Anda di halaman 1dari 10

Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM

AKIDAH DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM.


Motto.







.

Maksudnya:
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda dan berkata:
Sesungguhnya Allah telah memberi tiap-tiap yang berhak akan haknya.
Sesungguhnya Allah telah mewajibkan yang fardhu menentukan yang sunat,
menggariskan (hukum) hudud. Allah telah menghalalkan perkara yang halal,
mengharamkan perkara yang haram. Allah menggubal ad-Din cara hidup
yang mudah, lapang dan luas. Ia tidak menjadikannya sempit. Sesungguhnya
tidak beriman (sempurna iman) orang yang tidak amanah tidak beragama
yang tidak boleh dipegang janjinya. Barang siapa yang menyalahi janji
setianya dengan Allah pasti ia dituntut oleh-Nya. Siapa yang menyalahi
janjinya denganku nescaya aku menjadi lawannya, manakala siapa yang
menjadi lawanku pasti aku akan kalahkan. Siapa yang menyalahi janjinya
denganku maka tidaklah ia mendapat syafaatkudan tidaklah ia sampai ke
Haudh (kolam air pelepas dahaga di akhirat).
I. Mukaddimah.
Manusia digerakkan oleh berbagai dorongan. Dorongan itu bersumberkan dasar
asas pemikirannya. Andaikata akal nya tidak di huni oleh suatu pola pemikiran khusus
tetapi sekadar pemikiran yang terpancar pancar serta keyakinan yang tidak terarah maka
sikap dan tindak tanduknya ditentukan oleh perasaan dan pertimbangan yang terkuat
tanpa merujuk kepada suatu pola pemikiran khusus. Sebaliknya jika akar tersebut telah

Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM


dikuasai oleh suatu minhaj berfikir atau pola pemikiran khusus maka seluruh gerak dan
sikapnya akan merujuk kepada pola tersebut dengan segala kriteria khususnya.
II. Pengertian Akidah.
Asas pola pemikiran ini disebut iman . Tauhid adalah ciri khasnya. Ubudiah
intipatinya manakala akidah adalah rentetan darinya. Ibadah pula gandingannya. Akhlak
buah dan hasil tuaian nya.
Dari segi bahasa akidah bermakna simpulan atau ikatan. Ia membayangkan
komitmen atau sikap yang terikat dengan pola keimanan dan pemikiran yang di
internalize oleh seseorang . Keyakinan dan pemikiran tersebut mengandungi nilai , narm,
role atau peranan dan sebagainya.
Akidah bukan hanya mencorakkan minda atau pemikiran tetapi juga perasaan
interaksi, sikap, sahsiah dan struktur budaya, sistem hidup dan akhlak seseorang .
Akidah keagamaan yang kuat mengikat pemikiran dan corak hidup manusia. Ia
akan menjernihkan rohaniah meluruskan kaedah berfikir, menghasilkan kebijaksanaan
yang berasaskan kepada petunjuk Allah. Ia akan menjadikan manusia mengikut pedoman
Al Quran, Sunnah, Ijma' dan kias. Tujuan utama manusia beriman dan berakidah Islamiah
ialah untuk menyembah Allah selaras dengan firman Allah:

Bermaksud " Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah ".
(Surah Al-Zariyat 56)
Komitmen keagamaan yang kuat juga sering menghasilkan tamaddun manusia dari
abad keabad. Hampir tidak ada tamadun manusia yang tidak di latari oleh motivasi
agama. Tamadun Islam masa lampau di jana oleh kekentalan akidah, kekuatan iman yang
amat padu oleh para leluhun dizaman silam. Para salaf al Saleh tersebut gigih
mendaulatkan keyakinan mereka di bumi Allah. Mereka sanggup menempuh berbagaibagai jenis cababran, dugaan hinggalah maut ataulah mati syahid.
Akidah merujuk kepada keyakinan bahawa sumber nilai norm dan hukum hakam
ialah Allah swt yang maha esa. Segala-galanya dijadikan berkhidmat untuk Allah, sesuai
dengan kehendak Allah. Akidah Islam selaras dengan fitrah manusia. Allah berfirman:

Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM















Maksudnya

"Ia adalah

agama fitrah

yang

manusia semuanya

dicipta

berdasarkannya".
(Surah Al-Rum 30)
Allah berfirman lagi:





















( 42)42





Maksudnya "Katakan kalau ada tuhan lain bersama Allah seperti mana yang
mereka katakan mescaya tuhan-tuhan lain itu akan cuba berusaha menggeser tuhan
yang menduduk arasy. Akan tetapi Maha suci dan terlalu mah a tinggi dan agung Allah
dari tewdedah (kepada sebarang gugatan) seperti mana yang mereka katakan".
(Surah Al-Isra 42)
Firman Allah lagi:
















Maksudnya

"Masakan Allah mempunyai anak apatah lagi masakan pula ada

bersamanya tuhan yang lain. Kalau demikian tentu tuhan akan membawa pergi apa yang
mereka cipta. Dan sudah tentu pula segolongan tuhan akan menguasai segolongan
tuhan yang lain (akan tetapi) maha suci Allah ( untuk berkeadaan) seperti yang mereka
sifatkan. Ia maha mengetahui perkara yang gaib dan yang ada di dunia nyata.
Sesungguhnya ia maha tinggi dari segala yang sekutukan,
(Surah Al-Muminun 91)
Tauhid Rububiah dan Uluhiah menjernihkan asas iman kepada Allah sebagai
penguasa alam yang mutlak. Kehendaknya mutlak, penilaiannya adalah yang terbaik.
Norma dan pattern peri laku yang di sunnah kannya adalah yang terbaik. Muhammad
pesuruhnya adalah setepat-tepat model untuk manusia yang ingin perintah Nya yang
amat bijaksana.
Iman ialah
Ungkapan hati dan lidah. Ia juga amalan hati, lidah dan anggota. keimanan yang
benar dan tulus memungkinkan seseorang mencapai mertabat yang paling tinggi di dunia
dan juga di akhirat. Allah berfirman:

Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM















maksudnya:

Orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya, mereka itulah

golongan siddiqin ( jujur tulin).


(Surah Al-Hadid 19)
Mereka menurut dan menerima nilai-nilai Islam yang mencorakkan sikap,
tanggapan dan emosi mereka dengan hati dan dengan perbuatan. Mereka lumrahnya
berkata:












Maksudnya: "Hai tuhan kami, kami beriman dengan segala yang telah engkau
turunkan dan kami mengikut rasulallah saw. Oleh itu catitkanlah (nama) kami bersama
dengan orang-orang yang menjadi saksi.
(Surah Ali- Imran 53)
Keimanan ialah kecenderungan hati kepada nilai dan cabang-cabang iman ( lihat
lampiran 1).
III. Penghayatan Akidah.
Islam yang menjadi cara gaya hidup yang berteraskan akidah sudah pasti suatu
ajaran yang merangkum dan syumul. Ia begitu luas dan menyentuh perbagi aspek hidup.
Kerana itu rasullullah saw bersabda:


maksudnya Agama Islam ini utuh padu, oleh itu dalamilah ( pengetahuan dan
penghayatannya ) dengan lemah lembut.
Peenghayatan akidah ini melibatkan pengubat hati nurani dan intiosi dengan nilai
dan cabang-cabang nya yang bersifat kejiwaan. Hati manusia ibarat raja. Apabila raja
tunduk kepada Islam maka rakyat jelata mesti tunduk kepadanya. Sebaliknya jika raja
menolak dan murka kepada nilai-nilai ajaran Islam sudah pasti rakyat akan menghadapi
kesukaran untuk melaksanakan tuntutan iman.
Ibnu Hajar Al Asqdawi menjelaskan 24 cabang iman yang sewajar di cambah
dalam hati termasuk penerimaan kepada rasullulah sebagai role model, takut kepada
Allah, harap kepada Allah dan sebagai nya. Keseluruhan cabang iman yang berkaitan
dengan pembentukkan Dhomin atau consience keimanan harus diusahakan oleh seluruh
agensi kerajaan dan peringkat masyarakat.

Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM


Pembentukan insan yang beriman juga suatu manifestasi penghayatan akidah. Ia
menuntut pembersihan alat komunikasi dan mediamassa dari fahaman anti agama
teradisi dan dakwah Islam atau alim ulama . Lisan dan media yang kerap mencemoh
segala yang berkait dengan Islam dan teradisi atau jentera penerangan dan kebudayaan
yang lebih mempopularkan nilai-nilai munkar, ssufur (pendedahan) dan gaya hidup barat
tentu akan meracuni pemikiran rakyat dan jenerasi baru. Mereka secara tabii akan meniru
gaya hidup yang serba keduniaan dan sekular hasil daripada pengaruh media tersebut.
Pembentukkan

persenoliti

Muslim

yang

baik

mungkin

juga

bermakna

pembentukkan dan pembangunan manusia yang seimbang dan matang. Mengujudkan


keluarga yang taat dan berdisiplin membawa kepada masyarakat bertakwa, adil
mengamalkan nilai-nilai murni dan sebagainya. Mengujudkan sistem persekolahan yang
menyuburkan akidah `islam bukan sibuk menyuburkan sukan dan seni sahaja. ada
setengah pendidik yang begitu peka dengan pendidikan jasmani tetapi tidak seimbang
sekali dengan kepekaan nya kepada pendidikan ruhani atau akhlak. Ada yang begitu
asyik dengan teknolooogi tetapi memandang ringan terhadap ilmu-ilmu kemanusiaan dan
agama. Mulut berbuih menyebut seimbang, amalan mereka menyolok sekali ketidak
seimbangannya. Sikap seperti ini tidak mungkin membantu mengukuhkan penghayatan
wawasan Islam dalam masyarakat atau negara.
Mengukuhkan nilai kejiranan, budaya penyayang, serta amalan kemasyarkatan
yang

positif

seperti

tolong

menolong

berjamaah

dan

sebaginya,

menguatkan

persaudaraan dan sebagainya sejajar dengan penghayatan akidah. Melaksanakan


undang-undang Allah untuk mendisplinkan mahluknya adalah seuatu kemestian akidah.
Pembentukan kepimpinan yang berwawasankan Islam juga menifestasi komitmen
kepada akidah Islam. Golongan yang curiga dengan kepimpinan dan kadar kepimpinan
Islam dan cuba untuk menampilkan kepimpinan ala bangsa dan fahaman patrioratism.
Semata-mata ternyata ingin dari dasar akidah Islam. Mereka benci dengan kaedah Islam
sebaliknya suka kumpulan yang mewarisi wawasan sekularnya. Ini bercanggah dengan
penghayatan akidah.
Keadilan adalah nilai penting dalam membangun masyarakat Islam. Menegakkan
keadilan dalam diri, keluarga den masyarakat berkaitan denga tuntutan akidah. Manakala

Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM


peteria keadilan itu ialah mengikut sistem pemerintahan Islam seperti yang di tuntut oleh
akidah.
Membanteras program-pro lagha dinned Lahu yang manures pertunjukkan
send yang tidal bermoral oleh artis-artis yang menjual maruah boleh mengukuhkan iltizam
rakyat kepada nilai- nilai yang baik. Trend Islam dalam seni dan budaya di negara kita
perlu di perkukuh sebelum seni dan budaya berubah menjadi jelmaan syaitan yang
memperkukuh kejahatan dan jenayah. Selain dari itu akidah dapat dikesan dengan
wujudnya beberapa ciri yang menjadi amalan seseorang. Dalam hubungan ini ada
baiknya kita memperincikan ciri-ciri tersebut.
D.

Ciri-ciri Wujudnya Akidah.

Ciri-ciri wujudnya akidah dalam diri diperincikan oleh al-Bayanuni sebagai berikut:
1.

Menerima apa jua yang datang dari Allah dan Rasul. (al Baqarah 26 ).

2.

Menyahut panggilan Allah dan Rasul (An Nisa 162)

3.

Tunduk kepada hukum Allah dan Rasul (An Nisa 65, An Nur 47-51 )

4.

Gementar dan takut kepada Allah (Al Anfal 2).

5.

Menisbahkan perbuatan kepada Allah s .a.w (Al Insan 30)

6.

Konsisten mempertahankan kebenaran.

7.

Bimbang dan takut (nasib diri di akhirat al Syura 17- 18)

8.

Bertawakkal kepada Allah (Yunus 84-86, al Maidah 23)

9.

Senantiasa memikirkan penciptaan Allah dan keagongan nya (al Jathiah 3-4 )

10.

Mengimbaukan pengawasan Allah terhadap diri berdasarkan hadis riwayat Muslim:


Maksudnya Anda menyernbah Allah seolah-olah anda melihatnya atau seolah-olah
Ia melihat anda
11. Selalu menggandingkan iman dengan amal saleh. Rasulullah bersabda;


Maksudnya Iman dan amal saling bergandingan
12.

Rasa kasih yang mendalam kepada Allah (al Baqarah 65, Ali Imran 31)

13.

Mengasihi Rasulullah s.a.w. Beradab dengan Rasul (An Nur 62).

14.

Beradab dengan Rasul (An Nur 62).

15.

Menyayangi (Al Ansar) dan penyokong-penyokong Rasulullah s.a.w..

16.

Sayang dan benci kerana Allah (Al Mujadalah 22)

Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM


17.

Setia kawan (Al Mualah) dengan orang-orang yang beriman ( Al Hujurat 10)

18.

Zuhud terhadap dunia dan cenderung kepada akhirat (Al Araf 32)

19.

Mengambil iktibar dan pelajaran dari peristiwa lampau dan yang berlalu (Al
Baqarah 233, Al Zariat 20-21)

20.

Memakmurkan masjid Allah (Al Taubah 18)

21.

Berjihad di jalan Allah An Nisa 76.

22.

Amanah, jujur dan menghindari perbuatan mengkhianat dan berdusta (Al Mukminun
8 & Al Nahli 105 )

23.

Setia dan tidak belot.

24.

Berakhlak baik serta tidak melibatkan diri dengan perkara yang bukan-bukan.

25.

Berlaku adil terhadap diri serta memiliki keinsafan yang baik.

26.

Sukacita dengan amal kebajikan yang dilakukan.

27.

Mempunyai firasat yang tepat.

28.

Melaksanakan ketaatan semata-mata kerana iman dan mengharapkan rahmat


Allah.

29.

Suka berbudi.

30.

Berbuat baik kepada jiran.

31.

Tidak mengganggu jiran tertangga.

32.

Memuliakan tetamu dan suka bertutur dengan baik.

33.

Menghindarkan diri dari memakai emas dan sutera (bagi lelaki).

34.

Tidak menakut-nakutkan orang Islam lain (Mengancam olok-olok dengan senjata


dan sebagainya).

35.

Saling memberi nasihat dan bimbingan.

36.

Saling simpati dan mengasihi.

37.

Saling bekerjasama melakukan kebajikan dan ketakwaan.

38.

Saling bermesra dan rukun damai dengan orang-orang mukmin lain (al-Anfal 63)

39.

Menunaikan janji.

40.

Bersikap pemalu.

41.

Bersikap luhur dan berpada dengan apa yang ada.

42.

Cemburu dalam ertikata yang positif

43.

Menegur para pelaku bidah.

44.

Menjaga lidah.

45.

Baik hati dan baik sangka terhadap orang lain.

46.

Menerima takdir.

47.

Bertimbang rasa serta menjaga hati orang lain.

Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM


48.

Sabar menanggong derita (Ibrahim,12)

49.

Pintar dan bijaksana (Al Talaq 10)


E.

Manfaat Akidah

Akidah bagaikarr sebatang pohon yang baik. Semakin berat dan kukuh akar
tunjangnya semakin subur dan tinggi batangnya. Buahnya semakin lebat dan banyak.
Inilah yang diibaratkan oleh Allah dalam Al-Quran (Ibrahim 24-25)


( 24)42















(25)42






Antara faedah yang boleh dicapai dengan akidah ialah penjagaan dan imbauan
kasih Allah (Wilayatul Allah) Allah berfirman:





Mendapat pujian Allah (Al Baiyinah 7). Allah akan mempertahankan orang yang
beriman (Al Haj 28).Memperolehi kemenangan dari Allah (Ghafir 51). Para malaikat
memohon ampun kepada Al Lah dan berdoa untuk orang-orang yang beriman (Ghafir 7).
Hati akan mendapat sinar dan keceriaan Allah. Ketenangan jiwa juga akan diperolehi.
Faedah beriman juga dapat dilihat dalam bentuk bimbingan Allah terhadap
seseorang ke jalan kebenaran (Yunus 9). Terhindar dari gangguan syaitan (An Nahl 9899). Dijanjikan oleh Allah ganjaran yang lumayan di akhir.at (An Nur 55 k At Taubah 72.
Kejayaan (Al Falah) didunia (Al- Baqarah 2-5). Kepantasan meniti Siratul Mustaqim.
Keamanan dan kebahagiaan. Keberkatan rezeki (Al A raf 96). Kasih mesra di hati
manusia lain. Pemantapan pendirian di atas landasan kebenaran (Ibrahim 27).
Keampunan Allah dan penghapusan dosa (Al Ankabut 7 8c Al Fath 29). Memperolehi Nur
pada hari kiamat (Al Hadid 12) syafaat Rasulullah dan pahala berterusan. Kekal dalam
syurga (Al Baqarah 25, An Nisa 123, Fussilat 8). Disamping akan dituruti pula oleh zuriat
mereka yang soleh disyurga kelak.
Sebenarnya terlalu banyak lagi kebaikan dan faedah akidah yang tidak dapat
disebutkan dalam kesempatan ini kerana luas dan hebatnya ajaran Islam itu. Ia ajaran
yang amat unggul dan mulia. Ia adalah jalan menuju syurga.

Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM


VI. Langkah-langkah memantapkan Akidah Islamiah.
Memandangkan banyaknya gejala kerancuan berfikir dan sikap yang menyimpang
jauh dari lunas akidah akhir-akhir ini maka setiap pihak yang bertanggung jawab perlulah
sedar dan peka terhadap tanggung jawab masing-masing untuk memperkukuhkan ciri-ciri
akidah dalam diri, keluarga dan masyarakat.
Para pemimpin politik perlu serta mustahak mengamalkan tuntutan akidah dalam
wawasan politik, kaedah bertindak dan etika berpolitik. Tidak ada iman (akidah) bagi
pemimpin yang tidak amanah atau jujur, Tidak ada dasar yang lebih utama dari dasar
Islam.
Pentadbir mestilah menerapkan falsafah dan prinsip pentadbiran Islam dengan
kaedah yang canggih, terkini dan mengamalkan etika yang memenuhi tahap
profesionalisme.

Pengurus

pula

menerapkan

adab-adab

Islam

bekerja

untuk

merealisasikan kesejahteraan umat dan negara.


Pensyarah dan guru menekankan paradigma Islam dalam disiplin ilmu yang
mereka ajari. Para pelajar dan murid didedahkan dengan situasi pembelajaran yang sihat.
Universiti dan sekolah di pastikan supaya mendidik dan melahirkan graduan dan pelajar
yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap akidah Islamiah dan citi-cita Islam.
Ahli koprat dan para peniaga diseru supaya mengamalkan muamalat Islam dalam
business mereka, mengikis sifat tamak haloba dan sikap mata duitan. Mereka sewajarnya
menurut kaedah halal haram Islam, mengukuhkan falsafah dan amalan ekonomi Islam
agar terbentuk suatu budaya baru yang lebih bersih halal dan berkat dalam masyarakat.
Budayawan, karyawan, artis memastikan karya dan persembahan mereka selaras
dengan nilai-nilai syara, menjaga maruah diri dari diperniaga bagaikan barang dagangan.
Kebudayaan dan kesenian dalam masyarakat perlu lebih menghaluskan budi dan adirasa
umat; bukan mencemarkannya.
Para petugas keselamatan perlu dididik dengan akidah Islamiah yang baik serta
wawasan kepolisian dan ketenteraan Islam agar mereka menjadi pejuang akidah, sedia
bekorban dan mati syahid Kerana Aliah, agama dan nusa.

Pustaka Alaf Azhari, MANHAL PMRAM


Para arkitek melakarkan perancangan bandar, kampong dan pembangunan
negara berasaskan nilai-nilai Islam. Sehingga abadilah mercu tanda Islam dalam
masyarakat yang beriman.


Oleh:
Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin

Rujukan:
1.

Al Baihaqi Mukhtasar Syuabi al Iman. Dar al Sahwah Kaherah tanpa tarikh,

2.

Kisyk, Syeikh Abd. Hamid Bina al Nufus al Maktab al Misriy al Hadith Mesir 1979.

3.

Al Sady, Syikh Abdul Rahman Nasir al Taudhih wa al Bayan li Syajarati al Iman Dar
al Sahwah li al Nasyr Kaherah tanpa tarikh.

4.

Ulwan, Abdullah Nasih, Muhadharat Fi Takwin al Syahsiah af Insaniah fi Nazr al Islam


Dar al Salam, Kaherah 1983.

5.

Al Bayanuni, ad Izzuddin al Iman:Khasaisuhu,Alamatuhu, Thamaratuhu Bhgn. 2


cetakan Dar al Salam, Kaherah 1975.
HAK CIPTA TERPELIHARA
TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA.
MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.
MANHAL PMRAM 2000

Anda mungkin juga menyukai