Anda di halaman 1dari 3

Yang Berusaha Puan Nor Aziah Binti Mahat, Pengetua SMK Bukit

Jalil, Yang Dihormati Puan Maznah Binti Saah, Penolong kanan Tadbir
dan Kurikulum, Puan Ho Lai Lai, Penolong Hal Ehwal Murid, Yang Mulia
Puan Raja Faridah Binti Raja Abdul Aziz, Penolong Kanan Kokurikulum,
ketua-ketua bidang, ketua-ketua panitia, barisan bimbingan dan
kaunseling, para guru, para pengawas dan murid-murid seperjuangan
yang saya kasihi sekalian, salam sejahtera saya ucapkan. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis kerana
memberikan peluang kepada saya berdiri di pentas ini untuk
menyampaikan ceramah. Ceramah saya pada hari yang berbahagia ini
bertajuk Cara-cara Memupuk Budaya Membaca dalam Kalangan
Kanak-kanak .
Hadirin yang saya hormati,
Bijak pandai mengatakan bahawa Membaca Itu Jambatan Ilmu
kerana dengan membaca seseorang itu dapat meneroka pelbagai ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang. Walau bagaimanapun, tahap
amalan atau budaya membaca di negara kita masih rendah. Hal ini
dikatakan demikian kerana purata rakyat negara kita hanya sekitar
sembilan muka surat dalam setahun. Oleh itu, cara-cara untuk
menggalakkan budaya membaca atau amalan membaca menjadi
suatu budaya dalam kalangan rakyat. Khususnya kanak-kanak mesti
dicari dan dilakukan. Hasrat ini menuntut satu iltizam daripada semua
pihak.
Antara cara untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan
kanak-kanak, kita sendiri harus mengamalkan budaya membaca di
rumah, terutama pada waktu lapang. Sehubungan dengan itu, adikadik kita atau anak buah kita akan melihat tingkah laku kita dan
mencontohinya. Sejajar dengan ini juga, kita hendaklah membelikan
buku-buku untuk dijadikan hadiah seperti ketika sambutan hari ulang
tahun adik-adik kita atau anak buah kita. Kita boleh menjadikan
amalan membawa adik-adik kita atau anak buah kita kee perpustakaan
awam untuk mengukuhkan usaha menyuburkan budaya membaca
dalam kalangan adik atau ank buah kita. Menerusi cara ini, budaya
membaca dapat disamai pada diri adik atau anak buah kita secara
perlahan-lahan.
Seterusnya, kita bolehlah menjalankan kempen kesedaran tentang
peri pentingnya budaya membaca, terutama pada kanak-kanak.

Kmpen-kempen yang dijalankan itu boleh dilakukan pada ketika kanakkanak datang ke sekolah atau sewaktu kanak-kanak pulang dari
sekolah. Misalnya, kita menunggu mereka di pintu pagar bagi
mengedarkan risalah tentang kempen tersebut, malah di pintu pagar
juga kita boleh mengedarkan bahan bacaan untuk dibaca oleh mereka
di dalam bas atau di dalam kereta. Oleh yang demikian, kita dapat
menjelaskan kepentingan membaca kepada adik-adik atau kanakkanak. Kesannya, budaya membaca dalam kanak-kanak dapat
dikembangsuburkan dari semasa ke semasa.
Selain itu, kita boleh memberikan insentif kepada adik-adik kita
atau anak buah kita berkaitan amalan membaca. Misalnya, apabila
adik atau anak buah kita berjaya dalam sesuatu bidang, kita berikan
insentif dalam bentuk hadiah buku. Kita juga boleh berikan insentif
apabila mereka berjaya dalam peperiksaan atau lain-lain dengan
membawa mereka melawat pepustakaan negara atau syarikat
penerbitan buku. Untuk menjayakan insentif dalam bentuk
mengembangkan budaya membaca ini juga boleh diimplimentasikan
dengan melaksanakan bancian bacaan di rumah, iaitu mereka yang
membaca dalam jumlah yang banyak akan diberikan insentif bahan
bacaan. Impaknya, adik atau anak buah kita akan berlumba-lumba
untuk membaca. Akhirnya, matlamat menyuburkan budaya membaca
akan dapat dijayakan dalam kalangan kanak-kanak.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita turut boleh
memberikan subsidi dalam menyuburkan budaya membaca dalam
kalangan kanak-kanak. Misalnya, kita boleh memberikan subsidi atas
pembelian buku kepada adik atau anak buah kita. Hal ini boleh
dilakukan dengan memberikan semula lima puluh peratus bayaran
buku yang dibeli itu. Selain itu, kita juga boleh menampung jumlah
wang yang tidak cukup agar adik atau anak buah kita dapat membeli
buku yang diingini. Tindakan demikian dapat mengelakkan
terbantutnya minat membaca dalam kalangan mereka. Sebaliknya,
minat membaca itu dalam kalangan adik atau anak buah kita akan
lebih lancar. Tindakan ini amat sesuai dijayakan pada musim cuti
penggal agar hobi membaca itu dipupuk.
Konklusinya, amalan membaca amat mustahak, khususnya
terhadap kanak-kanak. Sehubungan dengan ini. Seantero lapisan sosial
mestilah bergandingan dalam menanam budaya membaca dalam
sanubari kalangan kanak-kanak. Jadi, galakkan kanak-kanak

mengamalkan budaya membaca mesti difahami, iaitu supaya mereka


menjadi modal insan berkualiti dan akhirnya mereka dapat membantu
negara mencapai taraf kemajuan yang dibanggakan.
Hadirin yang saya hormati,
Ceramah saya pada hari yang berbahagia ini telah sampai d
penghujungnya. Namun begitu, sebelum tirai ceramah saya labuhkan
dan sebelum saya lafazkan bait kata terakhir, izinkan saya menyusun
sepuluh jari untuk memohon maaf sekira ada salah dan khilaf saya
sepanjang saya ceramah sebentar tadi. Akhir kata, sekian dan terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai