Anda di halaman 1dari 9

BUDAYA CEMERLANG

Iklim dan budaya sekolah adalah penting untuk memacu kecemerlangan sekolah.
Bagaimanakah anda sebagai pemimpin memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan
oleh warga sekolah anda ?.
Pengetua

merupakan

pengurus

atau

pengerak

utama

kepada

sesebuah

organisasi

persekolahan. Sekiranya pengurusan dapat dilaksanakan dengan efektif dan cekap secara tidak
langsung masalah di sekolah dapat diselesaikan dan ini membantu ke arah pembentukan sekolah
berkesan dan memacu kecemerlangan di sekolah. Oleh itu dapatlah dirumuskan bahawa apa yang
membezakan keberkesanan dan kecemerlangan sesebuah sekolah dengan sebuah sekolah yang lain
adalah kebijaksanaan kepimpinan pengetua.
Bukan mudah untuk memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan oleh setiap warga
sekolah, daripada guru-guru, staf bukan akademik dan semua pelajar. Sebagai pengetua , seharusnya
dapat berperanan sebagai pemimpin pengajaran yang berketrampilan.
Pengetua ialah pemimpin teknikal yang seharusnya meminimumkan peranan sebagai jurutera
pengurusan. Kepemimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir
dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum.
Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan, pengelolaan, penjadualan dan penyelarasan. Dengan itu
setiap warga sekolah dapat bergerak dan bekerja mengikut perancangan yang telah ditetapkan bersamasama kearah melahirkan budaya kerja cemerlang.
Pengetua juga harus memainkan peranan sebagai jurutera manusia. Maksudnya pengetua
seharusnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia, dan perhubungan individu serta
mampu menggerakkan stafnya ke arah melahirkan budaya kerja dan budaya sekolah cemerlang.
Pengetua sebagai pemimpin pendidikan. Dalam hal ini pengetua memainkan peranan
sebagai clinical practioner, iaitu menyumbang kepakaran dalam bidang pendidikan dan persekolahan.
Pengetua juga perlu mahir dalam bidang kurikulum, diagnosis keperluan pelajar, penilaian dan
penyeliaan atau pencerapan yang berkesan.
Pengetua sebagai pemimpin simbolik. Dalam konteks ini pengetua meminimumkan peranan
sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu perkara yang
hendak dicapai. Kepemimpinan seumpama ini termasuklah aktiviti seperti melawat bilik darjah dan

kawasan sekolah, di samping cuba mengenali pelajar dengan lebih dekat. Selain daripada itu
kepemimpinan budaya amat penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua yang
menjalankan

peranan

ini

dapat

dilihat

menerusi

usaha-usahanya

mencari,

mentafsir

dan

memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai
sebuah sekolah yang unik dan mempunyai ciri-ciri sekolah cemerlang.
Secara kesimpulannya sebagai pemimpin, pengetua seharusnya memberi penekanan kepada
pengurusan dan membuat keputusan secara demokratik, kepemimpinan pengajaran yang kuat diberikan
oleh pengetua atau guru-guru lain, memastikan kestabilan guru-guru dan staf , memberi penekanan
kepada

kurikulum

dan

pengajaran,

mewujudkan

program

pembangunan

staf

di

peringkat

sekolah, memastikan penggunaan masa yang berkesan serta melibatkan lebih masa kepada pelajaran
akademik dan kurang kepada aktiviti-altiviti bukan akademik. Dengan itu budaya sekolah cemerlang akan
wujud dengan sendirinya.
Posted by Rusidi Mustapha at 15:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah ?.

Sekolah berkesan adalah sekolah yang mencapai suatu status yang memenuhi kriteria-kriteria
tertentu. Biasanya menggunakan prestasi pencapaian pelajar sebagai pengukur pencapaian.
Keberkesanan sekolah juga ialah sekolah yang berjaya menunjukkan peningkatan yang baik dalam
pencapaian akademik pelajar, sekolah yang mempunyai iklim yang kondusif, mempunyai kepemimpinan
yang berjaya membawa perubahan, sekolah yang mempunyai hubungan yang baik dengan komuniti dan
sekolah yang mana hubungan antara warganya baik dan mengamalkan kejelekitan yang tinggi.
Bagi penambahbaikan sekolah pula, ianya diukur dari segi tahap pelaksanaan inovasi atau
meningkatkan keadaan sekolah atau sistem sekolah manakala bagi keberkesanan sekolah pula ianya
merupakan satu konsep berasaskan semakan ciri-ciri yang ada pada sesuatu sekolah. Mengikut Webes,
ada 8 faktor untuk sekolah berkesan iaitu kepimpinan pengurusan yang kuat, ekspektasi pencapaian
pelajar yang tinggi, suasana persekitaran sekolah yang positif, penegasan kepada amalan
membaca, additional

reading

personel, penggunaan

phonies

(melalui

orang

memusatkan pelajar dan pemikiran yang berterusan ke atas pencapaian pelajar.

lain), pengajaran

Secara

keseluruhannya

faktor-faktor

ini

berfokus

kepada

beberapa

dimensi

berikut

iaitu kepimpinan, effikasi dan efficiency. Ketiga-tiga dimensi ini pula adalah berasaskan kepada elemenelemen:
(a) kepimpinan pengetua
(b) faktor guru
(c) faktor pelajar
(d) faktor persekitaran dan kontekstual.
Penambahbaikan sekolah juga adalah satu usaha dan satu perubahan untuk memajukan sekolah.
Usaha ini datangnya sama ada dari dalam sekolah atau dari pihak luar sekolah. Fokus penambahbaikan
sekolah adalah segala apa yang memberi faedah kepada murid-murid, khusunya peningkatan
pembelajaran mereka dalam bilik darjah. Tindakan penambahbaikan sekolah ini memerlukan satu
perancangan yang sistematik dan perancangan ini dilaksanakan dan diurus secara berterusan dan dalam
penambahbaikan sekolah, aspek-aspek dalaman sekolah, iaitu budaya dan keadaan-keadaan
membolehkan yang memberi kesan/impak kepada pengajaran-pembelajaran di bilik darjah sekolah,
menjadi sasaran perubahan. Segala aktiviti-aktiviti sekolah yang dikelola oleh guru-guru dan orang lain,
bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat sekolah. Contohnya kaedah mengajar, aktiviti yang
berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum dan pengalaman-pengalaman murid dalam aktiviti-aktiviti luar
bilik darjah atau komuniti.
Oleh itu, sekolah berkesan dan keberkesanan sekolah merupakan konsep yang diukur dari segi ciricirinya. Bagi penambahbaikan sekolah pula ianya sesuatu prose yang berterusan tanpa titik noktah
kerana sekolah yang lemah memang memerlukan penambahbaikan manakala sekolah yang sederhana
masih memerlukan peningkatan dan perubahan. Sekolah yang cemerlang dan gemilang masih bergerak
ke arah perfectness; atau kesempurnaan. Oleh itu tiada suatu piawai yang menjadi titik berhenti bagi
penambahbaikan .
Posted by Rusidi Mustapha at 15:39 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 2 April 2013

BAGAIMANA PENGETUA MEMIMPIN GURU-GURU TANPA


MENGGUNAKAN KUASA & KEDUDUKAN .
Pengetua sebagai pengurus yang menggabung teori kepimpinan. Kajian dan
penulisan mengenai pengurusan sekolah membuktikan bahawa pengetua adalah pembolehubah
yang paling penting bagi menentukan prestasi sekolah dari segi akademik dan budaya sekolah
(Hussain Ahmad, 1993). Justeru itu, dalam pengurusan berasaskan pengupayaan(empowerment)
ini pengetua seharusnya memiliki sifat-sifat berikut:
i) Peka terhadap nilai, sikap dan perbezaan yang terdapat di kalangan ahlinya.
ii) Tidak bersikap monopoli dan mempercayai keupayaan guru-guru.
iii) Melahirkan satu sistem pembuat keputusan bersama yang berkesan.
iv) Mempunyai tujuan dan mendapat restu guru-guru.
v) Melahirkan perhubungan yang rapat dengan masyarakat sekolah dan persekitaran
sekolah.
Dalam ha1 ini, pengetua akan dianggap sebagai model yang mempunyai nilai kepimpinan yang
tinggi. Ia tidak autokratik tetapi demokratik.
Pola

pengurusan

lebih

berasaskan

tindakan

kemanusiaan

tanpa

perlu

menggunakan kuasa atau kedudukan. Menerusi struktur pengurusan yang berdasarkan


konsep pengupayaan (empowerment), pemimpin atau pihak pengurusan adalah lebih demokratik.
Pengurus pendidikan yang bertimbang rasa biasanya mempunyai pengikut (pekerja) yang
mempunyai tahap kepuasan yang lebih tinggi dari segi prestasi pekerja (Al-Ramaiah, 1992).
Hierarki struktur yang tidak rigid. Dalam menghadapi dilema pengurusan institusi
persekolahan, pengetua sewajamya dibekalkan dengan pengetahuan pengurusan yang pelbagai.
Pengurusan
rasionaliti

yang

berasaskan

reflektif

rasionaliti

adalah

lebih

baik

dari

teknikal

(Dr.Wan Zahid, 1993). Ia mempunyai kaitan dengan ciri pengurusan yang tidak

homogen, rutin dan boleh ditelah perilaku dan hasilnya. Ini merupakan salah satu ciri
pengupayaan(empowerment) yang diterima di sekolah-sekolah.

Wujud bentuk pemuafakatan. Setiap keputusan yang dibuat lebih banyak berdasarkan
kepada pemuafakatan antara pihak pengurusan sekolah dengan guru-guru. Pembinaan iltizam
berasaskan konsep pemuafakatan akan menjadi lebih bermakna dan menambah keberkesanan
institusi pendidikan. Pemuafakatan ini bukan hanya terbatas kepada warga sekolah semata-mata
tetapi juga melibatkan unsur PIBG. Unsur bersama di antara elemen kepimpinan sekolah, guru,
murid dan ibu bapa penting bagi meningkatkan prestasi sekolah. Situasi yang sedemikian juga
merupakan antara elemen pengupayaan dalam pengurusan institusi persekolahan.
Ia juga bertunjangkan konsep kebertanggungjawaban yang menyeluruh. Dalam
pengurusan organisasi mengikut James A. F. Stoner (1984) bagi penggunaan sumber-sumber
dengan cekap, maka proses penanggungjawaban harus dari atas ke bawah di mana wujudnya
kebolehan maklumat yang mencukupi bagi melaksanakan tanggungjawab itu dengan cekap. Oleh
yang demikian, ciri ini wujud menerusi pengupayaan (empowerment) di sekolah kerana ia
memungkinkan individu-individu dalam organisasi dapat melaksanakan tugas-tugas yang
diserahkan kepada mereka dengan lebih efektif.
Ahli institusi persekolahan bebas mewujudkan cetusan idea bagi perubahan. Dalam
menangani masalah-masalah di institusi persekolahan, para guru sewajarnya diberi kebebasan
untuk mengemukakan idea bagi perubahan yang lebih bermakna. Mematuhi dan melaksanakan
tugas tanpa unsur kebebasan akan mewujudkan sindrom kebekuan minda. Pengalaman ini
merupakan aset terbaik dalam perlaksanaan pengupayaan (empowerment) di peringkat sekolah.
Berasaskan kepada teknikal reflektif dan bukannya teknikal rasionaliti.Tindakantindakan yang berasaskan kepada menunggu arahan dan surat pekeliling sudah tidak sesuai
dalam melakukan anjakan paradigma pendidikan. Oleh itu, menerusi konsep pengupayaan ini,
sesuatu tindakan itu harus terkehadapan supaya kecemerlangan akan menjadi asas pencapaian
keseluruhannya. Ini juga mempunyai korelasi yang mantap dengan tindakbalas yang
menunjukkan ciri-ciri inovatif, sifat-sifat imaginasi yang tinggi melangkaui kebiasaan dari rutin
dalam gerak kerja. Elemen ini sebagai unsur penting bagi keberkesanan komitmen oleh institusi
persekolahan.

Mewujudkan prinsip skalar.


Menerusi perlaksanaan konsep pengupayaan(empowerment) dalam organisasi pendidikan, ia
secara langsung akan menjayakan prinsip skalar dalam pengurusan. Menurut prinsip ini yang
dipopularkan dalam teori oleh James A. F. Stoner (1984) para anggota organisasi mengetahui di
mana kedudukan mereka dalam rantaian perintah. Prinsip skalar meyarankan kemestian
mewujudkan satu garis autoriti secara jelas yang menurun selangkah demi selangkah dari tingkat
paling tinggi dalam organisasi hinggalah ke tingkat yang paling bawah. Ini akan mengelakkan
pertindanan bidang kuasa dan seterusnya ia akan menambahkan keberkesanan organisasi itu
sendiri.
Prinsip keesaan perintah.
Mengikut prinsip keesaan perintah setiap orang dalam organisasi hendaklah melaporkan kepada
hanya seorang ketua sahaja. Melaporkan kepada lebih daripada seorang ketua menyulitkan
seseorang itu untuk mengetahui kepada siapa tertakluk kebertanggungjawabannya dan arahan
siapa mesti diikuti. Konsep ini bersesuaian dengan pengupayaan (empowerment) di institusi
persekolahan supaya pertindanan arahan tidak berlaku di antara pengetua dengan timbalantimbalan pengetua.
Mewujudkan sistem pemantauan.
Sistem pengesanan atau pemantaun akan lebih bermakna jika mengikut piawaian yang difahami
dan dipersetujui semua. Hal yang demikian rupa, penting dalam menentukan bentuk penilaian
aktiviti-aktiviti yang dilakukan menerusi pengupayaan(empowerment) dalam sesebuah sekolah.
Ciri-ciri yang dikemukakan di atas merupakan antara unsur yang dapat dikenalpasti menerusi
konsep pengupayaan (empowerment) dalam pengurusan di institusi-institusi persekolahan
dinegara ini. Ciri-ciri ini lebih menjuruskan kepada bentuk positif terhadap pola kepimpinan
pengetua menerusi konsep pengupayaan (empowerment) dalam beberapa bidang yang dilakukan
di sekolah. Kajian yang dilakukan tentang sekolah-sekolah efektif menjelaskan bahawa pengetua
memainkan

peranan

penting

dalam

menentukan

keberkesanan

atau

kecemerlangan

sekolah. Justeru itu, adalah penting pengetua diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu pengurusan
terkini supaya dapat dijadikan panduan meggerakkan sekolahnya menuju kepada kecemerlangan.
Wan Mohd Zahid Nordin (1993) menjelaskan bahawa pengetua yang hanya menjalankan tugas
berasaskan arahan dan surat pekeliling semata-mata merupakan pengetua yang tidak prolifik

terhadap bidang tugasnya dan ia tidak berupaya membawa sekolah yang dipimpinnya ke tahap
gemilang. Para pengetua harus bersikap kreatif, inovatif dan proaktif. Untuk itu, budaya ilmu
mestilah menjadi pengamalan harian para pengurus organisasi pendidikan itu sendiri.
Sehubungan dengan usaha untuk membawa tahap kecemerlangan sekolah-sekolah yang
dipimpinnya, maka para pengetua sewajarnya mempelajari cara gaya pengurusan terkini supaya
ilmu bantu ini dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Hussain Ahmad (1993)
menekankan pengurusan yang bercorak insaniah yang menekankan aspek-aspek hubungan dan
kemanusiaan. Jika bijak dilaksanakan akan membantu pengetua menyelesaikan banyak masalah
dalam pengurusan institusi persekolahan tanpa perlu menggunakan kuasa atau kedudukannya
sebagai pengetua. Ini adalah aspek yang menjadi akar umbi dalam pengurusan sekolah yang
diasaskan kepada prinsip atau konsep pengupayaan (empowerment) itu sendiri.

Bagaimana memajukan sekolah ?

Hussein (2008) di dalam bukunya ........ telah menyatakan 10 prinsip untuk memajukan kecemerlangan
sesebuah sekolah.
Prinsip 1 - Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar
dan boleh mencapai kemajuan.
Prinsip 2 - Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan
para pelajarnya
Prinsip 3 - Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif
dan dasar sekolah
Prinsip 4 - Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan satu
budaya sekolah yang lebih positif
Prinsip 5 - Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk
meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah
Prinsip 6 - Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan dan
bukanlah semata-mata untuk pengetua sahaja
Prinsip 7 - Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang
menyebabkan timbulnya masalah itu bukannya gejala-gejalanya
Prinsip 8 - Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan
pembangunan sekolah
Prinsip 9 - Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar
mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga untuk membantu sekolah
Prinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pengetua yang mempunyai kepemimpinan yang
berkesan

Sehingga hari ini sering berlaku pertembungan di antara para pendidik tentang keberkesanan sekolah.
Ada pihak yang menyatakan bahawa keberkesanan sekolah diukur melalui keputusan peperiksaan awam
samada UPSR bagi sekolah rendah dan SPM atau PMR bagi sekolah menengah. Setiap sekolah yang
mendapat peratus kelulusan yang tinggi dan kuantiti pelajar yang mendapat A terbanyak dianggap
sekolah yang berkesan. Sekolah yang membekalkan keputusan yang baik akan berlumba menyediakan
jalan pintas kepada murid-murid supaya mereka akan mampu menjawab dengan tepat dalam masa
beberapa hari peperiksaan kerana itulah kayu pengukur kepada keberkesanan sesebuah sekolah.

Setiap tahun tumpuan diberikan kepada kelas-kelas peperiksaan dan subjek-subjek peperiksaan
sehingga mengabaikan murid-murid lain dan juga subjek lain yang tidak termasuk di dalam peperiksaan
awam. Jika seseorang murid yang mungkin sakit pada hari peperiksaan tidak dapat menjawab soalan
dengan baik dan jika kayu pengukur kejayaan murid adalah berdasarkan peperiksaan ini maka kita akan
mendapati bahawa beliau akan dianggap sebagai tidak berjaya mendapat pendidikan yang sempurna di
sekolah.

Pihak yang kedua menganggap keberkesanan sekolah adalah merupakan keupayaan sekolah
memberikan pendidikan kepada murid mereka berasaskan kepada matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang berhasrat menjadikan murid-murid berketerampilan dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Pendidikan yang diberikan adalah bersifat 'authentic' yang menjurus kepada ilmu yang
kembali digunakan di dalam kehidupan bermasyarakat setelah menamatkan proses pendidikan peringkat
sekolah.

Persoalannmya, mengapa pelbagai pihak suka menggunakan keputusan peperiksaan untuk mengukur
keberkesanan sekolah ini? Jawapan yang mudah ialah sesuatu perkara yang boleh menjadi maklumat
berbentuk data mudah untuk dianalisa dan ditentukan 'ranking' masing-masing'. Pihak PPD, JPN dan
KPM menganggap mereka telah menjalankan tugas dengan baik apabila mereka telah menentukan
tahap keberkesanan sekolah di bawah tanggungjawab masing-masing berdasarkan rekod dan analisa
peperiksaan awam. Kebenarannya ada kerana sekolah adalah bermatlamat mendidik dan perubahan
tingkah laku senang diukur berdasarkan kepada teori berbanding memerhatikan amalan kerana ia
mengambil masa yang lama dan sangat 'individualistik'. Sebab itulah kajian kuantitatif sering digunakan
oleh para penyelidik untuk membuat sesuatu generalisasi tentang apa yang apa yang berlaku di sekolah
berbanding kajian kualitatif.

Apakah sebenarnya keberkesanan sekolah?


Para pengkaji mempunyai pelbagai cara untuk menerangkan tentangnya tetapi secara umum ia
bermaksud 'the productionof desiredresult'.
Apakah yang ingin kita lihat tentang keberkesanan sekolah adalah beberapa faktor yang ada yang
merangkumi perkara yang paling asas dan utama iaitu peningkatan pencapaian akademik. Ini adalah
merupakan "core business' bagi institusi pendidikan. Namun, ia tidak berhenti di situ sahaja sebagaimana
yang dilakukan oleh sekolah pada hari ini apabila orientasi peperiksaan diutamakan. Ini adalah kerana
perkara-perkara berikut juga menjadi penentu kepada keberkesanan sesebuah sekolah iaitu kualiti, sikap

dan kemahiran murid. Murid sebagai input di sekolah melalui proses untuk mengubah ASK ( attitude, skill
dan kemahiran) sebagai output dan menjadi modal insan sebagai outcome. Bagi mengeluarkan produk
ini, ia memerlukan lebih daripada proses latih tubi kertas peperiksaan kerana bagaimana kita hendak
membentuk sikap, atitud dan kemahiran ini jika semasa mereka berada di kelas, kemahiran yang
digunakan hanyalah menjawab soalan semata-mata. Tidak ada proses pengajaran dan pembelajaran
yang lain yang membina kreativiti dan sebagainya. Di sekolah , keberkesanan juga merujuk kepada
pembinaan kapasiti guru yang mana hasilnya juga adalah keupayaan guru untuk membina
perkembangan murid selaras dengan visi dan misi sekolah.
Posted by Rusidi Mustapha at 05:34 No comments:

http://rusidimustapha.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai