Anda di halaman 1dari 12

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA :

Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

ISI KANDUNGAN
Bil

Tajuk

1.
2.
3.
4.

PENGENALAN
LATAR BELAKANG TOKOH
PENDIDIKAN
PERANAN DAN SUMBANGAN AL-

5.
6.
7.

KHAWARIZMI
HASIL KARYA AL-KHAWARIZMI
PENUTUP
RUJUKAN

Muka Surat

1
2
4
6
8
10
11

PENGENALAN

1 | Page

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA :


Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

emasukan Islam di Andalus pada tahun 711M sehingga 1492M


merupakan satu titik penting dalam sejarah tamadun Islam di Eropah.
Kehadiran Islam di Andalus bukan sahaja menghapuskan penindasan
dan kekejaman pemerintah-pemerintah Kristian sebelumnya, tetapi juga

berjaya membentuk sebuah tamadun Islam yang unggul serta masyarakat intelek
yang menjadi model kepada seluruh masyarakat Eropah. Pada dasarnya, tamadun
Islam di Andalus lahir dari sumber agama Islam di samping kebudayaankebudayaan lain yang terdapat disekitarnya.

arjana-sarjana Islam dari Timur dan Andalus telah berjaya memberikan


sumbangan yang besar kepada pertumbuhan dan perkembangan
kegiatan

keilmuan

khususnya

dalam

bidang

sains

tulen

yang

kemudiannya menjadi asas kepada kebangkitan sains dan teknologi

Negara-negara Barat. Sarjana dan cendikiawan Islam seperti Ibnu Rushd, Ibnu Sina,
Ibn Khaldun, Ibn Bajjah, Al-zahrawi, Jabir ibn Aflah dan lain-lain lagi telah
menggunakan seluruh kehidupan mereka dalam usaha menyelidik dan meneroka
berbagai bidang ilmu pengetahuan baru tanpa meninggalkan sumber Al-Quran dan
hadis.

engaliran ilmu dari tamadun Islam Andalus ke Eropah ini berlaku


serentak dengan kegiatan penterjemahan di Andalus. Pengaliran ilmu
ini berlaku apabila sarjana Barat yang datang ke Andalus ini membawa
pulang ke negara asal mereka sama ada hasil penterjemahan daripada

bahasa Arab mahupun hasil-hasil karya sarjana Islam yang asal. Walau
bagaimanapun, tidak semua sarjana Barat kini mengakui dan mengiktiraf
sumbangan para sarjana Islam terdahulu dan beranggapan bahawa sarjana Islam
Andalus hanyalah tali pengangkut yang mengangkut ilmu daripada tamaduntamadun lain.

2 | Page

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA :


Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

LATAR BELAKANG TOKOH

Abu Ja'far Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi atau dikenali sebagai Al-

Khawarizmi adalah seorang Parsi, Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun
780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Beliau merupakan seorang
ahli astronomi, ahli astrologi dan ahli geografi. Beliau dilahirkan pada tahun 780 di
Khwazirm (di Parsi kuno, kini Khiva, Uzbekistan)

ada yang mengatakan Al-

Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan
beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun
266H/850M di Baghdad. (Britannica)

Al-Khawarizmi hidup di zaman berkembang pesatnya ilmu pengetahuan dan


ekonomi. Kota Baghdad pada waktu itu merupakan sebuah kota besar yang sangat

3 | Page

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA :


Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

penting dan menjadi salah satu pusat peradaban, di samping menjadi tempat
bertemunya para pedagang antara wilayah timur dan barat kekuasaan Islam. Pada
masa itu juga, Al-Mamun duduk di kerusi kekhalifahan dinasti Abbasiyah. Beliau
adalah seorang yang sangat cinta kepada ilmu dan pengetahuan. Bahkan,
terkadang beliau harus memaksa para musuhnya menandatangani surat perjanjian
yang berisi kesediaan untuk memberikan sebahagian buku-buku berbahasa Yunani
yang sangat bernilai dan sukar untuk didapati. Beliau juga sering mengirim utusanutusan ke pelbagai penjuru untuk membeli ataupun menyalin teks-teks asli buku
yang bertulisan tangan. Kebetulan, salah seorang yang menjadi pimpinan dari
rombongan itu adalah Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi. Beliau pernah dikirim ke
Afghanistan, bahkan pernah sampai ke India lalu pulang dengan membawa bukubuku dan tulisan tangan yang sangat berharga.

Lantas, baginda menyerahkan urusan pengaturan Al-Hikmah kepada AlKhawarizmi dan menjadikannya sebagai pusat sastera yang didiami oleh para ulama
dan peterjemah yang dibayar langsung oleh negara. Mereka hanya perlu
memfokuskan diri mereka pada kajian, penelitian dan penterjemahan. Mereka juga
akan diberikan bayaran yang banyak atas setiap karya sastera baru yang mereka
berikan ataupun hasil karya

lama dari para tokoh-tokoh terdahulu yang telah

mereka terjemahkan dan menjadi santapan para pengkaji dan peneliti.

Al-Khawarizmi menyentuh sedikit tentang Al-Hikmah dalam pendahuluan


bukunya yang berjudul Al-Jabr wal Muqaabalah. Seraya berkata,
Para ulama pada masa-masa yang akan datang ataupun masa lalu akan terus menulis buku-buku
dalam pelbagai bidang ilmu dan kebijaksanaan. Mereka melakukan itu semua demi generasi setelah
mereka dan mengharapkan balasan sesuai jerih payah yang mereka curahkan serta berharap mereka
akan selalu dikenang atas semua hasil karya mereka, ataupun akan tetap ada orang-orang jujur yang
berbicara tentang kebaikan mereka dibandingkan orang-orang yang telah berani membayar mereka,
dan membuat mereka sengsara dalam menyingkap rahsia-rahsia ilmu pengetahuan. Mereka adalah
orang-orang yang berhasil menciptakan sesuatu yang belum dijumpai oleh orang sebelumnya, lalu
mewariskan pada generasi berikutnya, atau mereka menjelaskan hal-hal yang masih tidak jelas dari
orang-orang sebelumnya, lalu memudahkan pemahamannya dan mendekatkan kesimpulannya.
Ataupun mereka menemukan kekurangan pada beberapa buku, lalu mengumpulkan segala hal yang
masih tercerai-berai dan menjelaskannya dengan baik, selalu bersangka baik kepada orang yang
menulis buku itu dan sama sekali tidak menuduh yang buruk, ataupun bangga diri atas apa yang telah
dikerjakannya.

4 | Page

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA :


Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

PENDIDIKAN

alam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang


tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran
beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapi di dalam bidang
falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam

dan kimia.

Beliau merupakan seorang ahli astronomi Islam yang terawal dan berjaya
menyiapkan sebuah takwim atau zij yang digunakan untuk meramal kedudukan
planet dan bintang (Salma Kadhra Jayyusi,1992 : 960) Takwin yang berjudul Zij AlSindhind ini adalah berdasarkan kepada Siddhanta Hindu. Beliau juga menulis
karangan tentang alat astrolabe Yunani. Walaupun alat astrolabe pertama dicipta
oleh orang Yunani, namun pada zaman Islam, alat ini telah diubah suai sepenuhnya
dan sehingga hari ini terus dikenali sebagai ciptaan asli orang Islam pada zaman
tersebut. Jadual astronomi yang di bina oleh Al-Khwarizmi dan ditulis semula oleh
Maslamah ibn Ahmad di Madrid pada abad ke-10M, telah diterjemah ke bahasa
Latin pertama kali oleh Adelard of Bath, diikuti oleh Herman dan Robert of Chester
kemudiannya (Nakosteen, 1964:191).

Al-Khawarizmi sebagai guru Al-jabar di Eropah. Beliau telah menciptakan


pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah Al-Mamun,
bekerja di Bayt Al-Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah Observatory iaitu tempat menekuni belajar


matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan
khalifah.

Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara

perhitungan India pada dunia Islam.

Beliau juga merupakan seorang penulis

Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

5 | Page

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA :


Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan AlJabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang
matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular
sehingga digunakan pada zaman sekarang.

6 | Page

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA :


Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah Al-Khawarizmi, Al-Cowarizmi, AlKarismi, Al-Goritmi atau Al-Gorism.
pertengahan.

Nama Al-gorism telah dikenali pada abad

Negara Perancis pula Al-Gorism muncul sebagai Augryam atau

Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya


Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

Al-Jabr wal Muqabalah

Beliau telah mencipta pemakaian

secans
dan

tangens

dalam

penyelidikan

trigonometri dan astronomi.

Hisab Al-Jabr wa al-Muqabalah :

Beliau telah mengajukan contoh-

contoh
persoalan

matematik

dan

telah

mengemukakan 800 buah soalan


yang

sebahagian

merupakan

daripadanya

persoalan

yamng

dikemukakan oleh Neo. Babylian


dalam bentuk dugaan yang telah
dibuktikan kebenarannya oleh alKhawarizmi.

Sistem Nombor
konsep

Beliau

telah

memperkenalkan

sifat dan ia penting dalam

7 | Page

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA :


Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

sistem

nombor pada zaman

sekarang.

Ilmu hisab Al-khataayn


atau kalkulus

Dua ralat dan mengembangkan


prosedur-prosedur aritmetik. Ilmu ini
menjadi asas kepada ilmu kalkulus
yang digunakan pada zaman
sekarang. John of Seville telah
menerbitkan versi bahasa latin ilmu
aritmatik yang diterjemahkan
daripada karya asal bahasa arab

oleh

Al-khwarizmi pada abad ke-10M (AlDaffa,1988:43).

Amat penting juga sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang geografi pada


zaman pertengahan. Peningkatan beliau dalam menghasilkan kerja Ptolemy
berhak Surah al-Ard (Bentuk Bumi). Buku teks ini wujud dalam manuskrip; peta
tetapi malangnya ia tidak dipelihara, walaupun ulama moden telah membina semula
dari penerangan al-Khwarizmi.

Al-Khawarizmi telah menulis beberapa karya lain termasuk risalah


mengenai kalendar Ibrani (Risalah fi Istikhraj ta, rkh al-yahd "Pengekstrakan Era
Yahudi"). Ia menerangkan kitaran interkalasi 19 tahun, kaedah-kaedah untuk
menentukan kepada berapa hari dalam seminggu dan hari pertama dalam bulan
Tishri akan jatuh; mengira tempoh antara zaman Yahudi (penciptaan Adam) dan era
Seleucid; dan memberikan kaedah-kaedah bagi menentukan longitud min bagi
matahari dan bulan menggunakan kalendar Yahudi. (Wikipedia)

Ini adalah contoh-contoh sebahagian hasil beliau yang telah dihasilkan dalam
penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat
yang hidup di dunia ini.

8 | Page

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA :


Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

Hasil Karya Al-Khawarizmi


Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan
karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada
zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

Sistem Nombor

Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa


Latin iaitu De Numero Indorum. Mufatih alUlum: yang bermaksud beliau adalah
pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.

Al-Jami wa al-Tafsir
bi Hisab al-Hind

Karya ini telah diterjemahkan ke dalam


Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

Al-Mukhtasar Fi Hisab
al-Jabr wa al-Muqabalah :

Merupakan sebuah buku himpunan


peraturan untuk menyelesaikan persamaan
linear dan kuadratik, dan juga masalah
geometri dan bahagian. Perkataan aljabar

di

sini membawa maksud kembalikan, iaitu


mengembalikan imbangan pada persamaan
dengan meletakkan di sebelah persamaan
sesuatu

yang

telah

diambil

daripada

sebelah

lain. Manakala Al-Muqabala pula

bermaksud

mudahkan iaitu mencampurkan atau


menolak nilai-nilai yang sama pada

kedua-

dua

belah

persamaan

(Al-Daffa,

1988:43).

9 | Page

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA :


Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

Shuuratul Ardh

Merupakan sebuah buku geografi. Ketika


menulisnya, Al-Khawarizmi bergantung
pada geografi versi Bethlumus1 dengan
beberapa perluasan dan penambahan.
Lebih khususnya mengenai peta. Sinopsis
buku ini dicetak untuk pertama kalinya pada
tahun 1926 M dan diterjemahkan ke bahasa
Jerman pada tahun 1932 M.

Zij Karya Khawarijmi

Adalah buku yang ditulis dalam bidang


astronomi

dan

telah

ke

dalam

bahasa Latin pada tahun 1126 M. ini

adalah

buku Al-Khawarizmi pertama yang


diterjemahkan

Latin.
kali

1.

diterjemahkan

Al-Amal bi Usturlab

Al-Tarikh

Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr


wa al-Muqabilah.

ke

dalam

bahasa

Sedangkan penyebarannya pertama


dilakukan pada tahun 1909 M.

Bethlumus adalah ahi astronomi asal Yunani, dilahirkan di Mesir pada tahun 90 M dan

tumbuh besar di Alexandria, lalu meninggal pada tahun 186 M. di antara buku terkenalnya adalah AlMajesthi, buku tertua dalam ilmu astronomi.

PENUTUP

10 | P a g e

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA :


Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

idak diragukan lagi bahawa Al-Khawarizmi adalah salah satu pemuka


ilmu matematik di dunia. Beliau memiliki sumbangan dalam pembuatan
ilmu Aljabar dengan bentuk yang lebih berdikari serta mampu berinovasi
dalam sejumlah kajiannya yang masih dipelajari sampai sekarang di

pelbagai belahan dunia. Ada bukti yang lebih kukuh iaitu dapat dilihat bahawa
banyak di antara penamaan dan istilah-istilah yang sering dipakai sekarang masih
ada kaitannya dengan istilah-istilah yang dibuat oleh Al-Khawarizmi. Contohnya, AlKhawarizmi adalah orang pertama yang memakai istilah Al-Jabr wal Muqaabalah
untuk nama ilmu ini. Aljabar itu sendiri ertinya adalah menambah pada setiap yang
kurang agar tidak menjadi kurang, sedang muqaabalah ertinya membahagi sesuatu
yang semisalnya. Sehingga, tidak ada dua hal yang sama dalam dua arah.

Istilah Aljabar telah dipakai dalam berbagai bahasa untuk merujuk pada ilmu
tersebut. Dalam bahasa Inggeris digunakan algorithm dan Perancis algebra. Begitu
juga halnya sistem bilangan puluhan disebut juga dengan istilah algoritma yang
diambil dari penamaan Al-Khawarizmi. Al-Khawarizmi adalah tokoh ilmuwan pertama
yang

menulis

buku

dalam

bidang

matematik

dan

dalam

penjelasannya

menggunakan huruf-huruf India serta sistem kuadrat, pecahan dan akar. Dia juga
orang pertama yang menyedari akan pentingnya nilai kosong dalam penomboran
dan hitungan. Seraya berkata,

Dalam proses pembahagian jika tidak ada nilai baki, maka kita akan letakkan
kosong dan tidak membiarkan ada tempat yang kosong sehingga tidak terjadi
kesusahan antara tingkatan satu dan puluhan.

Itulah dia Abu Ja'far Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi, seorang tokoh
besar matematik yang sangat menonjol dalam sejarah peradaban, kebudayaan dan
keilmuan Arab. Beliau juga banyak meninggalkan warisan abadi dalam bidang
matematik. Namanya sering kali berkumandang di university dan sekolah di dunia.

RUJUKAN

11 | P a g e

TOKOH TAMADUN DAN SUMBANGANNYA :


Abu Ja'far Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi

12 Tokoh Pengubah Dunia oleh Khalid Haddad terbitan Mustread

Andalus Semarak Tamadun di Eropah oleh Salmah Omar terbitan


Karisma Publications.

Dr. Ali Musthafa Musyarrafah dan Dr. Muhammad Mursi Ahmad, Kitaabul
Jabr wal Muqaabalah, (pendahuluan dan prolog) terbitan Darul Katib
Al-Arabi, 1986 M, Kairo

12 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai