Anda di halaman 1dari 5

INSAN YANG BERNAMA AYAH

PENULIS : Nur Farah Farzana Binti Zaidi

Aku merupakan seorang murid sekolah rendah . Beberapa hari yang lepas ,ketika
pulang setelah selesai sesi persekolahan. Kelihatan kebanyakan ibu bapa yang datang
menjemput membawa kereta mewah dan besar. Kereta terbesar yang aku pernah lihat
ialah kereta Toyota Estima. Hebat sungguh tarafnya berbanding dengan keluarga aku
yang hanya menggunakan kereta buatan Malaysia.

Cuaca tengah hari itu sangat terik. Aku diteduhi bumbung pondok pengawal
keselamatan bersebelahan pagar sekolah. Sambil mata ini tidak putus -putus melihat
gelagat ibu bapa yang mejemput, aku tertarik dengan kehadiran seorang pak cik .Dia
datang menunggu dan menanti anaknya di depan pagar dengan motosikalnya. Aku
memerhatinya dari jauh. Jarang kelihatan ibu bapa ke sekolah ini datang dengan menaiki
motosikal kerana kebanyakannya daripada keluarga yang kaya.

Pakaian pak cik ini sedikit lusuh. Mukanya berkerut-kerut menahan bahang
matahari tetapi tetap sabar menanti. Beberapa minit kemudian, seorang kanak-kanak
perempuan datang menghampiri. Pak cik itu mula mengeluarkan sebotol air minuman
yang besar dan dicurahkan air perlahan-lahan di tempat duduk anaknya. Sementara itu,
dia juga membantu mengangkat beg anaknya ke raga motosikal hadapan.
Kemudian, dikeluarkan pula secarik kain yang sedia tersisip di raga motosikal
itu dan dilapkan pula pada tempat duduk yang dibasahi sebelum itu. Lama-kelamaan, aku
mula faham. Demi keselesaan tempat duduk anaknya, dibasahi dulu tempat duduknya
agar dia berasa selesa dan tidak terasa bahang panasnya matahari.

Walaupun hanya membonceng motosikal, tidak berkereta mewah seperti rakanrakan yang lain atau merasai suhu dingin kereta ketika letih kerana baru pulang dari
sekolah, si ayah tetap memberikan yang terbaik dan termampu buat anaknya.

Pengajaran : Seorang anak perlu menghargai pengorbanan ibu bapa mereka dan sentiasa
berdoa agar kedua-duanya berada dalam lindungan Yang Maha Esa .Amin.

Anda mungkin juga menyukai