Anda di halaman 1dari 14

DEFINISI HIDRO

Menurut Lees, T. (2007) menyatakan air mempunyai kualiti yang unik yang
membuatkan ianya hampir sempurna sebagai persekitaran atau medium untuk
melakukan aktiviti kecergasan
Oleh itu, Hidroterapi didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan
motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana
segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah
dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan
pergerakan.

KEPENTINGAN TERAPI AIR


Hidroterapi merupakan suatu bidang yang

agak

luas bertujuan

mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan


spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan
hidroterapi ini ialah:
1. Menghilangkan tekanan.
2.Keupayaan berkomunikasi.
3. Simulasi sistem otak.
4. Bina keyakinan diri.
5. Kreativiti.
6. Kawalan diri.
7. Latihan Social skill.
8. Merangsang pertuturan.
9. Melatih sikap bekerjasama.
10. Meningkatkan kesabaran.
11. Pengamatan.

untuk

12. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.


13. Latihan daya kepimpinan.
14. Manipulasi tangan dan jari-jemari.
15. Daya konsentrasi.
16. Pembentukan body image.
17. Peningkatan self-esteem.

1.0 KEPENTINGAN TERAPI AROMA

Citronella untuk mengurangi ketegangan, meredakan hidung tersumbat,


mengatasi insomnia, dengkur dan migrain.

Eucalyptus (kayu putih) berguna melegakan pernafasan, meringankan masalah


hidung sensitif, bronchitis, asma, batuk, pilek, demam dan flu.

Lavender agar mudahkan tidur, meredakan kegelisahan, mengatasi depresi,


mengurangi perasaan ketegangan.

Teh hijau (green tea) untuk memperbaiki sistem peredaran darah, membantu
mengeluarkan dahak dan membersihkan paru-paru. Juga memperlambat proses
penuaan.

Sandalwood (cendana) bermanfaat untuk menghilangkan rasa cemas dan


aromanya sangat bermanfaat untuk meditasi.

Rose (bunga mawar) untuk menciptakan suasana romantis dan penuh gairah,
memperbaiki metabolisme dan sistem peredaran darah, menyeimbangkan
hormon, meringankan kepekaan kulit sensitif dan alergi.

Ylang-ylang (bunga kenanga) berguna meringankan tekanan darah tinggi,


mengeluarkan sebum pada kulit. PeppermintAroma yang menyegarkan,
membangkitkan

suasana,

menyembuhkan sakit kepala.

mengurangi

sakit

perut,

ketegangan,

dan

Chammomile untuk menenangkan dan mengakhiri stres serta menyenyakkan


tidur.

Dandellion untuk mengobati sakit sendi, masalah ginjal dan kantung kemih,
hepatitis, penyaringan darah dan mengatasi masalah pencernaan. Juga efektif
menyembuhkan sengatan lebah.

Thyme membantu pencegahan flu, demam, detoksifikasi racun dan mencegah


infeksi, meredekan hidung tersumbat dan alergi sinus.

Lotus (bunga teratai) meningkatkan vitalitas, dan konsentrasi, mengurangi panas


dalam, meningkatkan fungsi limpa dan ginjal.

Patchouli meningkatkan gairah dan semangat, meningkatkan sensualitas,


memberi efek menenangkan, dan membuat tidur lebih nyenyak.

Basil untuk mengurangi sakit kepala dan migrain serta meningkatkan


konsentrasi.

Green apple (apel hijau) dapat menyembuhkan mabuk dan diare, menguatkan
sistem pencernaan, menjernihkan pikiran, meringankan gejala panas dalam.

Black Pepper (merica hitam) memiliki aroma yang tajam namun berkhasiat
mengurangi rasa sakit pada otot.

Lemon dapat mengurangi stres dan anti depresi, meningkatkan mood dan
merelakskan pikiran serta memberi perasaan segar.

Vanilla dengan aroma lembut dan hangat mampu menenangkan pikiran.

Jasmine

(bunga

melati)

berfungsi

sebagai

aphrosidiac

sensual

untuk

merangsang dan menciptakan suasana romantis.

Strawberry dapat meningkatkan selera makan, mengurangi penyakit jantung,


tekanan darah tinggi dan kanker

2.0 KEPENTINGAN TERAPI SNOEZELEN


murid merasa senang/menyenangkan diri sendiri.
Murid dapat menenagkan diri secara fizikal dan mental.
meningkatkan kesadaran/perhatian.
Murid menunjukkan inisiatif untuk beraktiviti.
murid menjadi lebih percaya diri.
hubungan murid dan guru menjadi lebih baik.
kemampuan murid lebih berkembang.
menghilangkan tekanan
keupayan berkomunikasi
stimulasi sistem otak
bina keyakinan diri
kreativiti
kawalan kendiri
latihan sosial skill
meransang pertuturan
melatih kesabaran
pengamatan
latihan koordinasi badan serta anggotan badan yang lain
latihan daya kepimpinan
manipulasi tangan dan jari-jemari
daya kosentrasi
pembentukan body image

Definisi Terapi Kuda


Menurut Lisa Mc Callum ( seorang terapis berkuda)
Menunggang kuda adalah kegiatan menyenagkan bagi banyak orang, tapi bagi kanakkanak yang memiliki kekurangan, menunggang kuda adalah salah satu kaedah
penyembuhan
Menurut Mosby ( 2001) terapi ialah rawatan pemulihan keatas pesakit yang pernah
mengalami sebarang kecacatan atau penyakit bertujuan untuk mengembalikan
kefungsian badan secara normal.
Hippo ( badak air) berasal daripada perkataan Yunani Kuno iaitu Hippocrates yang
bermaksud kuda.

Hippoterapi bermaksud kaedah rawatan pemulihan menggunakan kuda.

Kepentingan Terapi Kuda

Meliputi selurih tubuh badan dari kepala hingga ke kaki termasuk fizikal dan

mental
Terhindar daripada masalah sakit belakan
Meningkatkan keyakinan diri
Membantu mencrahkan penglihatan mata kerana terdapat ransangan terhadap

sarafk cranium ( tengkorak) semasa gerakan galloping kuda.


Seluruh anggota tubuh badan manusia termasuk penghadaman, sistem saraf

akan teransang secara optimum


Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal misalnya lumpuh, berkuda

adalah cara mereka menikmati kebebasan


Duduk diatas kuda akan melatih otot kaki mereka.
Membaiki imbangan
Menguatkan otot
Membentuk kelembutan
Menghilangkan kegelisahan dan perasaan berputus asa
Membantu individu yang mengalami masalah mental dan emosi, membina

kosentrasi , sabar dan berdisiplin tinggi


Membentuk kerjasama dan ikatan emosi antara penunggang dan kuda
Membantu mengatasi masalah katakutan/ emosi
Melatih murid supaya lebih berdisiplin
Pendedahan kepada persekitaran masyarakat sekitar
Membentuk sikap tanggungjawab dan menghormati orang lain
Membentuk keyakinan diri dan keberanian dalam menghadapi apa jua rintangan

Terapi berkuda adalah altenatif bagi membantu kanak-kanak khas khususnya


bagi mebaiki imbangan, menguatkan otot serta melatih kesabaran dan keyakinan
diri murid. seperti mana yang kita tahu, kanak-kanak bekeperluan khas mempunyai
perasaan rendah diri. jika mereka melaksanakan terapi berkuda, mereka dapat
berinteraksi dengan persekitaran dan orang yang berada disekeliling mereka. Terapi
ini juga membolehkan murid bekeperluan khas meghilangkan kegelisahan dan

perasaan berputus asa. Terapi berkuda sesuai kerana murid pendidikan khas dapat
menggerakkan

otot

bagi

memastikan

kestabilan

tubuh

mereka

semasa

menunggang. Otot-otot tubuh yang telah berkerja keras ini akhirnya memberikan
kesan langsung kepada bentuk tubuh penunggang seperti berada dalam keadaan
tegak dan lurus.
Antara langkah keselamatan yang perlu dititkberatkan oleh guru sebelum
membawa murid menunggang kuda ialah memastikan murid memakai kasut yang
dapat melindungi kaki untuk mengelakkan kaki cedera semasa dipijak kuda. Guru
juga perlu sentiasa bersama murid untuk mengelakkan sebarang kecelakaan
berlaku seperti kuda mengamuk. Selain itu, guru juga perlu memastikan murid tidak
berada di belakang kuda dan guru perlu mengawasi jarak murid dengan kuda dan
memastikan murid memakai topi keselamatan semasa menunggang kuda.

3.0 DEFINISI TERAPI CARA KERJA


Menurut Turner, Foster dan Johnson (2002) , terapi cara kerja adalah latihan aktiviti
yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah
ketidakupayaan/ kecacatan atas individu yang mempunyai masalah mental dan
fizikal pada semua peringkat umur.
Terapi cara kerja melibatkan penilaian fungsi kognitif , dan persepsi individu
(kebolehan menjalankan tugas-tugas harian seperti berjalan, memakai baju, makan
dan membuat kerja rumah.)
Memandangkan skop yang luas, terdapat sedikit pernindihan antara terapi cara
kerja dan fisioterapi, ahli patologi, dan pertuturan.Oleh itu, secara amnya, terapi
cara kerja ,fisio terapi dan patologi pertuturan perlu bekerja bersama secara
kumpulan dengan pesakit.
Terapi cara kerja merupakan latihan semula otak mangsa, strok untuk memulihkan
kembali atau menyesuaikan diri kepada kekurangan yang dialami.
4.0 OBJEKTIF

1. Persediaan untuk belajar dari segi mental, fizikal, emosi dan


sosialisasi.
2. Untuk membina konsep kendiri, meningkatkan motivasi
3. Untuk menguasai kemahiran semaksima yang mungkin.

5.0 KEPENTINGAN TERAPI CARA KERJA

Membantu kanak-kanak dalam pekembangan asas seperti mandi, berpakaian,memberus gigi,

dan makan sendiri.


Membantu kanak-kanak dengan gangguan perilaku emosi dengan mempelajariteknik-teknik
penggurusan emosi. Sebagai contoh, tidak memukul orang lainketika marah ataupun bertindak

ganas bila menghadapi sebarang masalah.


Kanak-kanak akan belajar cara-cara yang positif untuk menghadapi kemarahan,seperti menulis

tentang perasaan atau menyertai dalam aktiviti fizikal


Menguatkan pergerakan motor halus seperti jari, untuk melakukan aktiviti seperti

memegang pensel dan menulis.


Meningkatkan kesihatan , mengurus stress atau tekanan, mengurangkan atau

meringankan kesakitan, meluahkan perasaaan.


Menguatkan atau meransang daya ingatan.
Meningkatkan komunikasi.
Meningkatkan pemulihan fizikal atau tubuh badan.
Mengajar kanak-kanak dengan kecacatan fizikal kemahiran koordinasi yangdiperlukan seperti

makan sendiri.
Menilai kemampuan setiap anak dalam setiap peralatan khusus seperti kerusiroda, peralatan

mandi, dan pengurusan pakaian.


Menggunakan komputer, atau meningkatkan kelajuan dan keterbacaan tulisantangan mereka.
Kebolehan untuk menjalankan tugas harian
Latihan koordinasi badan
Membantu kanak-kanak dalam perkembangan asas seperti mandi, berpakaian,

memberus gigi dan makan dengan sendiri.


Membantu kanak-kanak dengan gangguan perilaku emosi dan mempelajari

teknik-teknik pengurusan emosi.


Membantu murid menguruskan diri sendiri
Sebagai galakan dan motivasi kepada murid
Pergerakan motor halus seperti jari untuk melakukan aktiviti seperti memegang
pensil dan menulis.

Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berbeza


Sebagai latihan sensori motor
Meransang murid bergerakbalas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.

Definisi dan Konsep TERAPI FISIO


(Kamus Mosley) Terapi merupakan rawatan ke atas ketidakupayaan seseorang
atau individu dengan menggunakan agen-agen fizikal.
Aktiviti fisio kerap dilakukan oleh pakar perubatan terlatih.
Kaedah yang boleh dilaksanakan dalam terapi fisio adalah seperti :
o Mengurut
o Manipulasi
o Latihan teraputik
o Penyejukan dan pemanasan(gelombang pendek, mikro, ultra sonik dan
diathermy)
o Hidro
o Rangsangan menggunakan cahaya dan elektrik
Dalam pendidikan, terdapat beberapa kaedah untuk dilaksanakan seperti:
o Melambung
o Membaling
o Menyambut
o Menolak
o Menarik
o Melombat
o Menendang
o Memukul
o Berlari
o Berjalan
Kepentingan

Meningkatkan kemahiran psikomotor


Meningkatkan kawalan tingkah laku/ koordinasi badan
Meningkatkan kemahiran sosial
Meningkatkan prestasi P&P murid
Peningkatan kendiri
Memotivasikan murid
Meningkatkan daya pengamatan

Terapi yang dijalankan terdiri daripada tujuh sesi iaitu :


1) Terapi fisio tanpa alatan ( tangan) - Mengangkat tangan kiri dan kanan dan
menggoyang tangan sambil menyanyi.
2) Terapi fisio tanpa alatan (kaki) Baring dan angkat kaki satu demi satu dengan
bantuan
3) Terapi fisio dengan alatan ( tangan) genggam plastisin
4) Terapi fisio dengan alatan ( kaki ) Imbang bola guna kaki
5) Terpai fisio dengan pengubahsuaian alatan ( tangan) Menulis diatas kertas
menggunakan pensil yang direka khas
6) Terapi fisio dengan pengubahsuaian alatan ( kaki ) melompat di atas kertas
warna
7) Terapi fisio dengan pengubahsuaian aktiviti Melontar bola kertas kedalam tong
sampah

TERAPI PASIR
Definisi dan Konsep
Terapi pasir adalah satu bengkel pengalamian (experiental) yang memberi
peluang kepada individu untuk meneroka hal-hal yang berkaitan dengan perasaan atau
emosi secara mendalam. Terapi ini adalah untuk membina keyakinan diri anak-anak
berkeperluan khas dan penting untuk perkembangan psikomotor halus contohnya:
pergerakan jari- jari dan tangan mereka semasa melukis bentuk kecil dan besar, dan
psikomotor kasar mereka contohnya berjalan dan berlari. Ada juga yang menyatakan
bahawa terapi pasir ini merupakan satu bentuk psikoterapi cuba-cubaan untuk
membentuk satu hubungan jiwa ke satu penyembuhan. Ini telah dinyatakan oleh
pengasasnya iaitu ahli terapi dari Switzerland Dora M. KALFF (1904-1990) yang
berpangkalkan teori-teorinya pada prinsip-prinsip psikologi Jungian dan Mangarat
Lowenfeld.
Terapi Pasir adalah satu sasaran proses untuk memudahkan penyembuhan
emosional dan perkembangan peribadi seseorang individu. Terapi ini juga boleh
ditambah melalui penggunaan terapi-terapi lain seperti dreamwork atau psikoterapi.

Kepentingan :
1. Meningkatkan kemahiran motor kasar murid kerana permainan ini banyak
2.
3.
4.
5.

melibatkan pergerakan kaki


Meningkatkan interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan kanak-kanak
Mengelakkan kanak-kanak daripada cepat bosan
Pergerakan motor kasar iaitu kaki murid pendidikan khas kerana memerlukan

murid melompat, berlari dan bergerak seluruh anggota badan.


6. Pegerakan motor halus.
7. Konsep kendiri
Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,
mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga
meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak
baik dan stabil.
8. Sosialisasi.
9. Memberi peluang kepada diri individu untuk mendalami dirinya sendiri dan
membuat resolusi kehidupan berhubung dengan beberapa isu dalaman.
10. Perlambangan sangat berkait rapat dengan pemikiran separa sedar sebagai cara
komunikasi dalam pemikiran dan amat bermakna kepada setiap individu. Terapiu
pasir menyediakan satu cara melahir dan meluahkan perasaan secara simbolik
dan melakarkan perasaan dan pemikiran separa sedar tersebut.
11. Semangat bermain iaitu merangsang, menerbitkan minat dan semangat bermain
dikalangan kanak-kanak.

TERAPI MAIN
Permainan adalah aktiviti yang mengandungi motivasi instrinsik, memberi
kesenangan dan kepuasan bagi siapa yang terlibat, dan dipilih secara sukarela.
Terapi bermain adalah sebagai media yang efektif oleh ahli terapi, untuk
membantu pesakit atau kliennya mencegah atau menyelesaikan masalah-masalh
psikosoasial mereka dan mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang
optimum, melalui kebebasan eksplorasi dan ekspresi diri.

Kepentingan :
1. Meningkatkankemahiran motor kasardanhalus.
Inikeranapermainaninibanyakmenggunakanpergerakantangandan kaki.
2. Meningkatkankemahiranberinteraksiantaramurid
3. Meningkatkankemahiranberkomunikasidalamkalanganmurid
KEPENTINGAN
4. Murid dapat menghilangkan tekanan yang berada dalam diri dan persekitarannya.
5. Murid dapat meluahkan perasaan (suka,duka,kecewa,marah,benci dan lain-lain)
6. Menikmati keseronokan
7. Berlakunya simulasi sistem otak.
8. Murid dapat membina keyakinan diri
9. Melatih pengamatan yang baik
10. Meningkatkan daya pemerhatian

11.

TERAPI MUZIK
DEFINISI
Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional
yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan
taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence
-based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.
Menurut . Sharol Lai Sujak (2008), Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan
satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan
peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based
yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.Terapi muzik dianggap
sebagai bentuk seni tertua sekali yang digunakan untuk merawat pesakit .

KEPENTINGAN

Mengurangkan kesakitan dan tekanan yang ditanggung pesakit menggunakan

medium muzik
Membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk mengalihkan

tumpuan murid dalam penggunaan elemen nyanyian


Membantu murid menghafal nombor atau hurf dan memahami gambarajah
Menghiburkan dan menyeronokkan
Menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih lancar dan murid lebih

bersemangat untuk belajar


Memudahkan murid menghafal dan mengingat sesuatu fakta
Menjadikan pembelajaran bilik darjah lebih aktif
Membantu murid pendidikan khas dalam modifikasi tingkah laku

Kepentingan:

Dapat mengawal pernafasan mengikut lagu


Membetulkan cara sebutan murid

TERAPI PERTUTURAN
Definisi
Terapi pertuturan merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang
mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Selain itu, terapi
pertuturan

merupakan

sejenis

pemulihan

yang

dapat

membantu

seseorang

memperbaiki kebolehannya berkomunikasi termasuklah pertuturan iaitu dari segi


bagaimana bunyi dibentuk, bahasa yang melibatkan pemahaman dan pemilihan
perkataan yang sesuai.
Kepentingan
-

Membantu murid berkomunikasi atau bersosial.


Membantu murid menghasilkan bunyi bahasa.
Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi.

Membantu murid mengenali, menyebut dan menghafal huruf.


Meningkatkan keyakinan diri.

AKTIVITI
1. Latihan senaman muka dan mulut
2. Latihan senaman lidah-gerak ke atas/bawah, gulung lidah.
3. Latihan bibir-letak kayu aiskrim dibibir, kemam dengan kuat dan tarik.
4. Meniup belon
5. Menyedut dan membuat buih di dalam air
6. Meniup alat peniup hari jadi
7. Meniup wisel
8. Meniup bola pingpong menggunakan straw
9. Meniup alat buih sabun
10. Meniup warna air di atas kertas dengan menggunakan straw
11. Mengunyah
12. Tarik nafas guna hidung dan hembus nafas menggunakan mulut
13. Meniup udara atau straw kosong.
14. mengangakan mulut dan sebut aaaaaa smbil tangan menekap pada mulut dan
lepas berulang kali.

TERAPI SENI
DEFINISI
Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalani
kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh
merangkumi seni tari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen dan lainlain. Seni visual adalah hasilan karya seseorang individu dengan menggunakan
pelbagai teknik, contohnya melukis, mewarna, menampal, mencantum dalam bentuk
sama ada satu. Dua atau tiga matra. Terapi seni adalah sebuah bentuk terapi ekspresif
seni yang menggunakan bahan-bahan seperti cat, kapur, dan pen marker. Terapi seni
tradisional menggabungkan teori dan teknik psikoterapi dengan pemahaman tentang
aspek-aspek psikologi dari proses kreatif dan bahan-bahan seni yang berbeza.
Definisi terapi seni yang dikemukakan oleh ahli terapi seni professional (Wallker
dan Gilory, 1992) ialah a form of therapy in which the making of visual images (painting,
drawing, models, etc) in the presence of a qualified art therapist contributes toward
externalisation of thoughts and feelings which may otherwise remain unexpressed. The

images may have a diagnostic as well as a therapeutic function in that they provide the
patient and the therapist with a visible record of the session and give indicators for
further treatment.
Definisi kedua terapi seni ini ialah seni adalah medium kepada komunikasi
simbolik. Pendekatan ini yang sering disebut sebagai seni psikoterapi, menekankan
produk-gambar, lukisan dan ekspresi seni lain. Terapi ini membantu dalam menzahirkan
masalah-masalah, emosi dan konnflik.

KEPENTINGAN SENI KEPADA MURID-MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN.


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar


Meluahkan perasaan
Menikmati keseronokan menjalani aktiviti
Menguatkan daya imaginasi
Menguatkan motor kasar dan motor halus
Memperkembangkan bakat
Menghayati nilai seni.

TEKNIK2
1. Lukisan
2. Kolaj
3. Mozek
4. Gurisan
5. Anyaman
6. Capan
7. Cetakan
8. Tiupan
9. Jahitan
10. Papier Mache
11. Model
12. Origami
13. Catan
14. Tekapan

Anda mungkin juga menyukai