Anda di halaman 1dari 2

Ada Hikmah Di Sebalik Kegagalan

Maksud Firman Allah SWT

Allah berfirman : “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja
mengatakan: “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji terlebih dahulu ? Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-
orang yang dusta.” ( Al-Ankabut: 2-3 )

Setiap kali keputusan permohonan untuk mengikuti Program KPLI dikeluarkan, terdapat
dua golongan yang ketara. Yang pertama adalah mereka yang berjaya dan yang kedua
adalah mereka yang gagal. Bagi yang berjaya, banyak ucapan tahniah diterima dan rasa
gembira yang tak terkira hadir dalam diri yang berjaya…. lumrahnya.

Kumpulan yang kedua yang menjadi perhatian saya kali ini, iaitu mereka yang gagal
meneruskan impian untuk menjadi bakal guru, yang akan menjanjikan masa depan yang
indah menjadi insan bergelar Cikgu. Keputusan “Dukacita dimaklumkan anda tidak
berjaya …..” amat mengecewakan sekali. Seperti satu malapetaka melanda diri. Sunyi,
sepi dan kosong dirasakan tanpa ada orang yang simpati. Tiada belas kasihan dari pihak
yang bertanggungjawab. Perasaan kecewa terus menerus bergelombang menghempas di
lubuk hati dan pemikiran. Tiada perkataan yang mampu diluahkan untuk
menggambarkan betapa remuknya segala harapan yang telah sekian lama dibina.

Ya…. Saya rasa mereka (calon-calon KPLI) perlu disediakan sesi kaunseling yang
menumpukan kepada persediaan menghadapi kegagalan dalam permohonan tersebut.

Ingin saya menyumbangkan sedikit bahan untuk mereka yang belum berjaya.

Dalam kehidupan ini, kejayaan dan kegagalan akan kita lalui di sepanjang perjalanan
kehidupan ini. Tumpuan kali ini ialah kita perlu menyediakan diri dalam menghadapi
kegagalan. Hidup mesti diteruskan. Oleh itu beberapa prinsip hidup perlu kita sematkan
dalam diri, antaranya

1. Anggaplah kegagalan tersebut sebagai cubaan dari Allah yang bertujuan untuk
mendidik diri. Ini bermakna didikan dari Allah ini perlu dihargai dengan hati
yang rela dan tabah.
2. Yakinlah, bahawa Allah itu Maha Adil dan tidak akan berbuat zalim. Allah ialah
Zat Maha Pemberi dan pada suatu ketika akan mangambilnya kembali.
3. Seringkali kegagalan yang diberikan adalah tanda peringatan dan lambang kasih
sayang-Nya dan memberi ruang kita bermuhasabah dan terus mengharap dariNya.
4. Hadith Rasulullah SAW yang maksudnya supaya kita mengucapkan :
“innalillahi wainnailaihi roji'un” apabila ditimpa musibah dan ini akan Allah
kurniakan pahala.
5. Kegagalan dijadikan sebagai batu loncatan untuk tingkatkan diri dan menempuh
kehidupan dengan semangat yang baru yang lebih berkobar untuk kejayaan yang
akan datang.
6. Setiap kegagalan datang bersama rahmat.
a. Ia akan lebih menghampirkan diri kepada Allah.
b. Doa orang orang yang ditimpa musibah lebih mustajab
c. Ia akan lebih mendewasakan diri.

Firman Allah SWT bermaksud : “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan
pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab sebelum Kami menciptanya.
Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu jangan
berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira
terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang
sombong lagi membanggakan diri”
( Al-Hadid : 22-23 )

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud : “ Berikan berita gembira kepada orang-
orang yang sabar, iaitu orang-orang, yang ketika musibah, mereka berkata “
“Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan Kepada-Nya kita dikembalikan. Mereka
itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka
ialah orang-orang yang mendapat petunjuk”. ( Al-Baqarah : 155-157 ).

Akhir sekali di ruangan ini, bahawa ujian Allah bukan hanya berupa kegagalan, dan
kepayahan sahaja, tetapi juga berbentuk kejayaan dan kemewahan. Allah SWT berfirman
bermaksud: “ Dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan,
dan Kamilah kamu semua kembali.”

Wallahu a’lam.

Anda mungkin juga menyukai