Fisiologi Senam
Fisiologi Senam
beberapa kajian mengenai fungsi CO2 dalam mengawal pernafasan. Haldane juga telah
mencipta alat penganalisis gas pernafasan yang dinamakan sempena nama beliau. C.G.
Douglas melakukan kajian perintis bersama Haldane mengenai fungsi O2 dan asid laktik
dalam pengawalan pernafasan semasa bersenam, termasuklah beberapa kajian yang
dilakukan dalam altitud yang berbeza. Beg pengumpul gas yang dibuat dari kanvas dan
getah yang digunakan sejak sekian lama dalam makmal-makmal fisiologi senaman
dinamakan sempena nama Douglas Christian Bohr dari Denmark, yang telah melakukan
kajian klasik dalam bagaimana O2 bergabung dengan haemoglobin. Perubahan lengkung
dalam oksihaemoglobin disebabkan penambahan CO2 dinamakan sempena nama beliau.
Di dalam makmal Bohrlah Krogh memulakan karier beliau dalam kajian pernafasan dan
senaman bagi manusia.
Harvard Fatigue Laboratory
Permulaan bagi sejarah fisiologi senaman dalam US ialah di Harvard Fatigue
Laboratory. Professor L.J. Henderson menubuhkan makmal itu didalam Business School
untuk menjalankan kajian fisiologi dalam industri. Dr. David Bruce Dill adalah direktor
pengkaji ketika makmal tersebut dibuka pada 1927 sehingga ia ditutup pada 1947. Teks
Dill, Life, Heat and Altitude ialah digalakkan untuk dibaca bagi pelajar dalam bidang
senaman dan fisiologi alam sekitar. Banyak kajian yang tepat yang dijalankan dalam
makmal menggunakan alat menganalisis gas Haldane bagi kajian gas pernafasan dan
radas Van Slyke bagu analisis darah-gas. Kemajuan dalam alatan berbantu komputer pada
80-an telah membuatkan pengumpulan data menjadi mudah, tetapi tidak begitu
membantu dalam ketepatan ukuran.
Harvard Fatigue Laboratory telah menarik ramai pelajar dalam bidang perubatan
serta para saintis dari negara-negara lain. Ramai alumni dari makmal tersebut diiktiraf
dalam pencapaian mereka bagi kajian mereka dalam fisiologi senaman. Dua orang pelajar
perubatan, Steven Horvath dan Sid Robinson, berjaya mendapat kerjaya masing-masing
di Institute of Environmental Stress di Santa Barbara danIndiana University. Pelajarpelajar asing yang berjaya dalam bidang ini termasuklah E. Asmussen, E.H. Christensen,
M. Neilsen dan pemenang hadiah Nobel August Krogh dari Denmark. Para saintis
membawa idea dan teknologi baru di dalam makmal, terlibat dalam kajian di dalam dan
luar makmal serta menerbitkan beberapa hasil kajian yang paling penting dalam fisiologi
senaman di antara 1930 hingga 1980. Rudolpho Margaria dari Itali, pergi ke makmal ini
untuk mengembangkan kajian beliau dalam oxygen debt dan menerangkan tentang
kebolehan bergerak yang bertenaga. Peter F. Scholander dari Norway, mencipta
penganalisis gas kimia yang kini merupakan cara asas untuk menentuukur gas tangki
yang digunakan untuk memiawaikan penganalisis gas elektronik.
Kesimpulannya, di Bawah seliaan Dr. D.B. Dill, Harvard Fatigue Laboratory
menjadi model untuk kajian pemeriksaan ke dalam senaman dan fisiologi alam sekitar,
terutamanya kerana ia berkait rapat dengan manusia. Apabila makmal ini ditutup dan para
staf berpecah, idea, teknik dan kaedah saintifik serta inkuiri tersebar di seluruh dunia dan
bersama mereka, pengaruh Dill di dalam bidang alam sekitar dan fisiologi senaman. Dr.
Dill meneruskan kajian di luar Boulder City, Nevada, sehingga tahun 1980. Beliau
meninggal dunia pada usia 93 tahun pada tahun 1986.
Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal ialah satu topik yang popular pada hari ini, dan popularitinya
telah menjadi faktor utama dalam memotivasikan pelajar-pelajar kolej untuk mencapai
kerjaya dalam pendidikan fizikal, terapi fizikal, nutrisi dan perubatan. Pada 1980, Public
Health Service telah menyenaraikan senaman untuk kecergasan fizikal sebagai salah
satu dari 15 jalan untuk memperbaiki taraf kesihatan dalam negara. Sementara perkara ini
kelihatan seperti baru sahaja berlaku, perkara ini telahpun wujud di dalam negara itu
selama lebih seratus tahun dahulu. Di antara Perang Sivil dan Perang Dunia Pertama
(WWI), pendidikan fizikal ditumpukan terhadap perkembangan dan keadaan kecergasan,
dan ramai ketua dalam pendidikan fizikal dilatih dalam bidang perubatan. Sebagai
contoh, Dr. Dudley Sargent, diupah oleh Harvard University pada tahun 1879, telah
menyelaraskan sebuah program latihan fizikal bersama keterangan senaman individual
untuk menambah baik struktur dan fungsi tubuh seseorang untuk mencapai keadaan
fizikal yang utama yang dipanggil sebagai kecergasan, kecergasan untuk bekerja,
kecergasan untuk bermain, kecergasan untuk melakukan apa sahaja yang seseorang boleh
lakukan.
Sargent dilihat telah maju selangkah ke hadapan pada masanya dalam
menggalakkan kecergasan dalam kalangan rakyat US. Kemudian, perang menjadi satu
perkara utama yang menarik minat negara tersebut dalam kecergasan fizikal. Kerisauan
mengenai kesihatan dan kecergasan telah disuarakan ketika WWI dan WWII apabila
ramai calon yang gagal dalam ujian induksi disebabkan masalah mental dan fizikal.
Kerisauan ini mempengaruhi cara program pendidikan fizikal di sekolah pada tahuntahun tersebut, menjadikannya menyerupai program latihan pra-ketenteraan.
Minat terkini terhadap aktiviti fizikal dan kesihatan bermula pada 1950 oleh dua
penemuan utama: (1) autopsi yang dijalankan terhadap askar-askar muda yang terkorban
semasa Perang Korea telah menunjukkan bahawa penyakit koronari arteri telahpun
berkembang, dan (2) Hans Kraus telah menunjukkan yang kanak-kanak Amerika
menunjukkan prestasi yang kurang baik dalam ujian kecergasan otot berbanding kanakkanak Eropah. Disebabkan penemuan ini, Presiden Eisenhower telah memulakan
perundingan pada tahun 1955, akhirnya telah menubuhkan Presidents Council on Youth
Fitness. The American Association for Health, Physical Education and Recreation
(AAHPER) menyokong aktiviti ini dan pada 1957, AAHPER Youth Fitness Test telah
ditubuhkan untuk diguna pakai dalam program pendidikan fizikal di seluruh negara.
Sebelum beliau memulakannya, Presiden Kennedy telah menyuarakan kebimbangannya
tentang tahap kecergasan rakyat di dalam sebuah artikel di dalam Sport Illustrated,
bertajuk The Soft American.
Tenaga fizikal rakyat negara kita adalah satu dari sumber tenaga Amerika yang
berharga. Sekiranya membazirkan dan membiarkan sahaja sumber ini, di mana kita
membiarkan diri kita menjadi lemah dan kurang upaya, kita akan memusnahkan
kebolehan kita untuk berhadapan dengan cabaran yang bakal kita tempuhi. Kita tidak
akan menyedari kebolehan kita sebagai rakyat negara ini.
Semasa pemerintahan Kennedy, majlis ini telah diubah namanya menjadi
Presidents Council on Physical Fitness bagi menumpukan terhadap kerisauan tentang
kecergasan. Nama itu ditukar lagi dalam pemerintahan Nixon kepadaPresidents Council
on Physical Fitness and Sport, yang menyokong tentang kecergasan bukan hanya untuk
sekolah-sekolah malah di dalam perniagaan dan industri. Alatan-alatan dalam Youth
Fitness Test telah diubah sepanjang tahun, dan pada 1980, American Alliance for Health,
Physical Education, Recreation and Dance (AAHPERD) telah mengeluarkan manual
Health-Related Physical Fitness Test untuk membezakan antara ujian prestasi (e.g. 50ela pecut) dan ujian kecergasan (e.g. ketebalan kulit). Rujukan ujian kesihatan ini terdiri
daripada arah untuk program kecergasan seumur hidup, kerisauan tentang masalah
obesiti, kecergasan kardiorespiratori dan lain-lain.
Menyelaraskan minat ini terhadap kecergasan fizikal orang-orang muda ialah
kerisauan terhadap kadar kematian disebabkan penyakit jantung koronari dalam kalangan
lelaki pertengahan umur Amerika. Kajian epidemiologi terhadap status kesihatan
golongan ini telah membuktikan bahawa kebanyakan kes-kes penyakit berhubung kait
dengan tahap kesihatan yang rendah (e.g. diet tinggi lemak, merokok, tidak aktif) yang
membawa kepada banyak kematian berbanding jangkitan klasik dan penyakit berjangkit.
Pada 1966, sebuah simposium telah menumpukan terhadap keperluan yang lebih banyak
dalam aktiviti fizikal dan kesihatan. Pada 1970, peningkatan penggunaan ujian senaman
untuk mendiagnosis penyakit jantung dan untuk menambah preskripsi dalam program
senaman untuk menambah baik kesihatan kardiovaskular. Syarikat-syarikat yang besar
telah menubuhkan eksekutif program kecergasan untuk memperbaiki tahap kesihatan
kumpulan yang berisiko tinggi itu. Apabila kebanyakan orang Amerika sudah biasa
dengan program-program tersebut, dan sesetengah pelajar fisiologi senaman menceburi
bidang kecergasan dalam syarikat, program-program ini bukanlah baru.
Pendidikan Fizikal kepada Sains Senaman
Persediaan akademik sebelum graduasi dalam pendidikan fizikal telah berubah
sepanjang dekad ini untuk menerangkan tentang asas pengetahuan mengenai fisiologi
senaman, biomekanikal dan preskripsi kesihatan. Hal ini berlaku ketika berkurangnya
keperluan guru yang mengajar pendidikan fizikal berasaskan sekolah dan keperluan
untuk para professional dalam bidang senaman untuk menghalang dan juga untuk setting
klinikal. Disebabkan hal ini, sama seperti yang lain, telah membuatkan beberapa kolej
dan jabatan universiti untuk menukar nama mereka dari Pedidikan Fizikal kepada Sains
Senaman. Trend ini mungkin sekali akan terus berkembang, jauh dari asas pendidikan
tradisional dan menjadi pendidikan bersepadu di dalam kolej-kolej kesenian dan sains
atau Allied Health Professions. Terdapat pertambahan di dalam bilangan programprogram yang diperlukan sebelum graduasi untuk mengambil bidang kalkulus, kimia dan
fizik, serta kursus dalam bidang kimia organik, biokimia, anatomi dan nutrisi. Dalam
banyak kolej dan universiti, terdapat sedikit perbezaan di antara dua tahun pertama dalam
penyediaan bagi terapi pra-fizikal atau bidang pra-perubatan dan bidang yang berkait
Bab 2
Pengawalan di dalam Tubuh Manusia
Sifat Sistem Pengawalan
Untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang bagaimana tubuh badan
dapat mengekalkan keadaan dalamannya, ia boleh difahami melalui analogi yang ringkas
dari sistem non-biologikal seperti alat pengawal suhu-termostat dan sistem penyejukan di
rumah. Diandaikan juka termostat itu disetkan pada suhu 20C. Sebarang perubahan suhu
bilik dari suhu yang ditetapkan ini menyebabkan perubahan serta-merta melalu pemanas
atau penyejuk hawa untuk mengembalikan suhu kepada 20C. Apabila suhu meningkat
melebihi suhu yang ditetapkan, termostat akan mengaktifkan penyejuk hawa, dan
mengembalikan suhu kepada 20C. Begitulah sebaliknya sekiranya suhu berkurang dari
suhu yang ditetapkan, mengaktifkan sistem pemanas untuk mengembalikan suhu kepada
20C. Di dalam kedua-dua kes ini, respon yang dihasilkan dari sistem pemanasan dan
penyejukan adalah untuk membetulkan keadaan, suhu tinggi atau rendah apabila keadaan
mengizinkan.
Sistem pengawalan biologikal boleh ditafsirkan sebagai satu siri komponenkomponen yang saling berhubung antara satu sama lain untuk mengekalkan keadaan
parameter fizikal dan kimia tubuh badan dalam kadar yang tetap. Komponen-komponen
asas bagi sistem pengawalan biologikal adalah seperti berikut: (1) penerima, (2) pusat
dan (3) efektor. Rangsangan yang diterima oleh penerima (komponen yang mengesan
perubahan dalam persekitaran) seperti suhu, tekanan darah dan banyak lagi menghantar
mesej kepada pusat, yang boleh dikira sebagai kotak kawalan. Pusat menghantar mesej
lagi kepada efektor, yang akan bertindak balas dengan mengubah keadaan persekitaran
kembali ke normal. Pemulihan keadaan persekitaran dalaman kepada asal menyebabkan
berkurangnya rangsangan asal yang menggerakkan sistem pengawalan. Suap balik ini
dikenali sebagai suap balik negatif.
Suap balik negatif
Hampir semua sistem pengawalan di dalam tubuh berfungsi secara suap balik
negatif. Satu contoh suap balik negatif boleh dilihat dari susunan sistem pernafasan pada
kepekatan CO2 di dalam bendalir di luar sel. Di dalam hal ini, pertambahan CO2 di atas
tahap normal merangsangkan penerima, yang menghantar informasi ke pusat pengawalan
pernafasan (pusat) untuk menambahkan kadar pernafasan. Efektor di dalam contoh ini
ialah otot pernafasan. Pertambahan dalam kadar pernafasan akan mengurangkan kadar
kepekatan CO2 kembali kepada normal, sekaligus membina semula homeostasis. Sebab
berlakunya suap balik itu digelar negatid ialah disebabkan respon sistem pengawalan ini
ialah negatif (bertentangan) terhadap rangsangan.
merembeskan insulin, yang akan merendahkan kadar glukosa pada darah dengan
menambah pengambilan selular. Kegagalan di dalam sistem pengawalan glukosa boleh
mengakibatkan penyakit (diabetes).
Protein Tekanan Membantu di dalam Pengawalan Homeostasis Selular
Gangguan di dalam homeostasis selular berlaku apabila sebuah sel itu berdepan
dengan tekanan yang menjangkaui kebolehannya untuk mempertahankan diri dari
sebarang bentuk gangguan. Sebuah contoh bagaimana sel menggunakan sistem
pengawalan untuk menangani tekanan (seperti gangguan dalam homeostasis) ialah
dikenali sebagai respon tekanan selular. Tekanan selular ialah sistem pengawalan
biologikal di dalam sel yang melawan gangguan ke atas homeostasis dengan
menghasilkan protein yang direka khas untuk melawan tekanan.
Dalam peringkat selular, protein amatlah penting dalam mengekalkan keadaan
homeostasis. Sebagai contoh, protein memainkan peranan yang kritikal di dalam fungsi
sel normal dengan menjadi perantara intraselular atau sebagai enzim yang menjadi
pemangkin dalam reaksi kimia. Kerosakan yang terhasil dari tekanan (seperti suhu yang
tinggi) boleh menyebabkan gangguan pada homeostasis. Untuk melawan gangguan
sedemikian pada homeostasis, sel bertindak balas dengan menghasilkan protein
pelindung yang dikenali sebagai protein tekanan. Setelah proses sintesis, protein tekanan
ini berfungsi untuk melindungi sel dengan memperbaiki protein yang rosak dan
mengembalikan homeostasis.
Senaman: Ujian Terhadap Pengawalan Homeostasis
Senaman otot boleh dikira sebagai sebuah ujian untuk mengkaji sistem
pengawalan homeostasis di dalam tubuh, kerana senaman mempunyai potensi untuk
mempengaruhi homeostasis. Sebagai contoh, semasa senaman, otot akan menghasilkan
jumlah asid laktik yang besar, yang menyebabkan pertambahan keasidan intraselular dan
ekstraselular. Pertambahan keasidan ini melambangkan cabaran yang mencabar ke atas
sistem pengawalan asid-base tubuh badan. Sebagai tambahan, senaman berat
menyebabkan keperluan otot ke atas O2 bertambah, dan bilangan CO2 yang besar
terhasil. Perubahan ini hendaklah diatasi dengan menambah kadar pernafasan (ventilasi
pulmonari) dan pengaliran darah untuk menambah kadar penghantaran O2 untuk otot dan
menyingkirkan bahan kumuh CO2. Kemudian, semasa senaman berat, otot akan
menghasilkan kadar haba yang tinggi yang mesti disingkirkan untuk
menghindarioverheating. Sistem pengawalan tubuh haruslah bertindak balas dengan
serta-merta untuk menghindari perubahan drastik di dalam persekitaran dalam tubuh.
Walau bagaimanapun, tubuh badan jarang untuk mengekalkan keadaan
homeostasis keseluruhannya ketika sedang menjalankan senaman dalam jangka masa
yang lama ketika keadaan panas atau sejuk. Senaman berat atau kerja dalam jangka masa
yang lama boleh menyebabkan gangguan di dalam persekitaran dalam tubuh yang mana
terlalu besar untuk dikawal, sekalipun oleh dapatan sistem kawalan yang paling tinggi,
oleh itu keadaan yang malar adalah mustahil. Gangguan yang teruk terhadap homeostasis
Bab 3
Bioenergetik
Beribu-ribu tindak balas kimia berlaku di dalam tubuh badan pada setiap minit
dalam sehari. Secara keseluruhannya, tindak balas ini dikenali sebagai metabolisme.
Metabolisme melibatkan laluan kimia yang menebabkan sintesis molekul (tindak balas
anabolik) dan juga berpecahnya molekul (tindak balas katabolik).
Oleh kerana tenaga amatlah diperlukan bagi setiap sek, ia tidaklah mengejutkan
jika sel memiliki laluan kimia yang boleh mengubah bahan makanan (seperti lemak,
protein dan karbohidrad) kepada sebuah bentuk tenaga biologikal yang boleh digunakan.
Proses metabolik ini dikenali sebagai bioenergetik. Untuk berlari, melompat atau
berenang, sel otot haruslah mampu mengeluarkan tenaga secara berterusan dari nutrien
makanan. Sebenarnya, ketidakbolehan untuk menukar tenaga dari bahan makanan kepada
tenaga biologikal yang boleh digunakan akan mengehadkan penglibatan seseorang itu
dalam aktiviti ketahanan. Penerangan untuk hal ini amatlah mudah. Untuk mengecut, sel
otot haruslah mempunyai sumber tenaga yang berterusan. Apabila sumber tenaga itu
tiada, pengecutan otot adalah mustahil, dan sebarang aktiviti haruslah dihentikan. Oleh
sebab itu, mengenai kepentingan tentang penghasilan tenaga selular ketika senaman,
adalah sesuatu yang penting bagi seseorang pelajar fisiologi senaman itu membuat satu
kefahaman mengenai bioenergetik.
Struktur Sel
Sel telah ditemui pada kurun ke-17 oleh seorang saintis Inggeris Robert Hooke.
Kemajuan dalam pembinaan mikroskop dalam masa 300 tahun telah membawa kepada
kefahaman yang lebih baik dalam struktur dan fungsi sel.Untuk memahami dengan lebih
lanjut mengenai bioenergetik, adalah penting bagi kita untuk menghargai struktur dan
fungsi sel. Empat elemen (satu darinya adalah bahan kimia asas) mewakili 95% dari
tubuh badan. Ia juga termasuklah oksigen (65%), karbon (18%), hidrogen (10%) dan
nitrogen (3%). Elemen tambahan boleh ditemui dalam kuantiti yang sedikit, termasuklah
sodium, besi, zink, kalium, magnesium, klorida dan kalsium. Elemen yang pelbagai ini
terikat antara satu sama lain oleh ikatan kimia untuk membentuk molekul atau sebatian.
Sebatian yang mengandungi karbon dikenali sebagai sebatian organik, dan sebatian yang
tidak mengandungi karbon dikenali sebagai inorganik. Sebagai contoh, air (H2O) tidak
mempunyai karbon dan merupakan bahan inorganik. Begitulah sebaliknya bagi protein,
lemak dan karbohidrat yang mengandungi karbon dan merupakan sebatian organik.
Sebagai unit berfungsi yang paling asas di dalam tubuh, sel ialah diibaratkan seperti
kilang-kilang yang disusun rapi yang mampu mensintesiskan banyak sebatian untuk
fungsi selular normal. Adalah dimaklumkan bahawa tidak semua sel adalah serupa,
ataupun mampu melakukan fungsi yang sama. Gambaran sel yang biasanya dibuat
hanyalah memperlihatkan bahagian-bahagian sel yang terdapat dalam hampir semua jenis
sel pada tubuh badan. Secara amnya, struktur sel boleh dibahagikan kepada tiga bahagian
utama:
1.Membran sel
Membran sel (juga dikenali sebagai membran plasma) ialah lapisan separa-telap yang
memisahkan sel dari persekitaran luar sel. Dua fungsi membran sel yang paling utama
ialah untuk memagari komponen-komponen di dalam sel dan juga untuk mengawal
haluan pelbagai bahan yang memasuki dan keluar dari sel.
2.Nukleus
Nukleus ialah sejenis komponen yang besar dan seakan bulat di dalam sel yang
mengandungi komponen genetik selular (gen). Gen adalah terdiri dari dua benag asid
deoksiribonukleik (DNA), yang berfungsi sebagai asas bagi kod genetik. Secara ringkas,
gen mengawal sintesis protein, yang mengawal komposisi sel dan mengawal aktiviti
selular.
3. Sitoplasma (digelar sebagai sarkoplasma dalam sel otot).
Ini ialah bahagian bendalir bagi sel di antara nukleus dan membran sel. Terdapat banyak
organel (struktur yang kecil) di dalam sitoplasma yang mempunyai fungsi selular yang
spesifik. Salah satu dari organel, mitokondria, dikenali sebagai sumber tenaga bagi sel
dan terlibat dalam penukaran oksidatif bahan makanan kepada tenaga selular yang boleh
digunakan. Selain itu, sitoplasma juga mengandungi enzim untuk mengawal penguraian
glukosa (glykolisis).
Transformasi Tenaga Biologikal
Semua jenis tenaga didapati dari matahari. Tumbuhan menggunakan tenaga
cahaya dari matahari untuk mencipta tindak balas yang membentuk karbohidrat, lemak
dan protein. Haiwan (termasuk manusia) memakan tumbuhan dan juga haiwan lain untuk
mendapatkan tenaga yang diperlukan bagi mengekalkan aktiviti selular.
Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk (elektrik, mekanikal, kimia dan lain-lain)
dan semua bentuk tenaga ini boleh diubah antara satu sama lain. Sebagai contoh, serat
otot menukar tenaga kimia kepada tenaga mekanikal untuk melakukan pergerakan. Proses
bioenergetik bagi mengubah tenaga kimia kepada tenaga mekanikal memerlukan satu siri
tindak balas kimia yang terkawal. Sebelum kira membincangkan tentang tindak balas
tersebut secara spesifik, keterangan mengenai tindak balas kimia selular disediakan.
Tindak balas Kimia Selular
Tenaga dipindahkan di dalam tubuh badan dengan melepaskan tenaga yang
terdapat di dalam ikatan kimia pelbagai molekul. Ikatan kimia yang mengandungi jumlah
tenaga potensi yang besar sering dirujuk sebagai ikatan bertenaga tinggi. Seperti yang
telah diterangkan, bioenergetik berkait rapat dengan pemindahan tenaga dari bahan
makanan kepada bentuk biologikal yang boleh digunakan. Pemindahan tenaga ini berlaku
kerana disebabkan satu siri tindak balas kimia. Banyak dari tindak balas ini memerlukan
tenaga ke atas reaktan (tindak balas endergonik) sebelum tindak balas berlaku. Namun,
disebabkan tenaga itu ditambah ke dalam reaktan, produk akan memiliki lebih banyak
tenaga bebas dari reaktan asal. Begitu juga sebaliknya sekiranya tindak balas yang
mengeluarkan tenaga disebabkan oleh proses kimia yang dikenali sebagai tindak balas
eksergonik.
Tindak Balas Berpasangan
Kebanyakan tindak balas yang berlaku di dalam sel dikenali sebagai tindak balas
berpasangan. Tindak balas berpasangan adalah tindak balas yang berkaitan, yang
membebaskan tenaga bebas di dalam satu tindak balas untuk menggalakkan tindak balas
kedua. Sebagai contoh, tenaga yang dibebaskan oleh tindak balas eksergonik digunakan
untuk menggalakkan tindak balas yang memerlukan tenaga (tindak balas endergonik) di
dalam sel. Hal ini sama seperti dua gear yang bersentuhan yang mana pusingan sebuah
gear (gear eksergonik yang membebaskan tenaga) menyebabkan pergerakan gear yang
kedua (gear endergonik). Dalam kata lain, tindak balas yang membebaskan tenaga adalah
berpasangan dengan tindak balas yang memerlukan tenaga. Tindak balas pengoksidaanpengurangan adalah sejenis tindak balas berpasangan yang penting dan akan
dibincangkan di dalam topik yang seterusnya.
Tindak Balas Pengoksidaan-Pengurangan
Proses menyingkirkan elektron dari sebuah atom atau molekul digelar sebagai
pengoksidaan. Penambahan bilangan elektron ke atas atom atau molekul dirujuk sebagai
pengurangan. Pengoksidaan dan pengurangan selalunya ialah tindak balas berpasangan
kerana molekul tidak boleh dioksidakan, melainkan sekiranya elektron didermakan
kepada atom yang lain (atau molekul). Atom atau molekul yang menderma elektron
dikenali sebagai agen pengurangan dan molekul yang menerima elektron dikenali sebagai
agen pengoksidaan. Adalah diketahui bahawa sebuah atom (atau molekul) boleh menjadi
sebagai kedua-duanya, iaitu agen pengoksidaan dan agen pengurangan. Sebagai contoh,
apabila molekul memainkan kedua-dua peranan, mereka boleh menerima elektron pada
satu tindak balas dan kemudian mendermakan elektron-elektron ini kepada molekul yang
lain untuk menghasilkan tindak balas pengoksidaan-pengurangan.
Adalah dimaklumkan bahawa terma pengoksidaan bukan bermaksud yang
oksigen memainkan peranan dalam tindak balas ini. Terma ini diambil dari fakta bahawa
oksigen cenderung untuk menerima oksigen dan bertindak sebagai agen pengoksidaan.
Sifat oksigen ini digunakan oleh sel untuk menghasilkan sebuah bentuk tenaga yang
boleh digunakan.
Amatlah penting untuk diingati bahawa tindak balas pengoksidaan-pengurangan
di dalam sel sering melibatkan pemindahan atom hidrogen berbanding dengan elektron
bebas. Hal ini amat tepat kerana sebuah atom hidrogen mempunyai sebuah elektron (dan
sebuah proton pada nukleus). Oleh sebab itu, satu atom atau molekul yang kehilangan
atom hidrogen juga kehilangan sebuah elektron dan dioksidakan; molekul itu yang
mendapat hidrogen (dan elektron) juga dikurangkan. Di dalam banyak tindak balas
yang menambah kumpulan fosfat kepada substrat yang akan bertindak balas. Tambahan
pula, dehidrogenase adalah enzim yang menyingkirkan hidrogen dari substrate. Satu
contoh enzim yang namanya mempunyai kedua-dua substrate dan fungsi ialah laktate
dehydrogenase (boleh dijumpai dalam tisu tubuh, terutamanya otot, jantung dan hati).
Enzim ini memangkinkan pertukaran asid laktik kepada asid pyruvik dan sebaliknya,
dengan arah tujunya bergantung kepada kepekatan reaktan atau enzim.
Bahan Bakar Senaman
Tubuh badan mengandungi karbohidrat, lemak dan protein yang diambil setiap
hari untuk memberi tenaga yang secukupnya untuk mengekalkan aktiviti selular ketika
rehat mahupun bersenam. Semasa bersenam, nutrien asas yang digunakan untuk tenaga
ialah lemak dan karbohidrat, dengan protein menyumbang dalam kuantiti yang kecil di
dalam jumlah tenaga yang digunakan.
Karbohidrat
Karbohidrat terdiri daripada atom karbon, hidrogen dan oksigen. Karbohidrat
yang tersimpan menyediakan tubuh badan sejenis bentuk tenaga yang serta merta boleh
didapati, dengan 1g karbohidram mampu menyediakan lebih kurang 4kcal tenaga. Seperti
yang telah diutarakan, tumbuhan mensintesiskan karbohidrat melalui interaksi dengan
CO2, air dan tenaga solar di dalam proses yang dikenali sebagai fotosintesis. Karbohidrat
wujud dalam tiga bentuk: (1) monosakarida, (2) disakarida, dan (3) polisakarida.
Monosakarida ialah gula asas seperti glukosa dan fruktosa. Glukosa amatlah biasa bagi
kita dan boleh dikenali sebagai gula darah. Ia boleh dijumpai di dalam makanan atau
boleh dibentuk dari pencernaan hasil dari penguraian karbohidrat yang lebih kompleks.
Fruktosa terdapat di dalam tumbuhan atau madu dan dikira sebagai karbohidrat asas yang
paling manis.
Disakarida terbentuk dengan menggabungkan dua monosakarida. Sebagai contoh
gula biasa dikenali sebagai sukrosa dan ia terdiri daripada glukosa dan fruktosa. Maltosa,
juga sejenis disakarida, terdiri daripada dua molekul glukosa. Sukrosa dikira sebagai
disakarida yang sering diambil dalam pemakanan di US dan menyumbang sebanyak 25%
pengambilan kalori bagi kebanyakan orang Amerika. Ia berlaku secara semulajadi di
dalam banyak karbohidrat seperti tebu, ubi bit, madu dan sirap maple.
Polisakarida ialah karbohidrat yang kompleks yang terdiri dari tiga atau lebih
monosakarida. Polisakarida boleh terdiri dari molekul yang kecil (seperti tiga
monosakarida) atau molekul yang lebih besar yang mengandungi beratus monosakarida.
Secara amnya, polisakarida dikelaskan di antara polisakarida tumbuhan atau haiwan. Dua
bentuk polisakarida yang paling biasa bagi tumbuhan ialah selulosa dan kanji. Manusia
tidak mempunyai enzim pencernaan yang diperlukan untuk mencernakan selulosa, dan
selulosa menghasilkan serat dalam pemakanan dan menjadi bahan buangan. Berlainan
pula dengan kanji yang boleh didapadi di dalam jagung, bijirin, kekacang, kentang dan
kacang pis, yang boleh dicernakan dengan mudah oleh manusia dan sebuah sumber
karbohidrat yang penting bagi orang Amerika. Setelah pencernaan, kanji akan diuraikan
untuk membentuk monosakarida dan boleh digunakan sebagai tenaga kepada sel secara
seta merta di dalam bentuk yang lain di dalam sel untuk jangka masa yang akan datang.
Glikogen ialah sejenis terma yang digunakan untuk polisakarida yang tersimpan
di dalam tisu haiwan. Ia disintesiskan di dalam sel dengan menghubungkan molekul
glukosa bersama. Molekul glikogen selalunya besar dan terdiri dari beratus hingga beribu
molekul glikogen. Sel menyimpan glikogen untuk membekalkan karbohidrat sebagai
sumber tenaga. Sebagai contoh, ketika bersenam, sel otot menguraikan glikogen kepada
glukosa (proses ini dipanggil sebagai glikogenolisis) dan menggunakan glukosa sebagai
sumber tenaga. Begitu juga jika glikogenolisis berlaku di dalam hati, dengan glukosa
bebas yang dibebaskan ke dalam salur darah dan disalurkan ke dalam tisu di seluruh
tubuh.
Amatlah penting untuk melatih metabolisme kerana glikogen tersimpan di dalam
kedua-dua serat otot dan hati. Walau bagaimanapun, glikogen yang tersimpan di dalam
badan adalah sedikit dan boleh berkurangan dalah beberapa jam hasil dari senaman yang
panjang. Oleh sebab itu, pensintesisan glikogen ialah sebuah proses yang berterusan di
dalam sel. Pemakanan yang kurang karbohidrat akan menyekat pensintesisan glikogen,
sementara diet yang mempunyai karbohidrat yang tinggi menggalakkan pensintesisan
glikogen.
Lemak
Walaupun lemak mengandungi elemen kimia yang sama seperti karbohidrat,
nisbah karbon dan oksigen di dalam lemak adalah lebih banyak berbanding apa yang ada
di dalam karbohidrat. Lemak badan yang tersimpan ialah bahan bakar yang ideal untuk
senaman jangka panjang, kerana molekul lemak mengandungi kuantiti tenaga yang besar
pada setiap unit berat. Satu gram lemak mengandungi kira-kira 9kcal tenaga, dua kali
ganda berbanding kandungan tenaga di dalam karbohidrat atau protein. Lemak adalah
tidak larut di dalam air dan boleh ditemui dalam tumbuhan dan haiwan. Secara amnya,
lemak boleh dikelaskan kepada empat kumpulan utama: (1) asid lemak, (2) trigliserida,
(3) fosfolipid dan (4) steroid. Asid lemak terdiri daripada rangkaian atom karbon yang
panjang yang dihubungkan dengan satu kumpulan karboksil di satu hujung (satu
kumpulan karboksil mengandungi kumpulan karbon, oksigen dan hidrogen). Yang paling
penting, asid lemak adalah bentuk lemak yang paling asas yang digunakan oleh sel otot
sebagai tenaga.
Asid lemak yang tersimpan di dalam tubuh badan dikenali sebagai trigliserida.
Trigliseride adalah terdiri daripada tiga molekul asid lemak dan satu molekul gliserol
(bukan sejenis lemak tetapi sejenis alkohol). Walaupun tapak simpanan terbesar bagi
trigliserida adalah sel lemak, molekul-molekul ini juga tersimpan dalam banyak jenis sel,
termasuklah sel tulang, Apabila diperlukan, ia boleh diuraikan kepada bahagian
komponen (sebuah proses yang dipanggil sebagai lipolisis), dengan menggunakan asid
lemak sebagai substrat tenaga oleh otot dan tisu yang lain. Gliserol yang dibebaskan oleh
lipolisis bukanlah sejenis sumber tenaga bagi otot secara terus, tetapi boleh digunakan
oleh hati untuk mensintesiskan glukosa. Oleh sebab itu, seluruh molekul trigliserida ialah
sumber tenaga yang berguna untuk tubuh badan.
Fosfolipid tidak digunakan oleh otot sebagai sumber tenaga semasa bersenam.
Fosfolipid ialah lemak yang digabungkan dengan asid fosforik dan disintesiskan secara
maya oleh setiap sel dalam tubuh. Peranan biologikal bagi fosfolipid termasuklah
menyediakan gabungan struktur bagi membran sel kepada menyediakan lapisan penebat
di sekitar gentian saraf.
Jenis lemak yang terakhir ialah steroid. Sekali lagi, lemak ini tidak digunakan
sebagai sumber tenaga ketika bekerja, tetapi akan diutarakan untuk menyediakan
pemahaman terhadap sifat lemak biologikal. Steriod yang paling biasa ialah kolestrol.
Kolestrol ialah komponen bagi semua membran sel. Ia boleh disintesiskan pada setiap sel
di dalam tubuh dan boleh diambil di dalam makanan. Kemudian, kolestrol juga
diperlukan untuk mensintesiskan hormon seks seperti estrogen, progesterone,dan
testosterone. Walaupun kolestrol mempunyai banyak fungsi biologikal yang berguna,
kandungan kolestrol yang tinggi di dalam darah boleh mengakibatkan penyakit koronari
arteri.
Protein
Protein terdiri daripada banyak subunit yang dipanggil asid amino. Sekurangkurangnya sebanyak 12 jenis asid amino yang berbeza yang diperlukan oleh badan kita
untuk membentuk berbagai tisu, enzim, protein darah dan banyak lagi. Sembilan asid
amino, dipanggil amino asid yang penting, tidak boleh disintesiskan oleh tubuh badan
dan hendaklah diambil melalui makanan. Protein terbentuk dengan menghubungkan asid
amino dengan ikatan kimia yang dipanggil ikatan peptida. Sebagai bahan bakar yang
berpotensi, protein mengandungi sebanyak 4kcal tenaga per gram. Untuk menjadikan
protein sebagai substrat untuk membentuk sebatian bertenaga tinggi, ia mestilah
diuraikan kepada juzuk asid amino. Protein boleh menyumbangkan tenaga untuk bekerja
dan bersenam dalam dua cara. Pertama asid amino alanine boleh ditukar di dalam hati
kepada glukosa, yang kemudiaannya boleh digunakan untuk mensintesiskan glikogen.
Glikogen pada hati boleh dinyahgredkan kepada glukosa dan dihantar kepada otot yang
bekerja melalui sistem peredaran. Kedua, banyak asid amino (seperti isoleucine, alanine,
leucine, valine) boleh diubah kepada dua jenis sistem metabolik (seperti sebatian yang
terlibat dalam bioenergetik secara langsung) dalam sel otot dan secara langsung
menyumbang sebagai bahan bakar dalam haluan bioenergetik.
Fosfat Bertenaga Tinggi
Sumber tenaga yang cepat bagi latihan otot ialah sebatian fosfat bertenaga tinggi,
adenosine triphosphate (ATP). Walaupun ATP bukannya sebuah molekul yang hanya
membawa tenaga ke dalam sel, ia juga merupakan molekul yang penting, dan tanpa
jumlah ATP yang cukup, hampir kesemua sel akan mati dengan cepat.
Struktur ATP terdiri kepada tiga bahagian utama: (1) bahagian adenine, (2)
bahagian ribose, dan (3) fosfat bercabang tiga. Perbentukan ATP berlaku dengan
menggabungkan adenosine diphosphate dengan fosfat tidak organik dan memerlukan
jumlah tenaga yang banyak. Sebahagian dari tenaga tersimpan di dalam ikatan kimia
yang mengikat ADP dan fosfat tidak organik. Ikatan ini dipanggil ikatan bertenaga tinggi.
Ketika enzim ATPase menguraikan ikatan ini, tenaga dilepaskan dan tenaga boleh
digunakan untuk bekerja (seperti latihan otot).
ATP juga dikenali sebagai penderma tenaga semesta. Ia berpasangan dengan
tenaga yang dilepaskan kepada penguraian bahan makanan kepada bentuk tenaga yang
boleh digunakan oleh semua sel. Sebagai contoh, sel menggunakan tindak balas
eksergonik (penguraian bahan makanan) untuk membina ATP melalui tindak balas
endergonik.ATP yang baru terhasil ini boleh digunakan sebagai sumber tenaga kepada
sel.
Bioenergetik
Sel otot menyimpan jumlah ATP yang terhad. Oleh sebab itu, kerana senaman otot
memerlukan bekalan ATP yang tetap untuk menyediakan tenaga yang diperlukan untuk
latihan otot, laluan metabolik mestilah ada di dalam sel dengan mempunyai kebolehan
untuk menghasilkan ATP secara pantas. Sel otot boleh menghasilkan ATP dengan satu
atau menggabungkan tiga laluan metabolik: (1) pembentukan ATP dengan penguraian
phosphocreatene (PC), (2) pembentukan ATP melalui penyahgredan glukosa atau
glikogen (dipanggil glikolisis) dan (3) pembentukan oksida pada ATP. Pembentukan ATP
melalui laluan PC dan glikolisis tidak melibatkan penggunaan O2; laluan ini dipanggil
laluan anaerobik (tanpa O2). Pembentukan oksida pada ATP dengan penggunaan O2
dikenali sebagai metabolisme aerobik.
Pembentukan ATP Anaerobik
Cara yang paling ringkas dan juga paling cepat untuk menghasilkan ATP
melibatkan pendermaan kumpulan fosfat dan tenaga pada ikatannya dari PC kepada ADP
untuk membentuk ATP.
Tindak balas ini dimangkinkan oleh enzim creatine kinase. Ia berlaku secara
mendadak apabila ATP diuraikan oleh ADP + P ketika senaman. Walau bagaimanapun,
sel otot hanya menyimpan jumlah PC yang kecil, dan hanya menghasilkan jumlah ATP
yang terhad melalui tindak balas ini. Gabungan antara ATP dan PC yang tersimpan
dikenali sebagai sispem ATP-PC atau sistem fosfagen. Ia menyediakan tenaga untuk
latihan otot ketika bersenam dan ketika senaman ringkas yang padat (kurang dari 5 saat).
Pembentukan semula PC memerlukan ATP dan berlaku hanya ketika pemulihan dari
senaman.
Kepentingan sistem ATP-PC pada atlet boleh difahami dengan melihat kepada
senaman jangka pendek yang ringkas seperti larian pecut 50 meter, lompat tinggi,
melakukan angkat berat secara serta merta, ataupun seorang pemain bola sepak berlari
pecut sepanjang 10 ela di padang. Semua jenis latihan ini memerlukan beberapa saat
sahaja untuk diselesaikan dan memerlukan bantuan ATP dengan serta merta. Sistem ATPPC menyediakan sebuah tindak balas enzim yang ringkas untuk aktiviti-aktiviti seperti
ini. Pengurangan PC adalah disebabkan dari pengehadkan latihan jangka masa pendek
yang padat telah membawa kepada cadangan yang mengatakan penghasilan creatine
dalam jumlah yang banyak boleh memperbaiki prestasi latihan.
Laluan metabolisme yang kedua yang boleh menghasilkan ATP serta merta tanpa
menglibatkan O2 ialah glikolisis. Glikolisis melibatkan penguraian glukosa atau glikogen
untuk menghasilkan dua molekul asid pyruvik atau asid laktik. Glikolisis ialah sebuah
haluan anaerobik yang digunakan untuk memindahkan tenaga pada ikatan dari glukosa
kepada fosfat bukan organik pada ADP. Proses ini melibatkan satu siri pemangkinan
enzim ataupun tindak balas berpasangan. Glikolisis berlaku di dalam sarkoplasma di
dalam sel otot dan menghasilkan berat bersih dua molekul ATP dan dua molekul asid
pyruvik atau asid laktik pada setiap molekul glukosa.
Kemudian, mari kita memahami glikolisis secara lebih lanjut. Pertama, tindak
balas di antara glukosa dan pyruvate boleh dikenali dengan dua fasa yang berbeza: (1)
fasa penghasilan tenaga dan (2) fasa pengeluaran tenaga. Lima tindak balas yang pertama
menjadi fasa penghasilan tenaga di mana ATP yang disimpan mestilah digunakan untuk
menghasilkan gula fosfat. Walaupun hasil dari glikolisis ialah penghasilan tenaga
(eksergonik), glikolisis hendaklah diutamakan dengan penambahan ATP pada dua
bahagian ketika permulaan haluan. Sebab ATP diutamakan adalah untuk menambah
kumpulan fosfat (dipanggil phosphorylation) kepada glukosa dan fruktosa-6-fosfat.
Apabila glikolisis dimulakan dengan glikogen sebagai substrat, penambahan satu ATP
adalah diperlukan (glikogen tidak memerlukan phosphorylation dari ATP, tetapi
sebaliknya phosphorylation dari fosfat bukan organik). Lima tindak balas terakhir
glikolisis mewakili fasa pengeluaran tenaga glikolisis. Dua molekul ATP dihasilkan pada
dua tindak balas yang berbeza pada hujung haluan glikolitik; dan dapatan glikolisis ialah
dua ATP apabila glukosa sebagai substrat dan tiga ATP apabila glikogen sebagai substrat.
Hidrogen selalunya disingkirkan dari substrat nutrient di dalam bioenergetik dan
dibawa oleh molekul pembawa. Dua molekul pembawa yang secara biologikal amat
penting adalah nicotinamide adenine dinucleotide (NAD) dan flavin adenine dinucleotide
(FAD). Kedua-dua NAD dan FAD membawa hidrogen dan elektron-elektron yang
terdapat pada kedua-duanya digunakan untuk menghasilkan ATP di dalam mitokondria
melalui proses aerobik. Untuk mendapat tindak balas kimia di dalam glikolisis untuk
meneruskan proses, dua hidrogen mestilah disingkirkan dari glyceraldehyde-3-phosphate,
yang akan digabungkan dengan fosfat bukan organik, untuk membentuk
diphosphoglycerate. Penerima hidrogen di dalam tindak balas ini ialah NAD. Di sini,
NAD menerima satu dari hidrogen, sementara hidrogen yang lain bebas di dalam larutan.
Ketika menerima hidrogen, NAD diubah ke dalam bentuknya yang lebih asas, NADH.
Jumlah NAD yang cukup hendaklah ada untuk menerima atom hidrogen yang mesti
disingkirkan dari glyceraldehyde-3-phosphate apabila glikolisis diteruskan. Bagaimana
NAD dibentuk semula dari NADH? Terdapat dua cara untuk sel bagi mengembalikan
NAD dari NADH. Pertama, apabila terdapat oksigen (O2) yang mencukupi, hidrogen dari
NADH boleh dibawa ke dalam mitokondria sel. Kedua, apabila O2 tidak ada untuk
menerima hidrogen ke dalam mitokondria, asid pyruvik boleh menerima hidrogen untuk
membentuk asid laktik. Enzim yang memangkinkan tindak balas ini ialah laktate
dihidrogenase (LHD), dengan hasil pada akhirnya ialah pembentukan asid laktik dan
pembentukan semula NAD. Oleh itu, sebab pembentukan asid laktik adalah untuk
mengitar semula NAD (NADH diubah kepada NAD) supaya glikolisis boleh diteruskan.
Sekali lagi, glikolisis ialah penguraian glukosa kepada asid pyruvik atau asid
laktik dengan menghasilkan dua atau tiga ATP, bergantung kepada haluan yang dilaluinya
dengan glukosa atau glikogen. Glukosa ialah molekul 6-karbon manakala asid pyruvik
dan asid laktik ialah molekul 3-karbon. Hal ini menerangkan penghasilan dua molekul
asid pyruvik atau asid laktik dari satu molekul glukosa. Oleh kerana O2 tidak terlibat
secara terus di dalam glikolisis, haluan ini dikira sebagai anaerobik. Walau
bagaimanapun, sekiranya terdapat O2 di dalam mitokondria, pyruvate boleh di sertakan
di dalam penghasilan ATP secara aerobik.
Penghasilan ATP Aerobik
Penghasilan ATP secara aerobik berlaku di dalam mitokondria dan melibatkan
interaksi antara dua haluan metabolik: (1) kitaran Krebs dan (2) rantaian pengangkutan
elektron. Fungsi utama kitaran Krebs (juga dikenali sebagai kitaran asid citric) ialah
melengkapkan pengoksidaan (penyingkiran hidrogen) pada karbohidrat, lemak atau
protein menggunakan NAD dan FAD sebagai pembawa hidrogen (tenaga). Kepentingan
penyingkiran hidrogen (untuk kebaikan elektron mereka) mengandungi tenaga potensi di
dalam molekul makanan. Tenaga ini boleh digunakan di dalam rantaian pengangkutan
elektron untuk menggabungkan ADP + fosfat bukan organik untuk menghasilkan semula
ATP. Oksigen tidak terlibat di dalam tindak balas kitaran Krebs tetapi penerima hidrogen
akhir pada akhir rantaian pengangkutan elektron (air dibentuk, H2 + O = H2O). Proses
penghasilan ATP secara aerobik dikenali sebagai oxidative phosphorylation.
Kitaran Krebs
Kitaran Krebs dinamakan sempena nama ahli biokimia Hans Krebs, di mana
kajian perintisnya telah menambahkan pemahaman kita di dalam haluan yang kompleks
ini. Kitaran Krebs memerlukan dua molekul karbon, acetyl~CoA. Acetyl~CoA boleh
dibentuk dari penguraian karbohidrat, lemak atau protein. Mula-mula, mari kita
tumpukan pada pembentukan acetyl~CoA dari pyruvate (pyruvate boleh dibentuk dari
kedua-dua karbohidrat dan protein). Pyruvate (molekul tiga karbon) diuraikan untuk
membentuk acetyl~CoA (molekul dua karbon) dan karbon yang tinggal didermakan
sebagai CO2. Kemudian, acetyl~CoA bergabung dengan oxaloacetate (molekul empat
karbon) untuk membentuk citrate (enam karbon). Apa yang mengikut ialah satu siri
tindak balas untuk membentuk oxaloacetate dan dua molekul CO2, dan haluan bermula
berulang-ulang kali.
Untuk setiap molekul glukosa memasuki glikolisis, dua molekul pyruvate
dibentuk, dan di dalam kehadiran O2, mereka diubah kepada dua molekul acetyl~CoA.
Hal ini bermakna setiap molekul glukosa menghasilkan dua pusingan kitaran Krebs.
Fungsi kitaran Krebs ialah untuk menyingkirkan hidrogen dan tenaga yang berkaitan
dengan hidrogen dari pelbagai substrat yang terlibat di dalam kitaran. Untuk setiap
pasangan elektron yang melalui rantaian pengangkutan elektron dari NADH kepada
oksigen, terdapat tenaga yang cukup untuk membentuk 2.5 molekul ATP. Untuk setiap
molekul FADH yang dibentuk, terdapat tenaga yang cukup untuk menghasilkan 1.5
molekul ATP. Oleh sebab itu, di dalam penghasilan ATP, FADH tidaklah mempunyai
tenaga yang banyak seperti NADH.
Tambahan pula di dalam penghasilan NADH dan FADH, kitaran Krebs
menghasilkan pembentukan terus sebatian penuh tenaga, guanosine triphosphate (GTP).
GTP ialah sejenis sebatian penuh tenaga yang boleh membawa kumlulan fosfat
terminalnya kepada ADP untuk membentuk ATP. Pembentukan terus GTP di dalam
kitaran Krebs dikenali sebagai phosphorylation tahap substrat, dan hanya cukup untuk
jumlah pertukaran tenaga yang kecil di dalam kitaran Krebs, kerana hampir kesemua
tenaga yang dihasilkan oleh kitaran Krebs diambil oleh rantaian pengangkutan elektron
untuk membentuk ATP.
Pada satu tahap kita perlu fokus kepada peranan yang dimainkan oleh karbohidrat
di dalam penghasilan acetyl~CoA untuk memasuki kitaran Krebs. Bagaimana lemak dan
protein melalui metabolisme aerobik. Adalah diketahui bahawa lemak (trigliserida)
diuraikan untuk membentuk asid berlemak dan gliserol. Asid berlemak ini boleh melalui
satu siri tindak balas untuk membentuk acetyl-CoA (dipanggil pengoksidaan beta) dan
kemudian memasuki kitaran Krebs. Walaupun gliserol boleh diubah melalui glikolisis di
dalam hari, hal ini tidak berlaku secara mendadak di dalam otot manusia. Oleh sebab itu,
gliserol bukanlah bahan bakar yang begitu penting semasa bekerja.
Seperti yang telah dikemukakan, protein bukanlah dikenali sebagai sumber bahan
bakar yang utama ketika bersenam, kerana ia hanya menyumbang sebanyak 2-15% bahan
bakar ketika bekerja. Protein boleh memasuki haluan bioenergetik di dalam pelbagai
tempat. Walau bagaimanapun, langkah yang pertama ialah penguraian protein ke dalam
subunit asid amino. Apa yang berlaku kemudian bergantung kepada jenis asid amino
apakah yang terlibat. Contohnya, sesetengah asid amino boleh diubah kepada glukosa
atau asid pyruvik, sesetengah lagi kepada acetyl~CoA, dan yang lain-lain di dalam
kitaran Krebs.
Rantaian Pengangkutan Elektron
Penghasilan ATP secara aerobik (dipanggil oxidative phosphorylation) berlaku di
dalam mitokondria. Haluan ini bertanggungjawab di dalam proses yang dipanggil sebagai
rantaian pengangkutan elektron (juga dikenali sebagai rantaian respiratori atau rantaian
cytochrome). Penghasilan ATP secara aerobik boleh berlaku kerana mekanisme yang
menggunakan tenaga potensi terdapat di dalam pembawa hidrogen yang dikurangkan
seperti NADH dan FADH kepada rephosphorylate ADP dan juga ATP. Pembawa
hidrogen yang dikurangkan tidak bertindak balas secara terus dengan oksigen.
Sebaliknya, elektron yang disingkirkan dari atom hidrogen dibawa oleh satu siri
pembawa elektron yang dikenali sebagai cytochrome. Ketika elektron dibawa ke rantaian
cytochrome, tenaga yang cukup dilepaskan untuk resphosphorylate ADP untuk
membentuk ATP pada tiga tapak berbeza. Apabila elektron melalui rantaian
pengangkutan elektron, molekul yang sangat reaktif yang dipanggil radikal bebas akan
terbentuk. Radikal bebas dalam jumlah yang banyak boleh membahayakan otot dan
menyumbang kepada keletihan otot.
Pembawa hidrogen yang membawa elektron ke rantaian pengangkutan elektrom
datang dari pelbagai sumber. Dua NADH dihasilkan dari setiap molekul glukosa yang
dinyahgredkan melalui glikolisis. NADH ini terletak di luar mitokondria, dan hidrogen
padanya hendaklah diangkut melalui membran mitokondria dengan mekanisme
pengangkutan yang istimewa. Walau bagaimanapun, banak elektron yang memasuki
rantaian pengangkutan elektron dari molekul NADH dan FADH dibentuk hasil daripada
pengoksidaan kitaran Krebs.
Dua elektron dari NADH atau FADH dibawa ke satu siri sebatian yang melalui
pengoksidaan dan pengurangan, dengan tenaga yang cukup yang dibebaskan untuk
mensintesiskan ATP pada tiga tempat sepanjang laluan. FADH memasuki laluan
cytochrome melalui satu pusat di bawah tahap kemasukan untuk NADH. Ia amat penting
kerana tahap kemasukan bagi FADH melepasi satu dari tapak-tapak untuk penghasilan
ATP, dan setiap molekul FADH yang memasuki rantaian pengangkutan elektron
mempunyai tenaga yang cukup bagi membentuk hanya 1.5 ATP. Sebaliknya, kemasukan
NADH ke dalam rantaian pengangkutan elektron menyebabkan penghasilan 2.5 ATP.
Pada akhir rantaian pengangkutan elektron, oksigen menerima elektron yang dibawa
melaluinya dan bergabung dengan hidrogen untuk membentuk air. Sekiranya O2 tidak
ada untuk menerima elektron-elektron tersebut, oxidative phosphorylation tidak akan
berlaku, dan pembentukan ATP di dalam sel mesti dilakukan melalui metabolisme
anaerobik.
ATP dibentuk pada beberapa tempat sepanjang rantaian pengangkutan elektron.
Bagaimana pembentukan ATP berlaku? Mekanisme yang menerangkan pembentukan
ATP secara aerobik dikenali sebagai chemiosmotic hypothesis. Apabila elektron dihantar
sepanjang rantaian cytochrome, tenaga yang dilepaskan digunakan untuk mengepam
hidrogen yang dilepaskan dari NADH dan FADH dari dalam mitokondria melalui
membran dalaman mitokondria. Hasilnya ialah penimbunan proton hidrogen di dalam
dan di luar ruangan membran mitokondria. Penimbunan hidrogen ini ialah sumber tenaga
potensi yang boleh dikumpul dan digunakan untuk menggabungkan kembali fosfat bukan
organik dengan ADP untuk membentuk ATP. Sebagai contoh, satu longgokan hidrogen
ialah sama seperti tenaga potensi bagi air pada empanagn; apabila air bertakung dan turun
melalui bahagian atas empangan, air yang jatuh menjadi tenaga kinetik yang boleh
digunakan untuk melakukan kerja.
Terdapat tiga pengepam untuk menggerakkan hidrogen dari matriks mitokondria
ke ruangan yang tersedia. Pengepam yang pertama menggerakan empat proton hidrogen
(menggunakan NADH) melalui ruangan membran pertengahan untuk setiap dua elektron
yang bergerak sepanjang rantaian pengangkutan elektron. Pengepam yang kedua juga
(empat dari pengepam kedua dan dua dari pengepam ketiga). Kerana empat proton
diperlukan untuk menghasilkan dan membawa satu ATP dari mitokondria ke sitoplasma,
jumlah penghasilan ATP dari satu molekul FAD ialah 1.5 ATP.