Anda di halaman 1dari 3

Sirah: Anas bin Malik r.a.

By kaimislam on 24 Julai 2012


Sekiranya kita membuka Sahih Muslim atau Sahih Bukhari, nama Anas Bin Malik
Al-Ansori agak tidak asing sebagai salah seorang sahabat Rasulullah yang banyak
meriwayatkan Hadith. Namun siapakah Anas Bin Malik ini?
Nama sebenar beliau adalah Anas Bin Malik ibn Nadar al-Khawarij al-Ansori.
Anas bin Malik adalah anak kepada Ummu Sulaym iaitu wanita pertama yang
memeluk Islam di kalangan penduduk Madinah sebelum hijrah Rasullulah ke
Madinah.
Sepanjang kehidupan beliau, ada kajian menyatakan bahawa Anas bin Malik telah
meriwayatkan sebanyak 1286 hadith sepanjang kehidupan bersama Rasulullah.
Mari kita melihat bagaimana Anas bin Malik ini menjadi salah seorang perawi
hadith di zaman Rasullullah dan bagaimana kehidupan Anas bin Malik semasa
zaman rasullullah.
Kisahnya begini
Madinah gelisah. Semua orang menatap penuh harap ke arah jalan menuju kota
Makkah. Seperti menunggu sesuatu cahaya dan berharap cahaya ini segera datang
dan muncul. Ada rasa cemas dipancaran mata setiap mereka. Ada rasa yang
hendak membuncah. Rasa yang tak dapat diterka. Berbahagia atau sebaliknya.
Sesaat kemudian, tiba-tiba semua orang melompat kegirangan,tua, muda dan anak
anak. Semuanya bergembira. Di tengah mereka seorang ibu bergegas membawa
seorang anak kecil menuju kepada orang banyak. Semua berlomba dan berlari
agar mendapat tempat di mana mereka dapat melihat suatu susuk tubuh yang
dinantikan sepuas-puasnya. Tak terkecuali ibu dan anaknya tadi. Ikut berhimpitan
dengan yang lain agar mendapat tempat di hadapan.
Ketika itu, semua orang di Madinah lantas berlumba-lumba memberikan hadiah
terbaik mereka kepada Rasulullah yang mulia. Ummu Sulaim yang hidup miskin
ditinggal suaminya sewaktu Anas masih kecil ingin juga memberikan hadiah buat
Rasulullah tercinta. Lantas dia mendatangi kediaman rasulullah SAW dengan
membawa puteranya yang ada satu-satunya.
Dia berkata, Wahai rasulullah ,,,Tidak ada di madinah ini baik lelaki mahupun
perempuan kecuali mereka akan memberimu hadiah. Dan sungguh, saya tidak
memiliki apa-apa kemewahan yang mampu saya hadiahkan untukmu kecuali
putera kecilku ini. Maka, bawalah dia agar boleh berkhidmat kepadamu, ucap

Ummu Sulaim berlinang air mata tanda bahagia. Ketika itu, Rasulullah saw
tersenyum bahagia dan mengusap kepala Anas yang masih kecil dan memeluknya.
Semenjak itu Anas bin Malik senantiasa bersama Rasulullah saw setiap masa di
mana jua. Anas bin Malik hidup bersama Rasulullah saw selama sepuluh tahun.
Usia Anas bin Malik mula berkhidmat kepada baginda SAW ketika berumur 10
tahun dan apabila Baginda rasullullah wafat umurnya baru mencecah 20 tahun.
Maka dalam umur 10 hingga 20 tahun Anas bin Malik mendapat tarbiah secara
langsung daripada baginda.
Anas bin Malik r.a sentiasa mengekori rasullullah ke mana sahaja baginda pergi.
Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya kita dapat melihat bagaimana Anas
bin Malik adalah salah seorang sahabat yang faham akan keadaan nabi, tahu akan
kesusahan nabi, dan tahu akan sifat dan tingkah laku nabi SAW.
Gambaran akhlak Rasullullah melalui Anas Bin Malik
Anas bin Malik berkata, Rasulullah adalah orang yang paling mulia akhlaknya,
paling lapang dadanya, dan paling luas kasih sayangnya. Suatu hari aku diutus
oelh Nabi untuk suatu keperluan, lalu aku berangkat. Di tengah jalan, aku
menemui anak-anak yang sedang bermain. Lalu aku pun ikut bermain bersama
mereka sehingga aku tidak jadi memenuhi suruhan beliau.
Ketika aku sedang asyik bermain, tanpa disedari, ada seseorang berdiri
memperhatikan di belakangku dan memegang bahuku. Aku menoleh ke belakang
dan aku melihat rasulullah Shallahu alaihi wa Sallam tersenyum kepadaku lalu
berkata, Wahai Unais apakah engkau telah mengerjakan perintahku? Aku pun
bingung dan berkata, Ya, aku akan pergi sekarang ya Rasulullah!
Demi Allah, aku telah melayani beliau selama sepuluh tahun dan beliau tidak
pernah berkata kepadaku, Mengapa kau kerjakan ini? Mengapa kau tidak
mengerjakannya?.
Unais bermaksud Anas kecil yang diberikan oleh Rasullullah SAW kepada Anas.
Kehidupan Anas selepas wafatnya rasullullah
Selepas wafatnya Rasullullah, beliau adalah antara sahabat yang sangat merasai
kesedihan. Menjadi pembantu persendirian kepada Rasullullah selama 10 tahun
membuatkan dirinya terasa begitu besar kehilangan akan sesuatu yang sangat
berharga dalam kehidupannya. Kemudiannya, beliau berpindah menjadi duta umat
Islam, mengajar, dan menetap di Basrah. Beliau adalah antara sahabat Rasullullah
yang panjang umurnya, dan hidup sehingga lebih 100 tahun. Zuriatnya ramai
(sehingga ada pendapat mengatakan lebih 100 orang) dan kebanyakanya menetap
di Basrah.

Diulang dan diedit dari laman http://duniadeen3.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai