Anda di halaman 1dari 5

kajian tindakan bahasa melayu tahun 3 (masalah membaca)

KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN 3.


Abstark
Kajian ini dijayakan bagi mengenalpasti keadah untuk mengatasi masalah membaca
yang dihadapi oleh murid-murid tahun 3 Arif. Seramai 22 orang murid tahun 3 Arif
terlibat sebagai responden dalam kajian ini.
Tinjuan awal kajian ini dilakukan dengan menggunakan keadah pemerhatian hasil kerja
murid dan melaksanakan sesi ujian bertulis dan ujian lisan. Hasil tinjauan mendapati
terdapat sebilangan murid yang tidak mahir membaca dengan sebutan dan intonasi
yang betul. Suatu perancangan tindakan telah diberi tumpuan bagi membolehkan murid
mencapai kemahiran membaca.
Guru telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di mana murid diberi
peluang untuk mempelajari kemahiran tersebut melalui latihan yang diberikan..
Pengajaran dan pembelajaran ini merupakan kemahiran asas dan akan diteruskan pada
kemahiran yang sama dengan melibatkan pelbagai jenis tanda baca lagi. Penguasaan
kemahiran ini adalah sangat penting untuk membolehkan murid membaca dengan
lancar dan betul.
1.0
Pengenalan.
1.1
Membaca merupakan suatu kemahiran ahasa yang penting dalam pembelajaran
Bahasa Melayu yang menjadi mata pelajaran teras dalam sistem pendidikan
di Malaysia. Kemahiran membaca merupakan unsur penting yang perlu diketahui oleh
setiap murid dalam mempelajari Bahasa Melayu. Bacaan lancar yang dikuasai oleh
murid akan memudahkan proses menimba pelbagai ilmu.
1.2
Kelemahan menguasai kemahiran membaca akan menjejaskan pengunaan
sistem bahasa dan menjejaskan kegramatisan bahasa yang dituturkan khususnya
Bahasa Melayu. Kajian ini jua bertujuan membina kemahiran bacaan dengan sebutan
dan intonasi yang betul di kalangan murid.
1.3
Sebelum kajian ini dilakukan tinjauan telah di buat menggunakan kaedah
pemerhatian dan penyelidikan berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun di tahun
2 sesi persekolahan 2011. Temubual juga dilakukan kalangan responden kajian tindakan
ini.
1.4
Sekolah ini mempunyai murid seramai 253 orang murid. Pada keseluruhannya
murid-murid di sini adalah berbangsa Melayu dan hanya segelintir sahaja yang
berbangsaIndia dan warga asing. Murid murid di sini sudah menjadi kebiasaan bertutur
dalam dialek kedearah mereka yang merupakan bahasa berkomunikasi utama di
sekolah dan di rumah.
1.5
Hanya segelintir murid-murid sekolah ini tidak dapat membaca dengan baik. Ini
adalah kerana masalah persekitaran dan kekeluargaan serta tahap kesediaan belajar
yang responden alami.

1.6
Kebolehan beberapa orang pelajar yang mampu mambaca dengan amat baik
mewujudkan suatu situasi yang membina.
2.0 : Fokus Kajian Tindakan.
2.1
Berdasarkan keadah pemerhatian, didapati semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu murid mengalami masalah menyesuaikan nada bacaan
dengan elemen tanda baca. Murid murid tidak mengendahkan tanda bacaan ketika
membaca dengan mengikut intonasi yang betul.
2.2
Maslah yang berlarutan akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dan bahasa ilmu. Maka aspek tanda baca telah menjadi isu yang
akan kami kaji dalam kajian tindakan ini.
3.0
Objektif Kajian Tindakan.
3.1
Bagi memurnikan kajian tindakan ini, saya telah menetapkan dua objektif utama
iaitu objektif sampingan dan objektif utama.
3.2
Objektif sampingan yang sasarannya untuk meningkatkan kefahaman murid
dalam penggunaan tanda baca seperti tanda seru, tanda noktah, tanda koma dan tanda
soalan.
3.3
Objekif utama pula mensasaran agar murid dapat membaca dengan lancar
ketika mengunakan tanda baca dan murid dapat membacanya dengan sebutan serta
intonasi yang betul.
4.0
Responden yang terlibat.
4.1
Seramai 22 orang murid tahun 3 Arif terlibat iaitu 12 orang murid perempuan
dan 10 oarang murid lelaki.
4.2
Seramai 3 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan tidak dapat
menguasai kemahiran membaca dengan baik.
5.0
Fokus kajian/ Isu keperihatinan.
5.1
Berdasarkan keadah pemerhatian semasa proses p&p guru dapat mengesan
masalah yang dihadapi oleh murid. Antaranya adalah murid tidak dapat membaca
sesuatu petikan atau prosa dengan betul. Ini kerana sebilangan murid tidak mengikut
intonasi bacaan dan hanya meneruskan pembacaan tanpa menguasai bacaan dengan
nada bertanda baca.
5.2
Sesi temu bual dengan responden mendapati bahawa mereka tidak memahami
fungsi setiap tanda baca dengan nada dan gaya bacaan yang sepatutnya.
5.3
Segelintir responden juga tidak dapat meletakkan atau membaca ayat dengan
betul. Responden juga tidak dapat membuat perbandingan antara tanda koma dan
noktah. Jelas responden juga tidak memahami konsep membaca dengan berhenti
sekejap ( koma ) dan membaca berhenti tetap ( noktah ).
5.4
Responden dibekalkan dengan pendekatan penggunaan akhbar dalam dalam
bilik darjah (ADD) dan buku bacaan makanis adalah sebagai permulaan penyelesaian
permasalahan ini. Responden dibimbing berkaitan konsep tanda bacaan dan latihan
sebagai menguji kefahaman mereka dalam menggunakan tanda bacaan dalam ayatayat yang mereka baca, tutur dan tulis semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan dalam bilik darjah.

6.0
Persoalan kajian.
6.1
Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat
menjawab beberapa persoalan yang berkaitan seperti:
Adakah responden mengetahui dan faham konsep sistem asas tatabahasa bahasa
Melayu?
Adakah sistem asas tatabahasa Bahasa Melayu dapat membantu rsponden membaca,
bertutur dan menulis dengan baik?
7.0
Galuran aktiviti.
7.1
Dua aktiviti telah digalurkan bagi mengesan masalah membezakan penggunaan
tanda baca. Aktiviti pertama akan melibatkan responden membaca ayat yang sama
dengan tanda baca berlainan. Sementara aktiviti kedua akan membolehkan responden
terlibat dengan permainan bahasa.
7.2
bahan-bahan yang digunakan dalam menjayakan aktivti adalah seperti kertas
lembaran bacaan dan kad ayat untuk aktiviti pertama. Sementara balang plastik, radio
dan kad arahan.
7.3
Instrumen dan keadah pemerhatian melibatkan soalan ujian, temu bual dan
pemerhatian. Analisa dan pemerhatian dilakukan untuk mendapatkan maklumat
percapaian murid dalam aspek yang dikaji. Maklumat daripada temubual dan
maklumbalas dari rakan guru dapat dijadikan kayu pengukur dalam menilai
keberkesanan p&p. Kelebihan dan kelemahan guru semasa mengajar juga dicatatkan.
Begitu juga dengan amalan pembelajaran murid.
8.0
Perlaksanaan Tindakan.
8.1
Aktiviti membaca ayat dengan tanda bacaan
8.1.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran .
Proses pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan sesi soal jawab.Seterusnya
guru mengedarkan kertas lembaran ( rujuk lembaran 3 ) yang mengandungi ayat yang
sama tetapi tanda baca yang berlainan.
Murid diminta membaca secara perlahan untuk memahami ayat yang dibaca dan
seterusnya membaca dengan kuat dengan mengikut intonasi yang betul dan tepat. Guru
membimbing murid membaca dengan intonasi yang betul. Guru juga akan
membetulkan kesilapan bacaan murid.
Pada sesi penutup, guru menyuruh murid membaca berulang-ulang kali untuk
meningkatkan kemahiran membaca mereka.
8.1.2 Pemerhatian.
Pemerhatian telah dilakukan oleh rakan sejawat dan mendapati bahawa semua muridmurid memberikan perhatian dan penglibatan yang aktif semasa proses p&p.Muridmurid juga gembira semasa membaca ayat yang sama tetapi dengan menggunakan
intonasi yang berlainan. Guru juga menunjukkan komitmen dan keyakinan sebagi
seorang pendidik.
8.1. 3 Refleksi.
8.1.3..1
Guru mendapati bahawa aktiviti pertama berjaya diajalankan berdasarkan
penglibatan semua murid terutamanya semasa membaca dan menyebut ayat-ayat yang
dicatatkan. Penglibatan murid adalah sangat aktif serta memberi sepenuh tumpuan dan
kerjasama kepada guru sepanajang aktivti dijalankan.

8.1.3.2
Aktiviti membaca secara kumpulan juga dijayakan dengan
berkesan. Ini kerana guru dapat mendengar intonasi bacaan murid yang jelas
kedengaran. Penglibatan murid yang aktif serta kawalan kelas yang baik membolehkan
objektif serta matlamat pembelajaran tercapai.
8.2.
Aktiviti permainan bahasa.
Aktiviti permainan bahasa merupkan aktiviti yang berbentuk Belajar Sambil Bermain.
8.2.1 Proses Pengajaran dan Pembelajaran .
8.2.1.1
Guru menerangkan cara prmainan dan murid-murid diminta untuk
mengingati aliran kotak yang akan dilakukan. Guru mengedarkan sebuah bekas plastik
untuk setiap kumpulan, yang mana setiap bekas plastik mempunyai kad simbol-simbol
khusus seperti koma, tanda noktah dan tanda soal.
8.2.1.2
Guru mengalunkan muzik yang menandakan permainan bahasa bermula.
Caranya adalah apabila muzik kedengaran secara langsung kotak beracun akan
bergerak secara bergilir-gilir mengikut arah pusingan jam dalam bulatan sehingga muzik
diberhentikan.
8.2.1.3
Apabila muzik dihentikan dan orang yang terakhir yang memegang kotak
beracun akan mengambil satu kad yang mengandungi simbol contohnya koma ( ? ).
Murid diberi tempoh untuk membina ayat berdasarkan kad yang diambil. Permainan ini
akan diulang semula setelah murid tersebut berjaya membina ayat dengan betul.
8.2.2 Pemerhatian.
8.2.2.1
Berdasarkan pemerhatian aktiviti ini berjaya menarik minat dan tumpuan
murid. Murid kelihatan lebih memahami elemen penggunaan tanda baca. Hampir semua
muid dapat membina ayat secara lisan dengan begitu cepat dan betul.
8.2.3 Refleksi.
8.2.3.1
Proses pengajaran dan pembelajaran ini dianggap berjaya kerana muridmurid dapat membina ayat yang diminta dengan cepat dan betul. Ini telah membuktikan
bahawa aktiviti permainan bahasa ini berjaya mempertingkatkan kefahaman murid.
9.0
Cadangan kajian.
9.1
Guru-guru Bahasa Malaysia digalakkan mengubahsuai pendekatan proses P &
P di dalam kelas terutama kelas lemah dan sederhana.
9.2
Menggunakan kaedah sumbangsaran dari segi kefahaman dalam aspek sistem
tatabahasa.
9.3
Menggunakan kaedah penyelidikan berdasarkan rujukan melalui buku-buku
bahasa.
9.4
Guru-guru Bahasa Malaysia boleh menggunakan kaedah penyelidikan pada
pelbagai peringkat sama ada di peringkat kelas, panitia atau sekolah. .
9.5
Guru Bahasa Melayu seharusnya mengadakan perbincangan serta
pembandingan mengenai kandungan kemahiran yang telah diajar antara satu sama lain
bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mengatasi masalah.

9.6
Peyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan dipaktikan semasa
proses pengajaran di dalam kelas. Alat-alat bantu mengajar yang disediakan juga
haruslah diuruskan dengan baik seperti mewujudkan sudut khas alat bantu mengajar
supaya alat bantu mengajar dapat dikongsi dan diguna oleh guru-guru yang lain.
9.7
Latihan dalam perkhidmatan wajar diadakandalam bentuk bengkel yang dapat
memberi guru pengetahuan dan kemahiran dalam menyediakan alat bantu mengajar
seiring dengan penyebaran standard pembelajaran.
10.0 Penutup.
Guru yang perkasa akan sentiasa berjuang melengkapkan dirinya dengan sahsiah yang
unggul, kemahiran yang bersesuaian dan ilmu yang tanpa sempadan. Kajian tindakan
adalah sebahagian proses melengkap diri guru sebagai pendidik bertaraf murabbi

Anda mungkin juga menyukai