Anda di halaman 1dari 28

BAB 1

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN


Oleh
Azizan Baharuddin, Zaid Ahmad, Rosnah Sadri,
Mohd Zuhdi Marsuki, Wan Jasimah, Mohd Razi.

1.1

KEPENTINGAN TAJUK

Keperluan mengkaji/memahami ilmu dan isu-isu ketamadunan hari ini, dalam


konteks Malaysia dan konteks global

Hubungkait dengan idea pembinaan Negara Malaysia

Bidang ini sebagai wahana pewacanaan isu-isu seperti kepelbagaian budaya,


jihad, hegemoni barat dan lain-lain

Idea clash of civilisation, peri pentingnya dialog, cabaran globalisasi dan


pembinaan serta pemerkasaan jatidiri bangsa.

Terdapat beberapa persoalan yang selalu berbangkit dalam polemik tentang


tamadun dan ketamadunan. Antaranya, termasuklah persoalan yang sangat asas, misalnya,
apakah tamadun? Apakah yang menjadi landasan dalam memahami pengertian dan konsep
tamadun? Apakah ukuran, nilai atau penanda aras bagi menentukan tahap pencapaian
ketamadunan bagi sesuatu tamadun? Atau, persoalan yang lebih umum sifatnya, seperti,
apakah yang menjadi rujukan bagi menentukan suatu bangsa atau sesuatu masyarakat itu
bertamadun atau sebaliknya?
Persoalan-persoalan ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Ianya sudah sekian lama
menjadi polemik dalam dunia pemikiran ketamadunan dan peradaban manusia. Debat
mengenainya boleh ditelusuri seawal zaman Greek lagi apabila Plato mengemukakan
konsep polis dalam karyanya The Republic yang merujuk kepada bentuk dan jenis
masyarakat yang mencapai tahap kemajuan dan juga kewujudan institusi-institusi budaya,
politik dan kemasyarakatan dalam rangka jalinan hubungan sosialnya. Di kalangan pemikir
Islam, al-Farabi misalnya mengemukakan konsep al-madinah al-fadilah, manakala Ibn
Khaldun mengemukakan umran badawi dan umran hadhari. Kesemua ini adalah bagi
1

menjawab persoalan-persoalan yang berkisar di sekitar peradaban dan ketamadunan.


Tujuannya tiada lain kecuali untuk memperjelaskan konsep dan makna peradaban dan
ketamadunan itu dan seterusnya mengemukakan kerangka konseptualnya tentang apakah
bentuk dan rupa peradaban dan tamadun yang diimpikan oleh manusia.
Ruang lingkup perbahasan tamadun dan ketamadunan sememangnya cukup luas,
seluas ruang lingkup kehidupan manusia itu. Bagi menjelaskan subjek yang luas ini, kita
memerlukan suatu pendekatan yang dapat memandu memberi kefahaman yang lebih jelas
tentang segi-segi penting dan elemen-elemen asas dalam proses pembinaan tamadun.
Bagi tujuan ini, pendekatan yang lebih wajar adalah memulakannya dengan
mengenengahkan suatu gambaran umum tentang istilah-istilah yang lazim digunakan
dalam perbincangan dan wacana ketamadunan. Penjelasan ini amat perlu kerana kegagalan
memahami konsep-konsep atau istilah-istilah itu akan menyebabkan tersimpangnya pemahaman
dan tersasarnya pandangan tentang tamadun dan ilmu ketamadunan itu. Ini secara langsung akan
membolehkan seseorang mendapatkan intipati daripada konsep-konsep itu dan seterusnya membina
pandangan dunia (world view) serta kerangka rujukan (frame of reference) apabila membicarakan
isu-isu ketamadunan dan peradaban secara khusus.
Kerangka rujukan ini penting kerana pengajian ketamadunan itu perlu di bina di atas asas
epistemologi yang jelas dan bertitik tolak daripada premis yang disesuaikan dengan acuan
pandangan dunia yang tertentu bersandarkan latar budaya, ideologi dan agama di mana ianya
dibina. Matlamat daripada pembinaan dan kefahaman tentang pandangan dunia ini tidak lain
daripada untuk menjanakan upaya intelektual bagi membolehkan ukuran bertamadun dan tidak
bertamadunnya sesuatu masyarakat atau bangsa atau komuniti itu dibuat.
Ringkasnya, untuk terlibat dengan perbahasan tentang tamadun dan ketamadunan, seorang
itu perlu memahami dan mengenal pasti apakah kriteria dan asas rujukan bagi menentukan tahap
dan pencapaian sesuatu tamadun berdasarkan teori-teori ketamadunan yang dikemukakan samada
klasik, moden maupun kontemporari. Pada masa yang sama ia juga mampu mengenal pasti dan
dengan pengetahuan itu berupaya menggunakan acuan dan sistem nilai sendiri dalam menilai apa
jua bentuk budaya dan peradaban yang datang dari luar.

1.2

PENGAJIAN KETAMADUNAN (CIVILISATIONAL STUDIES) DAN


SEJARAH TAMADUN (HISTORY OF CIVILIZATION)

"History is for human self-knowledge ... the only clue to what man can do is what man has done.
The value of history, then, is that it teaches us what man has done and thus what man is." Robin G.
Collingwood (1946)
Sering berlaku khilaf dalam pemahaman antara pengajian ketamadunan dan sejarah
tamadun. Ekoran daripada keadaan ini menuntut dijelaskan perbezaan dan pertalian atau hubung
kait antara pengajian ketamadunan dengan sejarah tamadun? Penjelasan ini lebih-lebih lagi
diperlukan kerana kajian ketamadunan harus dibina di atas asas epistemologi yang betul dan
mengikut acuan dan berasaskan prinsip dan fundamental tertentu. Ini perlu bagi mengelakkan
kecelaruan antara membincangkan tamadun sebagai suatu konsep dan tamadun sebagai suatu realiti
sosial dalam sejarah manusia.
Sebagai satu bidang ilmu dan pengetahuan, pengajian ketamadunan membicarakan teori,
konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak, manakala
sejarah tamadun pula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun daripada segi
pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemundurannya atau ringkasnya kajian mengenai masa
lampau. Secara amnya pengajian ketamadunan tidaklah begitu terikat kepada batasan masa/zaman
manakala sejarah tamadun lazimnya dibatasi oleh faktor masa.
Namun demikian perspektif ini tidak bertujuan mengasingkan pengajian sejarah tamadun
dengan pengajian atau kajian ketamadunan. Ini kerana antara kedua-duanya tidak boleh malah
tidak mungkin dapat dipisahkan. Tanpa sejarah, kajian ketamadunan akan menjadi sesuatu subjek
yang hampa, usang dan kosong seperti halnya dengan bakul yang tiada berisi. Oleh itu sejarah
mesti selamanya menjadi komponen asas dalam kajian ketamadunan kerana melalui sejarahlah
ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dan dikembangkan. Di samping sejarah, komponenkomponen dan disiplin-disiplin pengetahuan yang lain juga menjadi komponen pentingnya
termasuk agama, falsafah, kajian bandar, sosiologi, antropologi, kebudayaan, sains dan teknologi,
seni dan kesusasteraan. Bahkan semua disiplin ilmu yang menghuraikan tentang manusia dan
kehidupan serta persekitarannya adalah termasuk di bawah ruanglingkup disiplin yang
memperkukuhkan bidang kajian ketamadunan. Ertinya pengajian ketamadunan adalah suatu bidang
yang sangat hidup, versatile, luas dan bersifat inter-disiplin serta pelbagai disiplin.

Secara teorinya pengajian ketamadunan, di samping bersifat inter-disiplin, merentasi


perbincangan tentang masa lampau, masa kini dan masa depan. Ringkasnya perbezaan antara
pengajian ketamadunan dan pengajian sejarah tamadun hanyalah daripada segi fokus dan bukannya
subjek. Cuma penjelasan ini diperlukan bagi membetulkan persepsi yang melihat kedua-dua
pengajian ini adalah sama dan serupa.
1.3

TAKRIF DAN CIRI-CIRI TAMADUN


Perkataan tamadun digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat

khausunya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan tamadun
merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan
penonjolannya dalam tamadun Barat. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang
telah diterima pakai dalam bahasa Melayu (dalam bahasa Indonesia istilah peradaban lebih popular
penggunaannya). Dari sudut etimologinya ia berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja
merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti.
Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk
kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti
yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen
yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.
Secara tidak langsung, pengertian tamadun menekankan dua perkara yang penting iaitu
kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna,
tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan,
pemikiran dan kemajuan (seperti S&T, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik,
halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila
dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.
Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris untuk
memberi maksud tamadun ialah civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam
bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota. Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga
membawa maksud yang menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan
kebendaan.

Di antara penulis yang boleh dianggap pelopor dalam bidang pengajian ini antaranya
adalah Jurji Zaydan dan Farid Wajdi, di samping beberapa tokoh lain seperti Muhammad Abduh
dan Malik Bennabi. Bagaimana pun penulis yang lebih awal mengupas dan mengenengahkan idea
pengajian ketamasunan ini adalah Ibn Khaldun. Ibn Khaldun menggunakan istilah umran bagi
menjelaskan makna dan maksud tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya. Istilah
tamadun diperkenalkan secara khusus bagi pengajian ini oleh Jurji Zaydan apabila beliau
menerbitkan karyanya yang masyhur Tarikh al-Tamaddun al-Islami. Muhammad Abduh
menggunakan istilah madaniyyah (daripada akar perkataan yang sama dengan tamaddun).
Dalam korpus berbahasa Melayu pula, sekurang-kurangnya dua istilah yang sering
digunakan iaitu tamadun dan peradaban. Kedua-dua istilah itu juga bukanlah kata asal bahasa
Melayu. Kedua-duanya adalah pinjaman perkataan Arab. Dalam korpus penulisan berbahasa
Melayu, sebelum kedatangan Islam perkataan yang dugunakan bagi maksud peradaban adalah
budaya yang bertunjang kepada ketinggian nilai dan kehalusan budi. Hal ini dicerminkan dalam
adat resam dan tradisi bangsa Melayu zaman berzaman. Pada ketika ini kalimah Melayu yang
sering digunakan bagi menggambarkan peningkatan kehidupan masyarakat ini adalah kemajuan
atau pembangunan. Namun begitu perkataan maju dan kemajuan ternyata mempunyai konotasi
yang jauh lebih sempit daripada tamadun. Sesudah kedatangan Islam istilah-istilah bahasa Arab
diguna dengan meluas dan kemudiannya diiktirafkan dan diterima pakai sebagai perkataan atau
istilah Bahasa Melayu.

1.4

AGAMA DAN TAMADUN


Agama adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam kajian ketamadunan.

Fenomena agama penting difahami kerana ia merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia.
Berasaskan fahaman sekular agama melibatkan kepercayaan (belief) terhadap suatu yang bersifat
transcendent dan beyond.4
Manakala tamadun merujuk kepada suatu tingkat pencapaian daripada segi pembangunan
sosial, keadaan masyarakat yang berperadaban atau menjadi bertamadun. Ianya bermaksud suatu
masyarakat yang mencapai tahap maju dalam bidang sosial, seni dan sains yang mempunyai
kompleksiti daripada segi budaya yang dibentuk dalam kelompok tertentu berasaskan epoch yang
tertentu.

Bagi menghuraikan hubungan antara tamadun dengan agama, suatu pendekatan yang
bersifat kefalsafahan diperlukan. Ia harus bertitik tolak daripada konsep manusia sebagai agen
tamadun par exellence. Oleh kerana tamadun dibina atas acuan dan bentuk serta latar budaya
masyarakat yang tertentu maka faktor keagamaan atau sistem kepercayaan sesuatu masyarakat itu
tidak dapat diketepikan dan/malah ianya dalam banyak keadaan menjadi faktor penentu.
Hal yang demikian ini dapat dibuktikan melalui singkapan sejarah tamadun-tamadun besar
dunia. Tamadun-tamadun dunia yang pernah muncul seperti Aztec, Sumeria/Babylonia, Masir
Purba, China, Indus-Ganges misalnya mempunyai tradisi sistem kepercayaan yang mendominasi
malah menentukan imej tamadun tersebut.
Kehidupan berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan perkara penting dalam
kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat tersebut pada diri seseorang berkait rapat dengan
kepercayaan beragama dalam kehidupan seorang manusia. Agama berperanan membentuk
pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam
kehidupan. Daripada bukti tamadun-tamadun silam, dapat dilihat bagaimana agama mempunyai
kaitan yang begitu rapat dengan tamadun. Bukti-bukti peninggalan dan barangan tamadun-tamadun
silam yang dapat dilihat sehingga ke hari ini menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap
kehidupan beragama.
Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana
tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan dalam
kehidupan masyarakatnya. Selain daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut
mengumpulkan pelbagai agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat
dilihat dalam zaman tamadun Islam yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah
tamadun itu terdiri dari kalangan masyarakat Islam.
Berasaskan pandangan para sarjana umumnya, terdapat sekurang-kurangnya dua aliran
iaitu yang bependapat agama mempunyai pengaruh dan peranan yang besar terhadap tamadun di
satu pihak dan mereka yang skeptikal terhadap peranan agama disatu pihak yang lain. Sebagai
contoh, Arnold Toynbee berpendapat in the course if its evolution, a civilisation produced, among
other things, a universal state and higher form of religion. Namun seorang lagi sarjana Amerika,
Thomas Berry berpendapat bahawa tamadun ketimuran (oriental civilisation) seperti China dan
India tidak dapat difahami sepenuhnya kecuali dengan merujuk kepada agama-agama besar Asia.

Manakala Edward Sullivan ketika mengulas dan mengiktiraf peranan Islam dalam pembinaan
tamadun Islam mencatatkan Muslim civilisation was the product of Muslim religion.
Para sarjana Islam dalam bidang ini pula telah membuat penegasan tentang kedudukan,
peranan serta pengaruh Islam sebagai pemangkin kebangunan tamadun Islam. Muhammad Abduh
misalnya dalam Tafsir al-Quran telah membuat suatu generalisasi bahawa semua

tamadun

(madaniyyat) dibangunkan di atas asas agama. Manakala Ali Shariati pula menekan persoalan
peranan Islam sebagai faktor utama dalam proses kebangunan Tamadun Islam.
1.5

HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA


Dalam kehidupan bertamadun, masyarakatnya manusia dicirikan sebagai masyarakat yang

memiliki budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas
persekitaranmya (termasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif.
Berbudaya tinggi dan terpuji pula merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang
dipaparkan dalam kehidupan mereka. Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya apabila
dilihat dari dua keadaan berikut
a.

Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh

dan natijah budaya. Dengan pengertian lain sesuatu natijah budaya yang kekal lama dalam
sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun. Sebagai contoh, kesetiaan kepada
maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam masyarakat Jepun meskipun sistem
politik mereka telah jauh berbeza daripada keadaan silam. Cara mereka berpakaian dan
pemilihan jenis makanan pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak
perubahan dalam tempoh seratus tahun ini.
b.

Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya

selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam misalnya
mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai
contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada
masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka berada di bawah naungan
ketamadunan Islam.

Tamadun dan Bangsa


Lazimnya sesuatu bangsa mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan
budaya kawasan geografi tertentu. Manakala tamadun pula bersifat universal melintasi sempadan
geografi yang secara langsung melampaui batasan bangsa dan kebangsaan. Terdapat tamadun yang
dibangun dan dimiliki oleh lebih daripada satu bangsa atau kaum seperti tamadun Barat yang
mengandungi beberapa bangsa atau kaum di Eropah dan Amerika Utara. Manakala Tamadun Islam
telah bangun dan berkembang dengan di latari oleh pelbagai budaya dan bangsa. Secara teorinya,
tamadun dan bangsa mempunyai kaitan walaupun selalunya tamadun melampaui batasan
kebangsaan. Namun demikian imej sesuatu tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa yang
menerajui tamadun itu. Sebagai contoh yang dekat ialah tamadun Islam yang berkembang di Alam
Melayu yang memperluhatkan imej dan citra keMelayuannya, pada waktu yang sama meletakkan
Islam sebagai asas sistem nilai dan landasannya.

1.6 PROSES DAN KARAKTERISTIK TAMADUN


Clive Bell dalam bukunya Civilization menghujahkan antara perkara yang amat penting
dalam tamadun ialah kewujudan leisured class iaitu kewujudan mereka yang bersedia memberikan
masa lapangnya (surplus time) untuk membantu orang lain (Clive Bell, Civilization: An Essay,
London: Penguin Book, 1938)
Merujuk pandangan Bell di atas, ada dua kata kunci penting yang menjadi asas memahami
tahap pencapaian ketamadunan iaitu leisured class dan surplus time. Beliau melihat tamadun
sebagai manifestasi kejayaan menyediakan suatu keadaan di mana anggota masyarakat itu
mempunyai masa untuk melakukan aktiviti berhibur dengan adanya masa senggang. Ini selari
dengan pandangan yang melihat bahawa antara ciri masyarakat bertamadun adalah yang dapat
menzahirkan kreativitinya melalui aktiviti masa senggang seperti merekacipta hasil seni dan
berkarya.
Sebagai suatu proses, tamadun merupakan evolusi yang berlaku dalam sesuatu masyarakat
daripada kehidupan desa kepada kehidupan bandar, daripada kehidupan tidak tetap kepada
kehidupan menetap. Proses inilah yang menjadi asas pembentukan dan pemikiran mengenai
tamadun manusia. Peringkat-peringkat proses ini menjadi fokus pelbagai bidang ilmu berkaitan

pengajian ketamadunan yang mana tiap-tiap peringkat proses itu merupakan peringkat yang
mempengaruhi peringkat seterusnya.
Secara amnya proses yang dilalui oleh sesuatu masyarakat daripada tidak bertamadun
kepada bertamadun itu dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu bermula dengan
masyarakat simpel/mudah kepada masyarakat modern dan kompleks. Dalam proses ini sesuatu
masyarakat mengalami proses peringkat pertama iaitu menyediakan keperluan asas bagi diri dan
keluarganya, makanan, pakaian, tempat tinggal dan keselamatan.
Proses ini akan berterusan iaitu bermula daripada usaha memenuhi keperluan asas
sehinggalah kepada keupayaan memenuhi keperluan-keperluan yang bersifat mewah dan yang
bukan lagi bersifat asas.
Dalam proses peningkatan ini manusia melalui berbagai lapisan taraf hidup yang mana
melibatkan peningkatan dan penambahan bagi keperluan asas. Masyarakat menjadi bertambah
maju dengan peningkatan prasarana dalam kehidupan dan perubahan konsep tentang apa yang
dikatakan asas dan apa yang dikatakan mewah. Berbezanya konsep keperluan asas itu juga adalah
sebahagian daripada petunjuk penting yang menentukan tahap pencapaian sesuatu masyarakat
dalam bidang ketamadunan. Sebagai contoh barangan mewah pada peringkat awal proses
ketamadunan kemudiannya berubah menjadi barangan keperluan asas pada peringkat berikutnya.
Sebagai contoh, pakaian adalah keperluan asas bagi menutup bahagian-bahagian tertentu tubuh
manusia tetapi kemudiannya pakaian yang sempurna menjadi keperluan asas kepada masyarakat
manusia yang sudah bertambah maju. Manakala pada peringkat seterusnya pakaian yang
bersesuaian dengan keadaan tertentu manjadi keperluan asas mungkin kepada orang tertentu
(yang berkedudukan) dan seumpamanya. Proses yang berikutnya mungkin lebih menjurus kepada
jenis pakaian yang dikaitkan juga dengan status sosial seseorang kerana pakaian pada ketika ini
bukan lagi keperluan asasi tetapi berfungsi sebagai lambang kedudukan sosial seseorang.
Selain itu, aspek kehidupan yang lain juga bergerak selari dengan pergerakan tamadun
seperti pendidikan. Pada masa lampau kebolehan menulis adalah suatu yang jarang-jarang dimiliki
oleh seseorang dan ianya merupakan suatu keistimewaan kepada sesiapa yang memiliki kebolehan
itu. Contohnya, pada zaman jahiliah Arab, mereka yang berupaya menulis dianggap seorang yang
sangat istimewa dalam masyarakat. Tetapi perkembangan tamadun kemudiannya meunjukkan
bahawa kebolehan yang seumpama itu bukan lagi sesuatu yang istimewa, malahan mereka yang

tidak memiliki keupayaan itu pula dianggap ketinggalan atau kekurangan. Bahkan pada ketika ini
salah satu petunjuk yang digunakan bagi mengukur pencapaian sesuatu masyarakat atau bangsa
adalah kadar celik hurufnya.
Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri atau penonjolan yang tersendiri seperti tamadun
Yunani yang terkenal dengan kesusasteraan falsafah dan keseniannya, tamadun Cina dengan
kerafnya manakala tamadun Islam pula terkenal dengan perspektif pandangan dunia yang
menyeluruh dan perkembangan sains dan teknologi. Di samping terdapat keistimewaan tertentu
pada tamadun-tamadun yang berbeza, tamadun juga mempunyai ciri-ciri dasar dan asas yang
bersifat sejagat seperti berikut

a.

Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau


beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau madinah.

b.

Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna, seterusnya terhasil peningkatan


jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang.

c.

Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran,
ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.

d.

Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan
yang tersendiri bagi menjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan
pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu.

e.

Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa
yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam
segala kegiatan kehidupan.

f.

Kelahiran dan peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi dan pembinaan
bagi menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan.

g.

Kelahiran dan perkembangan daya kreativiti dalam menghayati falsafah, kesenian,


kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.

1.7

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN


Perubahan pada sesebuah masyarakat daripada kehidupan tidak bertamadun kepada

kehidupan bertamadun agak sukar digambarkan secara lengkap. Perubahan tersebut boleh jadi
berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik. Namun secara lebih menyeluruh dapat dikenal

10

pasti beberapa faktor pendorong kepada kemunculan tamadun-tamadun dunia sebelum ini seperti
berikut:
a.

Kedudukan yang strategik. Kedudukan yang sesuai dapat membantu membangunkan


sesebuah penempatan dan membolehkan penduduk atau penerokanya memperoleh sumbersumber semula jadi untuk kelangsungan kehidupan. Faktor geografi yang merujuk kepada
kesesuaian lokasi telah dilihat menyebabkan kemunculan tamadun Cina di lembah HuangHe dan Yang Tze. Selain itu, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, serta
tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates, dan tamadun Mesir di Lembah
Nil. Begitu juga dengan tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka.

b.

Rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani mendorong
manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci, seterusnya
membawa kepada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati
kehidupan

beragama

akan

berusaha

memastikan

kehidupan

mereka

mencapai

kesempurnaan kemanusiaan, agar dapat melahirkan ketinggian budaya hinggalah


membawa kepada kehidupan bertamadun. Kemunculan tamadun Islam misalnya begitu
dipengaruhi oleh rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup Islam yang kamil
berserta dorongan langsung daripada risalah wahyu.
c.

Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai. Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan
nilai terpuji oleh pemimpin dan masyarakatnya. Nilai-nilai murni yang wujud pada
masyarakat pastinya menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain
seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilai-nilai
murni yang wujud pada pemimpin pula sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang
berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding
bahu untuk membangunkan negara. Penghayatan nilai-nilai murni telah direalisasi oleh
kesemua tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze
dan Kung Fu-Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta
al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam.

d. Tekanan kehidupan. Kesengsaraan hidup yang dialami oleh sesebuah masyarakat.


Kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat bekerjasama
menggemblengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut.

11

Situasi demikian boleh menjadikan masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif untuk
membangunkan kehidupan mereka. Hakikat ini bersesuaian dengan pepatah Inggeris yang
menyatakan keperluan kehidupan merupakan ibu segala reka cipta (necessity is the
mother of invention). Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun sering kali
dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang
Dunia Kedua.
e. Interaksi dengan tamadun lain. Toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamaduntamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadun merupakan satu
rangsangan dan dorongan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi
menggambarkan sikap keterbukaan untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada
tamadun-tamadun lain, yang akhirnya dapat membantu kemunculan tamadun baru. Sikap
sebegini diamalkan oleh tokoh-tokoh penting

tamadun-tamadun sebelum ini jelas

menampakkan toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam contohnya
merupakan tamadun yang telah bersikap terbuka untuk menerima sumber-sumber ilmu
daripada tamadun Yunani, tamadun Parsi, tamadun India dan tamadun Cina.
Seterusnya natijah kemunculan sesebuah tamadun dapat digambarkan oleh perilaku dan
budaya masyarakat yang tinggi dalam pentadbiran dan perekonomian. Pada zaman kegemilangan
sesebuah tamadun dapat diperhatikan pencapaian-pencapaian yang luar biasa dalam pelbagai
bidang seperti kesenian, kesusasteraan, pemikiran dan falsafah, serta penciptaan teknologi yang
seterusnya berkembang dalam tamadun-tamadun selepas itu. Hakikat ini menerangkan bahawa
kegemilangan dan kecemerlangan bukanlah monopoli sesebuah tamadun tertentu.
Namun, bagi sesebuah tamadun itu, setelah melalui zaman kecemerlangan pasti juga akan
mengalami zaman kemerosotan. Dalam sejarah terdapat beberapa tamadun mampu bertahan dalam
satu tempoh masa yang begitu panjang. Sebagai contoh tamadun Romawi berlangsung dari zaman
Augustas sehingga ke zaman Aurelius (30 SM -180 M). Begitu juga dengan tamadun Islam
Uthmaniyyah dari tahun masehi 1299 sehingga 1922, iaitu lebih daripada enam kurun. Adakah
benar hukum sejarah yang sentiasa berputar, menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun?
Menurut Ibn Khaldun kebangunan dan kemerosotan sesebuah tamadun itu adalah mengikut
hukum putaran sejarah. Pada peringkat permulaan ia berjaya kerana nilai-nilai baik, tetapi selepas
mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.

12

Sebaliknya para sarjana yang lain berpendapat sesebuah tamadun itu merosot bukanlah disebabkan
hukum sejarah. Kemerosotan sesebuah tamadun itu boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari
sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik. Berdasarkan sejarah, sesebuah tamadun itu
boleh merosot kerana faktor-faktor berikut:
a.

Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara


antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat
diperhatikan di penghujung tamadun Romawi pada kurun ketiga dan keempat
Masehi.

b.

Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan


diketepikan sama sekali. Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila
sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan
sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, wilayah-wilayah kolonial yang merupakan
sebahagian daripada tamadun Barat telah tumbang disebabkan penindasan dan
kezaliman yang dilakukan.

c.

Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan


pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang
murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun
Romawi dan tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai
terutama di kalangan pemimpin. Seorang penyair Arab, Ahmad Shawqi (1868 1932) pernah menukilkan dalam salah satu puisinya Sesungguhnya tertegaknya
sesebuah umat itu adalah disebabkan ketinggian akhlaknya. Sekiranya akhlak
mereka hilang maka umat tersebut akan lenyap.

d.

Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi
perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial.
Sikap sebegini pasti akan

merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah

masyarakat dan seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku
atau jumud berpanjangan. Seorang tokoh pemikir masa kini, Edward de Bono
menyatakan bahawa sikap tertutup merupakan halangan yang paling besar
terhadap penganjakan paradigma (paradigm shift). Dalam sejarah dapat dilihat
bagaimana tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dan dalam

13

disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan
sosial.
e.

Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara


besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan
sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk
menghalangnya daripada berlaku.

1.8

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN


Terdapat banyak perbezaan dan persamaan antara satu tamadun dengan satu tamadun yang

lain. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dari sudut
teologi, epistemologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung dengan konsep
monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep
Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun
manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan
Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme
mereka berbeza antara satu sama lain.
Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat antara
satu tamadun dengan satu tamadun yang lain. Malahan, percanggahan juga tidak dapat dielakkan
berlaku dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan persoalan teologi,
persoalan etika sebenarnya kurang menimbulkan kontroversi. Hakikat ini dapat menjelaskan
bahawa dialog tamadun atau peradaban boleh berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus
lebih ditumpukan kepada persoalan etika. Dalam konteks melihat perbezaan dan persamaan antara
tamadun, tujuh persoalan etika berikut dikemukakan:

Alam sekitar
Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh

kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah
Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (custodian atau steward) yang
berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian
memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi
dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam

14

sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan
ini, namun tamadun-tamadun tradisional secara umumnya tidak memusnahkan alam sekitar.

Keluarga
Tamadun-tamadun tradisional begitu menghayati

prinsip keluarga sebagai asas

pembentukan masyarakat. Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya ialah keluarga extended.
Dalam sesebuah keluarga tradisional, telah menjadi warisan turun-temurun amalan menentukan
kedudukan antara kaum lelaki dan kaum perempuan melalui hierarki kuasa. Menurut
konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat melalui konsep kekeluargaan sebegini merupakan
penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam pengajaran
Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati. Berdasarkan hakikat
tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah
keluarga itu yang menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab
masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.

Komuniti
Komuniti sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti

seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni
dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral,
material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi individu dan komuniti jarang
wujud dalam masyarakat tradisional. Kedua-dua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu
yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini
bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional.
Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan
kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan
Buddhisme.

Kerajaan
Falsafah tamadun-tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau akhlak

sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan
dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama
tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun Cina, tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze, Meng
Tze dan beberapa tokoh-tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam

15

tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil. Manakala
dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun turut menumpukan
perhatian kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan
oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional.
Hubungan ini lazimnya dilandasi oleh semangat feudalisme yang tebal. Namun demikian, kesetiaan
yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja
melanggar lunas-lunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk
membetulkannya.

Ekonomi
Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks Moral

Semesta (Moral Universe). Dalam ajaran Buddhisme, wujud konsep hak-hak kehidupan
sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada eightfold path. Dalam ajaran Islam, prinsip
yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak.
Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap
moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia.
Konsep wang, laba, ganjaran, pasaran dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh
pertimbangan-pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak
terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam
kegiatan ekonomi moden.

Pendidikan
Dalam tamadun-tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk pembinaan

sifat-sifat mulia seseorang (character-building) melalui proses pengajaran ilmu. Menyedari akan
perkara tersebut, dimensi inner-Being diberi penekanan penting dalam konsep pendidikan Islam,
Kristian, Hinduisme dan agama-agama yang lain. Manusia perlu mengetahui dan menguasai
dirinya dahulu sebelum mampu menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang
alam. Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam
ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi
dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui
proses mencari diri sendiri.

16

Kesihatan
Sepertimana bidang-bidang dalam masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-

tamadun tradisional tidak terpisah daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting
konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya.
Holistik bermakna suatu pandangan yang mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh
alam sekitarnya yang lebih luas, lebih menyeluruh dan saling berhubungan. Mengubati penyakit,
menurut konsep holistik bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini
dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam
kehidupannya.
Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada
konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional
mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu,
terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami.
Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya
mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat.
Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan
membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang
lebih saksama.
1.9

INTERAKSI ANTARA TAMADUN


Walaupun setiap tamadun mempunyai keistimewaan tersendiri, sifat sebenar sesebuah

tamadun tidak tertutup. Sesungguhnya telah wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun
sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang
sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif meskipun terdapat
juga kesan-kesan negatif. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat
toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah
tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran
dan budaya lalu mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan
sesebuah tamadun.Perbincangan mengenai interaksi boleh dijelaskan dengan merujuk kepada jenisjenis interaksi yang wujud, iaitu seperti berikut:

17

Interaksi Dalam Lingkungan Budaya Yang Sama


Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama merujuk kepada hubungan satu budaya

dalam sesuatu kaum seperti contohnya orang Melayu yang terdiri dari pelbagai suku kaum seperti
orang Jawa, Banjar, Bugis, Mandaling dan sebagainya yang pastinya mempamerkan kepelbagaian
budaya dan adat resam keturunannya. Begitu juga dengan orang Cina,

yang

mempunyai

pelbagai suku kaum seperti Hakka, Kantonis, Hainan, Teochew dan sebagainya. Manakala bagi
orang India seperti Malayalam, Punjabi dan sebagainya.
Saling hubungan masyarakat Muslim dan Hindu di India memberi contoh tepat interaksi
ini. Walaupun mereka mempunyai pegangan agama yang berbeza tetapi tidak dari segi budaya,
seperti golongan masyarakat Hindu di India Utara menerima unsur-unsur keislaman dalam budaya
berpakaian, pemakanan dan seni bina. Manakala masyarakat Muslim di India pula menerima unsurunsur tertentu termasuk seni bina, muzik, pemakanan dan gaya hidup masyarakat Hindu. Secara
umumnya setiap satu kelompok masyarakat mengamalkan kebudayaan yang hampir sama, tetapi
terdapat dalam suasana atau upacara majlis tertentu akan memperlihatkan kelainan budaya yang
diamalkan menurut suku kaum masyarakat tersebut.

Interaksi Dengan Budaya Dan Peradaban Yang Berbeza


Interaksi jenis ini menerangkan bagaimana antara satu kaum yang berlainan budaya dan

kepercayaan agama dapat saling berinteraksi walaupun tinggal di satu lokasi atau negara yang
sama.Interaksi antara masyarakat Muslim dan Buddhisme di Asia Tenggara boleh dijadikan
rujukan. Dalam konteks hubungan sosial, masyarakat Muslim berinteraksi dengan masyarakat
Buddha di Thailand, Kemboja, Indonesia (Jawa) dan Malaysia sebelum zaman kolonial lagi.
Meskipun agama dan budaya hidup mereka begitu berbeza dan segi metafizik dan teologi, hak-hak
masyarakat Buddha untuk mengamalkan agama mereka begitu dihormati di negara-negara yang
kebanyakan penduduknya terdiri daripada penganut-penganut Islam. Kewujudan kuil-kuil seperti
Borobudur di Pulau Jawa yang majoriti penduduknya penganut-penganut Islam merupakan
lambang kepada sikap toleransi seperti ini.

Interaksi Antara Peradaban Yang Dominan Dengan Yang Tidak Dominan


Interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam

di Semenanjung Arab memperlihatkan bagaimana interaksi antara peradaban yang dominan dengan
yang tidak dominan. Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompok-kelompok kaum yang lain
diberi jaminan perlindungan dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w.

18

sendiri. Tempat-tempat peribadatan kedua-dua kaum ini diberi perlindungan, malah penganut
agama Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama mereka tanpa sebarang ketakutan.
Pengiktirafan hak agama-agama bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka selagi mereka
tidak mengganggu atau menceroboh Islam atau masyarakat Muslim merupakan salah satu prinsip
yang penting dalam sistem keadilan Islam.
Sepanjang sejarah ketamadunan Islam dan zaman pemerintahan Umayyah sehingga zaman
pemerintahan Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian hidup harmoni dan damai di tengahtengah masyarakat Muslim yang merupakan majoriti. Selain bebas mengamalkan agama masingmasing, beberapa individu Yahudi dan Kristian diberi kepercayaan menduduki tempat-tempat
tinggi dalam pentadbiran kerajaan Islam, terutamanya di bumi Andalusia (Sepanyol). Penulis dan
sarjana dari kalangan masyarakat Yahudi dan Kristian terus memberi sumbangan kepada
perkembangan tamadun Islam.

Contoh Interaksi Dalam Sejarah


Selain daripada contoh-contoh yang dikemukakan sebelum ini, terdapat banyak lagi contoh

dalam sejarah yang boleh diambil sebagai rujuk dan pengajaran yang baik. Antaranya ialah
interaksi antara tamadun Hinduisme dan tamadun Buddhisme pada zaman silam. Buddhisme
sebagai sebuah agama yang lahir dalam masyarakat Hindu, memiliki ciri-ciri tertentu dan falsafah
Hinduisme, termasuklah Karma (Rebirth), Dhamma (Righteousness) dan Mokhsa (Liberation).
Selepas Buddha dan misinya, reformasi Hinduisme dipengaruhi pula oleh pemikiran-pemikiran
tertentu dan Buddhisme termasuklah kritikannya terhadap sistem kasta, pemusatan kuasa rohaniah
dengan golongan Brahmin, penafian hak-hak tertentu kaum wanita dan lain-lain. Situasi seperti ini
menunjukkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat daripada kewujudan interaksi antara tamadun.
Saling hubungan dan interaksi antara Islam dan Konfusianisme telah bermula sejak kurun
ketujuh Masehi lagi. Pada peringkat awal, interaksi ini berlaku dalam bentuk perdagangan, iaitu
antara saudagar-saudagar Arab dan Parsi dengan saudagar-saudagar Cina. Terdapat saudagarsaudagar Arab dan Parsi yang bermastautin di China, dan melalui proses interaksi termasuklah
perkahwinan, mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan. Dalam Dinasti Tang,
Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, beberapa tokoh-tokoh Islam muncul memberikan
sumbangan yang penting kepada perkembangan tamadun Cina. Terdapat di kalangan mereka yang
dipertanggungjawabkan menjadi gabenor wilayah dan terdapat pula di kalangan mereka yang
ditugaskan menjadi panglima tentera laut seperti Zheng He. Beberapa tokoh Islam yang lain turut

19

memberi sumbangan kepada pemikiran Konfusianisme seperti Liu Zhi dan Ma Zhu di samping
sumbangan kepada bidang astronomi, seni bina dan juga penghasilan peralatan ketenteraan. Yang
lebih menarik lagi, sarjana-sarjana Cina yang beragama Islam mendapati bahawa dalam bidang
etika, terdapat banyak kesejajaran antara pengajaran Islam dan pengajaran Konfusianisme.
Disebabkan hal tersebut, beberapa sarjana Islam berbangsa Cina mempelajari Konfusianisme
seperti juga terdapat sarjana-sarjana Konfusianisme menunjukkan minat yang sama terhadap Islam.
Kesemuanya ini dapat menggambarkan kesan yang positif daripada interaksi antara tamadun.

1.10

DIALOG ANTARA TAMADUN PERADABAN

a) Pengertian Dialog Dan Perkara-perkara Yang Berkaitan Dengannya


Dialog ialah sebuah komunikasi dua hala antara individu (pihak) yang mempunyai pegangan
atau pandangan yang berbeza rnengenai sesuatu subjek atau perkara yang tertentu, dengan
tujuan ingin mencapai kebenaran yang bertambah lagi daripada pihak yang satu lagi itu.
Mungkin takrifan ini kelihatan mudah dan tidak diperlukan. Anggapan ini tidak tepat kerana di
dalam banyak situasi yang kononnya merupakan suatu dialog, dialog sebenarnya tidak berlaku
kerana ada pihak yang menganggap dirinya sudah pun mempunyai penyeiesaian mahu pun
kebenaran mutlak mengenai sesuatu perkara dan apa yang dia inginkan daripada rakan
dialognya hanyalah penerimaan semata-mata. 5
Hari ini pakar bidang ini menggelarkan zaman ini sebagai Zaman Dialog (The Age of
Dialogue) yang menggantikan Zaman Monolog yang telah pun berlalu. Pertukaran ini berlaku
lantaran berlakunya anjakan paradigma yang diakibatkan oleh perkembangan sains dan
teknologi yang begitu pesat. Dalam konteks barat juga dialog telah menjadi satu keperluan baru
akibat kesedaran yang muncul mengenai betapa pelbagainya masyarakat manusia di dunia ini
dari segi geografi budaya dan agama. Dan seperti yang telah dijelaskan, kesedaran mengenai
kepelbagaian ini berlaku oleh kerana berkembangnya teknologi ICT dan teknologi transportasi
misalnya yang membuatkan dunia semakin kecil.
Dari perspektif lain pula, contohnya dan sudut pandangan kita di dunia rantau ini, dialog yang
berlaku hasil atau kerana pertembungan bangsa Melayu dengan yang lain telah berlaku melalui
perdagangan khasnya, untuk sekian lama. Oleh itu sepatutnya kemahiran berdialog yang baik
dan berhemah telah sebati dengan masyarakat kita. Namun dalam konteks dialog dihargai

20

secara sedar, di dalam masyarakat kita dialog antara peradaban bukanlah merupakan sesuatu
yang menjadi keutamaan sehingga beberapa dekad kebelakangan ini.
Untuk dialog menjadi mekanisme perpaduan yang berkesan, di antara lain kita memerlukan
pendedahan ilmiah untuk memungkinkan kita membuat penilaian yang tepat mengenai sifat
dan tamadun masing-masing. Penilaian yang tepat ini bukan hanya akan membantu kita
meneruskan perasaan muhibbah antara tamadun sekalipun kita rnengakui wujud perbezaan
antara kita, tetapi apa yang penting dapat membantu memampankan konsep tamadun Malaysia.
Melalui dialog kita boleh membincangkan perkara-perkara yang boleh atau perlu disepakati.
Idea dan prinsip asas tamadun Malaysia perlu dihayati bukan melalui stance atau pendekatan
yang apologetic mahu pun defensive tetapi rnelalui pendekatan yang fitrah dan berasaskan
fakta sejarah dan realiti kehidupan, keadaan dan sifat negara kita yang sebenarnya. Melalui
dialog, kita boleh memanfaatkan keadaan dimana nilai-nilai tamadun-tamadun yang diwarisi
rakyat Malaysia banyak mempunyai persamaan dari segi adab dan kehidupan beradab, manusia
dan kemanusiaan, kepentingan alam tabii atau environment dan keperluan hidup berharmoni
dengannya.
Generasi baru kini mungkin telah banyak melupai pelbagai hikmah dan peninggalan tamadun
kita sehingga kadangkala kita merasakan kehidupan kita sudah kehilangan paksi dan arah tuju.
Oleh kerana itu cara mengembalikan atau mencungkil semula khazanah tamadun ini perlulah
dipergiatkan dan dialog adalah mekanisme utama proses tersebut.
b) Bagaimana Membudayakan Dialog? Bentuk Dan Praktik Dialog Di Malaysia
Sehingga kini dan mulai tahun-tahun 1980an misalnva memang sudah ada pihak-pihak yang
telah memulakan usaha-usaha konkrit untuk mengadakan dialog contohnya dialog antara
agama di dalam negara kita. Di peringkat elit, kemajuan dialog telah tercapai kerana ia
melibatkan sanjana, pakar agama dan cendekiawan. Namun di samping hasil daripada dialogdialog ini memerlukan pelaksanaan strategi-strategi keamanan yang tertentu, perlu juga
dialog berlaku diperingkat yang lebih awam. Untuk kita mempunyai lebih banyak lagi pilihan
mungkin elok kita memahami bentuk-bentuk dan jenis-jenis dialog yang boleh dilaksanakan.

21

Dialog Kehidupan Seharian


Di dalam kehidupan seharian masyarakat dari pelbagai kaum dan agama saling memperkaya
fahaman masing-masing dengan mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan tradisi mereka
melalui proses bekerjasama, bekomunikasi dan hidup bersama-sama di dalam konteks
pekerjaan, sekolah, penggunaan hospital, transportasi awam dan lain-lain.
Dialog Kemasyarakatan
Di sini dialog lebih berbentuk praktikal melalui melakukan sesuatu kerja atau tugas secara
bersama-sama. Para pendialog disatukan oleh matlamat sepunya yang ingin dicapai walaupun
mereka mempunyai latarbelakang yang berbeza. Sebagai contoh kera-kerja ini mungkin
berbentuk projek mengutip derma mangsa bencana alam seperti malapetaka Tsunami atau
projek menghapuskan kemiskinan, di mana motivasi membuat sumbangan tidak perlu
penghuraian secara race-specific atau religion-specific. Projek menyelesaikan masalah
sebegini juga sememangnva merupakan permulaan yang baik bagi dialog peradaban bermula
dan memberikan aktiviti berdialog, motivasi yang mampan.
c) Prinsip-Prinsip Dialog
Untuk memastikan dialog, khasnya yang bermotifkan perpaduan berasaskan kefahaman yang
tulen, mungkin baik sekiranya beberapa prinsip membimbing yang harus diambilkira
difahami terlebih dahulu.7
a)Sebab utama dialog diadakan ialah untuk kedua-dua pihak mempelajari sesuatu, dan sesudah
itu melalui atau mengalami perubahan ke arah kebaikan yang bertambah lagi dalam
konteks situasi yang dihadapi.
b) Dialog khasnya dialog agama atau peradaban mestilah merupakan projek yang bermanfaat
kepada kedua buah pihak yang terlibat dan ia boleh berlaku secara intra dan juga inter
peradaban.
c)Setiap perserta dialog perlulah hadir dalam keadaan yang ikhlas.
d) Setiap peserta mestilah boleh atau berupaya mendefinisikan diri dan pandangan
(kepercayaan-kepercayaan dan nilai-nilai) yang dipegangnya dengan jelas.
e)Peserta dialog mestilah cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialognya.
f) Peserta dialog mestilah bersifat kritikal secara minima terhadap interpretasinya terhadap
tradisi orang lain.

22

g) Peserta dialog perlulah tidak mempunyai pra-andaian yang tidak boleh diubah lagi tentang
apakah perkara-perkara yang tidak akan dipersetujui.
Daripada prinsip-prinsip ini kita mungkin dapat memahami, kenapa atau bagaimana dialog
dikatakan sebagai

Pertemuan di antara hati dan fikiran

Pengalaman berjalan bersama di dalam projek-projek yang dianggap panting bagi kedua
pihak

Bukan suatu debat di mana ada yang kalah atau yang menang

Di samping kita memahami prinsip-prinsip dan makna dialog itu, ada juga pengkaji dan pengamal
dialog yang bercakap tentang etika dan etiquette berdialog. Contohnya semasa berdialog perlulah
agama dan cara beramal pihak-pihak yang terlibat dihormati. Dialog bukanlah peluang atau tempat
agama diubahsuai atau dikritik. Aspek atau peradaban yang bersabit dengan articles of faith tidak
boleh disentuh di dalam dialog. Di dalam agama, ini disebut sebagai dimensi yang inter-personal.
Apa yang boleh disentuh mungkin ialah dimensi inter-personal atau pun dimensi sosial sesebuah
agama itu (contohnya yang berkaitan dengan isu keadilan, simpati kepada mereka yang tertindas,
kekeluargaan dan lain-lain).
Etika dan etiket berdialog juga menganjurkan sikap bersetuju untuk tidak bersetuju, menghormati
perbezaan, menghargai ketidakbolehan pihak-pihak tertentu untuk menerima sesuatu pandangan,
keikhlasan, simpati dan empati, kesabaran dan alertness (kepantasan memahami sesuatu ).
d) Halangan Kepada Dialog
Untuk memastikan dialog berupaya dijalankan dengan baik amat panting juga halangan-halangan
kepada dialog difahami. Di antara halangan-halangan ini termasuklah faktor-faktor berikut:

Conversion atau fenomena bertukar agama. Ramai orang beranggapan bahawa dialog tidak
wajar diadakan kerana ia boleh mengakibatkan pendialog mengubah agamanya.

Rasa rendah diri (inferiority complex) - perasaan rasa rendah diri dan tidak bersedia untuk
berdialog membuatkan ramai orang tidak bersedia untuk berdialog.

23

Innuendo sosial perasaan tidak senang apabila di kalangan penganut yang sama akan
ada pihak-pihak yang mempersoalkan ketulenan iman seseorang itu terhadap agamanya
sekiranya ia berbaik-baik dengan penganut agama atau peradaban lain.

Syak wasangka - sering wujud rasa curiga terhadap para penganjur dan pendialog terhadap
tujuan dialog diadakan.8

Jelaslah betapa halangan-halangan ini akan dapat diatasi sekiranya etika berdialog diamalkan,
iaitu dengan setiap agama dan peradaban dihormati dan ciri-ciri serta prinsip-prinsip agama
atau peradaban tersebut tidak dijadikan bahan untuk dinegosiasikan. Di sini mungkin kita boleh
mengandaikan di dalam konteks masyarakat kita bahawa penghormatan terhadap konsep
tamadun Malaysia juga dijadikan salah satu prinsip ini.
e) Situasi Dialog Di Malaysia Dan Di Peringkat Global
Di peringkat global bolehlah dikatakan bahawa semangat dan praktik dialog sebenarnya telah pun
banyak dibangkitkan. Pada tahun 1999 misalnya di dalam The Islamic Symposium on Dialogue,
negara-negara O1C misalnya telah menerbitkan sebuah deklarasi mengenai dialog peradaban.
Deklarasi ini telah diterima sebagai satu resolusi semasa perhimpunan agung Bangsa-Bangsa
Bersatu 53/22 yang telah mengisytiharkan tahun 2001 sebagai Tahun Dialog Antara Peradaban
Sedunia.
Di antara lain deklarasi mengenai dialog peradaban yang dikemukakan ke persada dunia telah
dipandu oleh ajaran-ajaran dan nilai-nilai agama mengenai digniti manusia, keadilan, toleransi,
meraikan kepelbagaian umat manusia serta peningkatan dialog ke arah kesalingfahaman
berdasarkan sifat saling menghormati.
Pengistiharan yang telah diusulkan oleh negara Iran ini amatlah berkaitan dengan surah Al-Hujurat
(49) : 13 misalnya:
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang Iake-laki dan seorang
perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal
mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal

24

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa berdialog adalah satu tanggungjawab bagi
masyarakat Malaysia hari ini. Memahami hakikat ini Malaysia telah menekankan betapa penting
dan perlunya diadakan Dialog Antarabangsa sebagai satu-satunya jalan mencari keamanan di dalam
dunia yang dipenuhi kebencian, kecurigaan dan keganasan khususnya selepas peristiwa September
11 tahun 2OOl. Negara kita menekankan bahawa hanya melalui dialog akan dapat ditanamkan rasa
penghargaan, pemahaman dan penerimaan yang sebenar akan hakikat pelbagainva peradaban,
budaya dan agama di dunia ini di samping sebab-sebab sebenarnya terorisme wujud. Sekali gus
dialog ini juga akan dapat menyanggah teori clash of Civilisations Samuel Huntington tersebut.
Mesej ini telah disampaikan oleh Perdana Menteri di dalam ucapannya di Perhimpunan Agung
PBB yang ke-59 pada tahun 2004 misalnya.
Sebelum itu di dalam ucapannya yang lain di Oxford Centre of Islamic Studies, Perdana Menteri
telah juga menawarkan Kuala Lumpur sebagai pusat dialog peradaban antarabangsa. Secara intraperadaban gagasan Islam Hadhari YAB pula boleh dilihat sebagai satu usaha tulen dan konkrit ke
arah penyatuan, perpaduan dan pengukuhan tamadun dalam konteks peradaban Malaysia.
Dengan itu satu aspek dialog intra-peradaban Malaysia hari ini ialah usaha mengadakan berbagai
seminar dan bengkel menjelaskan Islam Hadhari misalnya. 9
1.11.1

KESIMPULAN
Demi kesinambungan negara bangsa Kumpulan-kumpulan Etnik di Malaysia perlu bersatu

di atas nilai-nilai sepunya serta bersikap patriotik dan TITAS adalah satu wahana dalam memberi
pengisian ke arah tersebut. Pendedahan terhadap mengenali latar belakang tamadun masing-masing
boleh memupuk rasa kesalingfahaman di antara satu sama lain.
Ilmu tentang ketamadunan penting hari ini kerana ia memberikan faktor-faktor yang boleh
membantu ke arah pembinaan dan kejayaannya dan juga sebaliknya apakah perkara-perkara yang
boleh membawa kepada keruntuhannya tamadun? Ilmu tentang ketamadunan amat relevan kerana
manusia dewasa ini sedang berada di persimpangan jalan. Kejayaan fizikal yang begitu tinggi
melalui sains dan teknologi malangnya telah diiringi oleh falsafah dan pandangan semesta atau
worldview yang melihat hanya yang material itu wujud, penting dan beroperasi di dalam
kehidupan. Secara mudah dapat digambarkan bahawa gerakan Englightenment di barat dan falsafah
scientism telah mempengaruhi sistem-sistem pemikiran moden sehingga apa yang dapat dilihat
hari ini adalah peminggiran nilai-nilai murni yang menjamin hubungan baik yang diperlukan antara

25

manusia sesama manusia, manusia dan

persekitarannya (environmentnya) yang pula banyak

bergantung kepada hubungan manusia dan Tuhannya.


Justeru, walaupun kelahiran sesebuah tamadun itu banyak bergantung kepada
kedudukannya yang strategik dari segi perolehan sumber-sumber semulajadi, dan lokasi geografi
(kemunculan tamadun Cina di lembah Huang-Ho dan Yang Tsi, tamadun India di Lembah Ganges
dan Brahmaputra, tamadun Mesopotania di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di
Lembah Nil dan Tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka); kemunculan sesebuah tamadun
banyak berkaitan dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian.
Di peringkat global, dialog telah menjadi penting setelah berlakunya bebarapa peristiwa
bersejarah yang di antaranya termasuklah teori Clash of Civilisations , Samuel Huntington
sekitar 1996 yang pula ada hubungan dengan berakhirnya perang dingin di antara US dan Russia
serta robohnya tembok Berlin. Ketika itu ada pihak yang merasakan Negara Amarika mungkin
menghadapi ancaman musuh yang baru dikenal pasti berasal dari tamadun seperti tamadun Islam
dan Cina (the green and yellow peril). Ini ditambah pula dengan peristiwa-peristiwa tragis yang
termasuklah peristiwa september 11 yang begitu masyhur itu dan juga situasi global di mana
pelbagai masyarakat di merata tempat telah menjadi bertambah berbilang kaum,agama atau
tamadun.10
Rata-rata telah

diterima bahawa hari ini dialog yang membuahkan

persefahaman

merupakan prasyarat pembinaan hubungan yang adil dan saksama antara pelbagai peradaban.
Dialog memungkinkan perbezaan dan persamaan diwujudkan.
Namun suatu perkara yang amat kritikal di dalam dialog ialah setiap pihak yang berdialog perlulah
memahami diri dan golongannya di dalam semua dimensi yang ingin didialogkan dengan sebaikbaiknya. Dengan lain-lain perkataan wujud adab (etiquette) mahupun etika berdialog. 11
Di Malaysia dialog peradaban amat perlu bukan hanya sebagai wahana dasar bagi
kesinambungan tamadun Malaysia keseluruhannya disamping dialog itu penting untuk membina
tapak atau asas nilai spiritual yang kukuh bagi memastikan pembangunan dan kemajuan materail
yang begitu pantas kita lalui tidak meminggirkan keperluan pembangunan insan yang merupakan
tujuan akhir segala pembangunan material-fizikal tersebut.

26

Budaya

berdialog

amat

perlu

disuburkan

dalam

konteks

negara

kita

untuk

memperkukuhkan jalinan perpaduan negara dan integrasi nasioanal yang merupakan kunci
ketuanan dan kelangsungan kewujudan negara seperti yang kita fahaminya hari ini.
Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tidak mengalami konflik
perkauman mahupun konflik keagamaan yang membimbangkan, namun bebarapa peristiwa yang
boleh dianggap serius mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya ada juda
isu keadilah sosial dan ekonomi. Di dalam

1.12

SOALAN PERBINCANGAN

1. Bincangkan ciri-ciri asas yang membezakan antara sesuatu masyarakat bertamadun dan
tidak bertamadun
2. Bincangkan rasional dan kepentingan pengajian ketamadunan dalam usaha membina
peradaban dan tamadun Malaysia

3. Jelaskan kepentingan dialog antara tamadun dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia

1.13

RUJUKAN / BAHAN BACAAN TAMBAHAN

Al-Attas, S.M. Naquib, (1996). Masyarakat Madani Malaysia: Satu Gagasan, Konvensyen
Masyarakat Madani, September 19-21, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Azizan Baharuddin (ed), Dialog Peradaban Menurut Perspektif Islam, Pusat Dialog Peradaban,
Universiti Malaya, 2005 hal. 80-85.
Azizan Baharuddin, Communalities in Religious Harmony kertas kerja ASEM Interfaith
Dialogue, Bali, 20-22 Julai 2005
Bell, Clive., (1938), Civilization: An Essay, London: Penguin Book
Bertrand Fort, (2005), One Year of Culture and Civilisations Dialogue 2003/2004, Asia-Europe
Foundation, Singapore
Collingwood, R.G, (1994 rev. ed.), The Idea of History, London: Oxford University Press
Edmund Terrence Gomez, Tracing the Ethnic Divide:Race, Rights and Redistribution in
Malaysia in Joanna PfaffCzarnecka et al (eds.) Ethnic Futures-The State and Identitiy
Po/itics in Asia, Sage Publications, London,1999, m.s. 167.
Esposito, John L., (1995). The oxford Encyclopedia of the Modern Islamic World, Vol III. Oxford
University Press, Oxford.

27

Ibn Khaldun, Abdul Rahman, (1995), Mukadimah Ibn Khaldun (terj.), Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka
Karen Armstrong, A History of God - The 4000 Year Quest o Judaism, Christianity and Islam,
Ballantine Books, New York, l993.
Mohd Nor Yusoff & Nafisiah Hj . Abdul Rahman Impak Globalisasi Dalam Sistem Kehidupan
Masyarakat Melayu, Jurnal Tasawwur Islam UITM, Jilid 6, Sept m.s. 42-62.
Muhammad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassan (ed.), (2005), Readings on Ethnic Relations in a
Multicultural Society, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM m.s. 3-10.
Nik Aziz Nik Pa, Cabaran Sains Terhadap Umat Islam Masa Kini dan Masa Hadapan dlm azizan
Baharuddin (ed.) Pelajar-pelajar Melayu dan Pendidikan Sains, Akademi Pengajian, UM,
1993 m.s. 25-61
Osman Bakar, (1997), Islam and civilizational dialogue: The quest for a truly universal civilization,
Kuala Lumpur: University of Malaya Press
Samuel Huntington (1996) The Clash of Civilisations and the remaking the world order New York.
Simon and Schuster
Schweitzer, Albert, (1987 new ed.), The Philosophy of Civilization, New York: Prometheus Books
Swidler, Leonard, Dialogue in Malaysia and the Global Scenario, Centre for Civilisational
Dialogue, UM, 2003 ms. 23
Syed Ali Tawfik Al-Attas & Ng Tieh Chuan, Abdullah Ahmad Badawi, Pelanduk Publications,
Kuala Lumpur 2005
The New Encyclopedia Britannica, Vol XVI, Chicago, 1998.
Toynbee, Arnold Joseph, (1972), A Study of history, London: Oxford University Press
Zaid Ahmad, (2003), The Epistemology of Ibn Khaldun, London & New York: RoutledgeCurzon
Zaid Ahmad, Ibn Khalduns approach in civilisational studies in Massimo Campanini, (2005),
Studies on Ibn Khaldun, Corso Milano, Italy: Polimetrica International Scientific Publisher
Zaid Ahmad, Multiculturalism and religio-ethnic plurality: The Malaysian experience in Culture
and Religion: An Intedisciplinary Journal (Routledge Taylor & Francis Group) vol.8 no.2
2007

28

Anda mungkin juga menyukai