Anda di halaman 1dari 7

http://resepiserimukasukatancawan.blogspot.

com/

Resepi Seri Muka Sukatan


Cawan
Resepi Seri Muka Sukatan Cawan merupakan sejenis kuih yang
khusus dan biasanya merujuk kepada cara pembuatan jenis kuih
yang dibuat di dalam bekas talam.Asas Resepi Seri Muka Sukatan
Cawan ini diperbuat dari beras pulut, manakala lapisan atasnya
berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan.

Pengenalan
Resepi Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi
Malaysia dan biasanya dibuat di dalam talam yang besar,
iaitu berbentuk bulat, segiempat sama atau segiempat
tepat. Selepas kuih telah masak, ia akan di potong
menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.
Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan
secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih
(lapisan bawah). Ini adalah kerana pada masa dahulu,
daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah
didapati.

Pada masa terkini, Resepi Seri Muka akan dihidangkan


dengan beberapa warna makanan yang berselang-seli
untuk menarik minat pembeli. Lapisan bawah kuih Seri
Muka diperbuat dari beras pulut, manakala lapisan
atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta
pewarna pandan. Seri Muka sangat sedap dimakan atau
dinikmati kerana mempunyai dua rasa yang berbeza dan
pulutnya pun sangat lembut. Seri Muka sesuai untuk
dijadikan sebagai pencuci mulut untuk sarapan pagi dan
minum petang di samping untuk majlis yang mustahak.
Di samping itu, Seri Muka merupakan sejenis kuih yang
khusus dan biasanya merujuk kepada cara pembuatan
jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam. Untuk
lapisan atas kuih seri muka, air kisaran daun pandan
digunakan untuk mendapat bau yang harum serta rasa
yang lebih enak. Bagaimanapun juga perlu menambah
sedikit warna hijau agar warnanya lebih berseri.. Pewarna
hijau untuk lapisan atas bagi Seri Muka boleh digantikan
dengan gula merah yang dapat memberikan perasaan
kemanisan yang lebih istimewa.

Resepi Seri Muka


Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah

400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama


3 jam)
2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut)
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah


1) Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
2) Masukkkan ke dalam Loyang (10x10) yang dialas oleh
kertas plastik (14x14)
3) Sapukan minyak di sekeliling loyang.
4) Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang.
5) Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut.
6) Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekalisekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan
lebih rata.
7) Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
8) Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30
minit.
9) Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan
padat dalam loyang.
10) Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas


2 cawan santan pekat
150 mL air + 4 helai daun pandan
(Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas


1) Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur,
santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas.
Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau
lagi.
2) Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun
pandan.
3) Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga
rata dan sekata dengan whisker.
4) Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan
dalam adunan tepung.
5) Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas

pulut yang telah ditekan.


6) Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
7) Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau
kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas
permukaan kuih.
8) Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
9) Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan
wap air.
10) Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari
acuan lompang.
11) Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati
dan dihidangkan.
Tips: Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Celupkan pisau ke
dalam air dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
Buangkan pulut tersebut sekiranya ada pulut yang
melekat di
pisau. Celup pisau ke dalam air lagi dan sambung
memotong kembali sehingga selesai.

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas Seri Muka Gula Merah


200 gm gula Melaka (potong kecil-kecil)
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur

1 sudu teh tepung jagung


1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara-Cara Membuat Lapisan Atas untuk Seri Muka Gula


Merah
1) Masakkan gula Melaka bersama 1/2 cawan air sehingga
gula larut.
2) Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahanbahan lain dan kemudian tapiskan larutan gula Melaka
yang dimasukkan tadi.
3) Kacau sebati hingga tiada ketulan. Jikalau ada ketulan,
boleh ditapis lagi.
4) Masakkan adunan di atas api sederhana sehingga naik
wap.
5) Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang dan
kukus selama 10 minit-15 minit atau sehingga masak.
6) Tutupkan api dengan segera semasa adunan kelihatan
menjadi berbintil-bintil.
7) Kemudian tuangkan adunan agar-agar dan biarkan
mengeras.
8) Biarkan sejuk di luar sebelum masukkan dalam peti
sejuk. Sejukkan dalam peti ais.
9) Selepas itu, potong dengan pisau plastik untuk

dihidangkan.
Tips: Gula merah yang dimasak hendaklah ditapis dahulu
untuk mengasingkan hampasnya.
Keenakan Resepi Seri Muka dapat menceriakan seseorang
dan muka akan menjadi berseri-seri disebabkan perasaan
lazat yang tidak boleh dibandingkan. Nama Seri Muka
berkemungkinan mempunyai maksud yang dapat
menyebabkan muka seseorang berseri-seri selepas
makan. Ramai orang suka mengisi perut dengan seri muka
dan makan dengan tidak berhenti-henti, serta terus
makan berketul-ketul lagi. Suri rumah tangga juga sangat
berminat untuk belajar membuat kuih Seri Muka ini
sebagai hidangan untuk seisi keluarga. Teknik-Teknik yang
tertentu diperlukan untuk mengekalkan keaslian kuih.

Anda mungkin juga menyukai