Anda di halaman 1dari 13

NOVEL

HIKMAH
karya

Mohd Faris Ikmal

TEMA

Maksud :
persoalan pokok atau
persoalan utama yang
diketengahkan oleh
pengarang dalam karya

TEMA NOVEL HIKMAH


Kepincangan dalam keluarga yang
menyebabkan anak memberontak dan
berubah tingkah laku.
-Amri merupakan anak yang naik dan
bertanggungjawab, namun sikap ayahnya yang
tidak bertanggungjawab dan kejam menyebabkan
dia berubah tingkah laku dan memberontak
dengan membuli dan memeras ugut murid
sekolah yang lain. Amri melepaskan tekanan
akibat sikap ayahnya dengan memeras ugut
murid lain.

PERSOALAN
Perkara-perkara kecil yang terdapat
dalam karya yang berhubungan dengan
tema karya.
(a)Kasih sayang ibu terhadap anaknya.
Emak Amri sangat sayang akan Amri dan
sentiasa mengambil berat terhadapnya. Segala
keperluan Amri, sedaya upaya dipenuhinya
walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang
lemah.
(b)Tanggungjawab anak terhadap kedua ibu
bapanya
Amri sangat sayang dan bertanggungjawab
terhadap emaknya. Dia sanggup mengayuh

(c)Tanggungjawab bapa terhadap


keluarga
Sebagai ketua keluarga, bapa bertanggungjawab untuk
menyediakan keperluan dan melaksanakan
tenggungjawab terhadap keluarga. Novel Hikmah
memaparkan sikap ayah Amri yang tidak
bertanggungjwab menyebabkan Amri berubah tingkah
laku dan memberontak serta keluarganya menjadi porakperanda

(d)Prihatin dan simpati terhadap insan yang


memerlukan
Sapura dan ayahnya bersimpati dan prihatin terhadap
nasib keluarga Amri. Mereka sekeluarga menghantar emak
Amri ke hospital . Selain itu, Sapura menolong Amri ketika
dipukul oleh dua orang pemuda dan menghantarnya ke
hospital kerana cedera di dahi.

WATAK & PERWATAKAN


i.Watak pelaku
ii.Perwatakan sifat-sifat yang ada
pada watak seperti ciri fizikal,
tingkah laku atau sikap.
Di antara watak yang terdapat dalam novel
Hikmah:
a) Amri
b) Sapura
c) Emak Amri
d) Ayah Amri

Amri
Perwatakan
Taat dan bertanggungjawab
Amri taat dengan perintah ibunya. Misalnya, emak Amri
menasihati Amri agar bersabar dengan sikap ayahnya. Dia
menuruti nasihat emaknya. Amri juga bertanggungjawab
membeli ubat untuk emaknya walaupun terpaksa
mengayuh basikal sejauh 10 kilometer untuk ke pekan.
Berdendam
Amri berdendam dengan ayahnya kerana sikap ayahnya
yang tidak bertanggungjawab dan selalu memukul
emaknya. Amri akan berdendam dan melepaskan tekanan
dengan membuli dan memeras ugut murid lain.

Sedar dan insaf atas kesalahan diri


Akhirnya, Amri sedar dan insaf atas
kesilapannya yang selama ini selalu
memeras ugut dan membuli murid lain.
Kesedaran ini muncul apabila dia telah
diperas ugut oleh dua orang pemuda
setelah membeli ubat untuk ibunya.
Nakal
Amri membuli murid lain dengan memeras
ugut mereka. Dia melakukan perbuatan ini
kerana ingin melepaskan tekanan ekoran
sikap ayahnya yang tidak
bertanggungjawab.

Berani

Sapura

Sapura berani mengadukan tentang tingkah laku Amri yang


memeras ugut murid lain. Semua murid di sekolah itu tidak
berani mengadukan perbuatan Amri kepada guru.

Baik hati
Sapura sangat baik hati. Buktinya dia telah menolong Amri dan
emak Amri dengan menghantar mereka ke hospital bagi
mendapatkan rawatan.

Tidak berdendam
Sapura tidak berdendam dengan Amri walaupun Amri telah
mengenakannya sehingga terjatuh dalam sawah dan
menyebabkan baju Sapura kotor.

Pemaaf
Sapura memaafkan Amri yang telah mengenakannya dan
menolong Amri dan ibunya.

Emak Amri
Penyayang
Emak Amri sangat sayang akan Amri. Buktinya, dia sedaya
upaya menyediakan keperluan kepada Amri walaupun dia
tidak mampu.

Tabah
Emak Amri tabah menghadapi ujian hidup apabila dia dipukul
oleh suaminya. Selain itu tabah dengan sikap suaminya yang
tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Sabar
Emak Amri sabar dengan sikap suaminya yang tidak
bertanggungjawab dan selalu memukulnya.

Pemaaf
Emak Amri memaafkan ayah Amri walaupun selama ini
suaminya tidak melaksanakan tanggungjawab dan selalu
memukulnya.

Tidak
bertanggungjawab
- Dia tidak
melaksanakan
tanggungjawabnya
sebagai seorang bapa
dan suami

Bapa
Amri
Kejam
- Dia selalu mencederakan
isterinya tanpa belas
kasihan dan meminta wang
untuk berjudi dan membeli
dadah.

Latar tempat

Latar
masa

Waktu atau
tempoh
masa
peristiwa
yang
berlaku
dalam
karya.

Tempat berlakunya sesuatu


peristiwa di dalam karya.
Contohnya: sungai, sekolah,
rumah, dan lain-lain.

LATAR
Latar masyarakat

Keadaan atau citra ditempat


sesuatu peristiwa berlaku.

Kelas Amri
Amri berbual-bual
dengan Siva tentang
hukuman yang
diterima oleh Amri
kerana memeras ugut
murid lain.

Rumah Amri
Bapa Amri meminta wang
daripada emak Amri. Apabila
tidak diberikan wang, ayah
Amri telah menyelongkar
gerobok pakaian sehingga
menemukan wang.

LATAR
TEMPAT
Lorong di pekan
Tempat Amri diperas
ugut dan dipukul oleh
dua orang pemuda.

Anda mungkin juga menyukai