Anda di halaman 1dari 11

4.

KEWANGAN PERANCANGAN DAN RAMALAN KEWANGAN


PENGENALAN
Sesebuah organisasi perniagaan dapat mengetahui keuntungan dan kedudukan
kewangan perniagaan berdasarkan penyata pendapatan perniagaannya. Bagi mencapai
keuntungan yang disasarkan, perniagaan perlulah menyediakan proforma lembaran
imbangan dan anggaran kedudukan kewangan untuk melihat kesan perancangan atas
aset dan sumber kewangan. Kedudukan defisit tunai dan lebihan wang tunai perniagaan
pula dapat dikesan dengan penyediaan belanjawan tunai yang teliti.
OBJEKTIF
Pelajar dapat:
1. memahami konsep penyata pendapatan, lembaran imbangan dan belanjawan tunai
2. menyediakan penyata pendapatan dan lembaran imbangan bagi tempoh tertentu
3. menilai belanjawan tunai bagi sesuatu tempoh
PETA MINDA

Proforma
penyata
pendapatan
PERANCANGAN
DAN RAMALAN
KEWANGAN

Proforma
lembaran
imbangan
Belanjawan
tunai

4.1. Profoma penyata pendapatan


Penyediaan penyata kewangan adalah untuk mengetahui keuntungan dan
kedudukan kewangan perniagaan. Apabila peniaga merancang kewangan
perniagaannya, prestasi perniagaan dinilai secara membuat pengiraan dan analisis
keuntungan dan kedudukan kewangan dalam tahun perancangan. Penyata
pendapatan dapat menilai daya maju bagi keberuntungan perniagaan dan jumlah
untung bersih yang diperoleh dalam tahun perancangan. Cara mengira untung
bersih adalah:
Untung kasar = Jualan bersih Kos jualan
Untung bersih = Untung kasar - jumlah perbelanjaan.
Jadual 4.1 berikut adalah Proforma Penyata Pendapatan bagi Syarikat Senang Benar
bagi Tahun Berakhir pada 31 Disember 20X4 dan 20X5.
Syarikat Senang Untung Berhad
Penyata Pendapatan Perbandingan
Bagi Tahun Berakhir pada 31 Disember 20X4 dan 20X5
20X4
20X5
Hasil Jualan
Kos Barang Dijual

(RM)
6,300,000
1,700,000

(RM)
5,730,000
1,743,200

Untung Kasar
Belanja Pentadbiran
Belanja Jualan

4,600,000
340,000
220,000

3,986,800
283,000
187,300

Untung Bersih

4,040,000

3,516,500

Jadual 4.1 : Penyata Pendapatan Bagi tahun Berakhir pada Disember 20X4 dan 20X5

4.2. Proforma lembaran imbangan


Proforma lembaran imbangan disediakan pada akhir tahun perancangan yang
bertujuan membantu peniaga meneliti dan menilai kesan perancangan atas aset
dan sumber kewangan perniagaan dan menyediakan anggaran kedudukan
kewangan perniagaan pada akhir tahun perancangan. Ia menunjukkan jumlah aset
perniagaan, pembiayaan sumber dalaman seperti modal dan ekuiti pemilik dan
sumber luaran seperti liabiliti.
Jadual 4.2 berikut adalah lembaran imbangan bagi Syarikat Senang Benar Sdn Bhd
bagi Lembaran Imbangan pada 31 Disember 20X5.
Syarikat Senang Benar Sdn. Bhd.
Lembaran Imbangan Pada 31 Disember 20X5
RM
Aset Semasa
Inventori
Tunai
Penghutang

207,000
45,000
13,000

Aset Tetap

RM

265,000
500,000
765,000

Liabiliti Semasa
Pemiutang
Cukai Belum Bayar

68,000
40,000

108,000

Pinjaman Jangka panjang

200,000

Ekuiti Pemilik

457,000
765,000

Jadual 4.2 : Lembaran Imbangan

4.3. Belanjawan tunai


Penyediaan belanjawan tunai dapat membantu pengusaha meramal waktu dijangka
perniagaan bakal berhadapan dengan defisit tunai dan lebihan wang tunai seperti
berapa jumlah wang tunai diperlukan, bila wang diperlukan dan sumber
pembiayaan yang boleh diperolehi boleh dikenal pasti oleh pengusaha apabila
merujuk belanjawan tunai. Belanjawan tunai disediakan sama ada bagi tempoh suku
tahun, setengah tahun atau satu tahun bergantung kepada kekuatan dan
kelemahan perniagaan. Walau bagaimanapun, pemilihan tempoh belanjawan tunai
adalah berdasarkan maklumat yang lengkap dan benar dalam membuat anggaran
penerimaan dan pembayaran tunai dan aliran tunai masuk (penerimaan) dan keluar
(pembayaran) bagi operasi dan bukan operasi perniagaan.
Aliran Masuk Wang Tunai
Aliran masuk wang tunai terdiri daripada sumber-sumber seperti:
i.
Penerimaan tunai bagi operasi biasa perniagaan perniagaan contohnya
daripada jualan tunai dan pembayaran hutang oleh pelanggan.
ii.
Penerimaan tunai bagi bukan operasi contohnya hasil pendapatan daripada
dividen pelaburan, sewa diterima dan jualan aset tetap perniagaan.
Jualan
Aliran tunai masuk bagi perniagaan yang menjalankan jualan secara tunai adalah
mudah dianggarkan. Jika perniagaan menjalankan jualan secara kredit, pengusaha
perlu melihat rekod-rekod jualannya terlebih dahulu untuk melihat corak jualan
secara tunai dan julan secara kredit sebelum aliran tunai dianggarkan.

Contoh:
Sekiranya Perniagaan Nanimaju Enterprise mempunyai rekod-rekod perniagaan
tahun-tahun lalu yang mempunyai corak penjualan secara tunai sebanyak 70% dan
jualan kredit sebanyak 30%, jadi anggaran jualan tunai dan kredit bagi tahun
kewangan 20X2 adalah adalah ditunjukkan dalam jadual 4.3 di bawah.
Perniagaan Nanimaju Enterprise
Anggaran Jualan Tunai dan Kredit
Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 20X2
Bulan
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
Jumlah Jualan

Tunai
RM
216,988
550,545
471,996
138,825
296,564
193,556
116,052
246,875
195,138
239,156
613,426
79,987

Kredit
RM
92,995
235,948
202,284
59,496
127,099
82,953
49,737
105,803
83,631
102,495
262,897
34,280

Jumlah
RM
309,983
786,493
674,280
198,321
423,663
276,509
165,789
352,678
278,769
341,651
876,323
114,267

3,359,108 1,439,618 4,798,726

Jadual 4.3 : Anggaran Jualaan Tunai dan Kredit


Kutipan Hutang
Adakalanya pelanggan membayar hutang kepada peniagaan dengan mendapat tempoh dan
peratusan tertentu. Peniaga perlu meneliti peratusan kutipan hutang yang sepatutnya
dibuat dalam bulan-bulan berkenaan. Maklumat jadual dan corak pembayaran hutang
biasanya tertera dalam rekod-rekod jualan dan ini memudahkan peniagaan mengutip
hutangnya.
Contoh:
Perniagaan Ninamaju mendapati bahawa kutipan hutang pelanggan dibuat sebanyak 40%
dalam bulan pertama, 30% dalam bulan kedua dan 30% lagi dalam bulan ketiga. Sekiranya
urusniaga dalam bulan Februari 20X1 sejumlah RM235,948.00 jadi, kutipan hutang adalah
seperti berikut:
Jumlah urusniaga kredit bulan Februari
Kutipan hutang dalam Bulan pertama (Mac)

= RM235,948
= RM235,948X 40%
= RM94,379.00

Kutipan hutang dalam Bulan Kedua (April)

= RM235,948X 30%
= RM70,784.00

Kutipan hutang dalam Bulan Ketiga (Mei)

= RM235,948 X 30%
= RM70,784.00

Berdasarkan pengiraan kutipan hutang, jumlah anggaran penerimaan jualan kredit adalah
seperti dalam jadual 4.4:
Perniagaan Nanimaju Enterprise
Anggaran Kutipan Jualan Kredit
Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 20X3

Bulan

Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
Jumlah Jualan

Jualan
Kredit
(a)
RM
92,995
235,948
202,284
59,496
127,099
82,953
49,737
105,803
83,631
102,495
262,897
34,280
1,439,618

Jumlah
Kutipan
Kredit
(b)
RM

Jumlah
penerimaan
Tunai
(a)+(b)
RM

94,379
70,784
70,784

296,663
130,281
197,883

235,948

624,827

Jadual 4.4: Anggaran Kutipan Kredit dan Jumlah Penerimaan Tunai

Aliran Keluar Wang Tunai


Aliran keluar wang tunai digunakan untuk tujuan berikut:
i.
Pembayaran tunai yang berkaitan operasi biasa seperti belian stok, bayaran
hutang kepada pembekal dan bayaran kos angkutan masuk belian.
ii.
Pembayaran tunai yang bukan dalam belanja overhed seperti bayaran
insuran perniagaan, belian aset tetap dan bayaran ansuran pinjaman jangka
panjang.
Belian Stok
Belian stok adalah jumlah pembayaran bagi barang-barang yang biasanya dijalankan
oleh peruncit, pemborong dan pengilang. Anggaran bagi pembelian stok perlu dibuat
sama ada secara tunai atau kredit kepada pembekal.
Contoh:
Perniagaan Nanimaju terlibat dalam pembelian stok secara kredit dan berhasrat
membayar hutang kepada pembekal selepas sebulan urusniaga. Sekiranya
Perniagaan Nanimaju membeli stok secara kredit bermula bulan Jan 20x1, jadi
pengiraan pembayaran hutangnya dan jumlah wang tunai keluar adalah seperti
dalam jadual 4.5 berikut:
Perniagaan Nanimaju Enterprise
Anggaran Pembelian Kredit dan Jumlah Wang Tunai Keluar
Bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 20X1

Bulan

Pembelian Pembelian
tunai
Kredit
(a)
(b)

Jumlah
Jumlah Wang
Pembayaran
Tunai Keluar
Kredit
(a)+ (c )
(c)

RM
57,765
43,987
12,372
27,992
37,161
45,118
67,155
96,902
17,689
97,101
14,288
21,356

RM

Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember

RM
4,563
7,141
4,331
4,775
9,854
2,541
7,542
9,511
7,241
9,173
7,328
4,522

57,765
43,987
12,372
27,992
37,161
45,118
67,155
96,902
17,689
97,101
14,288

RM
4,563
64,906
48,318
17,147
37,846
39,702
52,660
76,666
104,143
26,862
104,429
18,810

Jumlah Pembelian

78,522

538,886

517,530

596,052

Jadual 4.5 : Jadual Pembayaran Kredit kepada Pembekal dan Jumlah Wang Tunai Keluar

Belanja Overhed
Belanja overhed adalah belanja yang dikenakan setiap bulan seperti sewa, gaji, kadar
bayaran (bil elektrik, air, jalur lebar dan telefon). Walaupun belanja overhed dibayar
secara tunai tetapi pembayaran ini adakalanya dilaksanakan dalam bulan berikut.
Terdapat juga belanja overhed dibayar setahun sekali, enam bulan sekali atau tiga
bulan sekali seperti insurans, cukai jalan pengangkutan, caj pembentungan, cukai
pintu dan cukai tanah. Hanya belanja overhed yang dibayar tunai sahaja yang perlu
dicatatkan dalam belanjawan tunai. Contoh perbelanjaan yang tidak termasuk dalam
belanjawan tunai adalah susut nilai aset. Jumlah susut nilai hanya dikurangkan
daripada kos aset yang melibatkan pengurangan untung tanpa mengeluarkan wang
tunai.
Contoh:
Belanjawan tunai bagi Perniagaan Nanimaju Enterprise disediakan dengan
mengambil kira andaian-andaian berikut:
i.
Baki awal tunai pada tahun 20X4 berjumlah RM7,800
ii.
Belanja overhed seperti gaji, penyelenggaraan, kadar bayaran, insurans,
sewa, alat tulis dan belanja am dibayar secara sama rata setiap bulan.
iii.
Belanja promosi dibayar setiap tiga bulan iaitu: Mac RM1,300, Jun RM3,200,
September RM4,290 dan Disember RM8,782
iv.
Belanja kenderaan (kompenan tetap) dibayar pada setiap Januari dan belanja
kenderaan (berubah) dibayar setiap bula pada kadar 0.4% daripada jualan
v.
Belanja bayaran balik faedah pinjaman bank dibayar 4% atas ansuran pokok
RM1,500 sebulan.
vi.
Cukai dianggarkan sebanyak RM68,900. Bayaran akan dijelaskan secara
bulanan selama 12 bulan mulai Mac 20x4 hingga April 20X5

Berpandukan kepada butiran di atas yang diperolehi daripada belanjawan belanjawan jualan, belian dan belanja overhed, belanjawan
tunai adalah disediakan seperti jadual 4.6 dan jadual 4.7 berikut.
Belanjawan Tunai Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 20X4
ALIRAN MASUK

Jan

Feb

Mar

Apr

May

Jun

Jul

Aug

Sep

Oct

Nov

Dec

Jumlah

Jualan Tunai

87,908

56,718

78,397

54,698

63,982

87,229

67,448

86,549

58,735

49,721

59,375

85,950

836,710

Kutipan Hutang

36,542

37,678

45,278

42,786

38,769

65,498

76,946

94,561

67,854

58,761

49,786

52,185

666,644

124,450

94,396

123,675

97,484

102,751

152,727

144,394

181,110

126,589

108,482

109,161

138,135

1,503,354

78,659

54,681

56,649

76,438

36,689

47,765

87,752

85,449

65,289

75,289

82,762

87,693

835,115

5,500

5,500

5,500

5,500

5,500

5,500

5,500

5,500

5,500

5,500

5,500

5,500

66,000

Penyelenggaraan

300

300

300

300

300

300

300

300

300

300

300

300

3,600

Elektrik, air, telefon

340

340

340

340

340

340

340

340

340

340

340

340

4,080

Insurans

350

350

350

350

350

350

350

350

350

350

350

350

4,200

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

18,000

Alat Tulis

100

100

100

100

100

100

100

100

100

100

100

100

1,200

Belanja Am

230

230

230

230

230

230

230

230

230

230

230

230

2,760

1,300

3,200

4,290

8,782

17,572

Penghantaran

1,554

1,543

1,869

1,675

1,453

1,214

2,652

2,876

1,872

2,942

2,213

2,351

24,214

Belanja kenderaan (tetap)

2,000

2,000

2,000

2,000

2,000

2,000

2,000

2,000

2,000

2,000

2,000

2,000

24,000

352

227

314

219

256

349

270

346

235

199

238

344

3,347

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

1,500

18,000

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

720

Jumlah Aliran Masuk (a)


ALIRAN KELUAR
Bayaran kepada pembekal
Gaji

Sewa

Promosi

Belanja kenderaan (berubah)


Bayaran pinjaman (pokok)
Bayaran pinjaman (faedah)
Cukai

5,742

5,742

5,742

5,742

5,742

5,742

5,742

5,742

5,742

5,742

57,420

Jumlah Aliran Keluar (b)

92,445

68,331

77,754

95,954

56,020

70,150

108,296

106,293

89,308

96,052

102,835

116,792

1,080,228

Lebihan /defisit (c)=(b)-(a)

32,005

26,065

45,921

1,530

46,731

82,577

36,098

74,817

37,281

12,430

6,327

21,343

423,126

7,800

39,805

65,870

111,792

113,322

160,053

242,630

278,728

353,545

390,826

403,256

409,583

7,800

39,805

65,870

111,792

113,322

160,053

242,630

278,728

353,545

390,826

403,256

409,583

430,926

430,926

Baki Awal (d) = [Baki Akhir


bulan sebelumnya]
Baki Akhir (c)+(d)

Jadual 4.6 : Belanjawan Tunai

Jumlah Aliran Masuk (a)


Jumlah Aliran Keluar (b)
Lebihan /defisit (c)=(a)-(b)
Baki Awal Wang Tunai (d)
Baki Akhir Wang Tunai
(e)=(c)+(d)
Baki Minimum Wang Tunai
(f)
Keperluan Pembiayaan
(f)-(e)
Lebihan Wang Tunai (e)-(f)

Belanjawan Tunai Bagi Tahun Berakhir Pada 31 Disember 20X4


123,675
97,484 102,751 152,727 144,394 181,110 126,589
77,754
95,954
56,020
70,150 108,296 106,293
89,308
45,921
1,530
46,731
82,577
36,098
74,817
37,281
65,870 111,792 113,322 160,053 242,630 278,728 353,545
111,792 113,322 160,053 242,630 278,728 353,545 390,826

124,450
92,445
32,005
7,800
39,805

94,396
68,331
26,065
39,805
65,870

108,482
96,052
12,430
390,826
403,256

109,161
102,835
6,327
403,256
409,583

138,135
116,792
21,343
409,583
430,926

1,503,354
1,080,228
423,126
7,800
430,926

6,000

6,000

6,000

6,000

6,000

6,000

6,000

6,000

6,000

6,000

6,000

6,000

6,000

33,805

59,870

105,792

107,322

154,053

236,630

272,728

347,545

384,826

397,256

403,583

424,926

424,926

Jadual 4.7 : Belanjawan Tunai Yang Dikemas kini

Dalam belanjawan tunai terdiri daripada dua bahagian iaitu :


i.
Jumlah lebihan/ defisit wang tunai - baki tunai setelah jumlah aliran masuk
ditolak jumlah aliran keluar.
ii.
Baki Akhir Wang Tunai - Jumlah lebihan/ defisit wang tunai setelah dicampur
baki awal wang tunai.
Rumusan
Berdasarkan perbincangan di atas didapati bahawa sebelum perancangan kewangan
perniagaan disediakan, seseorang pengusaha perlu terlebih dahulu memahami konsep
penyata pendapatan, lembaran imbangan dan belanjawan tunai. Perancangan boleh dibuat
berdasarkan analisis penyata pendapatan tahun-tahun sebelumnya atau dengan meneliti
perancangan sesebuah organisasi perniagaan lain sebagai panduan. Penyata pendapatan
dan lembaran imbangan bagi tempoh tertentu boleh disediakan dengan mengambil kira
belanjawan tunai bagi sesuatu tempoh operasi perniagaan berkenaan.
Rujukan
Abu Bakar Hamid. 2006. Keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil, Penerbit
Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Aini Hayati et al. 2009. Teks Pra-U STPM Matrikulasi Pengajian Perniagaan 1, PearsonLongman Malaysia Sdn. Bhd., Petaling Jaya.
Wan Madznah Wan Ibrahim. 2007. Prinsip perakaunan, Oxford Fajar Sdn Bhd, Shah Alam.

Anda mungkin juga menyukai