telanai berjaya menjaga
imej Melaka melalui jawapan- jawapan yang dikemukakan kepada Raja Siam
manakala Hang Nadim berjaya memberi tunjuk ajar kepada para pelukis kain di
Benua Keling bagaimana untuk menghasilkan corak kain yang baik. Sekiranya para
utusan tadi tidak dapat menunjukkan kesetiaan yang begitu tinggi sudah pasti
matlamat untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang di pandang
mulia di kalangan negara serantau sudah pasti tidak akan mencapai matlamatnya
kerana kesetiaan merupakan kunci untuk mewujudkan negara yang cemerlang lagi
terbilang

KESIMPULAN
Pemimpin yang adil serta berpegang kepada teras waadat serta kesetiaan rakyat
sebagai hamba yang mendokong kedaulatan negara menjadi intisari kepimpinan
kerajaan Melaka. Teras masyarakat yang berpegang kepada waadat pantang
derhaka dan keadilan dan kesaksamaan yang diberikan oleh kerajaan serta
pegangan kuat hukum hakam agama Islam menjadi penguat kepada kaedah
berwargangera rakyat Melaka. Kedaulatan dan kesetiaan terhadap negara menjadi
amalan bersama dalam usaha membina sebuah negara yang aman, makmur dan
sejahtera.

14

15

Anda mungkin juga menyukai