Anda di halaman 1dari 4

Kepentingan Perancangan dan Persediaan Mengajar (MINGGU 15)

Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan


keberkesanan pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar, di samping mengurangkan
masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk membuat
perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapa perkara:
Meneliti dan mentafsir sukatan pelajaran
Membuat skema Rancangan Kerja utnuk sesuatu tahun, dan
Menyediakan Persediaan Mengajar Harian
Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian
yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan
dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui persediaan
mengajar yang lengkap dan sistematik membolehkan guru:
Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang dirancang
Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa
yang diperuntukkan
Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan
minat pelajar
Menentukan dan menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang perlu
Merancang aktiviti murid-murid
Mengawal bilik darjah dengan baik
Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid
Guru lebih berkeyakinan semasa menhadapi murid
Mengingati bahann pengajaran yang akan disampaikan
Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan
teratur Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar utuk dikemukakan
semasa pengajaran
Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran159
Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajarandan
pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
perlu berpusatkan murid dengan menjalankan aktiviti-aktiviti amali dan interaksi lisan yang

dapat merangsangkan pemikiran dan daya imaginasi murid serta dapat membina keyakinan
diri untuk berkomunikasi secara rasional dan logik.
Aktiviti pembelajaran KH yang dirancang mestilah sesuai dengan keperluan dan
kebolehan murid untuk mengembangkan daya kreatif dan inovatif. Perancangan merupakan
panduan kepada guru KH untuk melaksanakan pengajaran dengan lebih sempurna dan
berkesan. Perancangan juga merupakan panduan kepada guru-guru KH untuk mengambil
perhatian kepada aspek-aspek yang berikut:
Rancangan pengajaran
Persediaan guru dan murid
Kaedah pengajaran
Pengelolaan pengajaran
Teknik penyoalan
Penyertaan murid
Penerapan nilai estetik dan etika
Penerapan nilai murni dan kemahiran berfikir
Penilaian kemajuan murid
Tujuan membuat perancangan pengajaran adalah supaya guru dapat membuat
persediaan yang rapi agar dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dengan
memberi tumpuan kepada aspek seperti :
Perkembangan pengajaran yang beperingkat mengikut urutan;
Kesinambungan rancangan pengajaran
Kesinambungan jenis bidang dan aktiviti;
Perkembangan daya kreatif murid;
Kepelbagaian dan kesesuaian alat dan bahan;
Pelaksanaan aktiviti individu dan kumpulan; dan160
Pelaksanaan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah
Dalam proses membuat perancangan untuk pengajaran, guru hendaklah mentafsir
sukatan pelajaran. Setelah itu barulah membuat Rancangan Semester/Tahunan dan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH).

Rancangan Tahunan/Semester (MINGGU 15)


Rancangan pengajaran tahunan merupakan perancangan yang dibuat untuk tempoh
satu tahun atau satu semester bagi satu-satu mata pelajaran dan disediakan oleh guru pada
awal sesi persekolahan.
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kepentingan Rancangan Kerja Tahunan
Rancangan Kerja Tahunan mempunyai beberapa kepentingan yang sangat
membantu tugas guru.Melalui rancangan yang telah disediakan, guru dapat memastikan
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut jadual.Terdapat
enam kepentingan menyediakan rancangan kerja tahunan.
1. Dapat mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua/Guru Besar dan guruguru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaranpembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan
negara.
2. Membantu memupuk, memelihara dan memperkukuhkan hubungan
profesionalisme dan interaksi yang positif antara Pengetua/Guru Besar dengan guru,
guru dengan guru dan antara guru dan murid.
3. Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan
membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.161
4. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran dan
pembelajaran.
5. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran. 6. Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan
(berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau
berasaskan kepada prestasi / target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik
sekolah.
Garis panduan menyediakan Rancangan Kerja Tahunan.
1. Rancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran hendaklah disediakan
berpandukan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, kesesuaian tahap
kebolehan murid/pelajar dan keadaan semasa.
2. Rancangan tahunan hendaklah disediakan mengikut bilangan minggu yang
diperlukan untuk menghabiskan sesuatu tajuk. Rancangan tahunan ini juga
hendaklah mengambil kira bilangan minggu persekolahan pada setiap tahun.

3. Rancangan tahunan boleh dicetak atau difotostat dengan jelas dan terang (tidak
dicetak berulang-ulang).
4. Sekiranya rancangan tahunan ini ditulis, hanya pen berdakwat biru atau hitam
sahaja dibenarkan.
5. Rancangan tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar atau Pengetua atau
wakilnya sebelum digunakan. Jika disediakan dalam bentuk media elektronik
(komputer), salinannya hendaklah disahkan oleh guru besar atau pengetua atau
wakilnya.
6. Rancangan tahunan hendaklah ditulis mengikut lajur-lajur (seperti jadual di atas)
yang mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
Tajuk/bidang pembelajaran
Objektif/kemahiran
Hasil pembelajaran yang dihasratkan
Bilangan minggu
Catatan

Anda mungkin juga menyukai