Anda di halaman 1dari 23

Definisi Dan Pengertian Solat Fardu

Perkataan Solat dalam pengertian bahasa Arab ialah Doa


memohon kebajikan dan pujian.

Adapun pengertian solat yang

dikehendaki syarak sebagai nama ibadah yang menjadi tiang agama


Islam,

maka

para

Fuqaha

(ahli

fiqih)

telah

beristilah

dan

menetapkan pengertian ini iaitu: Beberapa ucapan dan beberapa


perbuatan yang dimulakan dengan takbir, disudahi dengan salam,
yang dengan kita beribadah kepada Allah, menurut syarat-syarat
yang telah ditentukan. Pengertian ini menggambarkan solat yang
dapat didengar dan dilihat. Ianya tidak termasuk hakikat dan jiwa
solat.
Ahlul Haqiqah mentakrifkan solat dengan pengertian yang
menggambarkan hakikat solat iaitu: Menghadirkan hati (jiwa)
kepada

Allah,

secara

mendatangkan

takut

kepadanya,

serta

menyemaikan di dalam jiwa rasa keagungan kebesarannya dan


kesempurnaan kekuasaannya . Dengan erti kata lain, solat adalah
menzahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita
sembah, dengan perkataan dan pekerjaan atau dengan keduanya.
Ahlul Marifah telah mentakrifkan solat (jiwa solat) dalam
pengertian yang menggambarkan roh solat iaitu: Berharap kepada
Allah dengan khusyuk, ikhlas, hadir hati, baik dalam berzikir, berdoa
mahupun dalam memuji. Lantaran inilah maka rupa solat berubahubah; lain Nabi lain rupa solatnya, sedangkan roh (jiwanya) tetap
dan tidak berubah-ubah.

Pengertian yang melengkapi rupa dan hakikat solat adalah:


Menyerah hati (jiwa) kepada Allah, berserah dengan sepenuh hati,
menumbuhkan

rasa

kebesarannya

dan

kekuasaannya

dengan

sepenuh khusyuk dan ikhlas di dalam beberapa perkataan dan


perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.
Kewajipan Solat Fardu
Solat lima waktu itu difardhukan di langit, pada malam Nabi
Muhammad berisra (berjalan malam) dan bermikraj (naik ke alam
tertinggi). Peristiwa yang menggemparkan penduduk Makkah itu
terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah.
Seluruh

fardu

dan

ibadah

yang

selain

dari

solat,

diperintahkan Allah kepada malaikat Jibril untuk menyampaikan


kepada Nabi. Hanya solat sahaja yang diperintahkan kepada Jibril
untuk menjemput Nabi Muhammad di Makkah, lalu membawanya
berjalan malam dari Masjidil Haram ke Baitul Maqdis (Masjid AlAqsha) dan terus membawa mikraj (naik) ke alam tinggi, supaya
nabi menerima sendiri dengan lansung perintah kefardhuan solat.
Pada

malam

sebelum

nabi

berisra,

para

malaikat

membersihkan batin Nabi Muhammad dari segala keraguan, dan


memenuhkan

hati

Nabi

dengan

iman

dan

hikmah,

serta

membersihkan anggota-anggota Nabi yang zahir dengan telaga


Zamzam. Dan Allah memerintahkan solat kepada Nabi ketika Nabi
menghadapnya,

menegaskan,

bahawasanya

solat

itu

adalah

sesuatu ibadah yang luar biasa iaitu perbuatan yang sangat


terhormat.

RUKUN SOLAT

Rukun

solat

bergantung

adalah

perkara

kepadanya

sah

sebahagian
solat

itu.

daripada
Solat

solat

secara

dan

amnya

mempunyai 13 rukun yang terdiri daripada beberapa bahagian.


Kategori itu ialah rukun qalbi, fi'li dan qauli.

Kategori rukun solat:

Rukun qalbi adalah rukun yang berasaskan kepada hati.


Rukun fi'li adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan
anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan

tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.


Rukun qauli adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan
dan bacaan.

13 Rukun Solat:

1. Niat

Niat ialah kasad sesuatu berserta dengan perbuatan. Niat


solat ialah perasaan yang ada di dalam hati, yakni hendak
melakukan solat. Hukum melafazkan niat adalah harus.
Niat bagi solat fardu iaitu wajib 3 perkara:
1. Qasad Menyahaja atau perasaan hendak solat.
2. Ta'ridh - Menyatakan fardhu
3. Ta'yiin Menentukan waktu seperti zohor, asar, magrib,
isyak atau subuh.

Contohnya,

orang

yang

hendak

solat

subuh,

perlulah

mendatangkan di dalam hatinya, perasaan hendak solat fardu


subuh, seperti dilintaskan didalam hatinya aku hendak solat fardu
subuh atau sahaja aku solat fardu subuh. Maka yang dikatakan
niat solat ialah kemahuan hendak mengerjakan solat, disertakan
dengan kemahuan mengerjakan fardu dan menentukan waktunya.

2. Berdiri Betul

Berdiri betul atau berdiri tegak adalah diwajibkan dalam solat


bagi mereka yang berupaya untuk berdiri tegak. Bagi yang tidak
berupaya untuk berdiri, rukhsah atau kelonggaran diberikan untuk
mereka sama ada untuk solat dalam keadaan duduk. Manakala jika
tidak mampu berdiri dan duduk, dibolehkan untuk mengiring pada
rusuk kanan sambil mengadap kiblat. Sekiranya tidak mampu

berdiri, duduk mahupun mengiring, orang yang ingin mengerjakan


solat itu dibenarkan baring menelentang dengan kaki dan perut
dihalakan ke kiblat.
Syarat

bagi

rukun

ini

hendaklah

ditegakkan

tulang

belakangnya dan tidak boleh bongkok ke depan atau ke belakang


(jika mampu).

3. Takbiratul Ihram

Takbiratul ihram ialah perbuatan yang menyempadani solat


dengan perlakuan di luar solat. Takbiratul ihram menandakan
bermulanya satu perjalanan solat itu sehingga rukun terakhir iaitu
salam. Disebabkan dinamakan rukun ini takbir ialah kerana sebutan
takbir iaitu Allahu Akbar adalah wajib bagi mereka yang boleh
menuturkannya. Bagi mereka yang tidak boleh menuturkannya
ataupun

tidak

dapat

mempelajarinya,

dia

diharuskan

untuk

menyebutnya dengan terjemahan dalam bahasa yang lain.


Dinamakan Takbiratul Ihram kerana dengan melakukannya,
kita

mengharamkan

ke

atas

diri

kita

perlakuan

yang

akan

membatalkan solat. Sebagai contoh, pada kebiasaannya bercakap

sesama manusia adalah halal. Akan tetapi, bercakap dalam solat


akan membatalkan solat. Maka, apabila kita membuat Takbiratul
Ihram sebagai tanda memulakan solat, bercakap adalah satu
halangan untuk kita selagi mana kita masih mengerjakan solat.
Seperti dalam Haji, apabila kita memakai Ihram, kita diharamkan
melakukan beberapa perkara yang pada kebiasaannya adalah halal
bagi kita.

4. Membaca Surah al-Fatihah

Dalam solat, surah al-Fatihah merupakan satu-satunya surah


yang diwajibkan. Surah ini wajib dibaca pada setiap rakaat dan
bacaannya hendaklah tertib mengikut susunan ayat yang betul dan
hendaklah dijaga tajwidnya. Bacaan basmalah diwajibkan kerana
ayat itu juga sebahagian daripada surah berbanding isti'azah yang
tidak diwajibkan.
Setiap ayat surah ini wajib dibaca secara berturutan dan
tidak diselangi oleh apa-apa perbuatan ataupun ayat yang lain
mahupun diam yang agak lama yang cukup untuk memutuskan
bacaan alFatihah itu. Bagi mereka yang tidak tahu atau tidak
berupaya untuk membacanya dengan sempurna kerana baru
memeluk agama Islam, maka hendaklah dia membaca tujuh ayat
Quran yang berturutan atau tujuh ayat yang tidak berturutan yang
tidak kurang bilangan huruf dalam al-Fatihah. Jika masih tidak
mampu

membaca

mana-mana

ayat

Quran,

dia

dikehendaki

membaca zikir yang sama bilangan hurufnya dengan huruf Fatihah.


Jika masih tidak mampu, hendaklah sekadar diam pada jarak masa
bacaan Fatihah itu sendiri.
Bilangan ayat dalam surah al-Fatihah ialah tujuh ayat yang
kesemuanya mempunyai dua puluh lima perkataan bersama
bilangan huruf sebanyak 156 huruf. Maka, zikir yang diriwayatkan
oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. digunakan bagi menggantikan
bacaan untuk orang yang tidak berupaya atau tidak tahu membaca
ayat Quran.

Subhanallah - Walhamdulillah - Wa la ilaha illallah - Wallahu


akbar - Wa la haula wala quwata illa billah - Ma sya Allahu kana - Wa
maa lam yashaa u lam yakun

Ayat tersebut hendaklah dibaca dua kali untuk menyamai


bilangan huruf surah al-Fatihah.

5. Rukuk

Perbuatan rukuk adalah membongkok ke hadapan dengan


sekurang-kurangnya hingga tapak tangannya mencapai ke lutut.
Rukuk

yang

sempurna

ialah

menyamakan

belakangnya

dan

tengkuknya pada satu garis lurus dan meluruskan kakinya (iaitu

betis

dan

peha)

dan

memegang

kedua

lututnya

dengan

menjarangkan antara jari-jari tangan. Bagi mereka yang solat secara


duduk, memadai rukuk itu dengan membongkok ke hadapan hingga
dahinya selari dengan kepala lututnya. Untuk lebih sempurna bagi
solat duduk, rukuknya adalah membongkok ke hadapan hingga
dahinya selari dengan tempat sujud.
Rukuk adalah salah satu rukun yang disertakan dengan
tama'ninah. Tama'ninah dalam rukuk adalah dalam keadaan tetap
semua anggota badannya hingga cukup masa untuk membezakan
perlakuan membongkok dan bangun daripadanya.

6. Itidal

I'tidal adalah kembali daripada keadaan rukuk kepada berdiri


tegak iaitu keadaan asal ketika solat. Jika keadaan asalnya ialah
duduk

menegak,

maka

hendaklah

orang

itu

kembali

duduk

menegak. Tama'ninah turut disertakan dalam perbuatan i'tidal.


Maka, untuk melengkapkan i'tidal, hendaklah tama'ninah dengan
menetapkan anggota badan pada keadaan sebelum rukuk dalam
masa yang cukup untuk membezakan keadaan selepas bangun dari
rukuk sebelum turun untuk sujud.

7. Sujud

Sujud adalah satu perbuatan yang amat menunjukkan


kerendahan diri manusia terutama di dalam solat. Setiap rakaat
adalah diwajibkan dengan dua kali sujud.
Sujud

adalah

memadai

dengan

sekurang-kurangnya

bersentuhan dahi dengan tempat solat. Lebih elok atau lengkap lagi,
hendaklah ketujuh-tujuh anggota sujud kena atau bersentuhan
dengan tempat solat iaitu dahi, dua tapak tangan (setiap muka
tapak tangan dan jari-jarinya), dua lutut dan dua tapak kakinya
(iaitu muka hujung jari-jari kakinya). Wajib menekan sedikit dahi di
tempat sujud untuk lebih tetap keadannya. Keadaan yang sempurna
untuk turun bersujud adalah dengan meletakkan kedua-dua lutut
dahulu dan diikuti dengan tapak tangan lalu dahi ditetapkan di
tempat sujud.
Adalah sunat untuk menghalakan kesemua jari ke arah kiblat
bagi lelaki, disunatkan juga meregangkan kedua lutut dan dua tapak
kaki, menjarakkan perut daripada peha dan menjauhkan sedikit siku
daripada rusuk. Bagi perempuan pula, sunat untuk merapatkan
kedua-dua lutut dan kaki, merapatkan perut dengan peha dan siku
ke rusuk.
Wajib tama'ninah pada sujud iaitu tetap seluruh anggota
badan dalam keadaan sujud untuk satu jangka masa yang cukup
untuk membezakan perbuatan turun dan naik daripada sujud. Sujud
itu tidak sah jika sujud di atas tempat yang boleh bergerak jika
orang itu bergerak seperti tilam.

8. Duduk Antara Dua Sujud

Duduk antara dua sujud adalah perlakuan yang memisahkan


antara dua kali sujud. Tidak sesuai untuk terus berdiri sebelum
sujud semula, maka keadaan duduk adalah logik. Adalah sunat
untuk duduk iftirasy iaitu duduk di atas tapak kaki kiri serta
menegakkan (atau berdirikan) tapak kaki kanan. Sunat juga
meletakkan dua tangan berhampiran lutut serta menjarakkan setiap
jari. Perlakuan duduk antara dua sujud ini menjadi makruh jika
terlalu lama kerana ia memisahkan perlakuan kedua-dua sujud.
Walau bagaimanapun, tama'ninah turut disertakan bagi rukun ini.

9. Duduk Tahiyat Akhir

Duduk ketika membaca tahiyat akhir adalah jelas bahawa


tahiyat akhir hendaklah dibaca ketika keadaan duduk, bukan berdiri.
Disunatkan

duduk

secara

tawaruk

iaitu

duduk

dengan

menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke


lantai. Keadaan ini berterusan ketika membaca selawat dan salam.

10.

Membaca Tahiyat Akhir

Rukun ini dinamakan tahiyyat (penghormatan) atau tasyahud


(penyaksian)

kerana

bacaan yang dilafazkan terdiri

daripada

keduanya. Bacaan tersebut kemudiannya hendaklah disambung


dengan bacaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
11.

Selawat Keatas Nabi Muhammad

Selawat ini diucapkan selepas sempurna bacaan tasyahud


akhir dan sebelum memberi salam. Ulama sepakat menyatakan
bahawa selawat hanya wajib dalam solat dan tidak sebaliknya.
12.

Salam

Ucapan atau lafaz salam adalah sebahagian daripada rukun


solat. Sekurang-kurangnya, lafaz salam itu ialah assalamualaikum
(sejahtera kepada kamu semua) tetapi untuk lebih sempurna,
ucapannya ialah assalamualaikum warahmatullah (sejahtera kepada
kamu semua dan semoga dirahmati Tuhan). Adalah disunatkan
untuk memberi salam sebanyak dua kali dan sunat juga untuk
menoleh ke kanan dahulu bagi salam yang pertama dan ke kiri bagi
salam yang kedua. Turut disunatkan juga kedua-dua salam itu tidak
disekalikan iaitu ada pengasingan antara kedua-duanya.

13.

Tertib

Tertib adalah rukun yang merangkumi keseluruhan rukun


solat iaitu memastikan segala perlakuan rukun berada pada turutan

yang betul satu demi satu dan yang dahulu didahului serta yang
kemudian, dilakukan kemudian.

Perkara-perkara Sunat dan Adab didalam Pelaksanaan Solat


Fardhu.

Terdapat perkara-perkara sunat didalam melaksanakan solat


fardhu. Begitu juga adab-adab. Walaubagaimanapun, seseorang
Islam tidak lah boleh mengada-adakan perkara baru didalam syariat
pelaksanaan solat kerana syarat ibadah solat yang diterima oleh
Allah ialah segala bentuk, cara dan kaedah bersolat itu hendaklah
menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Sebuah hadis yang
diriwayatkan sahih oleh dua periwayat iaitu Imam Bukhari dan Imam
Muslim: Dari A'isyah, Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya: "Barangsiapa melakukan perbuatan yang tidak ada
dalam urusan (sunnah)ku, maka ia ditolak."

Perkara-perkara Sunat dan Adab didalam Pelaksanaan Solat


Fardhu.

Terdapat perkara-perkara sunat didalam melaksanakan solat


fardhu. Begitu juga adab-adab. Walaubagaimanapun, seseorang

Islam tidak lah boleh mengada-adakan perkara baru didalam syariat


pelaksanaan solat kerana syarat ibadah solat yang diterima oleh
Allah ialah segala bentuk, cara dan kaedah bersolat itu hendaklah
menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Sebuah hadis yang
diriwayatkan sahih oleh dua periwayat iaitu Imam Bukhari dan Imam
Muslim: Dari A'isyah, Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya: "Barangsiapa melakukan perbuatan yang tidak ada
dalam urusan (sunnah)ku, maka ia ditolak."
Perkara-perkara Sunat didalam Solat Fardhu.

Terdapat dua jenis sunat didalam pelaksanaa solat fardhu


iaitu sunat ab'adh dan sunat hai'ah. Sunat ab'adh ialah setiap
perkara yang sangat dituntut untuk dilaksanakan di mana jika
ditinggalkan maka sunat diganti dengan sujud sahwi pada akhir
sembahyang (sebelum memberi salam). Manakala sunat hai'ah pula
ialah setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sudud
sahwi.

Sunat Abadh

Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk


selepas melakukan setiap dua rakaat dalam sembahyang
Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya.

Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu alayhi wasallam


selepas tasyahhud awal tanpa disambung dengan salawat ke

atas ahli keluarga Baginda sallallahu alayhi wasallam.


Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad sallallahu

alayhi wasallam selepas tasyahhud akhir.


Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat abadh di

atas.
Bacaan qunut semasa itidal pada rakaat sembahyang Subuh.

Sunat Haiah

Sunat

haiah

sangat

banyak

semasa

melakukan

sembahyang. Secara umumnya, sunat haiah boleh diringkaskan


kepada perkara-perkara berikut:

Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak


ruku dan bangkit daripadanya, dan ketika bangun daripada

tasyahhud awal.
Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di
bawah dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke

arah hati.
Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.
Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.

Membaca al-istiazah secara perlahan selepas tawajjuh dan

sebelum Al-Fatihah.
Menyaringkan bacaan Al-Fatihah dan surah dalam solat
Jumaat, subuh, isyak dan maghrib pada rakaat pertama dan
kedua.

Pada

selain

waktu-waktu

tersebut

hendaklah

memperlahankan suara.
Membaca Amin selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam,

mamum atau bersendirian.


Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan
Al-Fatihah. Disunatkan kepada imam atau persendirian dan
mamum yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada
rakaat ketiga dan keempat kepada selain masbuq dengan

dua rakaat pertama.


Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke

rukun yang lain.


Membaca Samiallahhu liman hamidahu, Rabbana walakal

hamdu semasa mengangkat kepala daripada ruku.


Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.
Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika

duduk tasyahhud.
Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk

kepada selain mereka yang masbuq dan yang lupa.


Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.
Berdoa dan taawwuz iaitu meminta perlindungan kepada

Allah selepas tasyahhud akhir.


Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.
Khusyu, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan
sembahyang dan memberi perhatian kepada setiap patah
perkataan yang diucapkan.

Adab-adab didalam Pelaksanaan Solat Fardhu

Antara adab-adab didalam mengerjakan solat fardhu ialah


salah

satunya

memperelokkan

keadaan

dan

pakaian

kita.

sepertimana firman Allah didalam surah Al-Araaf ayat 31 yang


maksudnya:
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah
berhias

pada

tiap-tiap

kali

kamu

ke

tempat

ibadat

(atau

mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan


jangan pula kamu melampau,sesungguhnya Allah tidak suka akan
orang-orang tang melampaui batas.

Selain itu, seseorang itu perlulah berada di dalam keadaan


tenang sebelum menunaikan solat dan jangan tergopoh gapah.
Memandang tempat sujud merupakan satu adab penting didalam
solat. Juga ditekankan didalam adab melaksanakan solat fardhu
ialahbersegera menunaikan solat di awal waktu, dan menghayati
setiap bait bacaan didalam solat. Dan yang paling penting ialah
kepada para lelaki agar menunaikan solat secara berjemaah di
masjid.

Kelebihan Solat Fardu

Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi


asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu
ibadah wajib ke atas setiap umat Islam melakukannya dalam apa
jua keadaan selagi akalnya masih waras. Dalam al-Quran terdapat

lebih 25 tempat ayat " Agama " yang merujuk kepada makna
perintah mengerjakan atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70
kali perkataan " Assolah " atau sembahyang diulang dan disebut
dalam al-Quran. Baginda nabi SAW telah berpesan supaya ibu bapa
menyuruh dan mengajar anak-anak tentang ibadah sembahyang
sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan
sembahyang

ketika

berumur

10

tahun.

Kita

wajib

berdoa

mengharapkan anak-anak dan keturunan kita sentiasa mendirikan


sembahyang. Begitu juga kita hendaklah menyuruh kaum keluarga
kita mengerjakan solat seperti Firman Allah dalam surah Toha ayat
132 yang bermaksud : "Dan perintahkanlah keluargamu serta
umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun
bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu,
(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!)
kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." Di
sini dapat difahami betapa besarnya kepentingan sembahyang
kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya :
1. Solat merupakan tiang agama
Rasulullah saw bersabda Sembahyang itu tiang agama, sesiapa
yang

mendirikannya

meninggalkannya

dia

dia

menegakkan
meruntuhkan

agama,

sesiapa

agama.Siapa

yang
yang

meninggalkan sembahyang dengan sengaja,maka sesungguhnya


dia telah kufur dengan nyata.-HR Bukhari dan Muslim. Dalam hal
ini kita dapat lihat, dalam membina sebuah bangunan yang kukuh
apa yang diperlukan adalah tiang yang kukuh untuk menyokong

struktur bangunan yang lain. Jika tiang itu lemah, maka lemahlah
struktur bangunan itu, begitulah sebaliknya. Jadi agama seseorang
itu dapat dilihat dari perlakuan solatnya samada dijaga dengan rapi
ataupun tidak.
2. Solat dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa
mengingati Allah
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya Akulah Allah,
tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan
dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku." (Surah Toha ayat :
14)
Berdasarkan maksud ayat tersebut sembahyang adalah jalan
bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah SWT kerana di
dalam sembahyang kita akan selalu berdoa dan memohon kepada
Allah. Sekaligus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian
dan syukur seorang hamba kepada Allah SWT. Atas segala nikmat
dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita.

3. Solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar


Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya sembahyang
itu dapat mencegah daripada perkara-perkara buruk dan mungkar.
(Surah Al-Ankabut ayat : 45).
Berdasarkan ayat ini Allah telah ,emyatakan bahawasanya solat
yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukun-

rukunnya

boleh

mencegah

orang

yang

melakukannya

dari

melakukan maksiat dan kemungkaran.


4. Gugur dosa
Dari Abu Huraira sabda Rasulullah S.A.W : Bagaimana pendapat
kamu jika salah seorang daipada kamu mendapati di hadapan
rumahnya ada sungai, dia mandi di sungai itu lima kali dalam
sehari,

apakah

ada

lagi

kotoran

pada

badannya?

Sahabat

menjawab Tidak akan ada apa-apa kotoran lagi. Kata Rasulullah,


Maka demikianlah juga dengan sembahyang lima kali, Allah
menghapuskan dengannya dosa-dosa. Juga diriwayatkan oleh
Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang
hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di
atas kepalanya ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia ruku atau
sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya.
Maksud dosa-dosa di sini adalah dosa kecil kerana dosa besar
memerlukan kepada taubat atau keampunan dari Allah.
5. Solat dapat memberi barakah hidup dan kehidupan
bahagia
Kehidupan orang yang memelihara solat jauh berbeza dengan orang
yang meninggalkannya. Ini jelas dilihat bagaimana orang yang
memelihara solat kehidupannya dipenuhi dengan keberkatan dan
kebahagiaan.

Sebagaimana

Firman

Allah

yang

bermaksud

"Sesungguhnya berbahagia dan berjayalah orang-orang beriman.


Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya." (Surah alMukminun : 1-2)

Perlu diingatkan bahawa solat adalah ibadah yang diterima oleh


Baginda nabi SAW secara langsung daripada Allah SWT, ketika nabi
SAW mengadap Allah SWT di Sidratul Muntaha dalam peristiwa
Isra Mikraj adalah berbeza dengan ibadah lain seperti ibadah
puasa, zakat, haji dan lain-lain yang diterima melalui wahyu dengan
perantaraan malaikat Jibril AS sebagai pembawa wahyu. Ini adalah
satu kenyataan bahawa ibadah sembahyang itu terlalu istimewa di
sisi Allah SWT.

Kesan Solat Dalam Kehidupan Muslim

Setiap tuntutan agama mempunyai akan memberi kesan kepada


individu yang mengamalkannya. Solat antara tuntutan utama dalam
Islam dan ia turut memberi kesan kepada individu muslim yang
mentaati perintah tersebut. Kesan solat kepada kehidupan muslim
hanya akan berhasil apabila solat seseorang itu berkualiti seperti
solat diawal waktu dan khusyuk dalam.

Kesan solat yang pertama berdasarkan dalil didalam Al-Quran ialah


mencegah daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Firman
Allah SAW Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji
dan mungkar (surah Al-Ankabut, 45). Solat dapat menjauhkan
individu daripada perbuatan yang tidak baik dan menjauhkan
daripada melakukan maksiat. Kesan ini akan terhasil apabila solat
seseorang muslim itu dijaga dengan betul dan mengikuti segala

tuntutan dalam ibadat solat. Dengan menjaga kualiti solat, ia


mampu menjadikan muslim itu jauh daripada melakukan kejahatan.
Solat itu mendidik hati supaya taat dengan perintah Allah SAW. Hati
yang taat akan menghindarkan diri daripada melakukan perkara
yang dilarang.

Selain itu, solat akan menjadikan seseorang individu muslim


mempunyai hati yang tenang. Untuk mendapatkan solat yang
khusyuk, seseorang itu perlu menumpukan fikiran sepenuhnya
kepada mengingati Pencipta dan mengagungkanNya. Hati yang
sentiasa mengingati Pencipta akan merasai ketenangan didalam
hatinya. Sembahyang itu mendidik diri supaya bersifat tenang dan
tertib. Dr Amran Kasimin,11. Dengan mengagungkan Allah SAW,
muslim itu akan menjadi rendah diri kerana yakin akan kekuasaan
adalah milik Allah SAW. Individu yang rendah diri lebih mudah untuk
mensyukuri

nikmat

yang

dimiliki

dan

mereka

akan

lebih

berserdahana dalam kehidupan mereka.

Solat yang berkualiti juga akan menjadikan muslim itu seorang


berdisiplin dalam kehidupan seharian mereka. Solat adalah satu
ibadah yang mempunyai rukun tersendiri. Rukun solat ini perlu
dipatuhi untuk menjadikan solat seseorang muslim itu solat yang
berkualiti. Seseorang muslim yang benar-benar menjaga solat akan
mempunyai sifat disiplin dalam diri mereka. Seseorang yang mampu
mematuhi setiap rukun solat akan terbawa sifat taat dalam diri

mereka ke luar solat. Dalam kehidupan seharian, kita ada peraturanperaturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pihak berkuasa,
muslim

yang

menjaga

solat

akan

mampu

untuk

mematuhi

peraturan tersebut selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Suci dari kotoran merupakan satu syarat sah solat. Muslim yang
menjaga solat perlu menyucikan diri daripada hadas kecil dan hadas
besar. Tuntutan ini akan menjadikan seseorang muslim itu menjaga
kesucian dan kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal mereka
supaya solat mereka tidak sia-sia dan diterima oleh Allah SAW.
Syarat sah solat bukan hanya suci diri daripada hadas, pakaian dan
tempat solat juga perlu suci daripada najis seperti air kencing.
Seseorang muslim akan lebih selesa untuk menunaikan ibadah solat
dalam persekitaran yang suci dan bersih. Sangat bersesuaian
dengan kata-kata kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Solat juga mampu membentuk perpaduan ummat Islam kerana


solat itu boleh dilakukan secsra berjemaah dan sangat dituntut bagi
kaum adam. Solat secara berjemaat banyak kebaikkannya selain
daripada

ganjaran

berlipat

ganda.

Dari

segi

sains,

pengkaji

mendapati solat berjemaat dapat menstabilkan cas dalam badan


seseorang. Muslim akan berkumpul di masjid atau surau untuk
menunaikan solat secara berjemaah. Hal ini menjadikan muslim
lebih mengenali saudara seagama mereka. Hanya di masjid dan
surau kita boleh mengenali individu Islam yang berbangsa selain

daripada bangsa Melayu bagi penduduk di Malaysia. Perkenalan


yang

lebih

erat

menjadikan

masyarakat

Islam

bersatu

dan

bertambah kuat.

Rujukkan
Dinie Publisher, Dr Amran Kasimin (1992), Bagaimana Mencegah
Kejahatan Melalui Sembahyang, Jilid 1, No 20 Jalan 6c/7, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor : Jiwamas Printer Sdn Bhd.11,117

Anda mungkin juga menyukai