Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Respirasi adalah penguraian makanan untuk menghasilkan tenaga. Semua


organisma memerlukan tenaga untuk menjalankan proses hidup dan aktiviti sel.
Substrat utama dalam respirasi adalah glukosa. Jenis respirasi sel ini berlaku dalam
mitokondrion dan dalam sitoplasma sel. Seperti yang kita tahu, terdapat dua jenis
respirasi sel iaitu respirasi aerob dan respirasi anaerob. Respirasi aerob memerlukan
oksigen manakala respirasi anerob tidak memerlukan oksigen.
Dalam respirasi aerob, oksigen diperlukan untuk mengoksidakan glukosa
dengan lengkap untuk membebaskan semua tenagan dalam glukosa. Sebahagian
besar tenaga disimpan (38 molekul ATP) dalam bentuk adenosine trifosfat (ATP). ATP
adalah pembekal tenaga utama untuk semua sel hidup. Setiap molekul ATP boleh
diuraikan dengan mudah untuk membebaskan tenaga.bagi respirasi Anaerob pula,
oksigen tidak diperlukan. Glukosa tidak diuraikan dengan lengkap. Hanya sedikit
molekul ATP dibebaskan. Yis menjalankan kedua-dua respirasi aerob dan anaerob.
Respirasi anaerob dalam sel yis (penapaian) menghasilkan etanol, karbon dioksida dan
tenaga.

(a) Mengkaji kesan komponon abiosis terhadap suhu


TEORI

Pada suhu yang rendah, kadar tindak balas enzim yis adalah rendah. Apabila suhu
yang optimum bagi respirasi yis, yis dapat melakukan respirasi dengan kadar yang
berkesan yang menyebabkan kadar tindak balas antara enzim dan substrat dipercepat.
Suhu optimum bagi yis ialah 37C. Pada suhu yang lebih tinggi daripada itu, ikatanikatan yang memegang molekul enzim mulai putus dan ternyahasli dan tidak dapat
kembali kepada struktur asalnya kesannya, enzim tidak dapat digunakan lagi.

Pernyataan masalah: Apakah kesan suhu terhadap aktiviti yis?


Hipotesis: aktiviti respirasi yis optimum pada suhu 37C
Inferens: keaktifan yis dipengaruhi oleh suhu
Pemboleh ubah:
Dimanipulasi

: suhu

Bertindak balas : masa yang diambil untuk air kapur bertukar menjadi keruh(s)
Dimalarkan

: isipadu ampaian yis, nilai pH, keamatan cahaya dan masa


yang diambil

Bahan: 10ml ampaian yis dan 10ml larutan glukosa air suling dan air kapur
Radas: Termometer, tungku kaki tiga, dawai kasar, tiub penghantar, tabung didih,
tabung uji, bikar, air suling, jam randik, penyumbat getah
Teknik: mengukur dan merekod masa yang diambil oleh air kapur untuk bertukar
menjadi
keruh.

Rajah 8.1

Prosedur:
1) Labelkan 3 tabung didih sebagai A, B dan C
2) Isikan 10ml ampaian yis dan 10ml larutan glukosa dalam tabung uji A, B dan C
3) Panaskan tabung uji A,B dan C pada suhu 5 C, 37 C, 70 C dengan
menggunakan penunu Bunsen.
4) Sediakan radas seperti dalam Rajah 8.1
5) Rekodkan masa yang diambil oleh air kapur untuk menjadi keruh dengan
menggunakan jam randik.
6) Rekod keputusan di dalam jadual dibawah.
7) Plot graf ketinggian masa yang diambil air kapur menjadi keruh melawan suhu.
Langkah berjaga-jaga
1) Padamkan nyalaan penunu Bunsen selepas selesai eksperimen ini.
2) Anda hendaklah berhati-hati semasa mengendalikan bikar yang mengandungi
air panas.

Keputusan
3

Tabung didih Suhu (C)

Masa yang diambil oleh air kapur menjadi

A
B
C

keruh (minit)
10
5
20

5
37
70

25

20

15

MASA YANG DIAMBIL UNTUK AIR KAPUR BERTUKAR KERUH (MINIT)


10

37

70

TABUNG UJI (SUHUC)

Perbincangan
Daripada hasil eksperimen yang telah dilakukan didapati pada tabung didih A
iaitu pada suhu 5C, masa yang diambil oleh air kapur menjadi keruh apabila mengukur
menggunakan jam randik ialah sebanyak 10 minit. Berdasarkan keputusan yang saya
peroleh pada suhu yang rendah seperti dalam tabung uji A, pernafasan anaerobik
terlalu lambat untuk membolehkan ampaian yis melepaskan gas karbon dioksida yang
menukarkan warna air kapur menjadi keruh. Ini adalah kerana enzim-enzim kurang aktif
apabila berada pada suhu yang rendah. Manakala pada tabung didih B yang berkadar
suhu sebanyak 37C mencatatkan sebanyak 5 minit. Masa yang telah direkod
mencatatkan bacaan yang paling sedikit. Ini kerana, pada suhu yang optimum bagi
respirasi yis, enzim-enzim dapat menjalankan aktvitinya seperti biasa. Pada suhu ini,
dapat disimpulkan bahawa 37C adalah suhu yang optimum bagi respirasi yis dimana
proses anaerobik dapat mencapai tahap yang tertinggi respirasi yis. Pada tabung uji C
dimana mencatatkan masa tertinggi bagi eksperimen ini. dan pada tabung didih C pula
pada kadar suhu sebanyak 70C jam randik mencatatkan sebanyak 20 minit. Pada
4

suhu 70C enzim yis telah ternyahasli kerana enzim mengalami suhu yang tinggi dan
menyebabkan tidak dapat menjalankan respirasi dengan sempurna kerana telah
melebihi suhu optimum bagi yis dan menyebabkan tapak enzim aktif dan zarah substrat
tidak boleh bertindak balas kerana telah berhenti sepenuhnya. Hipotesis bagi
experiment ini diterima.

(b) Mengkaji kesan komponen abiosis terhadap nilai Ph


TEORI
Aktiviti enzim sangat peka terhadap perubahan nilai pH. Setiap enzim menjadi aktif
pada tingkat pH tertentu. Perubahan nilai pH yang amat kecil boleh mengakibatkan
kesan yang besar kepada kadar tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim kerana
setiap enzim hanya boleh berfungsi secara optimum pada nilai pH yang tertentu. Nilai
pH optimum antara julat 6 hingga 8. Perubahan pH boleh mengubah cas tapak aktif
enzim dan permukaan substrat.

Pernyataan masalah: Adakah pH mempengaruhi aktiviti yis


Hipotesis: aktiviti yis yang optimum adalah pada medium asid
Inferens: keaktifan yis dipengaruhi oleh nilai pH
Pemboleh ubah:
a) Dimanipulasi : nilai pH
b) Bergerak balas : masa yang diambil untuk air kapur bertukar menjadi
keruh(s)
c) Dimalarkan

: isipadu ampaian yis, keamatan cahaya, suhu dan masa

yang
diambil.
Bahan:
10ml ampaian yis, air suling, larutan asid hidroklorik 0.1 mol
natrium hidroksida 0.1 mol

dm

dm

, larutan

, air kapur, kertas pH.

Radas: Termometer, kukus air, tiub penghantar, tabung didih, tabung uji, bikar, air
suling,
jam randik, penyumbat getah.
Teknik: mengukur dan merekod masa yang diambil oleh air kapur untuk bertukar
menjadi keruh.

Rajah 8.2

Prosedur
1. Label 3 tabung didih sebagai A, B dan C
2. Masukkan bahan- bahan berikut ke dalam setiap tabung didih.
dm3

I.

Tabung didih A= 10ml ampaian yis + 2ml asid hidroklorik 0.1 mol

II.

Tabung didih B= 10ml ampaian yis + 2ml air suling

III.

Tabung didih C= 10ml ampaian yis+ 2ml natrium hidroksida 0.1 mol

dm3

3. Sediakan 3 set radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8.2


4. Perhatikan aktiviti yis dan catat masa yang diambil untuk air kapur bertukar
menjadi keruh
5. Rekodkan pemerhatian yang dilakukan di dalam jadual.
6. Plot graf ketinggian masa yang diambil air kapur menjadi keruh melawan nilai pH
yang digunakan
Langkah berjaga-jaga

1) Mulakan jam randik sebaik sahaja bahan telah siap disediakan seperti dalam
rajah.
2) Pastikan penyumbat getah dalam keadaan yang betul agar tiada sebarang
gas yang masuk melalui tabung uji.
KEPUTUSAN
Tabung

Masa yang diambil untuk air kapur bertukar menjadi

didih

keruh (minit)
5
12
16

A
B
C

18
16
14
12
10

Masa yang diambil untuk air kapur bertukar menjadi keruh (minit)

8
6
4
2
0

JENIS TABUNG UJI

Perbincangan
Daripada eksperimen untuk mengkaji kadar respirasi bagi yis melalui perubahan air
kapur bertukar menjadi keruh. Pada tabung uji A, mencatatkan 5 minit masa yang
diambil untuk air kapur bertukar warna. Masa yang diambil bagi eksperimen ini adalah
yang paling cepat. Ini menunjukkan yis berespirasi dengan kadar yang optimum. Nilai
optimum bagi yis adalah pada medium asid. Pada tabung uji B pula, kadar respirasi yis
untuk mengeluarkan karbon dioksida adalah perlahan. Yis pada kadar ini kurang
7

berespirasi dan mengambil masa yang lama untuk menukarkan air kapur menjadi
keruh. Bagi tabung uji C pula, masa yang diambil untuk air kapur bertukar menjadi
keruh adalah yang paling tinggi. Ini menunjukkan pada nilai ph alkali, kadar respirasi
bagi yis adalah sangat perlahan dan tidak bagi respirasi yis pada medium tersebut.
Hipotesis bagi eksperimen untuk mengkaji nilai pH adalah diterima.

c) Mengkaji Kesan Keamatan Cahaya Terhadap Aktiviti Yis


TEORI
Mikroorganisma yang tergolong dalam kalangan autotraf memerlukan cahaya
untuk menjalankan fotosintesis malahan pada keamatan cahaya yang optimum
pertumbuhan mikroorganisma autotrof adalah pada tahap yang optimum. Namun
begitu, bagi mikroorganisma yang tidak tergolong dalam kalangan autotrof dikenali
sebagai heterotrof. Yis tergolong dalam golongan heterotroph. Yis tidak memerlukan
cahaya matahari untuk membuat makanan.

Pernyataan masalah: Adakah keamatan cahaya mempengaruhi aktiviti yis?


Hipotesis: Semakin rendah keamatan cahaya, semakin tinggi aktiviti yis
Inferens: keaktifan yis dipengaruhi oleh cahaya
Pemboleh ubah:
Dimanipulasi: tahap keamatan cahaya
Bergerak balas: masa yang diambil untuk air kapur bertukar menjadi keruh(s)
Dimalarkan: isi padu ampaian yis, pH, suhu dan masa yang diambil
Bahan: 10ml ampaian yis dan10ml larutan glukosa air suling dan air kapur
Radas: Termometer, kukus air, tiub penghantar, tabung didih, tabung uji, bikar, air
suling,
jam randik, penyumbat getah

Teknik: mengukur dan merekod masa yang diambil oleh air kapur untuk bertukar
menjadi
keruh.

Rajah 8.3
Prosedur:
1)
2)
3)
4)

Labelkan 2 tabung didih sebagai A dan B


Isikan 10ml ampaian yis dan 10ml larutan glukosa dalam tabung uji A dan B
Sediakan radas seperti dalam Rajah 8.3
Letakkan radas bagi tabung didih A di keamatan cahaya yang rendah manakala

tabung uji B di keamatan cahaya yang tinggi.


5) Rekodkan masa yang diambil oleh air kapur untuk menjadi keruh dengan
menggunakan jam randik.
6) Rekod keputusan di dalam jadual dibawah.
7) Plot graf ketinggian masa yang diambil air kapur menjadi keruh melawan
keamatan cahaya
Langkah berjaga-jaga
1) Mulakan jam randik sebaik sahaja bahan telah siap disediakan seperti dalam
rajah.
9

2) Pastikan penyumbat getah dalam keadaan yang betul agar tiada sebarang gas
yang masuk melalui tabung uji.
Keputusan:
Tabung

Masa yang diambil untuk air kapur bertukar menjadi

didih

keruh (minit)
4
10

A
B

TABUNG UJI

MASA YANG DIAMBIL UNTUK AIR KAPUR BERTUKAR MENJADI KERUH (MINIT)

Perbincangan
Daripada eksperimen mengkaji kesan keamatan cahaya terhadap aktiviti yis,
pada tabung uji A, di mana ampaian yis diletakkan di keamatan cahaya yang tinggi dan
mengambil masa yang paling lama untuk mengeruhkan air kapur berbanding tabung uji
B. Mikroorganisma yang tergolong dalam kalangan autotraf memerlukan cahaya untuk
menjalankan fotosintesis malahan pada keamatan cahaya yang optimum pertumbuhan
mikroorganisma autotrof adalah pada tahap yang optimum. Namun begitu, yis kurang
menjalankan respirasinya dalam keamatan cahaya yang tinggi. Bagi tabung uji B pula,
masa yang diambil untuk yis mengeruhkan air kapur adalah yang paling sedikit iaitu
selama 4 minit. Ini kerana pada keamatan cahaya yang rendah yis dapat
mengoptimumkan kadar respirasinya kerana sifatnya.

10

(d) Mengkaji kesan komponon abiosis terhadap nutrien


Teori:
oksigen yang mencukupi. Sel yang digunakan oleh glukosa akan membantu pengha Yis
menggunakan karbohidrat dalam bentuk glukosa untuk menghasilkan tenaga melalui
sel. Melalui penggunaan glukosa yang akan menghasilkan wap air, karbon dioksida,
dan juga tenaga. Proses ini berlaku dengan kehadiran silan bahan buangan tersebut.
penghadapan dan penghasilan bahan buangan tersebut tidap dapat dihasilkan dengan
sempurna tanpa kehadiran glukosa yang mencukupi. Karbon dioksida yang dihasilakan
bergantung kepada kehadiran glukosa dan oksigen.

Pernyataan masalah: Apakah kesan nutrient terhadap aktiviti yis?


Hipotesis: semakin bertambah nutrien semakin bertambah respirasi yis
Inferens: keaktifan yis dipengaruhi nutrien

Pemboleh ubah:
Dimanipulasi

: kandungan nutrien (larutan glukosa)

Bertindak balas: masa yang diambil untuk air kapur bertukar menjadi keruh(s)
Dimalarkan

: isipadu ampaian yis, nilai pH, keamatan cahaya dan masa

yang
diambil
Bahan: 10ml ampaian yis dan10ml larutan glukosa air suling dan air kapur
Radas: Termometer, kukus air, tiub penghantar, tabung didih, tabung uji, bikar, air
suling,
jam randik, penyumbat getah
Teknik: mengukur dan merekod masa yang diambil oleh air kapur untuk bertukar
menjadi
keruh.
11

Rajah 8.4

Prosedur:
8) Labelkan 2 tabung didih sebagai A dan B
9) Isikan 10ml ampaian yis dan 10ml larutan glukosa dalam tabung uji A
10)Isikan 10ml ampaian yis kedalam tabung uji B
11) Sediakan radas seperti dalam Rajah 8.4
12)Rekodkan masa yang diambil oleh air kapur untuk menjadi keruh dengan
menggunakan jam randik.
13)Rekod keputusan di dalam jadual dibawah.
14)Plot graf ketinggian masa yang diambil air kapur menjadi keruh melawan
kandungan nutrien
Langkah berjaga-jaga
1) Mulakan jam randik sebaik sahaja bahan telah siap disediakan seperti dalam
rajah.
2) Pastikan penyumbat getah dalam keadaan yang betul agar tiada sebarang gas
yang masuk melalui tabung uji.

12

Keputusan

Tabung

Masa yang diambil oleh air kapur menjadi

didih

keruh (minit)
10
20

A
B

25

20

15

MASA YANG DIAMBIL OLEH AIR KAPUR MENJADI KERUH (MINIT)


10

Series 1

A B

JENIS TABUNG UJI

Perbincangan

13

Anda mungkin juga menyukai