Anda di halaman 1dari 5

TEORI PEMEROLEHAN

BAHASA
TEORI BEHAVIORIS

Diasaskan oleh Ivan Pavlov( gunakan anjing sebagai

subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield.


Dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike
Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah
laku manusia.
Permerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan
dan latih tubi.
Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan
keupayaan mental.
Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh
persekitaran dan pengalaman lampau mereka
Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan
kepentingan rangsangan dan tindak balas.
Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan
perhatian.

Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan.


Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan

berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan.


Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan
dalam berbahasa
Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk
mendapatkan gerak balas yang sempurna

Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (learning

leads to a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan


perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang
maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (18491936)
yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng
membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing
akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike
(18741949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response
Theory (teori pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim
menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar"
membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan
yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya
bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus dengan respons
apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan
itu membentuk corak tingkah laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada
itu, Skinner (19041990) mengemukakan teori Contiguity of
Feedback/Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan
memberi peneguhan secara positif atau negatif.

Ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya

melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja


rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif)
kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini
tidak dapat menerangkan tentang proses
pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya dapat
menerangkan pembentukan tingkah laku melalui
proses rote-learning.

Anda mungkin juga menyukai